CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

sheikh muszaphar angkasawan ke?Latest: diiktiraf Angkasawan-[merged:kelbous]

[Copy link]
Post time 30-9-2007 11:26 AM | Show all posts
salah satu punca minyak naik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 11:27 AM | Show all posts
Samb...

Kerajaan, Perdana Menteri dan Datuk Seri sendiri melihat program penghantaran angkasawan ini sangat penting. Bagaimana dengan masa depan program ini. Adakah berakhir dengan penghantaran angkasawan kali pertama ini.

Daripada segi kos, saya nampak isu sama juga timbul di Amerika Syarikat, tetapi mereka terus menghantar walaupun berbelanja besar. Sudah tentu ada manfaat untuk negara mereka. Sekurang-kurangnya kita menumpang.

Kos penghantaran sebenarnya sangat mahal, terutama jika kita mahu melakukan sendiri. Penghantaran satelit komunikasi saja boleh mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki adalah insfrastruktur lokasi pelancaran. Jika mahu menghantar sendiri, kos boleh meningkat hingga lebih empat atau lima kali ganda.

Itu pun jika kita membeli peralatan dan prasarana dari negara berkenaan. Saya tidak fikir negara berkenaan akan jual kerana ini adalah teknologi. Mereka tidak akan beri kerana takut apabila mempunyai pelancar, ada perkara lain yang boleh kita buat.

Sehubungan itu, kita perlu berusaha menembusi kerana tidak semua teknologi akan diberi. Amerika Syarikat tidak akan menjual senjata canggih yang boleh mengancam keselamatan negara itu. Begitu juga ekonomi. Mana-mana teknologi yang boleh mengancam negara itu tidak akan diberi kepada negara lain kerana teknologi menjamin kemakmuran sesebuah negara.

Dalam bidang ketenteraan, Amerika Syarikat tidak akan menjual kepada Arab Saudi senjata yang dirasakan boleh mengancam negara itu atau Israel. Russia juga ada teknologi yang tidak boleh diberikan kepada negara lain.

Akhirnya, adakah kita boleh bergantung kepada negara lain. Kita mesti bergantung kepada diri sendiri dengan menguasai ilmu dan asas itu adalah di universiti. Baru kita betul-betul merdeka. Kalau betul-betul mahu merdeka dalam tempoh 50 tahun akan datang, negara mesti mempunyai keupayaan membina teknologi sendiri. Kita perlu membina kemakmuran dan menjamin keselamatan kita sendiri.

Hasrat kita akan datang bukan saja menghantar angkasawan, tetapi keupayaan membina satelit sendiri. Sekarang kita sudah membina satelit remote sensing.

Perancangan selepas ini dalam teknologi angkasa lepas.

Hasrat kita akan datang bukan saja menghantar angkasawan, tetapi keupayaan membina satelit sendiri. Sekarang kita sudah menyiapkan satelit remote sensing dan matlamat berikut adalah membina satelit komunikasi sendiri.

Zaman sekarang adalah dunia siber. Kita menghantar maklumat menggunakan satelit pihak lain. Ini bermakna pihak lain boleh mengetahui maklumat kita. Kita perlu ada satelit komunikasi sendiri kerana jika tidak, apa guna mengatakan negara kita merdeka, tetapi maklumat boleh diketahui pihak lain.

Mesti ada prasarana komunikasi sendiri supaya kita dapat menjaga hak kedaulatan negara. Kita akan menghantar satelit remote sensing dulu dan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, saya akan mengemukakan kepada Kabinet untuk membina satelit komunikasi sendiri.

Semua pihak maklum bahawa penghantaran angkasawan sebahagian program timbal balik pembelian senjata dan peralatan pertahanan Russia. Apakah kita akan menghantar angkasawan tanpa membeli sesuatu barangan dari Russia.

