CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

MAYA KARIN

[Copy link]
Post time 23-7-2004 11:12 PM | Show all posts
sama ada ZAIN boleh berlakon atau tak, tunggu je filem sulung lakonan RUFFEDGE - SH3 THE MOVIE tak lama lagi (lepas HHN kot)
padan la shanew...padan giler...cute couple...ehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2004 11:13 PM | Show all posts
Originally posted by HARRIER28 at 18-7-2004 11:33 PM:

:setuju:zain ngan maya baru padan...tp zain bleh belakon ke??kalau amk jehan atau farid ok jugak kan.....:hmm::hmm:


Jehan?? :no: Aku tak nak nanti timbul pula gosip yg berbunyi "MAYA KARIN BEREBUT JEHAN DARI FASHA & FAZURA?" uh.. cukup la minah 2 org tu.. :ah:.. hehe.. aku pepandai je reka gosip.. :bgrin:

Kalau dengan Farid Kamil tu aku setuju.. but, Maya kena la kuruskan sikit badan dia.. haha.. betul tak?? :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2004 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by ruffleen at 23-7-2004 11:12 PM:
sama ada ZAIN boleh berlakon atau tak, tunggu je filem sulung lakonan RUFFEDGE - SH3 THE MOVIE tak lama lagi (lepas HHN kot)
padan la shanew...padan gil ...


ff: kejab..

Ko tak sedih ke Zain dah ada makwe?? hehe.. kawan aku melalak lepas tengok gambar Zain dengan seorg minah ni kat dlm MH minggu ni punya issue.. err.. aku jadi pelik.. :hmm: :stp: :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2004 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by shanew3stgalz at 2452003 11:18 PM:


ff: kejab..

Ko tak sedih ke Zain dah ada makwe?? hehe.. kawan aku melalak lepas tengok gambar Zain dengan seorg minah ni kat dlm MH minggu ni punya issue.. err.. aku j ...


nape plak nak frust.....ekekekee
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2004 01:20 PM | Show all posts
hai peminat2 maya karin...

  ada satu citer pasal dia nie...kawan saya mak dia make up artis..kat umah dia mmg brlambak gambar artis...mak dia nie ditugaskan utk make up maya utk satu program nie..hehe...nak tau apa mak dia cakap...mak dia kata maya ni ok cuma tergedik skit sbb ingat dia lawa sgt...evrytime mak dia make up maya,dah habis je terus blah..hehe tak tau ler..saya dgr citer je..jgn mare ye MK fans....:love:
Reply

Use magic Report

RasaCinta This user has been deleted
Post time 3-9-2004 02:19 PM | Show all posts
Aku lebih rela tgk dia bawak watak leading...drpd watak simpanan..hikhik

lakonan dia bagus..dan aku sokong yg tu jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2004 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by Ninz at 3-9-2004 01:20 PM:
evrytime mak dia make up maya,dah habis je terus blah


Abis tu lepas mekap nak wat pa? Sembelih ayam putih dengan bagi pulut kuning?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2004 06:58 PM | Show all posts
cantik tapi...berbau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2004 10:41 AM | Show all posts
bau ...apa?:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2004 12:34 PM | Show all posts
hari tu baru je si maya ni lalu tepi aku...what can i say???
dia ni not to my expectation la...
....tak putih, tgk pusat dia pun kaler cokelat...hampeh
....tak tinggi...ingatkan ala2 model gitu....ketot jek
....body tak cun...harap pinggang je ramping...montot lebo
....muka takde seri, tak mekap tak lawa maner
....takde bau masam pun, tapi kot ye pun spray le sikit...nih tak...kalau berpeluh sket ...sure terserlah gak baunyer...hehehh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2004 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by pink_frog at 7-9-2004 12:34 PM:
hari tu baru je si maya ni lalu tepi aku...what can i say???
dia ni not to my expectation la...
....tak putih, tgk pusat dia pun kaler cokelat...hampeh
....tak tinggi...ingatkan ala2 model gitu. ...


