CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antiQue

Dialog Shaikh & Sheir:Dalil Kepercayaan Kpd Imam 12 Berdasarkan Syiah

 Close [Copy link]
Post time 22-8-2006 10:25 AM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Assalamualaikum w.b.k
Allahumma Solli ?la Muhammad Wa Aali Muhammad.
Alhamdulillah kerana Allah masih membirikan izin dan taufiknya utk saya terus berjuang menjelaskan kebenaran dan menyingkap perkara2 yang terselindung.
Pertam sekali saya ingin menyakan bhw saudara sher ali nampaknya masih :
1)      Tidak menjawab kebanyakan persoalan2 saya yg sebelum ini seperti mengenai
      (Lan Yaftariqaa..) dlm hadis tsaqalain yg bermaksud sama sekali atau selama2nya tidak pernah berpisah
      begitu juga ttg permasalahan ‘Innama sebagai adatun lil hasri dan penyucian yg khusus dlm ayat tathir yg bermaksud ma’som kerana bertepatan dgn hadis tsaqalain yg tersebut didlmnya uslib ‘Lan Yftariqaa…’
      begitu juga ttg apakah jika ada riwayat2 dr rasulullah melaui jalur ahlul bait a.s dlm kitab2 hadis mazhab lain saudara siap menerimanya, sdgkan kami dlm mazhab a.bait a.s lebih terbuka nampaknya
dan ada perkara yg lain lagi yg masih menjadi tanda tanya(sila rujuk teks sblm ini) tolong perjelaskan permasalahan sblm ini..
2)      Saya melihat bahawa saudara sepertinya sdh ketandusan hujjah kerana masih menggunakan teks yg sama dlm menjawab persoalan saya yg dah pun saya kemukakan jwpnnya. Tambahan saudara bnyk lagi belum menjwp soalan saya stlh saya siap menjawab apapun persoalah saudara kemudian saudara cuba mengalih ke persoalan lain.



Sher Ali Wrote :
Berkenaan ayat tathir saya akan bincangkan kemudian dlm bahagian kedua jawapan saya.
Berkenaan hadis tsaqalain,
Sebelum ini saya tlh mengemukakan jawapan berkenaan hadis ini, saya kemukakan sekali lg bbrapa point dlm jawapan sblm ini:
1: hadits ini tidaklah sampai ke peringkat mutawatir walaupun banyak jalan-jalan riwayatnya tetapi kesemuanya adalah tidak sahih kecuali tiga sahaja daripadanya menurut riwayat Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tambahan drpd jawapan yg lalu,
walaupun hadis itu diriwayat oleh lebih 20 org sahabat namun jalan2 riwayat yg sampai kpd sahabat2 tersebut hanya 3 shj yg sahih. kerana itu kita tidak boleh mengatakan hadis ini sampai keperingkat mutawatir. Kerana riwayat2 tersebut kebanyakannya tidak sahih, syarat utk sesuatu hadis itu mutawatir ialah semua jalan riwayat2nya adalah sahih.
Didlm as-sawa?qul muhriqah spt yg disebutkan oleh saudara shaikh juga tidak menyebutkan bhw hadis itu adalah hadis mutawatir.. walaupun hafiz ibnu hajar menyebutkan bhw ianya diriwayatkan oleh lebih 20 org..dan juga beliau mengatakan ada diantara hadis itu sahih dan tidak..harap shaikh lihat sendiri dlm kitab tersebut..
Bahkan hafiz ibnu hajar tidak pula mengatakan ianya adalah dalil supaya kita berpegang kpd ahli bait rasul sebagai imam sepeninggalan nabi s.a.w...
Begitu juga dlm mustadrak hakim jg tidak disebutkan bhw hadis itu sampai keperingkat mutawatir...
Saya tlh meneliti dlm kedua2 kitab tersebut malangnya saya terlupa pula muka surat kedua2 kitab tersebut.
Minta saudara shaikh manakah dikalangan ulamak ASWJ  yg mengatakan hadis itu sampai keperingkat mutawatir.
2: Itupun jika dipandang kepada sudut riwayalnya. Jika dipandang dari sudut dirayahnya pula hadits ini tidaklah jelas menunjukkan bahawa para Imam dua belas itu semestinya menjadi Imam sepeninggalan Rasulullah s.a.w dan Ahlul Bait yang disebutkan didalam riwayat-riwayat hadits Tsaqalain di kalangan Ahli Sunnah ialah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Abbas. Adakah Syiah rnenganggap kesemua anak cucu mereka ini yang termasuk dalam kata "keluarga" semestinya menjadi Imam atau layak rnenjadi Imam kesemuanya?
Hadis2 tersebut saya kemukakan supaya semua kita dapat menelitinya apakah tersebut dlmny perkataan kewajipan supaya menjadikan ahli bait rasul s.a.w. sebagai imam sepeninggalan baginda:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 10:28 AM | Show all posts
حدثني زهير بن حرب وشجاع بن مخلد. جميعا عن ابن علية. قال زهير: حدثنا إسماعيل بن إبراهيم. حدثني أبو حيان. حدثني يزيد بن حيان. قال: انطلقت أنا وحصين بن سبرة وعمر بن مسلم إلى زيد بن أرقم. فلما جلسنا إليه قال الله صلى الله عليه وسلم. وسمعت حديثه. وغزوت معه. وصليت خلفه. لقد لقيت، يا زيد خيرا كثيرا. حدثنا، يا زيد! ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم. قال: يا ابن أخي! والله! لقد كبرت سني. وقدم عهدي. ونسيت بعض الذي كنت أعي من رسول الله صلى الله عليه وسلم. فما حدثتكم فاقبلوا. وما لا، فلا تكلفونيه. ثم قال: قام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما فينا خطيبا. بماء يدعى خما. بين مكة والمدينة. فحمد الله وأثنى عليه. ووعظ وذكر. ثم قال "أما بعد. ألا أيها الناس! فإنما أنا بشر يوشك أن يأتي رسول ربي فأجيب. وأنا تارك فيكم ثقلين: أولهما كتاب الله فيه الهدى والنور فخذوا بكتاب الله. واستمسكوا به" فحث على كتاب الله ورغب فيه. ثم قال "وأهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي". فقال له حصين: ومن أهل بيته؟ يا زيد! أليس نساؤه من أهل بيته؟ قال: نساؤه من أهل بيته. ولكن أهل بيته من حرم الصدقة بعده. قال: وهم؟ قال: هم آل علي، وآل عقيل، وآل جعفر، وآل عباس. قال: كل هؤلاء حرم الصدقة؟ قال: نعم.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 10:29 AM | Show all posts
Yazid bin Hayyan berkata,  ?ku pergi untuk menemui Zaid bin Arqam bersama Hushain bin Sabrah dan Umar bin Muslim. Setelah kami duduk di hadapanya; Hushain berkata kepada beliau, ?esungguhnya engkau telah mendapat kebaikan yang sangat banyak wahai Zaid. Engkau telah melihat Rasulullah s.a.w. dan mendengar haditsnya. Engkau telah berperang bersamanya dan bersembahyang di belakangnya. Sesungguhnya engkau telah mendapat kebaikan yang banyak, wahai Zaid. (Oleh itu) Ceritakanlah kepada kami wahai Zaid apa yang engkau telah dengar dari Rasullulah s.a.w." Zaid berkata, " Wahai anakku, demi Allah sesungguhnya umurku telah tua dan peristiwaku bersama Rasulullah s.a.w. telahpun lama berlalu. Aku telah lupa sebahagian dari apa yang pernah aku ingat dari Rasulullah s.a.w.. Apa yang aku ceritakan kepada kamu, terimalah dia. Apa yang tidak kuceritakan janganlah pula kamu menekan aku supaya aku menceritakannya."
Kemudian beliau berkata, ?ada suatu hari Rasulullah s.a.w. bangun berucap di hadapan kami di suatu danau yang dipanggil Khum yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda memuji dan menyanjung Allah, Baginda memberi nasihat dan mengingatkan dan kemudian Baginda bersabda, " Adapun kemudian daripada itu ketahuilah wahai manusia; Scsungguhnya aku adalah manusia. Tidak lama lagi akan datang kcpadaku
Utusan (Malakul Maut) dari Tuhanku dan aku akan menerima kedatangannya. Aku akan meninggalkan pada karnu dua perkara yang sangat berat (sangat bernilai). Pertama, Kitab Allah yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah Kitab Allah itu dan berpegang teguhlah dengannya. (Kemudian Zaid b. Arqam berkata) Maka Baginda menggalakkan dan menggemarkan para hadirin supaya berpegang teguh dengan Kitab Allah. Kemudian Baginda bersabda, " Dan Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkin kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. " Setelah itu Hushain pun berkata kepadanya, " Siapakah Ahli Bait Baginda wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda dari Ahli Baitnya? Zaid bin Aqram menjawab ?steri-isteri baginda memanglah dari ahli bait baginda tetapi ahli bait Baginda (yang dimaksudkan disini) ialah orang yang haram menerima sedekah selepas baginda? Hushain bertanya lagi ?iapakah mereka?? Zaid bin Arqam menjawab ? Mereka   ialah   keluarga   Ali,   keluarga   Aqil,   kcluarga Ja'far dan keluarga Abbas". Hushain bertanya, " semua mereka yang tersebut haram menerima sedekah?" Zaid menjawab, "Ya". (Shahih Muslim-j.15, hal. 179, 180; Bab Fadhaail Ali)
Kalau kita perhatikan kpd hadis ini dlmnya tidak lebih drpd pesanan supaya berbuat baik dan memberikan kasih sayang terhadap ahlil bait serta menjaga hak2 mereka.nabi s.a.w mengingatkan umatnya berkenaan ahli baitnya tidak memestikan kita menjadikan mereka sebagai imam sepeninggalan baginda...
Kalaulah rasul s.a.w maksudkan utk menerangkan supaya menjadikan mereka ini sbgai imam sudah pasti baginda akan menjelaskan dgn sejelas2nya.
Cuba shaikh buktikan dlm hadis ini manakah bukti yg menunjukkan terdapat kata2 nabi s.a.w. supaya menjadikan mereka sebagai imam sepeninggalan baginda s.aw.
Hadis kedua yg diriwatkan imam termizi dan hakim:
- حدثنا علي بن المنذر الكوفي أخبرنا محمد بن فضيل أخبرنا الأعمش عن عطيه عن أبي سعيد والأعمش عن حبيب ابن أبي ثابت عن زيد بن ارقم قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
- "اني تارك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي؛ أحدهما أعظم من الآخر؛ كتاب الله حبل ممدود من السماء الى الأرض وعترتي أهل بيتي ولن يتفرقا حتى يردا على الحوض فانظروا كيف تخلفوني فيهما". هذا حديث حسن غريب.

