CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Knights

[Tempatan] lepas prk sandakan, rasa macam semenanjung plak yang dok atas pokok

[Copy link]
Post time 16-5-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 12-5-2019 02:55 PM
Kita tidak dapat nafikan bahawa ramai dikalangan ummah disemenanjung tidak melihat kleptrokasi berju ...

Begini lah pemikiran org yg pandang ke hadapan. Negara kita perlu byk org mcm anda utk maju, makmur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 06:20 PM | Show all posts
steven.l replied at 16-5-2019 06:06 PM
Begini lah pemikiran org yg pandang ke hadapan. Negara kita perlu byk org mcm anda utk maju, makmu ...

Terima kasih saudara......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Supporters PH la yg duduk atas pokok.
Maklumlah dah tak mampu beli rumah. Kene tahan imigresen tak bayar ptptn. Naik motor kete pun tak boleh sebab tak boleh renew lesen.

Ahaha. Padan lah muka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 16-5-2019 05:23 PM
Kes Sabah sarawak selepas PRU bbeza...,

Sabah dilihat sebagai anak emas Putrajaya...sementara S ...

Why gps ni xjoin ph je?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 07:00 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 16-5-2019 07:04 PM
cmf_shalom replied at 15-5-2019 04:53 PM
Buat masa ni..aku yakin..PH akan kalah next PRN Sarawak..sentimen org kampung banyak kenangan  ...

saya masih rasa 50-50 unless GPS sendiri pki logo BN utk pru nanti. klu pki logo sendiri, peluang ph dan gps masih sama-rata.
saya tak pasti pertubuhan pendaftar akan allow gps guna logo bn kerana tiada pakatan bertulis dibuat antara mereka lagi?


harus diingat, pkr dan dap menang besar pru lepas di semenanjung sbb kesemuanya guna pki logo pkr. yes, tun m dan najib penyebab ph menang besar tp tak dinafikan sychronizing kesemuanya dgn mengundi satu logo membantu kemenangan ini.

yg celik logo harapan ini kebanyakan org bandar (as proven by winning all the four by-elections) dan bukannya semi-urban serta kwsn ats pokok mcm korg cakap tu (merujuk kwsn2 di pedalaman perak, pahang, kelantan & kedah).


dap menang besar di sandakan aritu sbb pki logo dap.

bukan logo harapan mcm tradisi ph bertanding di dalam 7 prk sebelum itu.




Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 08:28 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-5-2019 09:27 AM
dauswq replied at 16-5-2019 07:00 PM
saya masih rasa 50-50 unless GPS sendiri pki logo BN utk pru nanti. klu pki logo sendiri, peluang  ...


Senario sekarang ni(berdasarkan pemerhatian aku)

PH Sarawak cuba mengaitkan GPS itu adalah BN

GPS pula cuba menonjolkan mereka adalah sebuah parti renaisanne -bangkit dan keluar dari kepompong lama, yg seblum ini terikat dengan malaya aka BN.


Apa yg PH Sarawak boleh lakunya sekarang adalah kempen mengungkit GPS itu asalnya BN-yg penuh dengan rekod sejarah tidak baik. Itu je modal PH.

Jadi, aku tidak pikir GPS terpikir untuk menggunakan logo BN...


Kekuatan GPS sekarang adalah cara mereka market diri mereka-dari sebuah parti yg terikat dengan Malaya ke sebuah parti yg berdiri sendiri-untuk memperjuangkan kedaulatan dan hak Sarawak.

PH Sarawak yg mula2 suka menggunakan kaedah mengungkit ini..akhirnya terjerat..sebab menteri PH dari Sarawak-nampak sangat gagal memperjuangkan hak sarawak.


Aku tidak nafikan PH ada pengikut..yg aku fokus bukan kt penyokong PH atau GPS...tp kat mereka yang berdiri di atas pagar.


Dalam beberapa kontroversi dengan Putrajaya sebelum ini, PH sarawak cuba mempapar seolah2 GPS ini budak jahat....tp ak tgk respon NGOs..majoritinya pro GPS...PH Sarawak biasala, ini semua salah GPS...tp mereka seolah2 dlm denial mode-sebab NGOs berdiri dibelakang GPS


sementara sentimen rakyat pula-rakyat luar bandar-rata2 mereka terasa khilangan Najib...Tun, tkenal nak cantas projek sana sini-jangan salahkan penduduk kampung...dah itu yg dipotraitkan sendiri oleh PH..malahan sbelum ini, ramai yg risau dengan projek pan-bornoe.Kejatuhan harta getah, lada hitam sejak PH naik..lagi la menambah rasa kecewa..Kalau ada yg menyokong PH, mereka yg mempunyai isu melibatkan NCR-terutamanya ladang kelapa sawit.

