CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Pastikan Makanan Sihat disediakan di Sekolah:Latest-Long Live The School Lunch

 Close [Copy link]
Post time 29-6-2007 12:11 PM | Show all posts

Reply #77 nazurah's post

aku bawak bekal hari hari pergi sekolah suka lagi yang mak masak lagi pun tukar tukar kadang2 nasi kadang2 mee kadang2 sandwich lagi sedap bawa dari rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2007 06:52 AM | Show all posts
JPN gantung serta-merta operasi kantin SMK Kota

KOTA BHARU 29 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2007 08:36 PM | Show all posts
Petugas khas pantau kantin kotor
30-06-2007   

SEREMBAN:  Kementerian Pelajaran telah menubuhkan pasukan petugas khas di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bagi memantau
aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan di semua sekolah di negara ini.


Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim berkata antara tugas utama pasukan itu buat masa ini ialah menghantar laporan mengenai tahap kebersihan kantin sekolah dan kes keracunan makanan secara berkala kepada kementerian.

"Saya harap pasukan petugas khas ini akan dapat bergerak segera untuk melawat sekolah-sekolah bagi melihat perkara berkenaan (kebersihan, kesihatan dan keselamatan).

"Kalau ada sekolah yang tidak mengikut apa yang kita arahkan, pasukan petugas khas itu hendaklah bertindak melaporkan kepada Pengarah Pelajaran negeri dan juga Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran selaku urusetia Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Gotong-Royong Perdana peringkat kebangsaan 2007 di Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior di sini, hari ini.

Gotong-royong Perdana itu diadakan secara serentak pada hari ini di kesemua 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Program itu yang melibatkan semua warga sekolah termasuk ibu bapa pelajar serta agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bertujuan memberi tumpuan dan penekanan kepada aspek kesihatan, kebersihan dan keselamatan agar sekolah sentiasa bebas daripada kejadian yang tidak diingini seperti keracunan makanan, wabak denggi dan tandas kotor.

Hon, yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk 3K Kebangsaan, berkata kementerian memandang serius aspek kesihatan, kebersihan dan keselamatan pelajar.

Katanya segala langkah mesti diambil bagi memastikan sekolah bebas daripada kejadian yang tidak diingini.

"Kita tidak ada kompromi terhadap pengusaha kantin sekolah yang kotor. Secara keseluruhan, sekolah hendaklah sentiasa berada dalam tahap yang bersih, begitu juga dengan kesihatan dan keselamatan.

"Saya harap semua pentadbir sekolah sentiasa memantau kebersihan sekolah mereka mengikut seperti arahan yang terkandung dalam buku panduan. Tindakan tata tertib akan dikenakan terhadap guru besar dan pengetua yang tidak mengikut arahan," katanya.

Sementara itu, Hon berkata kementerian bercadang menubuhkan jawatan kuasa bersama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kebersihan makanan dan minuman di kantin-kantin sekolah.

Mengenai cadangan supaya skim penggredan kantin sekolah dilaksanakan, beliau berkata ia adalah satu cadangan yang baik.

"Kita mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai dan Jawatankuasa Induk 3K akan berbincang mengenainya untuk tindakan selanjutnya," katanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 10:39 PM | Show all posts
kantin ni ada sijil halal kah dan adakah kementerian kesihatan datang periksa setiap minggu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 03:23 AM | Show all posts
an awesome article i wanna share with forum members --
*hopefully we show lots of concern regarding our children's
school canteen and the cleanliness -

---------------------------------------------------------------------------


Cafeteria bacteria

INVESTIGATIONS continue into how schools in six states last month came to serve spoilt UHT milk to their schoolchildren, hundreds of whom were taken ill.

So far, it seems the manufacturers have contended the milk must have been disbursed after its shelf-life had expired, letting the dairy farms, processors and packagers off the hook.

If they抮e right, that would leave the rest of the supply chain between cow and nauseous child to examine for laxity or neglect
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 11:22 AM | Show all posts
14 murid dikejar ke HAS
Oleh Mohd Fazil Ahmad

ALOR STAR: Empat belas murid Sekolah Kebangsaan Bohor, Hutan Kampung, dekat sini, dikejarkan ke Hospital Alor Star (HAS) semalam, selepas mengalami muntah dan cirit-birit, dipercayai keracunan makanan.