"Aku tinggalkan padamu sesuatu yang jika engkau berpegang teguh kepadanya, engkau tidak akan sesat sepeninggalanku, yaitu Kitab Allah sebagai tali allah yang memanjang dari langit ke bumi dan ahlulbaitku. Kedua-duanya tidak akan pernah berpisah sehingga mendatangiku di telaga. Maka perhatikanlah bagaimana sikap kalian terhadap keduanya.?.

Hadis yg kedua ini juga kalau kita perhatikan langsung tidak terdapat qarinah atau dalil yg menunjukkan imamah aimmah ali r.a. serta ahli bait dr keturunannya..dan wajib memberikan khilafah kpdnya sepeninggalan nabi s.a.w.
Namun begitu kalau diperhatikan dlm hadis kedua ini ada juga tersebut kemestian supaya berpegang dgn ahli bait setiap zaman sehingga kiamat sehingga nabi s.a.w. begitu menekankan supaya berpegang dgnnya sebagaimana berpegang kpd al-quran..tapi kalau kita perhatikan berdasarkan hadis2 yg lain serta ayat2 quran yg begitu byk sekali menekankan supaya berpegang kpd al-quran dan hadis sebagaimana jawapan yg telah saya kemukakan sblm ini iaitu:
Adapun Tsaqalain menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah "Al-Qur?n dan As-Sunnah" bukannya "AI-Qur'an dan Itrah". Kefahaman ini bersesuaian dengan banyak contoh ayat-ayat Al-Qur'an yang memerintahkan supaya mereka patuh kepada Allah dan RasulNya. Perintah ini disebutkan sebanyak dua belas kali dengan lafaz perintah di dalam Al-Qur'an. Banyak pula hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan bahawa apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah kitab Allah dan Sunnah NabiNya.
Maka kita akan dapat fahami maksud rasul s.a.w. disini adalah krn merekalah yg akan menceritakan dgn lebih byk berkenaan kata2 serta perbuatan nabi s.a.w. terutama sekali ketika baginda berada dirumah dan ianya sudah semestinya termasuk juga dari kalangan isteri2 baginda s.a.w. jadi apa yg disebutkan oleh nabi s.a.w. disini tidak lebih sebagai majaz (kata kiasan) kpd sunnah nabi s.a.w.
Andaikata maksud nabi s.a.w. disini adalah supaya menjadikan ahli bait baginda terutama ali r.a. sebagai imam sudah pasti baginda s.aw. akan menjelaskan dgn sejelas2nya.