Bandar pula-boleh jadi 50/50....tp imej PH lately banyak dirosak berhubung isu MA63

Tindakan PH membatalkan projek luar bandar dan projek infra lain-telah memakan diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2019 09:08 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-5-2019 09:17 AM

Apa yg aku nmpak berdasarkan perjuangan GPS skrg- mereka x nak lagi terikat dengan parti dari Malaya...
ia juga sejajar dengan konsep perjanjian MA63-borneosasi....mereka akan mengamalkan dasar bkerjasama dengan mana2 parti di Malaya, tapi bila melibatkan kepentingan Sarawak-mereka akan vokal.

Ini juga tekanan kepada PKR, DAP, PAS Sarawak-salah satu cara mereka buat sekarang-, PKR. DAP, PAS (?) masing2 mengaku mempunyai autonomi dan tidak tertakluk 100% kepada Presiden parti di Kl



Parti tun pun yg dilancar kt Bintulu tu hari pun, sepoi2 bahasa saja ...mcm xdengar kabar pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 09:16 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-5-2019 09:40 AM
Muntz replied at 16-5-2019 05:59 PM
Khennn. Kiranya better dirompak anak sendiri drpd dirompak org luar. Gitulah kekdahnya. Pastu PH S ...

Sekarang ni, PKR Sarawak cuba memainkan isu sentimen, isu NCR-tu je senjata terakhir kot

Isu GPS itu BN dah x laku..

Baru Bian pun dah lebur kena maki..jauh beza dengan sebelum PRU


DAP Sarawak, dari hari pertama PH menang PRU-makian ak kt dorg tetap konsisten smpai skrg...Dorg aku tgk..bukan buat keja pun...membuli ya..itu kepakaran dorg skrg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 09:34 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-5-2019 09:36 AM

seperti yang aku cakap sebelum ini, parti mana yang akan memerintah Sarawak-bergantung kepada parti mana yg memperjuang MA63.

PH Sarawak aku tengok dah kompom gagal dah...strategi mereka skrg......main CD lama-kenapa srkg GPS baru nk pjuang...kenapa x lama dulu..bla bla bla..skrg ni penyokong PH sarawak kr socmed pun..tu je hujah yg boleh mereka bawa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 17-5-2019 09:08 AM
Apa yg aku nmpak berdasarkan perjuangan GPS skrg- mereka x nak lagi terikat dengan parti dari Mala ...

Tapi mereka boleh je pilih untuk mesra ph mcm warisan buat. Kenapa pilih utk mesra umno pas?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 17-5-2019 09:34 AM
seperti yang aku cakap sebelum ini, parti mana yang akan memerintah Sarawak-bergantung kepada parti  ...

Aku lebih suka Sarawak dan Sabah biar aje la parti peribumi sana handle..tanah melayu bior ajer la parti sini handle..aku jangka ppbm Sabah pun Krik krik..adan uke atok..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 17-5-2019 09:16 AM
Sekarang ni, PKR Sarawak cuba memainkan isu sentimen, isu NCR-tu je senjata terakhir kot[/backcolo ...

Depa tu buli bukan kat Sarawak jah..sini pun nak buli
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 10:19 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-5-2019 10:29 AM
ResellerMaxis replied at 17-5-2019 09:51 PM
Tapi mereka boleh je pilih untuk mesra ph mcm warisan buat. Kenapa pilih utk mesra umno pas?

cantik sangat soalan ko ni bah..

Ak antara yg follow pkembangan GPS ni, bermula selepas PRU- membubarkan kompenan BN Sarawak utk mbentuk GPS. Ak antara org x setuju, sebab GPS ms tu buat pengumuman mereka akan mesra dengan Persekutuan aka PH. Mcm ada unsur masuk pintu belakang bunyi. Ak pernah tulis kt CI ni.


Sementara itu, TUN pula, sebelum PRU, aku ingat lagi dia cakap, dia akan kaji ketidakpuasan hati penduduk sabah/sarawak, akan kembalikan hak mereka seperti MA63..dan bla bla bla dan blahhhhhhhhhhhhhhhh....

Masa itu,dalam CI ini juga, aku mengaku aku tergelak sinikal bila dengar cakap TUN tersebut. Chazey menjadi saksi. Thanks God...aku tidak perlu merangkak cari TUN dlm isu ini, selepas PRU, korg menjadi saksi genuine ke x sinikal aku tersebut.

