CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

All about Kes Dera & Abuse Anak -- very sad issue --

 Close [Copy link]
Post time 24-5-2007 09:14 AM | Show all posts
hukuman sepatutnya  sama apa yang dia buat kat baby tu hiris hiris sikit sikit daging dia biar dia rasa
siksanya. sakit tul ati aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2007 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by arasham at 24-5-2007 09:14 AM
hukuman sepatutnya  sama apa yang dia buat kat baby tu hiris hiris sikit sikit daging dia biar dia rasa
siksanya. sakit tul ati aku.



totally agree, biar dia rasa sakit macamana di abuat kat budak tu,, tak de otak betul..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 04:15 PM | Show all posts
Ya Allah, knp la kejam sangat smp hiris, hempuk baby tu dengan objek keras? takde sikit ker rasa kesian kat hati tu setahun 11 bulan da dirogol : apa la kenikmatan yg lelaki ni dapat? hanya kesedapan tak smp 5 minit tp dosa yg dia dapat ntah mcm mana la Allah swt akan balasnya :lebai:

Mengikut fakta kes, tertuduh menculik mangsa yang ketika itu tinggal bersama abangnya berusia sembilan tahun daripada rumah mereka di depan Kilang Padi Kampung Seberang Terus, Alor Star.
Ketika didukung keluar oleh tertuduh, mangsa hanya memakai lampin dan memegang botol susu.

Keesokan hari, polis menemui mayat mangsa di dalam sungai dekat Masjid Kampung Seberang Terus dalam keadaan bogel, terapung dan tersangkut bersama sampah.

Pemeriksaan forensik mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak dengan objek tumpul, beberapa hirisan di badan dan dadanya.

tak TERkata apa2 melainkan mengharapkan agar si tetuduh mendapat hukuman pembalasan di dunia dan diakhirat... mmg manusia yg kejammmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2007 10:49 PM | Show all posts
Boys allege abuse by caretaker
By : Lee Shi-Ian

PETALING JAYA: The boys had been sent to a boarding school to learn how to be independent while getting an education.

Unfortunately, their stint at the boarding school ended in horror.

Since November last year, the boys, aged 11 and 12, claimed they had been sodomised several times by the caretaker of the hostel.

On Sunday, the 11-year-old boy抯 sister took him out on a treat as she had not seen him for a while. However, when it was time to take him back, he refused to enter the premises.

After much persuasion, the boy told his sister what had happened to him and his 12-year-old friend.
The outraged and horrified sister immediately took her brother to the Damansara police station to lodge a report.

The caretaker was picked up by police to facilitate investigations while the two boys were sent to the University Malaya Medical Centre for a check-up.

Selangor police chief Datuk Ismail Omar confirmed the incident and arrest but declined to elaborate saying investigations were ongoing.


Meanwhile, in Shah Alam, a 20-year-old lorry driver pleaded guilty to sodomising his niece.

He was sentenced to 15 years
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 02:09 AM | Show all posts

Suami ugut jual anak

Oleh Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Ugutan seorang suami untuk menjual anak sulungnya ketika masih dalam kandungan lagi dipercayai menjadi punca seorang ibu bersama bayi berusia 10 bulan menghilangkan diri sejak lebih seminggu lalu berikutan tertekan dengan perbuatan lelaki berkenaan.


Ibu muda berkenaan, Siti Umairah Kamisan, 19, difahamkan menghilangkan diri dari kediaman ibunya di Jalan Pulai 3, Taman Pulai Jaya, Kangkar Pulai, di sini, bersama bayinya, Mohd Airel Aiman Mohd Azmil tanpa sebarang berita sehingga mencetuskan kebimbangan ahli keluarga mereka.

Lebih membimbangkan, usaha ahli keluarga Umairah bersama pihak berkuasa mengesan dua beranak berkenaan buntu apabila tiada sebarang maklumat diperoleh.

Ibu Umairah, Latifah Abdul Rahman, 42, berkata kehidupan anaknya seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila bukan saja tidak mampu menikmati kebahagiaan rumah tangga, malah tertekan akibat ugutan suami sendiri.