4: Apa yang dapat difaham dari riwayat ini ialah Baginda berpesan supaya Ahli Baitnya dilayani dengan baik, dihormati dan dikasihi sepeninggalan Baginda. Di dalam riwayat ini juga terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa tsaqal yang kedua bukannya Ahlul Bait tetapi sesuatu yang lain.

sebahagian dr jawapan terhadap hadis ini telah saya kemukakan sblm ini
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=2
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 10:32 AM | Show all posts
JAWAPAN KEPADA SHER ALI :
Pertama ketika saudara mengatakan bahwa hadis ini sama sekali tiada qarinah dgn imamahnya Imam Ali a.s dan keturunannya itu merupakan ulangan kata2 saudara yg sblm ini yg telah saya jawab, tp peliknya saudara seolah2 tak membaca dan tak menjawab persoalan saya itu iaitu mengenai  :

?ikuatkan lagi dgn hadis tsaqalain yang mutawatir (lihat dlm mustadrak ?las sahihain lin naisaburi r.a yang memetik hadis ini sbg mutawatir dgn syarat2 drpd bukhari dan muslim, kitab sawa?qul muhriqah bab 11 li ibni hajar r.a dll : kata ibnu hajar dalam kitabnya ini ?hadis ini diriwayatkan lebih dari 20 para sahabat”…)kedua2nya tidak akan terpisah (lan yaftariqaa) lan dalam kaedah b.arab ‘yufidu ta’bid’ (alquran dan ahlul baitku) sehingga keduanya bertemu dengan ku di telaga haudh”

     apakah terpisah di dalam membawa mushaf kemana2? atau
     apakah mereka golongan khusus ini bertutur, berperilaku dll seiring dgn kehendak alquran?

Sudah pasti kita akan mengatakan jwpnnya adalah yg kedua?
Kedua, saudara ada mengatakan :-
?amun begitu kalau diperhatikan dlm hadis kedua ini ada juga tersebut kemestian supaya berpegang dgn ahli bait setiap zaman sehingga kiamat sehingga nabi s.a.w. begitu menekankan supaya berpegang dgnnya sebagaimana berpegang kpd al-quran?

Apakah ketika saudara mengatakan kemestian berpegang dgn Ahlul Bait a.s  setiap zaman hingga ke hari qiamat bukan menunjukkan kelayakan mereka untuk didahulukan dalam urusan2 yg ummat berselih ttg hadis2 Rasulullah s.a.w.w ??
Benar saudara ada mengatakan bhw ayat2 alquran dan hadis2 bnyk menekankan pada kita supaya berpegang pd alquran dan hadis, SAYA INGIN TEGASKAN SEKALI LAGI UNTUK BERTANYA PADA SAUDARA, JALUR DARI MANA YG SEWAJIBNYA KITA JADIKAN UKURAN UTK MENJELASKAN HADIS YG BENAR DTG DARI RASULULLAH S.A.W.W, SUPAYA KITA BARU DIKATAKAN ORG YG BENAR2 BERPEGANG PADA ‘ALQURAN’ DAN ‘ASSUNNAH ALMUTAHHARAH???

     APAKAH DARI JALUR WAHHABI?
     APAKAH DARI JALUR ASWJ ???
     APAKAH DR JALUR AHLUL BAIT A.S ???
     APAKAH DARI JALUR ULAMA’2 UMNO??
     APAKAH DR JALUR ULAMA’2 PAS??
DAN BANYAK LG..
BUKANKAN HADIS TSAQALAIN YG MUTAWATIR TTG ALQURAN DAN AHLUL BAIT A.S JELAS DGN SEJELAS JELASNYA MENUNJUKKAN PADA KITA UNTUK MENJADIKAN AHLUL BAIT A.S SBG UKURAN KEPADA KEBENARAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.W DAN UKURAN KPD TAFSIRAN ALQURAN YG BENAR????

Ketiga, kalau kita hanya ingin menafsirkan hadis tsaqalain dgn mengatakan :-

?aka kita akan dapat fahami maksud rasul s.a.w. disini adalah krn merekalah yg akan menceritakan dgn lebih byk berkenaan kata2 serta perbuatan nabi s.a.w. terutama sekali ketika baginda berada dirumah dan ianya sudah semestinya termasuk juga dari kalangan isteri2 baginda s.a.w. jadi apa yg disebutkan oleh nabi s.a.w. disini tidak lebih sebagai majaz (kata kiasan) kpd sunnah nabi s.a.w.”

      Kenapa Rasulullah s.a.w.w menggunakan lafaz ?an yaftariqaa? kalu semata-mata nak menceritakan ttg waktu hidup nabi s.a.w.w ?? bukankah ianya jgk utk menjelaskan pegangan kita selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.w dlm semua hal ?? kerana mereka setelah wafat rasulullah s.a.w.w takkan berpisah sama sekali dgn alquran.

Sher Ali Wrote :
?ndaikata maksud nabi s.a.w. disini adalah supaya menjadikan ahli bait baginda terutama ali r.a. sebagai imam sudah pasti baginda s.aw. akan menjelaskan dgn sejelas2nya.?

JAWAPAN PADA SHER ALI :-
Pertama, bukankah ayat tathir yg menjelaskan bentuk penyucian yg khusus pd Ahlul Bait a.s menunjukkan mereka ma?om dan lebih layak diikuti??
Kedua, Hadis tsaqalain sebagaimana yg saudara akhirnya akui ttg kemestian berpegang pada ahlul bait a.s setiap zaman hingga ke qiamat dan mereka DIJAMIN sentiasa bersama dgn ?ehendak alquran? adalah sebagai bukti kukuh kelayakan mereka sbg para PEMIMPIN ILAHI ??