Kita ada dua pilihan, sama ada membelanja RM100 juta dengan menumpang program negara lain atau menghantar sendiri yang kos adalah sebanyak RM10 bilion. Kalau kita hendak mengejar kemajuan, kita boleh tiru seperti Amerika Syarikat atau Russia lakukan dulu atau terus melonjak. Masa tidak menunggu kita. Kita hanya mahukan aplikasi. Kalau kita lakukan dari peringkat bawah, mungkin kita boleh melakukannya dalam tempoh 10 tahun lagi, tetapi ketika itu dunia sudah jauh meninggalkan kita.

Sama ada mahu terus menghantar angkasawan, kita mahu mendengar suara orang ramai. Kalau hendak melakukan sendiri, mana duit RM10 bilion? Selepas itu dari segi masa. Sejarah Russia dalam teknologi angkasa lepas adalah 50 tahun.

Kalau hendak menghantar angkasawan sekadar untuk membuat eksperimen sains, orang boleh mempersoalkan dari segi pulangan. Bagaimanapun, kalau kita menghantar untuk membangkitkan semangat generasi muda, kita perlu melihat pengalaman Amerika Syarikat menghantar angkasawan ke bulan. Berapa tan batu dari bulan dibawa balik untuk dijual? Menghantar angkasawan adalah untuk bangkitkan semangat kerana dari segi pulangan, bukan untuk membawa balik harta karun berguni-guni.

Program ini tidak dilihat sebagai pembaziran.

Terpulang kepada kita. Malah, ada rakyat Amerika Syarikat menyatakan NASA (Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat) membazir. Bagaimanapun, ceteklah kalau begitu analisisnya. Kerajaan Amerika Syarikat melihat lebih jauh daripada itu. Bukan matlamat mendapat pulangan daripada penghantaran angkasawan, tetapi membangkitkan semangat.

Sasaran kita ialah lima juta pelajar sekolah. Penghantaran angkasawan menyebabkan semua akan bercerita mengenai angkasawan. Apabila hendak tahu, mereka perlu membaca. Dari sini, pelajar mengetahui makna 3G, 4G dan 5G. Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains akan bercambah.

Ia yang menggerakkan anak muda negara terhadap kemahiran minda. Jika dulu, kemahiran untuk mendapat pekerjaan adalah membaca, menulis dan mengira, tetapi pada masa depan, mereka mesti mempunyai kelebihan lebih tinggi.

NASA tidak mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai angkasawan, tetapi sebagai peserta penerbangan angkasa atau spaceflight participant. Tanpa pengiktirafan ini, adakah ini boleh menjejaskan imej dan kredibiliti angkasawan pertama negara.

Ini hanya nama. Russia menggunakan istilah kosmonaut. Terpulang kepada Amerika Syarikat yang tidak mahu kita menyertai industri berteknologi tinggi ini. Amerika Syarikat tidak mahu semangat rakyat Malaysia bangkit. Persaingan akan memberi ancaman dan orang Amerika Syarikat takut negara kecil seperti Malaysia boleh bersaing dengan negara itu. Mengapa dia mesti menyokong agenda kita.

Kalau kita mengeksport barangan berasaskan ilmu, itu adalah persaingan terhadap Amerika Syarikat. Kuasa besar mahu kita terus membekalkan kelapa sawit dan getah, manakala produk yang mempunyai nilai tambah adalah miliknya. Produk inilah yang memerlukan ilmu. Sekarang kelapa sawit boleh dibuat protein dan plastik. Ini memerlukan ilmu sains dan bioteknologi.

Kalau anak muda tidak meminati bioteknologi, siapa hendak buat kerja. Dulu hutan dibuka untuk dijadikan ladang supaya anak muda kita bekerja. Sekarang anak muda sendiri tidak mahu dan kita membina kilang untuk mengeluarkan produk kelapa sawit. Siapa hendak menguruskan kilang?

Kalau setakat boleh menoreh getah, mereka tidak boleh bekerja di kilang yang memerlukan saintis dan pakar kewangan. Ini yang memerlukan anak muda belajar.

Adakah latihan yang dijalani memenuhi kriteria ditetapkan menjadi angkasawan.