Pengarah Hospital Alor Star (HAS), Dr Che Pah Ahmad berkata, kesemua murid terbabit mengadu sakit perut dan muntah kira-kira jam 1 tengah hari selepas dipercayai makan makanan di kantin ketika rehat.

Katanya, semua murid terdiri daripada 10 perempuan dan empat lelaki itu bagaimanapun dilaporkan stabil dan diberi rawatan pesakit luar sebelum dibenarkan pulang kira-kira jam 2 petang.

Difahamkan, kesemua murid berkenaan mula berasa pening dan muntah sebelum mengadu kepada guru dan dibawa dengan beberapa kereta guru ke HAS kira-kira jam 1.30 tengah hari.


Ketika diminta mengulas punca kejadian, Dr Che Pah berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Unit Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas makanan apa yang dimakan murid itu dan dari mana diperolehi mereka sehingga berlaku kejadian terbabit sehinggalah Unit Siasatan Awam membuat siasatan.

Kes keracunan makanan terbaru di Kedah berlaku pada 17 Jun lalu membabitkan 115 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Air Hitam yang dipercayai berpunca daripada sambal ikan bilis yang tercemar.

Sejak April lalu, pelajar beberapa sekolah di Kedah turut dikejarkan ke klinik kesihatan atau HAS kerana keracunan termasuk sekolah berasrama penuh.

Pada 16 April, seramai 18 murid tahun tiga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Kalaimagal, Permatang Gedong mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai minum susu bantuan.

Keesokannya, 30 murid Sekolah Kebangsaan Peremba, Jalan Kilang Tebu, Kuala Kedah, dikejarkan ke Hospital Alor Star kerana muntah dan sakit perut selepas minum susu diedarkan pihak sekolah itu.

Ini diikuti dengan 30 murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda (SKKKM) dikejarkan ke hospital kerana cirit-birit dan muntah dipercayai kerana meminum susu yang dibekalkan melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Kemudian di Sungai Petani, 193 pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) dimasukkan ke hospital dalam tempoh tiga hari kerana muntah dan cirit-birit.





kat kedah ni murid-murid asik kena keracunan makanan aje aper hal ye~  kantin depa kat sekolah kotor sangat dan makanan selalu tak basuh ka ~~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2007 07:41 PM | Show all posts
tatau  setakat mana kebersihannya tuh..tapi esok pengusaha kantin sek tuh tak yah susah susah masak..orang lain akan ambil alih sekejap ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2007 06:03 PM | Show all posts
17 kes keracunan makanan: Empat pengusaha kantin ditamat kontrak
05-07-2007
  
KUALA LUMPUR: Sehingga ini empat pengusaha kantin sekolah, masing-masing dua di Kelantan dan Kedah, ditamatkan kontrak mereka kerana terlibat dalam kes keracunan makanan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim.

Hon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Sekolah kementerian berkenaan berkata kerajaan akan terus bertindak tegas dengan menamatkan kontrak pengusaha kantin yang cuai dalam kebersihan tanpa sebarang amaran demi kebajikan pelajar sekolah.

Setakat ini 17 pengusaha kantin sekolah terlibat dalam kes seumpama itu.

"Kita telah nasihatkan mereka, malah kita juga mewujudkan petugas khas yang menasihatkan pengusaha kantin supaya menjaga kebersihan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di Sekolah peringkat kebangsaan di Seri Kembangan di sini hari ini.

Beliau mengulas isu keracunan makanan yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini sekalipun kerajaan mengambil tindakan tegas dengan menamatkan kontrak pengusaha kantin terbabit.

Semalam, tiga kesatuan mewakili kepentingan pengusaha kantin sekolah di utara semenanjung meminta kementerian itu mengkaji semula tindakan tanpa amaran kerana ia boleh merencatkan usaha kerajaan melahirkan usahawan Bumiputera.

Pada awalnya, kementerian tersebut menamatkan kontrak pengusaha kantin asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang di Kedah ekoran kejadian keracunan makanan membabitkan 138 pelajar pada 25 Jun.

Seminggu sebelum itu, pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Tandop Besar, Kuala Nerang, di Kedah dikenakan tindakan yang sama.

Hon berkata masalah keracunan makanan tiada kaitan dengan pemberian tender, sebaliknya ia bergantung penuh kepada cara pengusaha kantin menyediakan makanan.