Ketiga, hadis sahih rasulullah s.a.w.w diriwayatkan oleh al-Juwaini dalam kitab beliau ?araidus Simthain? dari riwayat Abdullah Ibnu Abbas, baginda bersabda

?ku adalah penghulu para nabi dan Ali bin Abi talib adalah penghulu para wasyi sesungguhnya para khalifahku, para wasyiku dan para hujjah-hujjah Allah di atas ciptaan ini selepasku ada 12 orang, yg pertama dari mereka itu ialah saudaraku Ali bin Abi Talib dan yang terakhir dari mereka ialah putraku al-Mahdi ?
(Sila rujuk kitab tarjumah ? latarbelakang para tokoh islam- tazkiratul Huffaz oleh az-Zahabi m/s 1505, beliau ?z-Zahabi- mengatakan bahawa ?l-Juwaini adalah imam,  muhaddis tersohor, sempurna, kebanggan islam, syeikh sufiah, beliau bernama Sadruddin Ibrahim bin Muhammad bin Hamawaih al-Juwaini as-Syafi?, beliau ?ljuwaini seorg yg kuat didlm bidang riwayat hadis dan tlh mndptkan bnyk ijazah?)

Begitu juga riwayat sahih dr al-Juwaini dengan sanad sampai kepada Abdullah ibnu Abbas :
?ku mendengar Rasulullah s.a.w.w bersabda : Aku, Ali, al-Hasan dan al-Husain serta sembilan dari anak cucu al-Husain telah disucikan (Mutahharun) dan ma?om (ma?umun)?
(Sila rujuk kitab Faraidus Simtain karangan al-Juwaini)

Begitu juga bnyk lagi riwayat yg secara jelas sejelas jelasnya menyebutkan ttg kekhalifahan 12 imam Ahlul Bait a.s khususnya dari kitab2 hadis syiah imamiah itsna asyariah (itupun kalau saudara terima riwayat Ahlul Bait a.s dari kitab-kitab yg lain

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 03:15 PM | Show all posts
Ketiga, hadis sahih rasulullah s.a.w.w diriwayatkan oleh al-Juwaini dalam kitab beliau ?araidus Simthain? dari riwayat Abdullah Ibnu Abbas, baginda bersabda

?ku adalah penghulu para nabi dan Ali bin Abi talib adalah penghulu para wasyi sesungguhnya para khalifahku, para wasyiku dan para hujjah-hujjah Allah di atas ciptaan ini selepasku ada 12 orang, yg pertama dari mereka itu ialah saudaraku Ali bin Abi Talib dan yang terakhir dari mereka ialah putraku al-Mahdi ?
(Sila rujuk kitab tarjumah ? latarbelakang para tokoh islam- tazkiratul Huffaz oleh az-Zahabi m/s 1505, beliau ?z-Zahabi- mengatakan bahawa ?l-Juwaini adalah imam,  muhaddis tersohor, sempurna, kebanggan islam, syeikh sufiah, beliau bernama Sadruddin Ibrahim bin Muhammad bin Hamawaih al-Juwaini as-Syafi?, beliau ?ljuwaini seorg yg kuat didlm bidang riwayat hadis dan tlh mndptkan bnyk ijazah?)

Begitu juga riwayat sahih dr al-Juwaini dengan sanad sampai kepada Abdullah ibnu Abbas :
?ku mendengar Rasulullah s.a.w.w bersabda : Aku, Ali, al-Hasan dan al-Husain serta sembilan dari anak cucu al-Husain telah disucikan (Mutahharun) dan ma?om (ma?umun)?
(Sila rujuk kitab Faraidus Simtain karangan al-Juwaini)

Begitu juga bnyk lagi riwayat yg secara jelas sejelas jelasnya menyebutkan ttg kekhalifahan 12 imam Ahlul Bait a.s khususnya dari kitab2 hadis syiah imamiah itsna asyariah (itupun kalau saudara terima riwayat Ahlul Bait a.s dari kitab-kitab yg lain

Wassalam


cuba perhatikan kpd hadis yg dikemukakan oleh shaikh ini:
hadis dikeluarkan imam al-juwaini (kalau tak silap murid kpd imam syafie) tapi mengapa imam juwaini tidak berpegang kpd hadis tersebut (tidak menjadi seorang syiah dan meninggalkan aqidah aswj:
beberapa kemungkinan:
1>beilau hanya mengemukakan shj hadis tersebut dgn cara menakalkan dr riwayat2 golongan syiah dan mungkin beliau memberikan komentar terhadaap hadis tersebut..(kalau boleh shaikh scan muka surat tersebut supaya kita dapat lihat apakah maksud beliau)
2>kalau beliau sorg yg ikhlas dan baik sebagaimana yg dikemukakan oleh shaikh
"(Sila rujuk kitab tarjumah ? latarbelakang para tokoh islam- tazkiratul Huffaz oleh az-Zahabi m/s 1505, beliau ?z-Zahabi- mengatakan bahawa ?l-Juwaini adalah imam,  muhaddis tersohor, sempurna, kebanggan islam, syeikh sufiah, beliau bernama Sadruddin Ibrahim bin Muhammad bin Hamawaih al-Juwaini as-Syafi?, beliau ?ljuwaini seorg yg kuat didlm bidang riwayat hadis dan tlh mndptkan bnyk ijazah?) "  
dan beliau berpendapat bhw hadis ini adalah sahih disisi aswj beliau pasti akan berpegang kpd hadis ini (menjadi sorg syiah) dan
3>kalaulah beliau percaya serta yakin mmg hadis ini sahih tiba2 beliau tidak berpegang kpd hadis ini bermakna beliau bukanlah spt yg dikemukakan oleh shaikh (nukilan dr imam zahabi dlm tazkiratul huffaz-diatas) bermakna beliau sorg yg tidak boleh dipercayai serta tidak boleh dipegang dan berpegang dgn org spt ini spt berpegang dgn dahan yg rapuh.
4>inilah pendapat yg saya percayai dr beliau: beliau hanya mengemukakan hadis tersebut dan pendapat beliau adalah hadis itu tidak sahih krn itu beliau ttp berada diatas landasan kebenaran (aqidah aswj)

itu komentar saya terhadap hadis yg dikemukakan oleh shaikh

berkenaan bentahan saya terhadap jawapan yg dikemukakan shaikh saya akan kemukakan kemudian nanti insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:57 PM | Show all posts
maaf saya jawab secara tidak teratur

shaikh wrote
?ikuatkan lagi dgn hadis tsaqalain yang mutawatir (lihat dlm mustadrak ?las sahihain lin naisaburi r.a yang memetik hadis ini sbg mutawatir dgn syarat2 drpd bukhari dan muslim, kitab sawa?qul muhriqah bab 11 li ibni hajar r.a dll : kata ibnu hajar dalam kitabnya ini ?hadis ini diriwayatkan lebih dari 20 para sahabat?kedua2nya tidak akan terpisah (lan yaftariqaa) lan dalam kaedah b.arab ?ufidu ta?id? (alquran dan ahlul baitku) sehingga keduanya bertemu dengan ku di telaga haudh?