Ya! Itu pun Russia tentukan. Sebab itu baru-baru ini seperti Perdana Menteri umumkan, angkasawan yang dipilih melepasi tahap yang ditentukan. Berbalik kepada calon. Kita menghantar empat calon ke Russia dan mereka yang memilih dua akhir. Malah, angkasawan yang akan pergi juga ditentukan oleh Russia. Kita tidak tahu.

Keghairahan menyaksikan angkasawan negara di angkasa lepas pasti akan luput selepas satu bulan atau paling lama dua bulan. Selepas itu, keadaan kembali kepada asal. Apakah perancangan untuk menjadikan kesannya bersifat jangka panjang.

Kita akan melakukan kempen selama dua tahun dengan pergi ke sekolah seluruh negara. Jika tidak, kesedaran itu hanya bertahan dua atau tiga minggu.

Selepas itu, kita akan meminta universiti supaya memberi penekanan terhadap sains dan teknologi. Di universiti, saintis mengajar dan melakukan penyelidikan.

Saya akan mencadangkan kepada Kabinet supaya ada jawatan pensyarah di universiti yang khusus untuk membuat penyelidikan. Di universiti mesti ada saintis, berbanding sekarang yang hanya ada pensyarah. Tiada saintis sepenuh masa.

Ilmu dan teknologi bermula di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang menjana pekerjaan. Kita tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by WakDaeng at 30-9-2007 01:08 AM
Cubalah semak2 balik biografi angkasawan2 baik US mahupun Russia malah India, kabanyakkan mereka adalah saintis yang memang bidang mereka ialah angkasa lepas sepenuh masa, buat research untuk aer ...


Tak semestinya saintis....Amerika pernah menghantar seorang guru menjadi angkasawan agar dapat membawa cerita teknologi masa depan sekembalinya dari angkasa tapi malangnya kapalangkasanya meletup sebelum sampai di angkasa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 12:10 PM | Show all posts
nak bagi budak2 minat sains bukan dgn cara htr org ke bulan/angkasa je...byk lagi cara lain..salah satunya ubah skit silibus pendidikan zaman skrg...jgn exam oriented jer..dedahkan lebih2 skit pada kajian alQuran sbb dalam tu byk fakta2 sains angkasa dsb yg Allah suruh kita kaji....salah sapa yg buat anak2 kita asingkan agama dan sains..ajaran sekularism gak yg ngajar....sekularisma gak yg kita terap dalam silibus sekolah kita...lagipun...Rasulullah pernah diangkat Allah naik ke langit masa peristiwa isra' Mik'raj.....so org2 kafir tu jgn eksyen lah diorg org first ke bulan bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 12:15 PM | Show all posts

Reply #100 chempaka_ku's post

nak makan roti canai
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by Oranggunung at 30-9-2007 12:02 PM


Tak semestinya saintis....Amerika pernah menghantar seorang guru menjadi angkasawan agar dapat membawa cerita teknologi masa depan sekembalinya dari angkasa tapi malangnya kapalangkasanya mel ...


yupp

lagipun orang2 yg terpilih mewakili msia ni pun dipilih dpd ramai calon
derang kena jalani macam2 latihan kan?

aku ingat dulu calon ketiga yg wanita india tu cerita dia orang kena lari 20km dlm masa yg ditetapkan...
kena fit fizikal dan mental.

even as a space tourist pun, kalau dah pengsan sampai kat atas tu, tak guna jugak...

whatever he is, angkasawan ke, space tourist ke...no further comment.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2007 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by Oranggunung at 30-9-2007 12:02 PM


Tak semestinya saintis....Amerika pernah menghantar seorang guru menjadi angkasawan agar dapat membawa cerita teknologi masa depan sekembalinya dari angkasa tapi malangnya kapalangkasanya mel ...