"Ini masalah hygiene, cara kendalian simpan makanan, bahan masakan dalam peti sejuk dan sebagainya akan memberi kesan kepada makanan yang disajikan," katanya.


-----------------------------------------------------------

pada saya ini juga hand in hand dengan pencemaran
dan pencemaran dan tak ada sifat kebersihan dalam
penyediaan makanan itu sendiri --
memang bagus ditamatkan saja contract kantin
yang jenis nak mementingkan keuntungan
on the expense of the students  -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2007 06:54 PM | Show all posts
Pemeriksaan kesihatan terhadap semua pengusaha kantin sekolah
06-07-2007

BALING:  Kementerian Kesihatan akan menjalankan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh terhadap semua pengusaha kantin sekolah bermula di Kedah tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pemeriksaan kesihatan itu meliputi kebersihan tempat simpanan makanan dan kesihatan diri pengusaha kantin bagi memastikan ia menepati piawaian kesihatan untuk seseorang pengendali makanan.

"Kita memandang serius kes keracunan makanan di kalangan pelajar yang semakin menjadi-jadi terutamanya di Kedah dan kita akan membuat pemeriksaan menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Ibu/Bapa anjuran MCA Baling di sini malam tadi.

Chua berkata kementerian akan menghantar pasukan penguatkuasa dari Jabatan Kesihatan untuk melancarkan operasi dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati tidak menjaga kebersihan tempat mengendali makanan atau kebersihan diri.

Setakat ini, lebih 1,000 pelajar di beberapa sekolah di Kedah dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas mengambil makanan di kantin sekolah masingmasing.

Chua berkata, bagi kantin sekolah yang didapati mempunyai kes keracunan makanan, kementerian akan mengumumkan punca keracunan itu manakala bagi yang belum mempunyai kes, Jabatan Kesihatan akan membuat pemeriksaan menyeluruh dan menasihati pengusaha untuk mempertingkatkan kebersihan masing-masing.

Beliau menyokong tindakan Kementerian Pelajaran mengenakan tindakan pembatalan kontrak pengusaha kantin yang terbabit dengan kes keracunan makanan.

"Kita mahu setiap sekolah yang dilaporkan mempunyai kes keracunan makanan supaya mengambil tindakan menutup kantin selama dua minggu sementara pemeriksaan keseluruhan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan," katanya.

Chua berkata keracunan makanan selalunya berpunca daripada kekotoran yang menyebabkan makanan di kantin dijangkiti kuman.
"Pengusaha kantin tidak boleh memberi alasan ia bukan salah mereka," katanya

---------------------------------------------------

saya rasa pemeriksaan ni memang patut dari dulu
but then better late than never dan harapnya bila ada
pemeriksaan begini -- dapat menjaga kebersihan makanan
sekolah dan mengurangkan kadar keracunan makanan di
sekolah2 --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 06:38 PM | Show all posts
30 children hospitalised after eating canteen food

MIRI: About 30 students from SK Luak in the city's outskirts were rushed to hospital with severe abdominal pains, diarrhoea and vomiting after reportedly eating food at the school canteen.

This is the latest incident in a spate of food-poisoning cases that has hit schools in Sarawak recently.

Yesterday, teachers noticed that students were getting ill and were in pain after their break. They alerted the school management and the students were rushed to the Miri General Hospital抯 emergency unit.

A hospital spokesman confirmed that the students were suffering from food poisoning.

揌owever, none of them are in serious condition. They were warded for treatment and observation and samples were taken for tests.

揟hey will be allowed to go home after they are clear of the effects of the food poisoning,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 10:00 PM | Show all posts
19 students in Alor Star down with suspected food poisoning
2007/07/12

ALOR STAR, THURS:
Nineteen students of Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena, 25km from here, were down with diarrhoea and vomiting suspected to be due to food poisoning after having supper at their school hostel last night.


The group, including a male student, from Form One to Five, were sent to Alor Star Hospital at noon today.

Kota Star CID chief, DSP Mohd Feisal Libertus Abdullah when met at the hospital, said the students were all given out-patient treatment.
He said police were still investigating the incident after a Pokok Sena district health officer lodged a police report this morning after being informed about it by the school.