Dia juga terkilan dengan tindakan menantunya yang mahu menjual cucunya sejak dalam kandungan hingga Umairah terpaksa mendapatkan perlindungan keluarga.

“Kejadian berlaku pada 8.30 malam pada 21 Mei lalu apabila saya bersama kakak Umairah keluar membeli barangan dapur di pasar malam berhampiran rumah.

“Sebaik pulang, kami terkejut mendapati anak dan cucu saya tiada di rumah selain beberapa pakaian mereka juga hilang dipercayai dibawa bersama,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kangkar Pulai, pada 23 Mei lalu.

“Kehilangan mereka menyebabkan anak bongsu saya, Nasarudin Kamisan, 2, sering teringatkan mereka sehingga kesihatannya terjejas.

“Kami harap Umairah kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Kami juga meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua beranak itu menghubungi balai polis di talian 07-5271255,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro (HM), di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 02:35 AM | Show all posts
iskkk

kesiann kat wife ngan anaknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2007 05:27 AM | Show all posts
muda2 lagi dah kawin..... umor si suami tak pulak dinyatakan. dunia ! dunia !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2007 05:08 PM | Show all posts
Dua beradik trauma didera

SEBERANG JAYA: Dua beradik mendakwa trauma untuk tinggal bersama emak kandung mereka kerana mendakwa sering didera dan dipukul teman lelaki ibunya dengan tali pinggang sejak lapan bulan lalu.

Selain dipukul dengan tali pinggang, Katrine Annie, 14, dan adiknya, Raymend Emmanuel, 13, dari Jalan Kalui, dekat sini, juga mendakwa sering dimarahi teman lelaki ibu mereka tanpa sebab.


Ibu mangsa, ibu tunggal berusia 36 tahun dikatakan tinggal dengan lelaki terbabit lebih setahun lalu selepas berpisah dengan suaminya.

Katrine berkata, dia dan adiknya sering dimarahi lelaki berkenaan yang kerap naik angin dan panas baran tanpa sebab serta dipukul dengan tali pinggang di lengan kiri hingga lebam.

揔adang-kadang dia tuduh kami curi duit ibu walaupun kami tidak mencuri. Pernah juga dia kata kami ada buat salah dan memberitahu ibu dan cukup menyedihkan apabila ibu percaya.

揝ekarang, fikiran kami semakin buntu dan tidak tahu hendak tinggal dengan siapa sebab nenek pun sudah meninggal dunia,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2007 09:49 PM | Show all posts
Lelaki tarik kulit anak dengan pemotong dawai
20-06-2007

KUANTAN:  Polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Mentakab, Temerloh semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (I) Pahang Supt Nordin Mustapa berkata lelaki berkenaan yang juga bapa tiri kanak-kanak terbabit ditahan di rumah berkenaan pada pukul 3 petang.

Beliau berkata penderaan tersebut terbongkar apabila guru kanak-kanak itu bertanyakan mangsa yang tidak hadir ke sekolah selama dua hari sebelum mangsa menceritakan kejadian sebenar.

"Mangsa kemudiannya memberitahu dia telah didera oleh bapa tirinya sejak Januari lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mendakwa dicubit serta kulitnya ditarik dengan menggunakan alat pemotong dawai dan ketika kejadian ibu kandung mangsa berada di rumah namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang turut menjadi mangsa akibat sikap panas baran suspek.

Nordin berkata guru mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu di Balai Polis Mentakab sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Kanak-kanak malang itu, kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk menerima rawatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan susulan.

"Siasatan awal mendapati terdapat kesan luka yang masih berdarah pada tubuh mangsa selain kesan parut lama dipercayai juga kesan penderaan yang dilakukan bapa tirinya," kata beliau.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 (1) (A) Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan melakukan penderaan

_____________________________________________________________-

bapak tiri tak guna ni  patut ditangkap  sebat 20 kali  duduk dalam lokap
bagi 20 tahun biar dia tahu  - sedih pulak pada budak tu...  didera habis habisan~ -
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 10:11 AM | Show all posts
Aku memang sakit hati sangat kalau orang buat budak2. memang bangsatlah orang yang dok buat perangai macam tu. binatang pon taw sayang anak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 06:18 PM | Show all posts
Man charged with abusing his lover's four-year-old son

KOTA KINABALU: A fishmonger was charged in the Magistrates Court here on Friday for the physical and emotional abuse of his lover's four-year-old son.

