CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

GEMPAR!! Retis KonTroVersi Mesia, Gusip TerBaekk SePanJanG Zaman..

    [Copy link]
 Author| Post time 1-9-2010 12:21 PM | Show all posts
tempek tempek...nk baca...ai like...
(xwut kjew aku dok baca gusip) wakakakaka
luvly_snow8608 Post at 1-9-2010 12:10



    aisehh! maner aci aku sowang jer gegeh!!! penat wooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2010 12:24 PM | Show all posts
Reply 61# samshik


    kalu jejai datang amik dia naik beca roda 3 mau ke beliaw????
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:28 PM | Show all posts
nokkkss..kess makcik tua Rosnah Ariss yang kutuk isteri Nabi tu punn hangattt jugakkk..


uolss tepek kann..iolsss malass nak mencarii..






Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:32 PM | Show all posts
aisehh! maner aci aku sowang jer gegeh!!! penat wooo
samshik Post at 1-9-2010 12:21


hihi...xpela mek..ai xreti la nk tempek..huhu
xpela kan..at least ai memeriahkan thread mek kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:34 PM | Show all posts
KES: ROSNAH HINA NABI
kedit: beutiful nara

Aku sememangnya menyampah dengan Rosnah Mat Aris. Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi tapi masih tak sedar diri yang diri dia dah tua. Dengan style seksi yang mengalahkan pelakon-pelakon muda, Rosnah Mat Aris sekali lagi buat kecoh selepas insiden menghina isteri Rasullah.

Disahkan telah berkahwin dengan seorang pemuda yang berusia 27 tahun oleh jurunikahnya sendiri, Rosnah Mat Aris kononnya menafikan yang bukan dia yang berkahwin dengan lelaki itu. Dengan usia yang dah mencecah 53 tahun, kali ini Rosnah Mat Aris sendiri terkena dulang paku serpih.


Setelah episod penafian dari Rosnah Mat Aris, wartawan Bipop sendiri telah pergi membuat siasatan untuk membuktikan kesahihan perkahwinan dia dan Tajul(nama pengantin lelaki). Ternyata sememangnya perkahwinan mereka sah dari segi agama dan undang-undang Malaysia.

Itulah dulu mengutuk lagi isteri Nabi, sekarang kau sendiri yang dah kena. Memang tak ada salahnya pun kahwin dengan lelaki muda, pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri. Sekarang bila dah terkena kat muka sendiri, baru terkial-terkial nak cover malu.

Rosnah oh Rosnah, bila la anda nak insaf. Sedarlah yang diri kita ini semakin hari semakin tua bukannya semakin muda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2010 12:35 PM | Show all posts
nokkkss..kess makcik tua Rosnah Ariss yang kutuk isteri Nabi tu punn hangattt jugakkk..


uolss t ...
mjfh Post at 1-9-2010 12:28



    dah selamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:37 PM | Show all posts
KES: RADHI OAG TUDUH BINI
kedit : budiey

PETALING JAYA: Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam suasana agak ‘panas’ apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.

Jelas Radhi, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan Shazlin curang dengannya.

“Saya ada bukti SMS cinta dia dengan lelaki itu berbunyi ‘Baby, I miss you’ dan dia pun sudah mengaku tadi. Dia minta maaf kerana seksa saya setahun lebih dan nak saya ceraikan dia,” luah Radhi dalam nada kesal di luar mahkamah. Saya sudah tahu lama tentang hal ini dari telefon bimbit dia, tapi saya boleh maafkan sebab ia mungkin SMS saja.”

Kata Radhi lagi, dia baru mendapat tahu nama lelaki itu beberapa hari lepas yang merupakan bekas suami seorang pelakon. Radhi turut menambah, “Saya tak puas hati. Macamana saya nak lepaskan dia sebab dia tak berterus-terang dan baru hari ini dia cakap. Kenapa dia buang masa saya? Saya rasa tertipu.”

Pada bulan Jun, Radhi OAG selaku defendan berdepan dengan waran tangkap buat kali kedua kerana gagal menghadiri prosiding permohonan lafaz cerai oleh isterinya Shazlin Shariff (plaintif) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.  Semenjak kes difailkan isterinya tahun lalu, Radhi cuma hadir sekali sahaja perbicaraan. Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Plaintif memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu. Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Mohd. Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 12:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:40 PM | Show all posts
KES: IDA NERINA JATUH TANGGA
kedit; beutiful nara

(TAKZIAH)Ida Nerina Jatuh Tangga, Bukan Dipukul Suami



Takziah kami ucapkan kepada Ida Nerina yang sekarang berada di hospital selepas pembedahan bahagian belakang. Khabarnya semalam Ida Nerina jatuh tangga semasa on the way nak sampai ke rumah. Mungkin tak tahan nak ke bilik air, berlari-lari dan terjatuh kot.

Anyway cuma kami pelik sebab tiba-tiba keluar gosip kononnya Ida Nerina dibelasah oleh suaminya sampai terjatuh tangga. Padahal memang tak ada benda pun yang rasanya boleh dikontroversikan. Dah jatuh tangga, jatuh tangga jerlah. Takkan tue pun nak buat jadi cerita panas kot.

Kami tak mahu katakan ini satu pembalasan ke atas Ida Nerina sebab kami pun makhluk biasa jer. Tak ada kuasa nak cakap sama ada seseorang itu berdosa ke tak. Hanya Dia yang tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:43 PM | Show all posts
KES: CERAI ABBY-NORMIANG
kedit; malaysia kini



Yang ini bukan adegan penggambaran filem dilakoni pasangan Norman Hakim dan aktres dan bekas penyanyi, Abby Abadi.