Ni dah setahun, mana dia kajian tsebut? Seleps TUN jadi PM dia buat apa? Tu Petronas pergi bawa kes Kerajaan Sarawak ke Mahkamah psl minyak.. Itu namanya kajian? Jangan bgitau aku, Petronas buat tu tanpa restu TUN. Dan aku sebelum tu dah tau, Petronas berbulu dengan Najib sebab Najib lebih pro kepada tuntutan Sabah/Sarawak.

Siapa yang mula melancarkan peperangan? Cerita ni x bhenti setakat ini...

Tun juga yg dulu keluarkan kenyataan, Sarawak bina/baiki la sekolah guna duit sendiri. Sarawak kan kaya...

Masa pembentangan bajet, x payah cakap nk bagi peruntukan pembangunan yang adil...TUN siap umum 20% royalti minyak adalah mrujuk kpd untung bersih...Dia buat u-turn..ada dia bincang dulu? ada dia buat kajian dulu? suka2 dia main hembus. Dia cakap, cukai tu akan musnahkan Petronas.

Sarawak sebelum itu, berkali-kali minta data dari Petronas...tapi Petronas buat bodoh. Banyak data mereka sembunyikan dari kerajaan Sarawak ..Last2 Sarawak pi jumpa Shell..Shell cakap sepatutnya xde masalah dengan 20%...Nak cakap Sarawak bodoh ke apa minta 20% royalti dari pengeluaran minyak..nak melingkup kan Petronas...sila2....tapi anda sendiri yg tak nak bagi kerjasama. Sarawak cuma minta data yang dikeluarkan dari perut bumi Sarawak sahaja pun.

Sarawak tidak puas hati dengan pengumuman TUN dalam bajet..dan la bajet tahunan utk Sarawak boleh buat sarawak gostan balik tinggal atas pokok. kemudian DUN Sarawak meluluskan cukai baru iaitu 20% dari hasil produk petronas. Tun komen apa? Sarawak akan terima akibatnya.

Siri seterusnya, xperlu la aku tulis kat sini...ramai dah tau ...


Nak aku perjelas lagi kenapa Sarawak tidak ambik pendekatan mesra dengan PH?Sampai bila Sarawak nak merangka menjilat TUN? Dah lama selama ini, aku tengok apa yang pemimpin Malaya lakukan ke atas Sarawak adalah siri penjajahan zaman moden..Nak lagi disuruh lagi-lagi  dan lagi menjilat konek dan telur org tua tu tahun 2019 ni? Sedap sangat ka lidah org Sarawak ni?

Ini aku x ungkit lagi sikap DAP Sarawak..selepas PRU smpai skrg, aku heran tengok sikap mereka ni..Kalau Sarawak merdeka esok lupa, aku tiada masalah kalau pemimpin DAP sarawak yg sekarang dikenakan hukuman salib sepanjang WF kuching...itu je yg aku nak komen pasal DAP Sarawak.



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-5-2019 10:19 AM
cantik sangat soalan ko ni bah..

Ak antara yg follow pkembangan GPS ni, bermula selepas PR ...

Part kembalikan hak sarawak tu kan ph dah usulkan kat parlimen..mp sarawak gak antara yang tidak menyokong usul tersebut dan menyebabkan ianya gagal..

Yang ubah ma63 zaman tun razak pada tahun 70an kan bukannya tun m. Semenjalnitu taraf sabah sarawak jadi negeri negeri biasa mcm negeri lain..

Kalau usul ini diterima sudah tentu sabah sarawak akan dapat lebih manfaat..

Berkenaan pembaikan sekolah pun ph dah setuju untuk gunakan wang yang kerajaan negeri hutang dengan federal government sebanyak 1 billion utk kos kos membaiki tu kan??

By the way aku dengar gak dekat bfm breakfast grill temu bual dengan nancy shukri why depa tolak kembalikan ma63 yang diusulkan ph..

Kononnya masa zaman najib mereka buat permintaan direct je kat pm..contoh ada 11 permintaan time tu yg najib dah tunaikan..

Yang aku ingat dia bagitahu nak tambah 200 org pegawai imigresen dari sarawak, jadikan 80% cikgu di sarawak adalah berasal dari sarawak.:

Then dia org xnk kembali kan ma63 tapi nak usul baru berkenaan hak sabah sarawak n bla bla..n satu lagi sebab ph x bincang dengan eia orang ke apa masa usul..

Bukankah tu memang manifesto ph n ph dah cuba tunaikan..cuma usul tu perlukan majoriti 2/3 yg mana kalau gps support..dah boleh execute pula..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:37 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-5-2019 12:48 PM
ResellerMaxis replied at 18-5-2019 11:56 AM
Part kembalikan hak sarawak tu kan ph dah usulkan kat parlimen..mp sarawak gak antara yang tidak m ...