saya dah nyatakan kpd saudara dlm as-sawaiq ibnu hajar mengatakan bhw "ada antaranya yg sahih dan yg dhoif" dan langsung beliau tidak mengatakan hadis ini mutawatir.
dlm mustadrak mmg ada beberapa riwayat yg dikemukakan oleh hakim spt disini
Hadis mustadrak hakim yg menyebutkan itrati: hadis 4567 j 3?
namun imam hakim langsung tidak menyebutkan bhw hadis itu sampai peringkat mutawatir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2006 11:07 PM | Show all posts
saudara shaikh ada menyatakan
2)      Saya melihat bahawa saudara sepertinya sdh ketandusan hujjah kerana masih menggunakan teks yg sama dlm menjawab persoalan saya yg dah pun saya kemukakan jwpnnya. Tambahan saudara bnyk lagi belum menjwp soalan saya stlh saya siap menjawab apapun persoalah saudara kemudian saudara cuba mengalih ke persoalan lain.


saya tak nak cakap banyak ttg kata2 saudara tersebut..cuma saya nak pesan kpd PEMBACA2 SEKALIAN lihatlah dr awal perbahasan dan nilailah sendiri...
namun begitu:...........
Maka saya akan menjawab:
Siapakah yg cuba mengalihkan kpd persoalan yg lain?
Kalau kita melihat dr awal lagi:
Saya bertanya saudara persoalan ini:

APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN BERIMAN KPD IMAM DUA BELAS MENGIKUT FAHAMAN SYIAH SPT IMAM ITU ADALAH MAKSUM,TIDAK BERSIFAT LUPA DAN LALAI DAN SBGNYA


Saudara memberikan jawapan dgn ayat quran yg tidak menepati soalan serta saudara tambah dgn hadis2 (yg sepatutnya tidak dikemukakan dlm perbahasan ini) yg sebenarnya bukan menjadi pegangan saudara (dan andaikata saudara mengemukakan hadis2 melalui periwayatan syiah ianya tidak akan menyelesaikan persoalan ini jg) lalu saudara timbulkan pula persoalan lain pula spt ini

shaikh:
Natijahnya kini, jika saudara lihat kembali kitab-kitab hadis dari karangan Sunni seperti yang terkenal Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, kita akan mendapat terlalu sedikit hadis-hadis dari riwayat ahlulbait. Di  dalam sahih Muslim tidak sampai lima hadis yang diriwayat kan Imam ali yang telah dibuku dalam sahih muslim, manakala lebih teruk lagi tiada satu pun hadis diriwayatkan dari keturunannya seperti Imam Jaafar As-Shadiq dan sebagainya. Sedangkan hadis nabi yang MUTAWATIR iaitu hadis T-saqalain


Dan saya tlhpun menjawabnya dlm post
16-6-2006 10:10 AM        #31

Sehingga post
16-6-2006 10:33 AM        #36

http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=2
lantas saya menambah diatas ketelanjuran saudara itu dgn post ini

sheir'ali
setelah saya menjawab terlintas pulak dihati saya ingin bertanya pak shaikh....

dari manakah saudara mendapat info yg seperti ini
kalaulah ianya dari saudara sendiri bermakna saudara begitu cenderung kepada memandang serong dan buruk sangka terhadap aswj bahkan kpd ulamak2 aswj tanpa usul periksa....
sepatutnya kalaulah saudara seorang yg ikhlas mencari kebenaran saudara hendaklah dulu mengkaji sesuatu yg buruk ttg sesuatu golongan bukannya terus menuduh membuta tuli begitu

dan kalaulah ianya dari guru saudara atau mana2 artikel yg saudara dapat dr golongan terpelajar syiah bermakna saudara telah termakan tipuan dr org yg saudara percayai dan harapkan utk saudara mencari kebenaran....
dan ini tidak hairan berlaku dikalangan syiah krn mereka mengamalkan taqiyyah dlm menyebarkan fahaman mereka

apakah saudara akan terus tertipu dgn dakyah2 spt ini ataupun saudara ingin mencari kebenaran dr ulamak2 aswj yg sentiasa ikhlas dlm perjuangan mereka dan sentiasa menyebarkan kebenaran serta berusaha utk menghapuskan kebatilan


dan saudara langsung tidk memberikan komentar diatas fitnah yg tlh saudara lakukan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 11:11 PM | Show all posts
>mungkin juga saya menimbulkan soalan begini kpd saudara
sheir'ali
apakah maksud saudara disini....
mungkin maksud saudara disini ialah


1- didlm berhujjah (khususnya dlm perbincangan ini) dlm persoalan aqidah tidak memerlukan hadis mutawatir, hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir pun tidak mengapa
2- hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir pun tidak mengapa utk dijadikan hujjah dlm aqidah
3- bilamana hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir itu bercanggah dgn hadis mutawatir barulah digunakan hadis mutawatir dlm berhujjah

kalau beginilah maksudnya....
boleh saudara kemukakan qa'idah atau usul mana yg saudara gunakan???

atau apakah maksud saudara


dan soalan tersebut adalah disebabkan ketelanjuran saudara mengemukakan qaedah yg entah dr mana dtgnya:

shaikh:
Sebenarnya di dalam berhujjah itu tidak semestinya memerlukan hadis yang mutawatir, hadis mutawatir itu didahului daripada hadis lainnya, jika terdapat perbezaan hadis maka hadis mutawatir akan diutamakan dan diterima daripada hadis lain. Disini lah peranannya hadis mutawatir dalam berhujjah, ia diutamakan dari hadis lainnya.


Bukan saya yg memulakan persoalan tersebut dan pertanyaan saya berkenaan qaedah tersebut sampai kini belum terjawab lagi.
Dan blehkah saudara buktikan manakah persoalan yg sengaja saya timbulkan utk mengalihkan pandangan dr perbahasan utama??