Sebaliknya apa yang terjadi hari ini adalah detik sebenar kehidupan pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga enam tahun lalu.

SEBAK … Pelakon popular tanah air, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual wartawan selepas memfailkan penceraian ke atas suaminya aktor, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Hulu Kelang hari ini. –fotoBERNAMA
Abby memutuskan untuk memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini tetapi gagal kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada alamat lengkap tempat tinggal Norman.



Abby yang ditemui selepas keluar dari kawasan mahkamah pukul 11 pagi berkata, dia gagal mengemukakan permohonan cerai kerana dokumen tidak lengkap disebabkan tidak mendapat kerjasama Norman.


Kemudian dia bersama sekumpulan wartawan menuju ke kawasan penggambaran di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di ibu negara kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Di lokasi penggambaran, Norman dan Abby bersemuka tetapi Norman tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya.

Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit.

Norman memberitahu wartawan, dia memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.

Dalam tangisan Norman berkata, dia masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

Namun Abby yang berada di sebelah mencelah sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia meminta Norman menjelaskan apa hubungan sebenarnya dengan Memey.

Abby yang gagal menahan marah terpaksa ditenangkan oleh wartawan manakalan Norman terus berlaku dengan menyatakan “saya tak ada apa lagi untuk dikomen.”

Pada awal Khamis lalu, Norman ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza.

Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang dekat ini, sekitar pukul 3 pagi.

Norman, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas tidak menafikan kejadian tersebut.

“Saya tidak tahu siapa yang membuat aduan seperti itu kepada JAIS… mungkin juga ada orang nak sabotaj, entahlah kerana saya sendiri masih bingung.

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia sudah menjelaskan hal yang sebenar kepada isterinya, Abby.

Sebagai suami, kata Norman, dia akui perkara itu pastinya sukar diterima oleh isterinya.

Tetapi, tegas Norman, seboleh mungkin, dia tidak mahu kejadian itu menjejaskan lagi rumah tangga mereka memandangkan masalah keluarganya sudah heboh diperkatakan baru-baru ini.

Awal minggu lalu, Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:43 PM | Show all posts
tara!!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:45 PM | Show all posts
hihi...xpela mek..ai xreti la nk tempek..huhu
xpela kan..at least ai memeriahkan thread mek k ...
luvly_snow8608 Post at 1-9-2010 12:32



    luv.. ko bagi cter.. nanti mek tepek.. tak leh nak ingat la.. banyak sangat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:49 PM | Show all posts
KES: 1ST RETIS NIKAH KAT MEKAH
kedit; cari gold

AKTRES ini pernah rasa serik untuk menerima cinta daripada lelaki gara-gara sering kecewa di dalam setiap hubungan yang dijalinkan sebelum ini. Namun, perkenalannya dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda anak dua kira-kira lima bulan lalu nyata telah mengubah pendiriannya itu.

Sejujurnya, Umie Aida tidak menyangka hatinya terbuka juga akhirnya untuk menerima cinta yang diberikan oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47, dan setelah majlis merisik dibuat pada 17 Mei lalu, pasangan kekasih ini sepakat untuk meneruskan ikatan hubungan mereka dengan tali pertunangan.

Anggun dengan persalinan rekaan Bill Keith, aktres berusia 36 tahun ini akhirnya sah bergelar tunangan kepada Khairuddin yang dipanggil 'Abang' oleh Umie pada majlis pertunangan mereka yang berlangsung malam tadi di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak.

Pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan terdekat dan pihak media itu, Umie menerima tiga barangan hantaran termasuk set barangan kemas berjenama Chopard seperti cincin, subang dan rantai, tepak sirih dan patchi coklat serta dibalas lima barangan seperti kurma bateel, buah strawberry dan bunga rampai.

Turut hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna biru dan putih itu adalah selebriti-selebriti tanahair antaranya dua rakan baik Umie iaitu Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid dan Sharifah Shahora.

Majlis tersebut disempurnakan oleh ibu Khairuddin, Balkish Ahmad, 70, yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Umie. Khairuddin atau turut digelar Datuk K yang dinanti-nantikan kemunculannya oleh para tetamu bagaimanapun tidak hadir pada majlis pertunangan itu.

Ditemui sejurus berakhirnya majlis itu, dalam nada ceria, Umie memanjatkan rasa bersyukur kerana semuanya berjalan lancar meskipun akui, ramai yang bertanyakan mengapa bakal suaminya itu tidak turut serta di dalam majlis tersebut.

"Sebenarnya, dia ingin mengikut adat. Lagipun, dia jenis yang tidak suka bergambar sangat. Pada Abang, biarlah saya saja yang berada dalam 'limelight' macam ini.

"Tetapi, sekarang ini pun memang ramai yang sudah mengenali siapa bakal suami saya. Cuma dia sendiri belum bersedia untuk tampil berdepan dengan semua. Memang dia seorang yang pemalu.

"Tetapi dua orang anaknya, Mohd Shafiq, 19, dan Mohd Shahir, 16, datang pada malam ini," ujar Umie yang dilamar oleh Khairuddin dua minggu sebelum majlis merisik diadakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 12:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:57 PM | Show all posts
n jgn lupa raja cerai ROSLIN JONGOS.............. {:2_77:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:57 PM | Show all posts
tetap nak jarang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.514508 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list