Apa yang berlaku tempoh hari lagi menambah skeptikal aku thdp TUN dan PH....sepak terajang apa yg mereka tgh mainkan...

Ptama, anda kena tau, Jawatankuasa Kajian Pelaksanaan MA63 telah ditubuhkan dan mereka telah ditetapkan untuk selesaikan semua isu dalam temph 6 bulan. kali pertama mesyuarat bulan Disember 2018, kali kedua bulan Februari 2019. Semalam, iaitu 18 Mei 2019 adalah mesyuarat terkini kali ke-3.
Mesyuarat tersebut diketuai sendiri oleh Perdana Menteri.

Soalan saya, kenapa RUU pindaan perlembagaan dibuat tgesa-gesa sedangkan jawatankuasa tsebut masih lagi bjalan dan rundingan demi rundingan sedang berlaku? Kenapa tidak tunggu tempoh masa 6 bulan sehingga satu laporan penuh dikeluarkan?

Yup, GPS Sarawak menentang RUU tersebut.  Sebab, pendirian sarawak-nak pinda perlembagaan perlu menyeluruh..bukan sekerat-sekerat spt RUU tersebut. Sebab itu pendirian sarawak, tunggu laporan penuh dikeluarkan selepas tempoh tamat 6 bulan, masa yang diberikan utk perbincangan.

Pindaan RUU tempoh hari tidak ada maknanya selagi istilah Persekutuan dalam Perlembagaan itu sendiri tidak turut dipinda. kalau bro baca Perlembagaan sekarang..Persekutuan bermaksud  negeri-negeri yang dibentuk melalui Perjanjian Malaya 1957. Bro perasan x, ada kesalahan fatal dalam Perlembagaan sekarang?

Lagi, pindaan RUU tsebut lebih bsifat komestik. Kalau dah dekat introductory pindaan tersebut jelas tertulis : Pindaan ini tidak sama sekali akan mengubah apa-apa fungsi Persekutuan (ayat lebih kurang)...apa maksud tersebut?

Kedua, cara or prosedur penyediaan draf pindaan RUU tersebut nampak sangat tidak mencerminkan sikap kedudukan Sabah-Sarawak senagai rakan kongsi. Cadangan pindaan RUU tsebut hanya diketuai melalui media. selepas itu, Kerajaan Sarawak berkali-kali minta salinan draf pindaan tersebut-sebab mereka pun x tau natang apa yg tertulis dalam draf tu. Putrajaya x nak bagi tengok pun.

Mesyuarat sedang berjalan, jawatankuasa teknikal pun sedang berjalan..tempoh masa 6 bulan, belum habis lagipun...kenapa tetiba Putrajaya mengumumkan mereka sedang draf Pindaan RUU untuk dibentangkan dalam Parlimen? Tergesa-gesa, kenapa? Lepas tu, draf pindaan tu jauh panggang dari api pun..

Ada sesiapa boleh dapatkan jawapan?
Adakah Putrajaya ingat, mereka sedang berurusan dengan syarat-syarat pertandingan sukan kampung?



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
owuk owuk owuk owukk!!! hags haga hsg haga!!! ( bunyi beruk)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2019 12:56 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-5-2019 01:05 PM

Mesyuarat jawatankuasa MA63 bil 3. telah diadakan semalam.

Aku berharap Kerajaan sarawak bagi sedikit ceramah kepada Kerajaan Persekutuan (almaklum la kerajaan yang baru) prosedur yang sepatutnya dilalui apabila sedang melakukan kerja rasmi.

Kerajaan Sarawak juga perlu ingatkan la dalam meeting- MA 63, selain perjanjian antarabangsa, ia juga perjanjian antara Kerajaan.  So, jangan la buat kerja cincai macam nak urus pertandingan karok peringkat kampung.
Semua benda yang berbangkit sekarang ni, patut dah selesai tahun 1973 dulu, iaitu 10 tahun selepas Malaysia tersebut. Jawatankuasa sekarang ini patut dibentuk sebaik sahaja selepas perbentukan Malaysia-dan selesaikan semua isu dalam tempoh 10 tahun selpeas 1963, seperti mana yang ditetapkan dalam MA63.

Ini dah tahun 2019, jauh dah tersasar dari sepatutnya. SO patut diselesaikan sekali harung dah. Jangan yg ini kita selesaikan sekarang, yang itu, 5 tahun lagi, yang tuuuuuu tungggu cucu aku jadi PM..

dah..cukup dah.

