CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Pastikan Makanan Sihat disediakan di Sekolah:Latest-Long Live The School Lunch

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-8-2007 05:34 AM | Show all posts
Kantin, tandas sekolah digred
Oleh Amizul Tunizar Ahmad Termizi

IPOH 31 Julai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 05:38 AM | Show all posts
sekolah aku dulu asrama la, pernah gak kena keracunan makanan. tapi aku ok plak, perut kematu kot.. tak ramai la kena.. masa tu makan sandwich sardin. diorang kata sardin tu dah expired ke apa.. walhal kecik je sandwich tu, penangan dia fuh... 7-8 kali member-member masuk toilet..

[ Last edited by  SYuE.aIN at 1-8-2007 07:16 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 07:09 PM | Show all posts
Lagi, lagi pelajar keracunan makanan di Kedah
02-08-2007

BALING:  Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling dibawa ke Hospital Baling di sini pagi ini, apabila mereka mengadu sakit perut, mengalami cirit-birit dan muntah, beberapa jam selepas makan malam di dewan makan asrama sekolah berkenaan, malam tadi.

Pengarah Hospital Baling Dr Jazari Jamaludin berkata semua pelajar itu dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Daerah Baling sudah mengambil contoh makanan di dewan itu untuk dianalisa, bagi memastikan sekiranya pelajar berkenaan mengalami keracunan makanan akibat makanan yang dihidangkan di dewan tersebut.

Pelajar Tingkatan Satu, Amirul Alif Mohd Tajudin berkata ramai pelajar terbabit mengadu sakit perut kira-kira sejam selepas menjamah roti canai yang dihidangkan bersama kuah dal di dewan makan itu, kira-kira pukul 11 malam tadi.

"Saya merasa loya dan sakit perut, selepas itu mula ke tandas berulang kali," katanya semasa ditemui di Hospital Baling, hari ini.

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga, Nur Ezzati Mat Aji pula berkata beliau terpaksa berulang-alik ketandas lebih empat kali, dan dibawa oleh gurunya ke hospital pagi ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kupang, Datuk Ismail Bakar, yang melawat para pelajar berkenaan di Hospital Baling hari ini, kemudiannya turut meninjau kawasan dapur serta dewan makan berkenaan bersama Pegawai Pelajaran Daerah Baling/Sik, Menteri Abdullah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kata nak pantau canteen  nak make sure toilets bersih  bla bla bla
ding dong ding dong - tak sampai seminggu  ada lagi sekolah yang
murid2 keracunan lagi    - kedah lagi! --
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 09:12 AM | Show all posts
62 penuntut di Jeli cirit-birit makan lauk basi


JELI: Seramai 62 pelajar Sekolah Menengah Jeli mengalami keracunan selepas menikmati makan malam nasi berlauk sambal udang dipercayai basi di asrama mereka, jam 7 petang kelmarin.

Pelajar tingkatan satu hingga empat itu mula diserang muntah dan cirit-birit sejam kemudian, menyebabkan mereka dikejarkan ke Hospital dan Klinik Kesihatan Jeli, untuk rawatan kecemasan.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Kelantan berkata, dua daripada pelajar terbabit dimasukkan ke wad untuk pemerhatian kerana kekurangan air yang serius akibat cirit-birit berterusan.

"Selebihnya menerima rawatan pesakit luar. Dua pelajar yang ditahan di wad sudah dibenarkan pulang selepas keadaan diri mereka pulih kira-kira jam 4 petang ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 10:13 PM | Show all posts
Keracunan susu di sekolah terus berulang di Kedah
06-08-2007

BALING:  Seramai 60 orang murid Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kupang dekat sini mengalami muntah dan sakit perut setelah meminum susu program bantuan sekolah.

Lima belas orang daripada mereka kini menerima rawatan di Pusat Kesihatan Besar Kupang manakala 45 lagi menerima rawatan dari unit perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Baling yang dihantar ke sekolah tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku sejam selepas waktu rehat pada 10 pagi.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kupang, Datuk Ismail Bakar berkata kejadian tersebut merupakan kes kedua berlaku dalam seminggu di daerah Baling.

Khamis lepas, lebih 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling turut terkena keracunan makanan selepas memakan roti canai.

Seorang murid Tahun Tiga, Mohd Akmal Yaakob berkata dia muntah dua kali selepas sejam minum susu kotak tersebut.

Dia bersama rakan lain dihantar oleh guru mereka ke pusat kesihatan itu.

Sementara itu ibunya, Rosanita Fazli, 35 dari Kampung Gua Reban kesal kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya tentang kejadian tersebut.

