CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pancutINSIDE

Kemalangan Di Simpat Ampat : 12 Sah Terbunuh(15?19? orang angka tak rasmi)

  [Copy link]
Post time 12-10-2010 12:05 PM | Show all posts
Bas lesap sekelip mata

MELAKA: “Kira-kira jam 6.44 petang (kelmarin), saya menerima SMS daripada dia (rakannya) memberitahu bas dinaikinya baru melepasi Plaza Tol Ayer Keroh. Kami mengekori bas itu dengan kereta,” kata Nurfaizah Abd Karim, 19, menceritakan detik akhir dua rakannya yang terbunuh dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan 12 orang di Kilometer 222.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan berhampiran Pedas, petang kelmarin.

Rakannya, Nurshapika Baba, 19, dari Jalan Pokok Mangga dan Muhamad Farizuddin Abu Talib, 19, dari Balai Panjang, terbunuh bersama 10 penumpang lain dalam kemalangan membabitkan bas ekspres Delima yang mereka naiki serta beberapa kenderaan lain.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia menghantar SMS kepada Nurshapika bertanya kedudukan bas dinaikinya kerana gagal mengesan bas berkenaan, tetapi tidak membalas dan saya tidak mengesyaki apa-apa.

“Apabila tiada balasan dan masih gagal mengesan bas berkenaan, saya hantar beberapa SMS lagi dan mula tidak sedap hati kerana tetap tidak mendapat balasan,” katanya yang mengekori bas berkenaan sejak ia berlepas bersama dari Terminal Melaka Sentral bersama rakannya, Nurul Baidatul Asyikin Asri, 19, dengan kereta.

Nurfaizah yang ditemui di Hospital Melaka di sini, semalam. berkata Nurshapika dan Muhamad Farizuddin yang enggan menaiki kereta bersamanya, berkeras mahu pulang ke Kuala Lumpur dengan bas.

Difahamkan, kedua-dua mangsa masih menuntut di Universiti Multimedia (MMU), Bukit Beruang, dalam jurusan kejururawatan dan menjalani latihan praktikal peringkat akhir di Hospital Melaka.

Menurut Nurfaizah, kedua-dua rakannya itu tidak menunjukkan perubahan sebelum mereka ke Terminal Melaka Sentral untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur dan ketika bas meninggal terminal, mereka melambaikan tangan bagaikan lambaian terakhir.

“Kami berdua hairan kerana gagal mengesan bas berkenaan dan timbul persoalan, sama ada bas itu laju sangat sehingga kami tidak dapat mengejarnya sedangkan ketika itu kenderaan di lebuh raya bergerak perlahan akibat kesesakan. Rupanya kesesakan itu akibat kemalangan membabitkan bas dinaiki rakan kami.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-10-2010 12:06 PM | Show all posts
cuba kita ambik contoh antara drebar lori petronas dan shell, kenapa drebar shell lebih disiplin? ini kerana sistem yg digunakan. petronas subkan pada kontraktor utk penghantaran minyak dan kontraktor ini bayar gaji drebar ikut trip, manakala shell pulak menggunakan pekerja sendiri
jofizo Post at 12-10-2010 11:58

takde kena mengena dgn thread...   tapi company GLC ni sort of kena sub kan kat company lain, sebab company lain tu pun nak jugak share dia   biasa lah.... nak tolong dato2 yg owned these companies jadi lebih kaya kan...

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:07 PM | Show all posts
Reply 1094# Bolayan

    itulah.... hari tu polis dah beria2 dan pasal saman ni...
dah kene bangkang ngan semua politaiks
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:07 PM | Show all posts
Lihat jenazah bukan ijazah

MELAKA: “Gelagat arwah bertukar menjadi ceria sejak kebelakangan ini walaupun dia seorang pendiam, malah sempat memakaikan dua anak saudaranya jubah majlis konvokesyennya sebelum merakam gambar mereka.
“Saya tidak mengesyaki sebarang perubahan cuma hairan dengan sikapnya itu,” kata Norhafizah Abdul Karim, 28, kakak kepada Norazmi, 24, graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh.