maya ni photogenic agaknye...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by pink_frog at 7-9-2004 12:34
hari tu baru je si maya ni lalu tepi aku...what can i say???
dia ni not to my expectation la...
....tak putih, tgk pusat dia pun kaler cokelat...hampeh
....tak tinggi...ingatkan ala2 model gitu. ...


kondem X ingat.... tengok sikit engko tuh..... ntah-ntah dari bulan boleh nampak montot ko...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 09:23 PM | Show all posts
Tak sabar nak tgk. Maya Karin sebagai hos (wakil Malaysia) Oscar di L.A. :bgrin:
Reply

Use magic Report

emileyn This user has been deleted
Post time 14-3-2006 11:30 PM | Show all posts
aah...x saba jgak...
boley la tmpang bangge kt maya..
(x minat die pon...biase2 je)
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 08:44 PM | Show all posts
dia ni islam kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 07:45 AM | Show all posts
Serah jodoh pada takdir
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


USIANYA sudah pun mencecah 27 tahun tetapi masih belum sampai masanya aktres kacukan Melayu-Jerman, Maya Karin Roelcke memikirkan soal jodoh.




Apatah lagi pelakon yang begitu sinonim dengan panggilan pontianak itu kini sedang meniti puncak dalam kerjaya seni lakonannya, banyak lagi tugas yang perlu dibereskan.

Sesudah Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2, Maya kembali sibuk di lokasi penggambaran apabila terbabit dengan penggambaran filem misteri terbarunya, Jari Hantu, arahan Shuhaimi Baba.

Belum pun sempat hendak berehat penyanyi lagu Erti Cinta ini disunting pula membintangi filem Anak Halal arahan pengarah berbakat, Osman Ali.

Itu belum lagi mengambil kira dua lagi tawaran berlakon filem yang bakal menyusul selepas ini.

"Saya tidak pernah sibuk seperti sekarang. Sejak dua tahun kebelakangan ini, saya banyak menghabiskan waktu di lokasi penggambaran. Bagi saya ini adalah kepercayaan daripada karyawan seni yang perlu saya lakukan dengan sebaik mungkin," katanya kepada Bintang Popular.

Apabila penyanyi tersohor, Datin Siti Nurhaliza Tarudin mengakhiri zaman daranya pada usia 27 tahun, apakah yang berdetik di hati Maya?

"Rasanya belum lagi untuk saya naik pelamin. Berilah saya sedikit ruang lagi untuk memantapkan kerjaya seni.

Bukan tidak pernah terfikir soal jodoh tetapi belum sedia menjadi isteri orang.

"Selepas filem Jari Hantu dan Anak Halal, saya akan membintangi dua lagi filem. Satu dari produksi tempatan dan satu lagi dari luar negara. Bagaimanapun, biarlah ia dirahsiakan dulu.

Namun, Maya tidak menafikan bahawa dia sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berbangsa Eropah. Mereka masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Biarlah takdir menentukan jodoh saya dengan siapa. Kalau boleh, biarlah saya berkahwin sebelum usia 30 tahun," katanya yang nyata semakin jelita.

Tewas di tangan Sharifah Amani?

SELAIN produk kecantikan, wajah anggun dan sofistikated Maya turut menjadi buruan syarikat telekomunikasi terkemuka, Celcom. Wajah Maya kini terpampang sebagai Duta Celcom untuk tempoh kira-kira setahun dan dia akan terbabit dengan pelbagai agenda yang disusun pihak terbabit.

Pelakon Terbaik Festival Filem Seram & Fantasi Estepona 2005 di Sepanyol itu mengakui dia amat bersyukur dengan segala limpahan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

Ditanya mengenai kekalahannya di tangan Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dalam Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) barubaru ini, Maya berkata.