yg guru tu orang pertama ke utk Amerika?
homer simpson pun pernah jadi astronaut utk NASA
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 02:16 PM | Show all posts
takyahlah pegi trainng bagai kalau nak jadi penumpang jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 02:53 PM | Show all posts
bukan syeik ni nanti kena buat ujian makmal sains ker kat sana???ok ler tu ade gak org buat tuk kita...nak harapkan org luar buat sampai merdeka 100 thn pun lum tentu dorang nak buat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 03:41 PM | Show all posts
diorang akan buat experiment bw makanan msia ke space...and kajian tentang bacteria...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:02 PM | Show all posts
diaorg bukan angkasawan..tp lebey kepada space tourists
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:04 PM | Show all posts

Reply #111 blue_april's post

bukan la..space tourist lain..ni kira menumpang...

syeik ni kira pergi sana buat kerja lain yang tak ada kena mengena dgn kerja NASA/Rusia...

[ Last edited by  Periuk_api1209 at 30-9-2007 04:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:07 PM | Show all posts
Kalau nak ramai lagi calon angkasawan, kerajaan boleh la beli lebih banyak sukhoi.... Nak ramai, beli lagi banyak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:19 PM | Show all posts

Lim Kah Tak

Originally posted by katak_gemok at 28-9-2007 10:04 AM
To spend all that money to send a Malaysian into space, float around, feel his weightless body, etc, is of no meaning if that's all there is to it. For it will be no different from sending MONKEY ...


nanti kita antak non muslim bernama Lim Kah Tak keBulan pasti no komen kan2 kan3 kan4 mesti  all ok

Kah Tak Boleh, Malaysia Boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:47 PM | Show all posts
astronaut, cosmonaut, atau spaceflight participant, aku nak trade place dengan dr. muzaphar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:55 PM | Show all posts
biaseler semangat malaysia boleh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 05:44 PM | Show all posts

Reply #111 blue_april's post

satu posting yg menarik tuk hang baca




Sebenarnya aku bukan tak setuju dengan program Malaysian first astronaut ni... tapi pada aku duit US$30 million (lebih RM100 million) tu baik lah digunakan untuk membangunkan space program di Malaysia. Contohnya, sediakan betul betul kemudahan dan lab yang sophisticated di university di Malaysia untuk space science or aerospace engineering ni. RM100 million tu banyak... gunakan untuk bangunkan bidang ini di Malaysia.

Apa aku nampak Malaysia ni lebih kepada show off... orang Perak kata "biar pape ase bergaye". Malaysia hanya pentingkan mencipta nama contohnya pegi bawa kereta Proton ke Kutub Utara. Apa yang dapat dari program mengarut tu? Adakah Proton makin menjadi hebat? Aku tak nak comment lagi dengan benda double-mengarut macam berenang kat English Channel atau solo sailor.

Berbalik kepada astronaut ni tadi... mengikut kata Datuk JJ, dengan adanya first Malaysian astronaut akan menjadikan budak budak akan suka belajar science. Itu mungkin benar kalau first Malaysian astronaut adalah merupakan pilot astronaut atau pun mission specialitist astronaut tak kira lah dia MS1, MS2 ke MS5 ke apa. Apa yang penting ialah promote lah program space science ni, sediakan facilities, etc walau pun untuk jangka masa panjang. Buat planning yang betul, contohnya "Malaysia akan lahirkan satu astronaut dalam tahun 2015". Untuk capai mission tu, anak anak kita akan berusaha untuk terpilih jadi astronaut. So, lahir kan seorang astranaut sama ada sebagai pilot astronaut atau mission specialist astronaut... dan bukan hanya sebagai space tourist! Ini yang negara lain termasuk Australia secara terang merendah rendah kan Malaysia punya space program! Mereka kata program Malaysia ni menggunakan space program orang lain sebagai "taxi". Aku tak salah kan apa yang orang luar kata sebab memang ada benarnya.

Aku bagi beberapa cara untuk pegi ke space. Sama ada dipilih secara hebat (rujuk 1 dan 2) atau dengan cara duit yang lebat (cara 3).