Heryman Sapri, 25, admitted that he had hit the boy but added he had no intention to hurt him as the charge against him was read out before Magistrate Amran Jantan who fixed Sept 19 and 20 for the court to hear the case.

"Saya aku pukul dia (mangsa) tetapi saya tiada niat mendera dia ( I admit I hit the boy but I had no intention to hurt him)," Henryman said.  

His statement was considered as a not guilty plea by the court.

He is accused of abusing the boy from May to June 15, this year at a house in Taman Seri Indah, Menggatal here and was charged under Section 31(1) (a) of the Child Act 2001 that provides a maximum fine of RM20, 000 or 10 years jail or both if found guilty.

Deputy Public Prosecutor Syarifuddin Abdul Rasa asked the court not to grant bail for the accused while requesting the court for time to obtain the medical reports on the condition of the boy from the hospital.

Amran ordered Heryman to be remanded for a week under Section 249 of the Criminal Procedure Code Section 249.

Heryman and the boy's 27-year-old mother were arrested at around 11.20pm on Friday when a police team rescued the boy who was suffering from third degree burns.

However, on Wednesday, police released the mother to care for the boy who is recovering at the Children's Burns Unit at the Queen Elizabeth Hospital here.

Kota Kinabalu City police chief Asst Comm Ku Chin Wah when contacted yesterday said that they did not intend to take action against the mother but would leave it to the Welfare Department to decide if she was fit to care for the child.

Since the incident came to light, people from all walks of life turned up at the hospital to shower gifts of food, clothing and toys for the boy.

--------------------------------------------------------

hit 4 years old boy and he is not even his son!!
sampai budak tu terbakar lagi!! --  cheh!
lelaki tak guna ni memang patut dipenjarakan lmaximum dan
bagi sebat lagi dan tak boleh mix dengan
society --  i am soooo against this kind of abusive parents --
what a jerk -

if the boy's mother still nak accept lelaki macam ni -
clearly this woman shouldn't be allow to care for the boy -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2007 02:41 PM | Show all posts
Tiga beradik didera bapa
Oeh Ibrahim Isa

JOHOR BAHRU: Sejak kematian ibu mereka, 13 Mac lalu, kehidupan tiga daripada lima beradik yang tinggal bersama datuk yang juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan bapa mereka di sebuah rumah pangsa di Bandar Selesa Jaya, di sini, seolah-olah mimpi ngeri apabila sering dipukul bapa atas sebab tidak munasabah.

Tiga beradik lelaki itu juga ibarat khadam kerana perlu membersihkan rumah serta menyediakan makanan kepada bapanya, seorang pekerja kontrak berusia 41 tahun.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zafrin, 14, berkata sebelum ibunya, Zaleha Bakiri, 32, meninggal dunia, Allahyarham sering dipukul bapanya.

Katanya, selain dirinya, semua adiknya, Muhammad Saufi, 13, Muhammad Azfar, 11, Nus Aisyah, 8 dan Nur Ain, 6, sedar perbuatan bapanya itu kecuali adik bongsu, Nur Anisa, setahun, yang dipelihara mak ciknya di Muar.

Menurutnya, keadaan bertambah buruk selepas ibunya meninggal dunia kerana mereka tiga beradik lelaki pula menjadi sasaran bapa apabila bapa pulang dari kerja.

揝etiap kali bapa ada di rumah, kami bertiga ketakutan kerana ayah boleh berubah angin pada bila-bila masa tanpa sebab tertentu. Kami bukan saja ditumbuk menggunakan buku limanya, malah dipukul dengan kayu hingga kepala, badan, tangan dan kaki sering kesakitan.

揃agaimanapun, kami hanya mampu berserah, malah datuk yang turut tinggal di rumah sama tidak boleh berbuat apa-apa kerana apabila datuk memarahi bapa, datuk pula akan dipukul.