揑nitial investigation indicates that the incident could be due to food poisoning.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 12:58 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

junk food ada tanda halal so safe to eat? lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2007 01:27 AM | Show all posts
Makanan punca ramai remaja sakit jantung

KUALA LUMPUR: Penjualan makanan tidak berkhasiat di kantin sekolah dikesan antara punca meningkatnya penyakit berkaitan jantung di kalangan golongan muda.


Presiden Persatuan Perubatan Sedunia (WMA), Datuk Dr N Arumugam, berkata kebanyakan makanan di kantin sekolah mempunyai kandungan garam dan gula berlebihan yang memudaratkan kesihatan pelajar.

Beliau berkata, melihat kesan serius jika masalah itu tidak diatas dengan segera menyebabkan kebanyakan negara di seluruh dunia mula menilai kembali makanan yang dijual di kantin sekolah bagi memastikan ia berkhasiat.

揝ekarang ini pula, mata pelajaran pendidikan jasmani dianggap tidak penting oleh pihak sekolah dan jika ini berlaku, pasti golongan muda terdedah kepada risiko penyakit kronik seperti serangan jantung.

揔ira-kira 30 peratus golongan muda kita mengalami obesiti dan ini menyebabkan pesakit berkaitan jantung juga menular ketika usia muda.

揔alau dulu, pesakit jantung selalunya menyerang golongan berumur 40 tahun ke atas, kini mereka berumur 20-an boleh mendapat penyakit berkaitan jantung,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2007 07:09 PM | Show all posts
Schools ordered to act against errant canteen operators

ALOR STAR: Show-cause letters will be issued to schools that fail to take action against errant canteen operators, Deputy Education Minister Datuk Hon Choon Kim said.

Hon was asked to comment Friday on the latest food poisoning case in Kedah where 40 boarders at SMK Pokok Sena fell ill on Thursday after eating nasi himpit (compressed rice) with peanut sauce on Wednesday.

Kedah Health Department deputy director Dr Juita Ghazalie said the hostel kitchen was infested with flies.

The health authorities ordered the kitchen to close after inspecting the place on Thursday afternoon.

Kedah has so far recorded 17 food poisoning cases this year, involving 1,223 students.

Hon said the school authorities should have taken the initiative to ask the local authorities to clean up the fly-infested area.

揥e are serious about taking action against school heads who don抰 care. We will make full use of the provisions in the General Order to compel school authorities to be more responsible,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 06:13 AM | Show all posts
Keracunan menjadi-jadi
Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN



SEBAHAGIAN daripada pelajar SK Tanah Liat menerima rawatan
kerana sakit perut akibat keracunan makanan di Hospital Bukit
Mertajam, Pulau Pinang, semalam


BUKIT MERTAJAM 13 Julai
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 08:28 PM | Show all posts
keracunan makanan kat sekolah ni bukan baru dah bertahun dah...

kerajaan yg bodoh tak tahu mcm mana nak handle case ni... lepas ini
sekolah manalah pulak yg keracunan makanan...???

dah muak aku dengar case ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2007 08:53 PM | Show all posts
Program susu sekolah baru: Tiada lagi cirit-birit
14-07-2007

SEREMBAN:  Program Susu Sekolah akan disambung semula mulai Isnin ini setelah dihentikan sejak 22 Mei lepas selepas minuman itu yang dibekalkan kepada murid di beberapa negeri didapati tercemar sehingga menyebabkan keracunan makanan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim berkata keputusan itu dibuat selepas tiga kilang pembekal susu tersebut memenuhi piawaian dan pengesahan kualiti daripada Sirim Berhad (Sirim).

"Dengan itu juga kita akan pastikan semua susu yang dibekalkan selepas ini wajib mempunyai sijil dan cop rasmi Sirim sebelum diedarkan kepada kira-kira 450,000 pelajar dalam program berkenaan.

"Saya juga akan bertemu pelajar dan guru sebuah sekolah di Setapak, Isnin ini bagi menerangkan kaedah betul menyimpan serta meminum susu kerana sebelum ini ada pelajar minum setengah susu dan menyimpannya sehingga dua atau tiga jam sebelum menghabiskannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 22 Mei lepas, Kementerian Pelajaran mengumumkan Program Susu Sekolah yang bermula pada 1981 dengan peruntukan RM23 juta setahun, dihentikan serta merta selepas mendapati kirakira 35 peratus bekalan susu ke Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu dicemari bakteria.