"Kalah memang adat bertanding dan ia berlaku dalam mana-mana festival. Semua keputusan itu dibuat pihak juri profesional dan tiada sebab untuk saya tidak akur atau menghormatinya. Bagi saya lakonan Amani dalam Gubra cukup hebat. Jadi dia selayaknya menang. Tahniah juga kepada Yasmin Ahmad," kata Maya.

Biarpun kecundang dalam FFM19, Maya meraih pula gelaran Aktres Filem Pilihan dalam Anugerah Oskar Malaysia Kelima, baru-baru ini.

"Inilah pengiktirafan pertama bagi kategori lakonan terbaik yang saya terima daripada anugerah tempatan. Sebelum ini saya hanya menerimanya dari luar negara," katanya.

Menceritakan pula mengenai Jari Hantu, Maya berkata, watak Tina yang dilakonkan berbeza dengan watak Maria mahupun Mariam dalam PHSM.

"Skrip dan garapan Jari Hantu sangat menarik. Disokong pula lakonan mantap oleh Rusdi Ramli, Azean Irdawaty dan Liza Othman, saya begitu bersemangat membintangi filem ini.

"Tina digambarkan sebagai gadis kampung yang baik, periang dan agak nakal apabila berhijrah ke ibu kota. Tina rapat dengan Ari (Rusdi Ramli) dan terpaksa mengubah perwatakan Ari yang lemah lembut dan selalu menjadi bahan ejekan.

"Pada masa yang sama, nenek Tina (Azean Irdawaty) mahu mewariskan ilmu saka kepada seseorang sebelum menutup mata menyebabkan Tina sendiri terperangkap dalam semua situasi itu," kata Maya yang tidak gentar berdepan dengan gosip liar yang cuba menjatuhkan namanya.

INFO:

Maya Karin Roelcke, 27, dilahirkan pada 29 Oktober 1979. Berdarah campuran Jerman-Melayu, ayahnya, Gottfried Roelcke berasal dari Jerman, manakala ibunya, Che Zan, dari Pulau Pinang.


Anak sulung daripada tiga beradik ini mengikuti pendidikan terakhirnya di Institut Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran.


Antara filem lakonan Maya termasuklah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella 2, Tujuh Perhentian, Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM), Pontianak Harun Sundal Malam 2 dan terbaru Jari Hantu serta Anak Halal. Pernah merakamkan dua album solo, Maya Karin dan Bukan Qalamaya. Lagu popularnya ialah Erti Cinta.


Siri TV yang mengangkat nama Maya sebagai pengacara ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel [V] dan Beauty Secret From The East (TV3). Maya turut menjadi model komersial TV. Antaranya Pantene, Wella, Halle, Yishion dan L'Oreal. Maya juga duta syarikat telekomunikasi terkemuka, Celcom selama setahun.


Anugerah pertama yang diraih Maya ialah Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH01), Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH05, Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun, Pelakon Terbaik di Festival Filem Seram & Fantasi Estepona 2005 di Sepanyol serta Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2006 10:00 AM | Show all posts
Maya Karin :love:,

Suka tengok muka dia so sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:59 AM | Show all posts
suka tgk MAYA dlm iklan CELCOM terbaru...'LEBIH APA LAGI...?'
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 03:48 PM | Show all posts
Maya dah banyak berubah!!!

Memang dulu dia kene kutuk habis..Tapi skang dia dah buktikan!

so kpd sesapa yg asik nak mengaibkan orang jer..
(ketiak busuk lah..apalah)

bagilah peluang kat dia..

untuk menjadi salah seorang pelakon Malaysia yang HEBAT!

Good Luck Maya!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 03:50 PM | Show all posts
dengar cerita Maya Karin dapat tawaran berlakon kat Indonesia..

Jadi watak utama lagik!'

Congratulations!

I think dia bole diterima di sana sebab dia boleh berbahasa Indonesia dengan baik!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.083676 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list