揔ini kami berasa selamat walaupun hanya ditempatkan di hospital, namun berharap tidak perlu lagi tinggal bersama bapa kerana sudah tidak tahan dipukul,
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 05:24 PM | Show all posts

Reply #112 dexa's post

sempat lagi wat lari anak....manalah dia nak lari. Benci aku ngan orang tak sedar diri ni. Betul tu dex...orang macam ni tak boleh duduk dalam masyarakat...full of anger..bahaya.:@
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 09:00 PM | Show all posts
lam 2 minggu lepas sy ada jumpa cite details masa peguam soal anak tiri pompuan gila ni yang berusia 16 thn kalu tak silap. budak tu cita details penderaan terakhir yang menyebabkan syakir ni meninggal. menangis sy sengsorang kat opis kul 4 pg mengenangkan azab nya syakir ni kena dera... teringat anak2 kat umah. dan smalam lagi skali sy menangis bila lam paper utusan bagi tau pompuan gila ni hanya akan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun sebab tu kes penderaan bukan bunuh.........sakit ati tengok gambar dia tesenyum lebar sebab dapat hukuman ringan.......

tekejut member sume tengok sy nangis tibe2 waktu bace paper smalam...........


Originally posted by shiori at 16-5-2007 09:53 AM
  sedih bila baca posting kat sini.....i have something to share........
pernah dengar ada satu kes dulu.....sorang ibu mendera anaknya sendiri....dgn menendang budak lelaki tersebut berkali2  ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 09:04 PM | Show all posts

Reply #100 Belimbingtm's post

kenapa pendakwa boleh pinda tuduhan ye.... saya ni bute law... dan kenape pendakwa pinda tuduhan tu..... :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 11:27 AM | Show all posts
Kanak-kanak cedera didera
Oleh Saiful Haizan Hasam

SEREMBAN 12 Julai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2007 11:30 AM | Show all posts
Ya Allah........ semoga dorang nih mendpt hukuman yg setimpal!!!!!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 11:38 AM | Show all posts
sebenarnya byk cerita mak tiri atau bapak tiri yg dera anak cuma kita aja yg tak tahu atau
tak mahu amik tahu...???
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 11:10 PM | Show all posts
aku pn angin dgn kes dera mendera.......
pernah berlaku kat kg aku..ayah tiri tue dera ank tiri dier..
mak bdk tue wat selamba jea..
almaklumlah sayang punya pasal..
apa jenis mak la..........
masa dera ringan2 xnak banteras..
xkan lah tunggu bdk tue tinggal nyawa2 ikan baru timbul rasa menyesal..
xfaham betul ngan perangai manusia yg cam binatang nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 07:17 PM | Show all posts
Bayi 17 bulan mati didera ibu bapa
26-07-2007

JOHOR BARU:  Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan meninggal dunia tengah malam tadi disyaki akibat didera ibu bapanya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor, SAC II Roslan Ahmad berkata mangsa, Chin Syan Ping, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah malam tadi.

"Mengikut laporan polis yang dibuat ibu mangsa, Chin yang merupakan anak sulung dari dua beradik itu dikatakan mengalami sesak nafas di rumahnya sebelum dia dihantar ke sebuah klinik di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini," katanya kepada pemberita di Bilik Mayat HSA, di sini hari ini.

Beliau berkata Chin kemudian dihantar ibunya, seorang suri rumah, ke Hospital Pakar Puteri sebelum diminta oleh ibunya dirujuk ke HSA tetapi bayi itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital itu.

Roslan berkata siasatan awal polis mendapati terdapat kesan luka di tubuh dan muka Chin yang boleh menimbulkan syak dan boleh dikaitkan dengan kes penderaan.

Katanya polis kini menahan ibu bapa bayi berkenaan, yang kedua-duanya berumur 18 dan 20-an, untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat mayat bayi

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


17 month??? apakah salahnya budak tu --- masih baby lagi --
ibu bapa ni memang patut dihukum bunuh kalau convicted -
sampai sanggup bunuh anak sendiri --

harap bukan parents dia yang buat - tapi ishhh susah nak cakap -
sampai luka kat badan dan muka semua --

kalau benarlah - memang tak guna punya parents ni! -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.087510 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list