Hon berkata berdasarkan rekod kementeriannya, hanya empat kejadian keracunan dilaporkan sejak awal tahun ini.

Beliau berkata hasil ujian Kementerian Kesihatan ke atas sampel susu yang diambil dalam empat kejadian berkenaan, menunjukkan 35 peratus daripadanya adalah tercemar.

Katanya kejadian keracunan makanan boleh dielakkan jika garis panduan dan kaedah pengambilan susu mengikut cara sewajarnya diamalkan

---------------------------------------------------------------------------------

saya kalau pasal program bagi susu susu ni --
memang sceptical sikit....  bukannya apa -
susu ni kalau tak pasteurized betul2  - basi sikit aje
ZAP! -- muntah segala la jawabnya --

let's hope kalau dah ada cop sirim tu  maknanya
susu tu susu segar -- dan kejadian diarrhea dan cirit
birit tak berlaku lagi di sekolah2 kerana susu yang dah
expired dan masam --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 12:18 PM | Show all posts

a great article -
pada parents yang ada kids kat sekolah -
please ponder this and ask yourselves the
same question! -

---------------------------------------------------------------------------------

Food for thought: Are they eating healthy food?
By : Tan Choe Choe




KUALA LUMPUR: Artery-clogging fried chicken and French fries, cholesterol-laden nasi lemak, and "tooth-achingly" sweet chocolates and ice cream. These are what our children are eating in school every day.

There are "School Canteen Guidelines" but some operators are openly flouting them, according to a recent study by Universiti Kebangsaan Malaysia.

They sell sickly-sweet carbonated drinks, cream biscuits filled with trans fats, and jeruk buah (preserved fruit), with tonnes of sugar and preservatives, to our children.


Except for carbonated drinks, all these sweet stuff is prohibited under the guidelines. Statistics show that more children are getting overweight and about 30 per cent are obese. Diabetes is already on the rise among teenagers between ages 13 and 19.

Last Tuesday, the president of the National Heart Association of Malaysia, Dr Henderick Chia, was quoted as saying that more young people were suffering from cardiovascular diseases. "Some heart disease patients I met were in their 20s," he reportedly said.

Is school canteen food making our children sick?

No one is ready to point fingers, but from the UKM study that was conducted on 12 schools in the Klang Valley, the canteen menu speaks for itself. The findings showed that the majority of food in canteens is fried and oily.

And nasi lemak, nasi goreng and stir-fried noodles are common staple meals of our schoolchildren
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2007 12:35 AM | Show all posts
229 pelajar keracunan selepas makan mee goreng
27-07-2007

IPOH:  Seramai 229 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sultan Azlan Shah di Seri Iskandar, 45 km dari sini dikejarkan ke hospital awal pagi hari ini selepas mengadu sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan.

Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohamed Zakaria Mohd Noor berkata kejadian itu berlalu pada pukul 2 pagi tadi selepas kesemua pelajar terbabit menikmati mee goreng empat jam sebelum itu.

"Kesemua pelajar terbabit dikejarkan ke Hospital Batu Gajah dan Hospital Changkat Melintang oleh guru mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setakat petang ini, 10 pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki masih dirawat, masing-masing di Hospital Changkat Melintang dan Hospital Batu Gajah manakala selebihnya telah dibenarkan pulang pagi tadi selepas menerima rawatan pesakit luar.

Menurut Mohamed Zakaria, Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat punca kejadian dan telah mengambil sampel makanan dari kantin sekolah berkenaan.

"Kantin sekolah terbabit telah disita selama 14 hari untuk siasatan dan jika pengusaha kantin terbabit didapati cuai, jabatan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan sedia ada", katanya.

Beliau berkata dalam tempoh sitaan itu, makanan pelajar di sekolah tersebut akan disediakan oleh pengusaha makanan sementara yang baru dilantik pihaknya.

Mohamed Zakaria juga menasihatkan semua pengusaha kantin sekolah di Perak supaya menjaga kebersihan bagi mengelak pelajar mengalami keracunan dan tindakan akan dikenakan terhadap pengusaha yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan

------------------------------------------------------------------------------------------------

after all these stuff about canteen tak bersih
masih ada lagi yang pengotor  --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 05:34 AM | Show all posts
29 pelajar disyaki keracunan makanan di Sarawak

KUCHING 29 Julai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.071619 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list