CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: madmualij

RE: Kisah rawatan @page53 Makcik cleaner angker

    [Copy link]
 Author| Post time 6-10-2011 01:40 PM | Show all posts
Salam saya nak jumpa ustaz, masalah saya, Anak kecil asyik menangis malam aje 2-3 hari ni..?

Wasalam, xperlu jumpa, Cubalah ikhtiar sendiri dulu.. kadang anak menangis malam ni sebab nak tumbuh gigi, sakit perut dan macam-macam lagi kerenah anak-anak kecil. Sekiranya sudah dipastikan tidak ada masalah tadi, Cuba Azan disetiap penjuru bilik tidur.. sekiranya masih menangis boleh guna kaedah ini.

Bahan-bahan
Dapatkan 3 botol dari 3 air Kolah masjid (1 kolah = 1 botol)
*Kalau dah terdesak sgt dapatkan dari satu kolah masjid pun dah mencukupi.

Cara-cara
Campurkan 3botol air kolah masjid tadi kedalam baldi, letakkan ditepi sejadah sebelah kanan. kemudian solat hajat 2 rakaat atau lebih. Selesai solat hajat dan doa.. bacakan Al-Fatihah 50x dan selawat 11x pada air tadi dan doa moga Allah swt selesaikan masalah. Selesai baca semua.. tarik nafas dalam2 dan tiup pada air tu sehingga habis nafas.. kemudian bolehlah mandikan anak yang asyik menangis tu. InsyaAllah tak nangis lagi.

Sekiranya ada baki air.. boleh direnjiskan ditempat tidur anak, bilik, dan rumah.

Sekiranya masih menangis juga ?

Mandikan seluruh isi keluarga dalam rumah tu


InsyaALLAH moga-moga bermanfaat..

p/s Waktu ambil air kolah tu jangan la pakai ambik jeee pas tu terus balik... ish2 , Bismillah dulu.. wat la solat tahyatul masjid dulu.. atau solat hajat terus kat masjid tu lagi bagus, kalau waktu tu dah nak masuk waktu solat.. relax dulu.. gi solat jemaah dulu.. pastu jgn lupa banyakan sedekah, kat pintu tu ade tabung masjid hehe hulur le barang rm1 ke rm 100 ke hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 02:27 PM | Show all posts
aku pun tak pernah tau bro.. tapi ikut citer akak tu.. Tiang Jin tu mmg dalam masjidil har ...
madmualij Post at 6-10-2011 13:32


Owh menarikk.... mmg tempat yang paling dirindui.... Insyaallah.... kalau dapat ke sana lagi nak tau juga lebih lanjut mengenai tiang JIN tersebut..... mungkin jemaah tidak diterangkan dengan lebih lanjut kerana takut perkara2 bidaah berlaku kott...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 10:35 PM | Show all posts
as salam...bro xde lagi ka??
smbng plz~......
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 10:46 AM | Show all posts
tak de 'chemistry' kot?

i have tried almost everthing on earth...:cf:
makan sirih pengantin ...
tirambisu Post at 16-3-2011 09:36

Kak tiiii.........
crita lama cmne? xlekat gak eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 05:21 AM | Show all posts

RE: Kisah rawatan @page51 Makcik Cleaner Angker

Post Last Edit by madmualij at 8-11-2011 06:22

Baca pelan-pelan dan fahami..segala nama telah diubah.. Moga mendapat iktibar dari kisah kali ini..

Kita sekarang sibuk sangat berkerja..celik mata kerja! dunia! duit! kadang sampai melupakan nikmat kesenangan yang kita kecapi itu adalah dari Allah swt semata. Kalau tidak kerana helian nafas yang Allah swt beri dah tentu-tentu nak celik mata pun kita tak mampu. Dalam satu hari manusia sesibuk mana pun tetap diberi 5 waktu yang wajib kita taat.. disetiap 5 waktu tu tersangatlah ringan bagi mereka yang beriman.. dan menjadi tersangat berat bagi mereka yang disebaliknya.. Apa itu kufur nikmat ? mereka yang tidak bersyukur di atas nikmat yang Allah swt beri. Macam mana cara nak bersyukur ? patuh dan taatlah pada sang empunya dunia.. mudah tak ? mudah menaip dan melafazkan tetapi tak mudah untuk melakukan selagi kamu tidak diuji