Ini sebahagian dr contoh sikap saudara yg suka mengalihkan pandangan dr perbahasan utama.
Dan saudaralah yg menimbulkan byk persoalan lagi dan memanjangkan perbahasan dgn menambahkan lagi hadis2 dan pelbagai persoalan (dan semuanya saya tlh jawab dan pembaca sila melihat dr awal perbahasan ini) lg SDGKAN SAYA HANYALAH MAHUKAN SATU DALIL YG JELAS DR ALQURAN SHJ
Buktikan persoalan pokok ini dulu berdasarkan dallil quran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2006 11:14 PM | Show all posts
shaikh wrote
Pertama, bukankah ayat tathir yg menjelaskan bentuk penyucian yg khusus pd Ahlul Bait a.s menunjukkan mereka ma?om dan lebih layak diikuti??
Kedua, Hadis tsaqalain sebagaimana yg saudara akhirnya akui ttg kemestian berpegang pada ahlul bait a.s setiap zaman hingga ke qiamat dan mereka DIJAMIN sentiasa bersama dgn ?ehendak alquran? adalah sebagai bukti kukuh kelayakan mereka sbg para PEMIMPIN ILAHI ??


jawapan pertama: makna maksom pun langsung tak jelas....apatah lagi dlm ayat itu langsung tak dak isyarat perlantikan imam dr pihak allah
jawapan kedua tlah dikemukakan:
Namun begitu kalau diperhatikan dlm hadis kedua ini ada juga tersebut kemestian supaya berpegang dgn ahli bait setiap zaman sehingga kiamat sehingga nabi s.a.w. begitu menekankan supaya berpegang dgnnya sebagaimana berpegang kpd al-quran..tapi kalau kita perhatikan berdasarkan hadis2 yg lain serta ayat2 quran yg begitu byk sekali menekankan supaya berpegang kpd al-quran dan hadis sebagaimana jawapan yg telah saya kemukakan sblm ini iaitu:
Adapun Tsaqalain menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah "Al-Qur?n dan As-Sunnah" bukannya "AI-Qur'an dan Itrah". Kefahaman ini bersesuaian dengan banyak contoh ayat-ayat Al-Qur'an yang memerintahkan supaya mereka patuh kepada Allah dan RasulNya. Perintah ini disebutkan sebanyak dua belas kali dengan lafaz perintah di dalam Al-Qur'an. Banyak pula hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan bahawa apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah kitab Allah dan Sunnah NabiNya.
Maka kita akan dapat fahami maksud rasul s.a.w. disini adalah krn merekalah yg akan menceritakan dgn lebih byk berkenaan kata2 serta perbuatan nabi s.a.w. terutama sekali ketika baginda berada dirumah dan ianya sudah semestinya termasuk juga dari kalangan isteri2 baginda s.a.w. jadi apa yg disebutkan oleh nabi s.a.w. disini tidak lebih sebagai majaz (kata kiasan) kpd sunnah nabi s.a.w.
Andaikata maksud nabi s.a.w. disini adalah supaya menjadikan ahli bait baginda terutama ali r.a. sebagai imam sudah pasti baginda s.aw. akan menjelaskan dgn sejelas2nya.

dan lihat post sblm ini
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 11:16 PM | Show all posts
shaikh wrote
Benar saudara ada mengatakan bhw ayat2 alquran dan hadis2 bnyk menekankan pada kita supaya berpegang pd alquran dan hadis, SAYA INGIN TEGASKAN SEKALI LAGI UNTUK BERTANYA PADA SAUDARA, JALUR DARI MANA YG SEWAJIBNYA KITA JADIKAN UKURAN UTK MENJELASKAN HADIS YG BENAR DTG DARI RASULULLAH S.A.W.W, SUPAYA KITA BARU DIKATAKAN ORG YG BENAR2 BERPEGANG PADA ?LQURAN? DAN ?SSUNNAH ALMUTAHHARAH???

     APAKAH DARI JALUR WAHHABI?
     APAKAH DARI JALUR ASWJ ???
     APAKAH DR JALUR AHLUL BAIT A.S ???
     APAKAH DARI JALUR ULAMA?2 UMNO??
     APAKAH DR JALUR ULAMA?2 PAS??
DAN BANYAK LG..
BUKANKAN HADIS TSAQALAIN YG MUTAWATIR TTG ALQURAN DAN AHLUL BAIT A.S JELAS DGN SEJELAS JELASNYA MENUNJUKKAN PADA KITA UNTUK MENJADIKAN AHLUL BAIT A.S SBG UKURAN KEPADA KEBENARAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.W DAN UKURAN KPD TAFSIRAN ALQURAN YG BENAR????


Bukankah saya telah mengemukakan begitu byk ayat2 quran yg menunjukkan bhw jalur hadis yg boleh dipercayai adalah melalui jalan yg dibawa oleh sahabat2 r.a. tak kiralah sapa yg berpegang kpd jalan periwayatan yg sampai kpd sahabat2 r.a. tersebut samaada ianya ulamak wahabi ke, ulamak pas ke ulamak umno ke sdgkan saudara hanya dok mengemukakan hadis tsaqalain yg tidak sampai keperingkat mutawatir dan mengandungi byak makna lagi itu sebagai pegangan saudara;
Spt contohnya ayat ini:
ayat pertama:
فَإِنْ آمَنُواْ بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ وَّإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (137)
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu (sahabat-sahabat) beriman , maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-baqarah 137)
>bukankah ayat ini ditujukan kpd sahabat2 rasulullah s.a.w..pengukur keimanan umat akhir zaman ini adalah sejauh mana mereka mengikut jalan y dilalui oleh sahabat2 rasulullah s.a.w. dan mengikuti apa yg dibawa oleh mereka

2: وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا )
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
>bukankah ayat ini ditujukan kpd sahabat2 rasulullah s.a.w.
dan mereka adalah saksi kpd kebenaran pegangan umat akhir zaman dan begitulah rasul pula menjadi saksi kpd mereka..
kalaulah kita tidak mengikut sahabat2 r.a. bagaimana mereka akan menjadi saksi kpd kita pula....

3: وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيرًا (115)
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (

dan ayat2 lain lg lihat post 14-8-2006 09:36 AM#113 dan
14-8-2006 01:24 PM        #114



http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=5
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 11:21 PM | Show all posts
shaikh wrote
1)      Tidak menjawab kebanyakan persoalan2 saya yg sebelum ini seperti mengenai
      (Lan Yaftariqaa..) dlm hadis tsaqalain yg bermaksud sama sekali atau selama2nya tidak pernah berpisah
      begitu juga ttg permasalahan ?nnama sebagai adatun lil hasri dan penyucian yg khusus dlm ayat tathir yg bermaksud ma?om kerana bertepatan dgn hadis tsaqalain yg tersebut didlmnya uslib ?an Yftariqaa?
      begitu juga ttg apakah jika ada riwayat2 dr rasulullah melaui jalur ahlul bait a.s dlm kitab2 hadis mazhab lain saudara siap menerimanya, sdgkan kami dlm mazhab a.bait a.s lebih terbuka nampaknya
dan ada perkara yg lain lagi yg masih menjadi tanda tanya(sila rujuk teks sblm ini) tolong perjelaskan permasalahan sblm ini..