Allahyarham bakal guru bercuti dua bulan, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bertemu rakan dan menguruskan hal berkaitan majlis konvokesyennya di UPSI Jumaat ini.

Menurutnya, Norazmi seolah-olah keberatan menaiki bas itu pada jam 6 petang kelmarin, tetapi tiada pilihan kerana tiket kehabisan walaupun mengikut perancangan mahu menaiki bas pada jam 5 petang. Katanya, mereka sekeluarga sangat sedih kerana Norazmi tidak sempat menggenggam segulung ijazah seterusnya menjadi seorang guru pendidikan seni.

“Semua persiapan majlis konvokesyen sudah dibuat. Malah, baju konvokesyen juga diambil dan bawa balik ke rumah pada 7 Oktober lalu.

“Paling kami sekeluarga sedih, arwah sempat merakam gambar dengan memakaikan baju konvo kepada dua anak saya, Haidi Azely Rashid, 7, dan Puteri Irdina Zuyyin, 3. Dia nampak gembira dan ceria bakal menjadi guru.

“Namun takdir menentukan Norazmi tidak sempat mengambil ijazahnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.

Katanya, dia bersama suaminya, Rashid Hashim, 34, dan anak serta anak saudara menghantar adiknya menaiki bas di Terminal Melaka Sentral, tetapi sebelum itu arwah sempat mengandam pengantin di Batu Berendam, di sini.

“Arwah berjiwa seni dan berbakat dalam bidang mengandam pengantin. Jadi selepas menemani dia mengandam pengantin di Batu Berendam, barulah saya menghantarnya ke Terminal Melaka Sentral kira-kira jam 3 petang.

“Sebelum arwah beli tiket, kami sekeluarga sempat makan bersama. Kemudian kami datang semula ke kereta untuk ambil beg arwah. Tak sangka, selalunya kami tunggu sehingga dia naik bas, namun semalam (kelmarin) terus balik dan tidak rasa nak tunggu,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Abd Karim Jamaludin, 64, yang menetap di Felda Chemomoi, Triang, Pahang, berkata pada mulanya dia tidak mengetahui kejadian sebenar yang menimpa anak keenam daripada tujuh beradik itu kerana tidak dimaklumkan perkara sebenar.

Menurutnya, dia dimaklumkan agar bersiap bersama isterinya, Salamah Ismail, 57, pada awal pagi kerana perlu pergi ke Melaka kerana mempunyai urusan.

“Sebelum itu rakan ada menghubungi kira-kira jam 3 pagi tetapi tidak memberitahu mengenai kemalangan (menimpa anak) tetapi dalam perjalanan ke Melaka, Norhafizah memberitahu kejadian menimpa Norazmi.

“Norazmi adalah anak harapan, malah dia juga masih belum menerima gaji berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Damansara sebelum Aidilfitri lalu,” katanya.

Jenazah Norazmi dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Pondok Kempas, Selandar, Jasin, petang semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:08 PM | Show all posts

Keluarga dakwa bantuan lewat

BATU PAHAT: Kelewatan pihak berkuasa memberi bantuan kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 223 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), petang kelmarin, dikatakan punca ramai mangsa gagal diselamatkan.
Keluarga Goo Chuan Heng, 34, pemandu van yang maut di tempat kejadian sedih perkara terbabit berlaku kerana berpendapat, kematian anak keenam daripada 10 beradik itu dapat dielak sekiranya bantuan perubatan segera diberikan.

Abang mangsa, Goo Chuan Seng, 37, berkata, tidak logik semua mangsa diberikan bantuan selepas kira-kira dua jam kemalangan berlaku sedangkan terdapat hospital di kawasan berhampiran.

“Saya menerima panggilan telefon daripada kakak, Ai Wah, 42, yang turut berada di dalam van ketika kejadian pada jam jam 6.45 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama bapa, Ah Leng, 70 dan ibu, Tan King Choo, 65.