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Waktu susah ingat Allah.. hari-hari minta Allah limpahkan rejeki.. Allah swt Maha pengasih..Maha penyayang, Maha pemberi rezeki kan? Kamu meminta, Allah swt makbulkan.. maka termakbulah apa yang dihajati. Pelan-pelan kita lupakan sapa yang memberi rezeki tu.. sikit-sikit kita mengundang murka pada Allah swt.. koho-koho kita dah mula menyimpang dari landasannya.. dengan kemewahan yang ada, kita dah tak nampak lagi siapa yang memberi rezeki itu, kita rasakan ianya semua dari titik peluh sendiri.. "Aku yang usahakan semuanya!" gelak besar!, dunia berputar.. yang diatas akan kebawah.. akhirnya bala sampai.. Allah swt akan menguji kamu.. fikirkan saat kamu susah.. Allah swt makbulkan doa kamu.. saat doa kamu termakbul Allah swt melimpahkan rahmat pada kamu.. tetapi kamu kufur.. Allah swt menguji kamu.. tanda Allah kasih dan sayang pada kamu.. agar kamu tidak terus lupa dan leka. Tetapi kalau kamu terus alpa.. sedikit pun Allah swt tidak rugi.. bahkan kamu yang rugi!

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Yani seorang peniaga yang bejaya pada usia yang muda belum berkahwin sudah mempunyai pejabat sendiri.. dihormati ramai orang, mempunyai rumah dan kenderaan mewah, pekerja yang ramai, kawan-kawan yang ramai serba serbi semuanya cukup. Tetapi sebelum Yani mengecapi kejayaan ini..Yani hanyalah gadis kampung biasa.. bertudung, berbaju kurung duduk didalam keluarga yg Fakir dan merendah diri.., yani di kampung pernah makan nasi dan kicap berbulan-bulan..dengan berkat usaha dan doa Yani pelan-pelan mengecapi kejayaan..dan segalanya termakbulkan, sikap Yani berubah.. pelan-pelan dia membuang tudungnya..diganti dengan rambut perang dikepala, nasibnya bersinar.. hidup mewah semewahnya.. perniagaannya makin maju.. dan terus maju.. dan bongkak takburnya makin menjadi2.. Allah dan Rasul dah di lupakan.. Al-Quran dan Hadith ditolak tepi.. "Kolot! kita hidup zaman modern tak perlukan itu semua lagi" nauzubillah... hidup terus bagaikan manusia yang tidak ada pedoman lagi..

Setiap manusia akan diuji.. seberat mana ujian yang dilalui adalah apa yang mampu tertanggung oleh kita.. Allah swt itu tidak zalim keatas hambanya.. maka bermulalah ujian keatas yani. Berdasarkan apa yang diceritakan pada saya dan hasil dari perbualan dalam rawatan inilah kisahnya.. Perniagaan Yani sedikit merudum pada ketika itu..maka Yani sedikit tertekan dengan masalah yang dihadapi.. pekerjanya seorang demi seorang berhenti dan melarikan diri.. Kawan-kawan yang ramai sebelum ini menyepikan diri.. Yani ada seorang pekerja cleaner perempuan dari indon.. berusia sekitar 40an. Mackcik cleaner ni rajin bekerja dan agak pendiam sedikit.. dan ketika itu dia dirundung masalah kewangan disebabkan sudah 1bulan yani tidak dapat membayar gajinya, maka pada satu hari makcik cleaner nak berjumpa dengan Yani.. mana tahu Yani dapat selesaikan masalahnya.. disampaikan hajat pada Yani

"saya mau gaji saya sedikit pun jadilah..sebab keluarga saya dikampung ada masalah.."

Yani yang ketika itu tengah pening2 lalat dengan masalanya kena pula waktu tu Yani tengah sengugut ditambahkan pula dengan kata-kata makcik cleaner tu betul2 buat dia naik angin!..  "Tak guna betul! x boleh sabar ke!?? kau ingat aku ni bank bapak kau! !@#@@#$%%" segala macam maki hamun dilemparkan pada makcik cleaner tu.. Yani ambil penyapu di tangan makcik tu.. dan dilemparkanya ke mukanya..makcik cleaner mengetap bibir.. dan mengenggam tanganya.. menahan marah.. dan berlalu keluar dari bilik cik Yani dalam deriaan air mata.. melihatkan kejadian itu Yani rasa bersalah.. tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan pun.. yani hanya duduk dikerusinya sambil menekup muka. Sepanjang hari itu tidak kelihatan lagi kelibat makcik cleaner..