Kalau bagi aku, memandangkan banyak pelanggaran dibuat terhadap MA63, sepatutnya MA63 dah tidak valid....aka Malaysia terbubar dah. selesai
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 01:32 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-5-2019 02:20 PM

Bermula dengan kegagalan draf pindaan kali pertama dan disusuli dengan kegagalan fatal pindaan tersebut, aku tengok PH cuba menyeret Perjanjian MA63 bersentimenkan politik.

Mereka setiap masa, tuding jari ini semua salah GPS.

Sekali lagi aku nak bagitau, MA adalah Perjanjian antarabangsa dan juga perjanjian antara kerajaan..kenapa tertiba menjadi sentimen politik?

Sepatutnya rundingan adalah antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan sarawak...bukan pH bukan GPS..kalau gagal pun, sebab kegagalan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, bukannya tala dalam media ini semua salah GPS-macam menteri jaga undang2 Persekutuan dok memekik dalam media.

Kalau Menteri yang jaga undang-undang untuk kerajaan Persekutuan pun masih tidak paham garis pemisah antara dua kerajaan dengan dua parti..dan masih tidak boleh memisahkan profesion sebagai menteri menjaga undang2 dengan ahli politik...umpama bagi bunga kat monyet la..tu yg x abiz2 ini semua salah GPS.

Itu sebab mereka lagi suka bertekak bergaduh bawa isu ini dan bentang dalam parlimen, berbanding melalui Jawatankuasa yang telah dibentuk yang merupakan jawatankuasa antara kerajaan...

Kat situ dah nampak dah jarum jarum halus..

Sejak hari pertama menang, DAP Sarawak memang telah menjadikan MA63 bersentimenkan politik. Sebaik sahaja mereka menang, mereka umum, PH tidak perlu menunaikan menifesto mengembalikan hak Sarawak sebab kerajaan Sarawak sebelum ini telah menolak draf perjanjian yang disediakan oleh Parti DAP Sarawak...


Kerajaan Sarawak adalah kerajaan Sarawak

DAP Sarawak adalah parti politik. Nko tu ada locus standi ke menuntut benda benda macam tu..

Sebab itu la, esok lusa Sarawak merdeka, aku tiada halangan if pemimpin DAP Sarawak skrg disalibkan disepanjang WF Kuching!
sama juga pemimpin PH dari Sarawak..kalau mereka kedapatan bersuhabat dalam hal ini.

Bagi aku, Ma63 ini adalah soal kedaulatan dan autonomi...dan aku sangat anti dengan org yg mempolitik perkara seperti ini
kalau pemimpin politik malaya buat hal dlm isu ini-aku tiada masalah dan aku paham....tp kalau anak jati sarawak sendiri buat hal...












Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-5-2019 12:56 PM
Mesyuarat jawatankuasa MA63 bil 3. telah diadakan semalam.

Aku berharap Kerajaan sarawak bagi sed ...

Ma63 bukan x valid. Sebaliknya perlembagaan dah digubal dan sabah sarawak jd negeri sahaja sebagaimana negeri negeri lain di persekutuan tanah melayu.

Pengubalan ini dipersetujui oleh lebih 2/3 ahli parlimen yang terdiri dari mp semenanjung dan mp sabah sarawak..

Baru baru ni apabila kerajaan buat usul untuk kembalikan ma63 dan menolak perubahan sebelum ni. Ianya gagal mendapat majoriti 2/3..

Walaupun lebih 1/2 mp dari semenanjung menyokong usul tersebut..

Sebahagian mp dari sabah sarawak sendiri yg tidak menyokong dan menyebabkan usul tersebut gagal..

Oleh itu adalah baik sekiranya sebarang perbincangan berkenaan ma63 dan hak sabah sarawak dihentikan..

Kerana parlimen telah memilih untuk mengekalkan sabah sarawak sebagai negeri negeri biasa sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-5-2019 01:32 PM
Bermula dengan kegagalan draf pindaan kali pertama dan disusuli dengan kegagalan fatal pindaan terse ...

Kerajaan sememangnya dipimpin oleh ahli politik..

Memandangkan kerajaan sarawak yang dipimpin oleh gps memang menolak utk kembalikan hak asal sabah sarawak sebagaimana dalam agreement ma63..

Adalah lebih baik kerajaan fokus pada usaha lain..may be pada masa akan datang sekiranya sarawak dipimpin oleh parti yang berminat utk kembalikan hak sarawak sebagaimana dalam ma63 baru kita discuss n usulkan semula usul ni..

Buat masa sekarang terpaksalah terima hakikat taraf sabah n sarawak sama mcm negeri negeri lain sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.559888 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list