“Kami tiba di Melaka jam 8.30 malam dan disebabkan kesesakan lalu lintas, kami berhenti pada jarak empat kilometer dari lokasi kejadian sebelum menahan motosikal untuk tiba ke sana,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Taman Maju.

Menurut Seng, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat adiknya berada dalam van tanpa diberikan sebarang bantuan sebelum dia sendiri memberanikan diri dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu.

“Ketika itu, saya dapati dia tidak bernyawa tetapi yang menghairankan, mengapa tiada anggota daripada pihak berkaitan menghulurkan bantuan dan mengeluarkannya dari van berkenaan terlebih dulu.

“Saya memandu dari Batu Pahat dan jika diikutkan, jarak saya lebih jauh berbanding mereka yang bertugas bagi membantu mangsa di lokasi,” katanya.

Menurut Seng, selepas semua mayat dikumpulkan pada jam 9.30 malam, ambulans menghantar semua mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, menyebabkan mereka bergegas ke sana.

Katanya, apabila tiba di hospital berkenaan dan menunggu hampir dua jam, dimaklumkan mayat adiknya itu dihantar ke Melaka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2010 12:09 PM | Show all posts
Reply  din_atos

excuse me eh, bukan bro tapi sista! tgklah nama glamer i tu  

for your info ...
syeffy Post at 12-10-2010 11:57 AM

    orait sis rupanya. yela u kat tmpt kejadian tu kan. i pun pnah berada kat tmpt kejadian xcident siap tolong angkat moto mangsa kat tgh highway, itu pun ada lori hon kuat suh cpt. Ada ka patut. Tp i x maki. Selama ni pun i jarang maki carut, x caya search my previous post. Bila darah da menyirap btul2 je i meletus. fuh baru lega ckit. Im sorry carut occay, mmg i klu da mrh gile mmg x ingt dunia. Nobody perfect occay sis
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:10 PM | Show all posts
apa kah objek hitam itu?
evolutionary Post at 12-10-2010 11:52

objek hitam tu adalah bas delima yang melayang menghentam bas dia
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-10-2010 12:11 PM | Show all posts
Reply  aiskrimvanilla

   still tak boleh lelap mata...
terbayang2, terngiang2 suara mintak to ...
kaishi Post at 12-10-2010 12:04

uishh... uishhh... baru lagi kot... lelama ok la, saya pon masih ternampak2 suasana tempat tue... mmg ngeri..

suara mintak tolong tue kuat ke? masa pemandu bus cepat tue, dia bukak emergency door delima ek?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:11 PM | Show all posts
sedih aku baca berita ni, ibu bapa yang kehilangan anak sebab kemalangan ni...

aku nak sangat2 tahu keadaan BF dan GF yang terlibat tu, GF dia patah2 tangan bahu, yang BF memang parah kepala and tangan hampir hancur.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:14 PM | Show all posts
jln raya kat msia antara yg tercantik kat asia
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:14 PM | Show all posts
i missed the news, or mmg takde news interviewing family pemandu delima tu?

dia sebatang kara ke takde isteri & anak2 meratapi pemergian dia?

so far takde pun berita on his family claiming his body ke apa (ke saya terlepas pandang?)...

or mmg takde berita tentang dia sebab media dah awal2 "guilty until proven innocent" so sengaja tak interview his family members?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:15 PM | Show all posts
Reply 1109# aiskrimvanilla

   kuat la...lagi2 yang dari myvi, saya turun dari cept ekspress sebab saya nampak bas delima tu mcm nak meletup, before ape2 jadi, saya turun la dulu, suara mintak tolong memang kuat la....sampai suara tu hilang,
yupz, driver cepat ekspress yang pertama meluru ke bas delima tu........dia yang keluarkan mayat 1st perempuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:16 PM | Show all posts
sedih aku baca berita ni, ibu bapa yang kehilangan anak sebab kemalangan ni...