Jawapannya saya telah kemukakan sblm ini disini
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=3
post 12-7-2006 11:50 PM#72
dan disini
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=2

kalau saya mengemukakan sekali lagi saudara akan mewar-warkan saya mengulang2 jawapan yg sama.
Dan saya fikir tak perlulah saya nak membahaskan maksud ?an yatafarraqa? atau ?nnama? secara khusus krn secara umum ayat serta hadis tersebut tlh saya bahaskan sblm ini.
Dan kalau bahas pun ianya tidak langsung menunjukkaan kedudukan ahlil bait adalah imam slps nabi s.a.w.
Dan utk memahami maksud ?asar? dgn innama ini saudara mestilah dulu menerima bhw ayat ini tidak dapat dipisahkan dgn ayat seblm dan slps nya iaitu ayat ini jg berkait rapat dgn isteri2 rasulullah s.a.w.
Kalau tidak sampai bilapun saudara tidak akan dapat memahami maksud ?asar dgn innama? tersebut.
Bagaimana saudara dapat menyatakan ianya adalah merupakan dalil kpd keimaman imam 12.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 11:23 PM | Show all posts
Dan disini saya ingin menekan lagi bahawa saudara belum lagi memberikan jawapan yg benar2 jelas serta qat?e terhadap soalan asas saya pada permulaan lagi:

APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN BERIMAN KPD IMAM DUA BELAS MENGIKUT FAHAMAN SYIAH SPT IMAM ITU ADALAH MAKSUM,TIDAK BERSIFAT LUPA DAN LALAI DAN SBGNYA


Bagaimana saudara dapat mengatakan dgn berpandukan ayat quran yg langsung tidak mengaitkan dgn soal imamah spt ayat tathir,hadis tsaqalain dll lagi sebagai hujjah saudara untuk membuktikan kewajipan melantik ahlil bait sbg imam slps nabi s.a.w.

Cubalah saudara buktikan dgn jelas manakah bukti yg menunjukkan ayat tersebut, hadis tathir, perkataan ?an yatafarraqa? ini menunjukkan kpd
1>kemaksuman imam2 12 tersebut.
2>ayat tersebut sebagai isyarat imamah imam dua belas ini spt pegangan saudara

1.        `Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2.        Hasan bin `Ali (wafat 50 H)
3.        Husain bin `Ali (wafat 61 H)
4.        `Ali Zainal `Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5.        Muhammad al-Baqir bin `Ali Zainal `Abidin (wafat 117 H)
6.        Ja`far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7.        Musa al-Kazim bin Ja`far as-Sadiq (wafat 183 H)
8.        `Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9.        Muhammad al-Jawaad bin `Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10.        `Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11.        Hasan bin `Ali al-`Askari (wafat 260 H)
12.        Muhammad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib 260 H
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 11:23 PM | Show all posts
Seperti kalau lah syiah bertanya kpd aswj dalam bab berkaitan aqidah spt syiah bertanya:
Apakah dalil utk mengatakan nabi s.a.w. sebagai penyudah nabi serta rasul?.., maka aswj akan menjawab dengan dalil yang begitu jelas sekali disebutkan dlm quran:

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا (40)
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, TETAPI DIA ADALAH RASUL ALLAH DAN PENYUDAH SEGALA NABI-NABI dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (ahzab 40)

Dan contoh dalil yg begitu jelas mengenai perlantikan nabi musa sebagai rasul spt ayat:
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مُوسَى إِنَّهُ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا (51)
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya dia adalah orang pilihan dan adalah dia seorang Rasul, lagi Nabi. (maryam51)

Dan dalil allah melantik nabi ismail sebagai rasul:
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِسْمَاعِيلَ إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا (54)
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya dia adalah benar menepati janji dan adalah dia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.(maryam54)

APAKAH DLM AYAT2 YG TERSEBUT ITU ANDA DAPAT PERTIKAIKAN PERLANTIKAN NABI2 TERSEBUT SEBAGAI NABI??BOLEHKAH SAUDARA MENGEMUKAKAN AYAT2 QURAN YG SPT INI YG BOLEH MENJELASKAN PERLANTIKAN IMAM 12 DGN JELAS TANPA DAPAT DIPERTIKAIKAN LAGI?
DIPERSILAKAN!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 11:25 PM | Show all posts
Serta dalil kewajipan supaya mentaati rasulullah s.a.w. sebagai rasul spt:
وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَاحْذَرُواْ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُواْ أَنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلاَغُ الْمُبِينُ (92)
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.(al-maidah 92)

Dan byk lagi ayat2 yg menunjukkan kpd kewajipan mentaati rasul tersebut.
Mentaati rasul melalui jalan siapa??...saya tlh pun kemukakan mentaati rasul melalui jalan sahabat2 r.a. berdasarkan ayat2 quran

Dan byk lagi contoh2 yg saya kemukakan bagaimana jelasnya serta qot?e pegangan aswj utk dijadikan sebagai aqidah dlm post lalu:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=4
post no: 15-7-2006 01:43 AM#85

jadi kpd syiah buktikan anda benar2 berpegang kpd quran dgn mengemukakan dalil yg jelas bhw:
>imam2 ahlul bait adalah imam yg dilantik oleh allah
>mereka imam2 ahlul bait adalah org yg wajib ditaati berdasarkan firman allah taala
>sebutkan nama imam salah sorg shj dr mereka dlm quran sudah memadai sebagai bukti ianya adalah perintah dr allah taala supaya jelas dan dapat sama2 kita mengimaminya?

Kalaulah saudara tidak dapat membuktikannya maka saya berkata kpd saudara:
~~ayat2 quran yg menunjukkan kewajipan mengikuti sahabat2 rasulullah s.a.w. terutama muhajirin dan ansar adalah jauh lebih jelas dan qat?e berbanding dgn ayat2 yg menunjukkan kewajipan mentaati imam2 ahlil bait

Apakah begini rapuhnya asas aqidah sebuah golongan sehingga tidak dapat nak mengemukakan dgn jelas dalil pegangan mereka..apakah begini ajaran yg turunnya dr langit dan dari tuhan yg menguasai segala2nya.