"Saya hanya tahu bila diberitahu anak saya dia dan kawan-kawannya dibawa ke Klinik Besar Kupang kerana muntah dan sakit perut," katanya.

Sementara itu di KOTA BARU, seramai 57 murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di sini mengalami sakit perut dan muntah-muntah selepas meminum susu yang dibekalkan pagi tadi.

Timbalan pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Lila P. Mohamed Meeran berkata kesemua pelajar itu mula mengalami sakit perut dan muntah selepas meminum susu kotak berkenaan pada pukul 8.30 pagi.

Kesemua mereka menerima rawatan di Klinik Kesihatan Beris Panchor dan telah dibenarkan pulang, katanya ketika dihubungi.

Dr Lila berkata jabatan itu telah mengambil sampel susu kotak berkenaan untuk pemeriksaan.

Minggu lalu lebih 60 pelajar sebuah sekolah rendah di Jeli mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2007 08:51 PM | Show all posts
Program susu sekolah ditangguh seketika serta merta

PUTRAJAYA 8 Ogos - Program Susu Sekolah (PSS) ditangguhkan sementara waktu di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim.

Beliau berkata, kementerian menarik balik kebenaran pelaksanaan program tersebut berikutan berulangnya kes keracunan dalam kalangan pelajar selepas meminum susu yang dibekalkan beberapa hari lalu.

Katanya, program tersebut akan disambung semula selepas semua pembekal yang dilantik mengemukakan surat jaminan bahawa susu yang dibekalkan adalah selamat untuk diminum.

揔ami mahu pembekal memikul tanggungjawab untuk memeriksa di sekolah.

揓ika mereka berasakan sekolah tidak ada kemudahan menyimpan susu dengan betul, mereka boleh beritahu, untuk kita betulkan keadaan,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2007 10:45 PM | Show all posts
Ermmmmm...

Hangat kisah susu nie yer..

Well..just nak share sumting..

A 'bau2 bacang uncle' of mine..a very,ermm..miskin n agak jauh tertggal dlm teknologi..

Nasib baik anak2 x tercicir dlm study..n now dpt bela nasib ayah mereka tu..

Nk citer punya daifnyer uncle nie dulu..smpaikan dtg beraya at my house..minum kopi,MUNTAH..

Sbbnyer..perut dia serasi ngn air sejuk jer..sian..dr kecik xpernah jmpe air lain..now,wlaupon mampu..stil

xdpt terima gak benda2 camtu..if kopi muntah..susu apatah lg...

Mcm kes susu nie..i heard,mmg ade yg mmg dh rosak..tp ade juga yg elok..tp perut bdk2 tu yg xleh terima susu..

Maybe we shud replace susu ngn sumting yg nutritious tp lebih universal..n semua bdk boleh terima..

How about..bg suppliment ke..fresh fruits ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 05:23 AM | Show all posts
Apa sudah jadi? -- 38 pelajar SK Kuala Muda sakit perut

KEPALA BATAS 8 Ogos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2007 05:24 AM | Show all posts
Apa sudah jadi? -- 56 pelajar SK Sanglang dapatkan rawatan

KANGAR 8 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 08:15 AM | Show all posts
Aku cadangkan apa kata kementerian beli aje susu kotak yg dah dijual di pasaran contohnya brand Dutch Lady yang org dah yakin tahap kebersihannya...

Lagi satu bukan semua org boleh minum susu.ada yg 'alergik' jadi susu tidak sesuai utk mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 06:21 AM | Show all posts
Program makanan dirombak

SUBANG JAYA 11 Ogos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 05:58 PM | Show all posts
Rotten food on the school menu
Sulok Tawie

KUCHING: Sarawak Teachers
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 06:10 PM | Show all posts
Ini saye rase kite patut salahkan masyarakat kite.  Yg suke sgt bg sesuatu projek mengikut kroni walaupun sesebuah company tu tidak mengikut spesifikasi.  Saye rase pembahagian tender kepada pengusaha kantin juga tidak terkecuali.  Hasilnye, terjadilah perkara2 keracunan makanan seperti sekarang.  Pengusaha hanya ambil sikap 'asal boleh'.  Kualiti tak jage, kebersihan diabaikan.  Hanya keuntungan yg diambil kira kerana selain untuk diri sendiri, juga harus dibahagi2kan kepada si pemberi tender.  Yg menjadi mangsa adalah budak2 sekolah yg tak pandai berkroni.  Yg lebih malang lagi, mereka yg drpd golongan miskin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadrizman at 08022007 11:20 AM
Nak tergelak juga dgr penyataan Tim. Menteri Pelajaran En Hon....  supaya makanan pelajar dgn budak biarlah sama....
kena sekolah rendah makan camtu..guru guru pun camtu...