1. Banyak negara luar termasuk negara yang lebih kurang maju dari Malaysia seperti Vietnam, Afghanistan telah pun melahirkan astronaut mereka sendiri. Mereka ni bukan sebagai space tourist tetapi mereka adalah astronaut yang berasal dari negara tu sendiri dan terpilih untuk menyertai NASA (di US) atau pun ROSKOSMOS (USSR punya program). Yang sorang lagi tu Syrian tu pun jadi astronaut sebab terpilih dalam Soviet Union punya program. Mereka ni kira betu betul hebat. Contohnya Astronaut yang dari Vietnam tu dapat joined Soviet Union punya team and pegi space tahun 1980. Macam tu juga astronaut dari negara lain macam Brazil, Italy, Australia, India, etc... mereka ni semuanya terpilih masuk NASA sama ada sebagai pilot astronaut atau pun mission specialist astronaut. Ingat senang ke terpilih masuk NASA atau USSR punya space prgram? Bermakna mereka ni memang betul betul hebat.

2. China misalnya tak hairan sangat dengan orang luar punya space mission... NASA ke ROSKOSMOS ke apa. Walaupun orang China yang pertama jadi astronaut adalah seorang yang terpilih joined NASA, tapi China sendiri yang lancarkan space program mereka sendiri. So, itu lah adanya Shenzhou space program. Orang China tak gunakan space program orang lain sebagai 'taxi' tapi mereka sendiri yang lancarkan. Aku tak kata lah Malaysia kena lancarkan spaceflight mereka sendiri tapi ini contoh aku bagi bagaimana berjayanya China punya space program. Bukan tu saja negara Asia lain macam Jepun, India, etc merancang mereka punya manned spaceflight sendiri.

3. Tidak dapat ke space denganc cara (1) dan (2), cara lain ialah dengan menggunakan space prgram orang lain sebagai taxi. Bila dah naik taxi, kena lah bayar. Jadi, ini lah satu cara untuk pegi space. Yang penting mesti ada duit. Contohnya ada sorang anak Raja Arab Saudi pegi space dengan bayar, macam tu juga yang latest perempuan Iranian tu. Di newspaper, ada tulis pasal ni. Aku quote sediri daripada satu newspaper article.



Walau pun dapat pegi ke space dengan cara (1), (2) atau (3), Dr gay ni masih dikira angkasawan (if dia balik dengan selamat lah kan) mengikut definition berikut:

An astronaut or cosmonaut is a person trained by a human spaceflight program to command, pilot, or serve as a crew member of a spacecraft. While generally reserved for professional space travelers, the term is sometimes applied to anyone who travels into space, including scientists, politicians, journalists, and tourists.

[ Last edited by  kete_kebal at 30-9-2007 05:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 05:49 PM | Show all posts
kita dah beli 18 bijik sukhoi dari rusia. space program ni free je. kau tak malu ke buat statement camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 05:53 PM | Show all posts

Reply #118 adi_iskandar's post

hang pi check berapa harga sukhoi yg malaysia beli????
pas tu hang pi check plak harga sukhoi negara lain beli...contohnya india beli berapa je harga???
nak kata bangang marah plak
hang yg ketinggalakan kapai
harga beli sukhoi tu dinaikkan.... kira package
tak dak nya free

[ Last edited by  kete_kebal at 30-9-2007 06:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 30-9-2007 05:49 PM
kita dah beli 18 bijik sukhoi dari rusia. space program ni free je. kau tak malu ke buat statement camtu?

nah amik ni....
pi baca...
najib sendiri pun mengaku harga sukhoi tu dah termasuk pakej pi angkasa
hang yg ketinggalan
tak malu ke??? buwekkkkkkkk
bengong



The Star (29th October 2003)

Najib: Astronaut Programme to cost RM95mil

KUALA LUMPUR: Defence Minister Datuk Seri Najib Tun Razak clarifiedthat the National Astronaut Programme is expected to cost only US$25mil(RM95mil) and not US$1bil (RM3.8bil) as claimed by some parties.

He said the amount would not be paid in cash by the Government as thecost would be included under the Sukhoi SU30 MKM fighter jets purchasepackage signed with Russia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 7.748340 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list