Barulah kita semua dapat mengukur golongan manakah yg benar2 berpegang kpd quran.
Apalah dosa seseorg itu bilamana dia tidak beriman terhadap imam 12 krn dia langsung tidak mendapati satu dalil yg jelas berkenaan perkara tersebut?yg ada hanyalah dalil yg mempunyai berbagai2 makna dan boleh dipertikaikan dgn seribu satu perselisihan lagi.
Dan kalaulah allah mengemukakan suatu yg wajib kpd hambanya yg merupakan asas keimanan mereka dgn dalil yg begitu tidak jelas (spt kewajipan beriman kpd imam 12 dgn melantik mereka maksom, wajib ditaati dsbgnya) apakah allah taala boleh menyalahkan hambanya kalaulah hambanya tidak beriman dgn perkara tersebut spt keimanan kpd imam 12 ini.

Dan kalaulah anda mengatakan kita tidak menggunakan quran ini shj dan memerlukan dalil berdasarkan hadis2 jaluran anda (syiah) utk menjelaskan imam2 12 tersebut maka saya akan mengatakan kpd anda:

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.


Dan perhatikanlah sekali lagi golongan manakah yg benar2 berpegang ajaran al-quran yg maha suci dan golongan manakah yg hanya mempergunakan al-quran tersebut!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 03:37 PM | Show all posts

salam,

Sebagai pengerusi majlis I mengambil kuasa ini utk memaklumkan kepada en sheir'ali  dan en Shaikh bahawa dialog ini tidak akan sampai ke penghujungnya.

Di atas permintaan yg diterima dan melihat dari perjalanan dialog ini, maka perlulah dialog ini diselesaikan juga  agar dpt beralih kpd topik yg lain pula.

Diharap kedua2 pihak dpt membuat penggulungan ringkas dan padat bg hujah masing2 sebelum I tutup thread ini supaya tidak diganggu.  Agar ia akan menjadi rujukan umum pd masa akan dtg.

Seterusnya pihak yg berminat utk mengemukakan soalan sila buka thread baru utk dialog tersebut.

Harap mendapat kerjasama drp kedua2 pihak.

Sekian. Terima kasih

[ Last edited by  fleurzsa at 29-8-2006 03:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 29-8-2006 03:37 PM
Sebagai pengerusi majlis I mengambil kuasa ini utk memaklumkan kepada en sheir'ali  dan en Shaikh bahawa dialog ini tidak akan sampai ke penghujungnya.

Di atas permintaan yg diterima dan meliha ...



insyaallah saya akan memberikan penggulungan hujjah dlm masa terdekat ini
wassalam dan terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 09:26 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Baiklah insyallah saya juga akan membuat kesimpulan pada akhirnya....

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 10:11 AM | Show all posts
سلام على من اتبع الهدى
kalau kita melihat kpd dailog yg tlh berlalu...
kita akan dapati ASWJ cuba menyesuaikan aqidah serta pegangannya dgn kehendak al-quran yg maha suci dan bukannya berusaha utk menyesuaikan kitab suci al-quran dgn pegangan serta pendapatnya..
dan disinilah terletaknya kebenaran sesuatu golongan bilamana dia menyesuaikan segala pegangannya dgn kitab suci yg dipegang olehnya
spt contohnya bilamana quran mengatakan:

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مُوسَى إِنَّهُ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا (51)
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya dia adalah orang pilihan dan adalah dia seorang Rasul, lagi Nabi. (maryam51)

maka ASWJ akan mengatakan bhw nabi musa a.s. adalah seorang rasul serta nabi yg diutuskan oleh allah kpd kaumnya.
(contoh2 sebahagiannya saya tlh kemukakan dlm post sblm ini)
bukankah aqidah itu bertepatan serta bersesuaian dgn ayat suci tersebut yg jelas lagi terang serta tidak boleh dipertikaikan lagi dari segenap segi samada dr segi bahasa ataupun istilah..

tapi kalau kita lihat golongan syiah (spt yg terdapat dlm dailog ini) kita akan dapati mereka cuba berusaha sedaya upaya utk mentakwlikan serta serta memusingkan makna kitab suci al-quran supaya bersesuaian dgn kehendak serta pegangan mereka...
walaupun dlm ayat itu langsung tidak ada dalil yg bersesuaian dgn aqidah mereka samaada secara jelas mahupun isyarat
spt contohnya kepercayaan bhw imam2 adalah maksum, dilantik dr pihak allah, wajib ditaaati dan dgn kepercayaan2 yg lain terhadap imam2 mereka maka mereka berdalilkan dgn ayat ini:
  إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (33)
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (al-ahzab 33)
kalau kita lihat dlm ayat ini langsung tidak ada menunjukkan:
perlantikan mana2 individu sebagai imam
penyucian mana2 individu sehingga sampai ketahap maksum
kewajipan supaya mentaati individu dr allah taala

samaada secara jelas ataupun secara isyarat..
namun begitu kita akan lihat mereka berusaha sedaya upaya utk menyesuaikan ayat quran ini dgn cara bermacam takwilan supaya ianya bersesuaian dan bertepatan dgn kehendak dan pegangan mereka

OLEH ITU MARILAH KITA SAMA2 BERPEGANG KPD AQIDAH YG BERSESUAIAN DAN BERTEPATAN DGN KEHENDAK KITAB YG KITA SEMUA DAKWAKAN SEBAGAI KITAB SUCI KITA IAITU AL-QURAN

wallahua'lam
wassalam
Reply

Use magic Report

mulanku This user has been deleted
Post time 1-9-2006 05:20 PM | Show all posts

soalan

saya mintak sangat saudara sheir`ali menjawap soklan ni sebab soklan ni pon datang daripada kawan saya...harap di jelaskan...

APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN KITA BAGI NAFKAH BATIN KAT BINI (BERSETUBUH). DALAM QURAN SURUH KITA KAWIN SAJA, TAK SURUH BERSETUBUH.

ataupun

APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN KITA IKUT SALAH SORANG DARI 4 ORANG IMAM (MALIK, AHMAD, SYAFI`I DAN HANAFI) DAN YANG KITA LABELKAN KALAU IKUT YANG LAIN TU SESAT.

ataupun

APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN KITA SOLAT SUBUH 2 RAKAAT, ZUHUR 4 RAKAAT, ASAR 4 RAKAAT, MAGHRIB 3 RAKAAT, ISYA 4 RAKAAT.

[ Last edited by  mulanku at 1-9-2006 05:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 05:52 PM | Show all posts
Salam Sleawat Keats nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

INSYALLAH ESOK SAYA AKAN BERIKAN KAtA AKHIR SAYA...

Wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.055803 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list