cakap senangla.... ...


tau xpe.. lenkali pengarah dtg ke. nazir dtg ke.. sua kan aje mee goreng kosong yg dia juai kt bebudak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 10:34 PM | Show all posts

Reply #110 ultra78's post

Kalau nak amik Dutch Lady, kena ikut garis panduan perbendaharaaan yg ditetapkan. Kalau ikut T.I., takleh direct nego kecuali dgn kebenaran Setiausaha Kewangan Persekutuan. Tapi politician biasanya ada jalan mudah daripada tu. Apa pun, bagi aku cadangan ko bagus. Cuma nak tambah sikit lagi, kita suruh bebudak pilih, dia nak susu lembu atau susu soya. Dua2 ada kebaikan protein dan vitamin2 kan? Asalkan fortified jer. Pastu bukaklah tender pada Dutch Lady, Anlene, Dumex atau sapa2 lah.. kira yg betul2 ada nama lah. Barulah terjamin segala2nya dari segi kebersihan dan keselamatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 05:22 PM | Show all posts
SCHOOL CANTEENS: Be proactive to ensure quality

THE high incidence of food poisoning in schools is worrying

School canteens are where students and staff eat and it involves the health care of the entire school.

Measures must be taken to upgrade the standard and cleanliness of the food. In addition, the freshness of the food must also be considered as some operators keep over-night food and heat it again the next day to sell to students.

To wait for the government to take action might take too long. The school authorities must take steps to upgrade the cleanliness of the canteen and the quality of food served.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

this kind of things - no need to  wait for government action --
the school itself should take very good care of their own students
and ensure that they have a good and healthy food provided by
the canteen -

and to ensure the cleanliness of school  -  not only for the canteen area per se
but also the school compound  especially the students toilets and as well all the
ditches around the school -   

the cleanliness campaign should be held at every term to enable student in
understanding how important  it is to have a clean school --

as for the food selling at the canteen -  please do random spot check so that
the school always aware about the quality food consumed by their students ---

check on the menu listed and make sure they are quality food and as well
parellel with  they're selling -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2007 08:52 AM | Show all posts

susu rosak .

malas dah aku nak dengar tentang projek makana tambahan

disekolah2 yang digemparkan dengan keracunan dikalanmgan murid2 .

puas dah aku dengar komen2 bodo menteri2 terlibat kununnya

pengusaha kantin akan dipantau lebih ketat termasuk pemeriksaan kuku dan

kelumumur rambut .  tentang kebersihan longkang ..  tentang kebersihan tandas

yang langsong takda kait mengait .  lebih bodo komen bodo hishamuddin baru2 ini

yang bertegas akan menyerah perusahaan kantin sekolah diseluruh negara ini akan

diserah kepada satu konsortium secara dominan .  paling bodo sebab aku rasa ia hanya

akan menghapuskan pengusaha2 kantin yang ada sekarang yang kebanyakkan oleh

orang2 melayu .   

sebab aku rasa susu2 tambahan ini rosak hanya disebabkan storage nya .  cara penyimpanannya .

sepatuitnya susu2 ini disimpan didalam peti sejup .  pie mana2 tengok pon ..  susu2 dalam kotak

tidak seharusnya diletakkan ditempat panas kerana mudah tercemar .   dan lagi pulak ..

ada susu2 tambahan ini dikendalikan oleh koperasi2 sekolah dan tidak hanya oleh pengusaha kantin .



jadi memang menteri2 ini bodo .  tapi satu tak terbayang bagaimana kalo benar2 pengusaha kantin

sekolah ini diambil alih oleh syarikat konsortium .  apa akan terjadi pada peniaga melayu  ??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 09:04 AM | Show all posts
Jadi sepatutnya pengusaha2 kantin yg kebanyakkan berbangsa melayu ni dihantar berkursus bagaimana utk mengekalkan kesegaran susu2 mereka..aparaaaa...susu sendiri pun tak taw jaga ka?....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 14-8-2007 09:04 AM
Jadi sepatutnya pengusaha2 kantin yg kebanyakkan berbangsa melayu ni dihantar berkursus bagaimana utk mengekalkan kesegaran susu2 mereka..aparaaaa...susu sendiri pun tak taw jaga ka?....


apa maksud susu sendiri...susu cap gantungkaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 10:08 AM | Show all posts
aku setuju ngan ko part menteri bodo... bodo bodo bodo... menteri pelajaran yang tak berpelajaran.. bodo bodo bodo lagikss....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.082846 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list