Malam itu Yani masih dipejabat.. seorang diri didalam biliknya.. khusyuk duk memikirkan cara-cara menyelesaikan masalahnya..
sedang duk khusyuk tu.. tiba-tiba sreeeessssttttt~ tingkap dibelakang Yani berbunyi seperti orang melempar segenggam pasir.. Terkejut Yani.. dia cepat2 buka tingkap dan tengok keluar.. kiri kanan atas bawah.. tidak ada apa-apa.. gelap sunyi.. tak ada seorang pun diluar, mungkin burung kot kata yani nak sedapkan hati.. Yani kembali focus.. 5 minit kemudian.. sssshhh sshshh~ bunyi karpet disapu... dan berhenti.. Yani cuba menafikan.. ssshhhh shshh shhhh shhhh makin galak bunyi orang menyapu.. Yani tak tahan.. yani cuba mengintai dari cermin biliknya.. xada siapa-siapa pun diruang pejabat..

Jam ketika itu 11 lebih mlm.. Yani tak sedap hati.. diapun berkemas nak balik.. Keluar sahaja dari biliknya..melalui ruang pejabat jauh dihujungnya Dibahagian pantry yani nampak dalam samar-samar cahaya ada bayang seolah-olah ada seseorang Sedang membuat air.. Yani cuba memberanikan diri kebahagian pantry.. dia berjalan perlahan-lahan.. kedengaran bunyi sudu berlaga dengan cawan.. mcm orang sedang mengacau air.. Yani berhenti dan cuba memerhatikan sape la yang duk buat air tu... kecut perut yani.. tidak mampu berkata-kata.. kaki dan tangan terpaku.. kelihatan satu makhluk berbaju putih lusuh berdarah, rambut panjang sampai ke lantai sedang membelakangkan yani. Pada ketika itu.. yani cuba menyebut nama yang telah lama dilupakan... Al... all... ah... Allah... Allah... Makhluk itu berpaling perlahan-lahan... Matanya merah... mukanya hitam.. mengerutu.. lidahnya terkeluar-keluar.. bau busuk menusuk hidung yani.. sepantas kilat makhluk tu menyambar yani... kemuka dan terasa sesuatu memasuki disetiap rongga muka.. yani terasa badanya makin padat..dan padat.. dan terus pengsan disitu..

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 07:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by sofiera at 8-11-2011 10:47

Reply 1265# madmualij


    aalahaiii sambung....tak per, sy menunggu dengan sabar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2011 10:44 AM | Show all posts
Reply 1265# madmualij


    menanti dengan penuh sabar sambungan citer Yani
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:48 AM | Show all posts
Reply 1267# pakupayung21

O/T
    Hii PP,lama tak dengar citer,FB pon kurang nampak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 10:50 AM | Show all posts
Reply 1268# sofiera


    hihi..ada je kak..asik outstation je..FB skang mmg da kureng skit..tp porem mmg aktif je
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:54 AM | Show all posts
Reply 1269# pakupayung21


    Ok2...ooh yer
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:03 PM | Show all posts
Reply 1254# madmualij


    Agak2 kat area mana nie eeh....tak terpikir pon tiang jin....tengah dok sebok solat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 01:39 PM | Show all posts
Reply  madmualij


    Agak2 kat area mana nie eeh....tak terpikir pon tiang jin....tengah dok s ...
sofiera Post at 8-11-2011 12:03



    wallahualam.. tak pernah pegi lagi.. dengar cerite ajeee
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply 92# madmualij


    salam TT & kwn2..kt kesian la dekat anak kerak ni..smpi hati buat janin mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply 255# madmualij


    aduhai ade muke org ke kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 08:59 PM | Show all posts
dan makhluk itu pun keluar menyambut kepala yani sambil menyebut "Smile, you're on candid camera"
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:05 PM | Show all posts
huhu , best2x . .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 10:12 PM | Show all posts
Orang indon datang sini bukan datang kosong-kosong je
bila hati dah sakit...siap la kena
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:15 PM | Show all posts
Reply  madmualij


    aduhai ade muke org ke kat situ
alinapple Post at 8-11-2011 16:09



    muke ape yg alinapple maksudkan tu ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:17 PM | Show all posts
dan makhluk itu pun keluar menyambut kepala yani sambil menyebut "Smile, you're on candid camera" :l ...
tarabas1976 Post at 8-11-2011 20:59



    hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:18 PM | Show all posts
Orang indon datang sini bukan datang kosong-kosong je
bila hati dah sakit...siap la kena
krukx Post at 8-11-2011 22:12



    yup kebanyakkan tak kosong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.076622 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list