aku nak sangat2 ...
kaishi Post at 12-10-2010 12:11

    berita hari ni cakap, tangan dia dah kena potong sampai ke lengan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:18 PM | Show all posts
Reply 1114# evolutionary

   ya ALLAH, kesiannya budak tu....
tp dia memang kuat, bertahan sampai ambulan sampai..

semoga ALLAH panjangkan umur budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:22 PM | Show all posts
hehe...stuju...mmg bas2 ni terutama kat kl laju2...menakutkan...
mentang2 dia besar suka2 dia j ...
ahpek Post at 12-10-2010 11:20

wa pun setujukk gakkk

wa lalu area tu 2 jam before xcident..

mang time tu bus bwk laju...

siap cucuk keta wa lagi....

ape yg wa pasan time senja tu byk kenderaan yg laju siap follow dekat2..

syukur la wa tak lepak JB lama.. klu takk myb wa join or join jemmm..huhu:cf:
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-10-2010 12:23 PM | Show all posts
Reply  aiskrimvanilla

   kuat la...lagi2 yang dari myvi, saya turun dari cept ekspress sebab s ...
kaishi Post at 12-10-2010 12:15

maknanya, pemandu myvi tue masih idup time kena, dia bukan terus maut.. berita tak nyatakan pun dia pandu myvi tue sorang2 ke dgn famili ke... jadi mayat yang hancur dari dada sampai kepala tue mayat penumpang bus yang tercampak tue la?.. jadi kaishi nampak tak penumpang bus tue tercampak keluar dari bus?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:23 PM | Show all posts
sedih aku baca berita ni, ibu bapa yang kehilangan anak sebab kemalangan ni...

aku nak sangat2 ...
kaishi Post at 12-10-2010 12:11

kaishi...... GF/BF tuhh cina ke melayu..........

ni artikel dari metro, kot orang yang sama:

   Tangan kiri dipotong akibat remuk   

2010/10/12     
   
                       [url=][/url]    [url=][/url]    [url=][/url]       

KUALA LUMPUR: “Tangan kiri abang saya terpaksa dipotong akibat remuk teruk,” kata Lee Han Seng, 25, adik kepada mangsa tragedi kemalangan maut dua bas, tiga kereta dan van di Kilometer 223, Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Pedas, Negeri Sembilan, petang kelmarin.   Mangsa, Lee Han Wei, 28, yang cedera parah terpaksa menjalani pembedahan memotong tangan kirinya hingga paras lengan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dipindahkan ke hospital berkenaan dari Hospital Tampin.

  Adiknya, Lee Han Seng, 25, yang berasal dari Bertam Hulu, Melaka, berkata dia  mengetahui abangnya itu terbabit dalam nahas ngeri berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam apabila dihubungi  jururawat dari Hospital Tampin.       Bagaimanapun, dia pada mulanya tidak percaya apa yang dikatakan jururawat berkenaan sebelum dia dan keluarga menghubungi teman wanita abangnya dalam bas berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:23 PM | Show all posts
selalu balik kampung memang ada bas2 yang dipandu terlalu laju......................mungkin pemnadu merasakan kenderaan yang dibawanya sudah cukup hebat dan besar daripada kenderaan lain ...............
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:24 PM | Show all posts
Keluarga dakwa bantuan lewat

BATU PAHAT: Kelewatan pihak berkuasa memberi bantuan kepada mangsa k ...
ryosakazaki Post at 12-10-2010 12:08

Tengok lah di sebabkan pemandu2 yg tak bertanggungjawab guna emergency lane pihak berkuasa terpaksa terima hentaman & di persalahkan coz lewat bagi bantuan
Sebelum ni bila aku baca cerita pengalaman forummer yg ada pada masa & di tempat kejadian terutama sikap biadap depa yg guna emergency lane aku dah naik geram
Tapi bila aku baca plak article ni lagilah tahap kegeraman aku kat depa yg biadap tu bertambah
Dek sikap biadap depa byk pihak lain tanggung akibat buruk kesan dari sikap biadap & tak bermoral depa2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 1.597945 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list