CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangBuah

Perlu ke ada anak ramai? Jangan jadik mak bapak yg SELFISH!!!

  [Copy link]
Post time 23-12-2010 07:53 PM | Show all posts
Reply 1# HangBuah

Pendapat ko bercanggah dengan apa keluarga kami lalui.
aku kagum tengok mak bapak aku dapat besarkan 10 orang kami adik beradik
sekarang ni sume dah berjaya
sumanya lepasan universiti and dah bekerja elok2
adelah sorang yang sekadar SPMV tapi kerja technician dengan petronas kira okay ler tu
aku x penah tanya bapak aku kenapa nak anak ramai but i'd probably guess 'selfish' was  the last thing in his mind.
ko ingat pompuan struggle ngandung 9 bulan berkali2 sebab selfish ke?
and bapak/mak aku x penah nak menagih simpati mintak duit nak besarkan kami sume.
dari rumah kecik sampailer keluarga kami dah ade 3 bijik rumah skrg x termasuk umah menantu ler.
dengar cerita dari bapak aku dulu yg besarkan kami adik beradik mmg susah
mak n abah aku meniaga tupperware after keje, bapak aku struggle sambung master nak tambah gaji, pakai keta biasa2 jek
sekarang ni aku tengok memang bapak n mak aku selamat hidup disokong anak2 pulak
kalo time raya memang meriah so aku dapat tengok betapa seronok mak bapak aku skrg walaupon dah tua.
aku harap pengorbanan diaorg rsa terbayar dengan kami adik beradik ni termasuklah cucu2 mereka.
Kalo aku, selagi mampu aku nak anak ramai jugak.
bukan sebab aku selfish tapi sebab bende tu tak salah selagi kami ade kemahuan and kemampuan.
taulah ko ade masalah pendek akai( bru aku teringat ko ni lah mamat bajet hensem kat room PP tu)

Tapi kan, ko penah tak terpikir betapa banyak lagi family yang anak sikit or x beranak lagi pon huru-hara dengan mslh duit or masalah jaga anak?
So ini bukan masalah niat tu tapi masalah pengurusan laki bini tu sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 09:41 PM | Show all posts
aku SETUJU..aku pling pantang org yg xmampu..pastu anak ramai,dah tu tbiar..dah tu ckp rezeki Allah  ...
fire_place Post at 22-12-2010 18:12




ibu wawasan nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2010 10:05 PM | Show all posts
Reply  HangBuah

Pendapat ko bercanggah dengan apa keluarga kami lalui.
aku kagum tengok mak bap ...
InVendeTTa Post at 23-12-2010 19:53




pernah tengok graf macam ni? Katakan ini graf bilangan anak versus tahap kemiskinan bagi umat Islam di seluruh dunia, ko agak keluarga jenis macamana yg paling dominan kat tengah-tengah graf tu?

ko paham tak apa yg aku nak maksudkan? maksud aku adalah, nak ambik contoh, ambiklah contoh daripada specimen yg paling dominan untuk menggambarkan keadaan yg paling tepat. Bukan sekadar merujuk kepada keluarga ko yg berjaya, pastu berdasarkan itu pi buat kesimpulan ke atas keluarga2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 10:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by wallflower at 23-12-2010 22:33

Mana nyer orang lain tak emosi...
Tengok tajuk pun sudah menggambarkan betapa emosinya si pembuka thread...
Nanti ada masa aku nak bagi komen...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 12:02 AM | Show all posts
anak ramai aje cop x bole cemerlang, dunia skrg nie dh mengejar kebendaan, semua nak yg terbaik, cemerlang, tp cemerlang doniaaa x semestinye cemerlang ilmu akhiratnya. anak dh dianggap beban dh skrg nie, org malaysia ni x bole hidup susah sskrg, ade org susah, anak ramai dh dianggap penyumbang masalah pada masa akan datang, dh jadi tuhan, bole tentukan masa depan manusia,  

ade ke istilah mak bapak pentingkan diri??? mane ade manusia yg boleh tentu kan jumlah anak2 yg die nak, tu semua TUHAN yg tentukan,

TT, even esk kite x tau ape akan jd,
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 12:05 AM | Show all posts
Reply 22# HangBuah


anggaplah org2 susah nie peluang 2 nak mengutip sedikit pahala TT, org kayooo mmg rase diri sempurna, TT org kaye sngt kot??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2010 12:12 AM | Show all posts
Saya rasa tak perlulah mempertikaikan akidah dan keimanan forumers yang ada di sini. That's not for anyone to judge but Allah.

It's better if we continue our debate/discussion dengan menggunakan akal and logical reasoning, rather than emotion. There is no reason at all for us to make this discussion hostile. And please, making personal attacks won't make your argument look better.

There is probably no right or wrong answers because macam yang semua orang kata, perkara ni banyak yang subjektif. Kita cuba untuk membaca pendapat orang lain and see if their reasoning tu dapat diterima atau tidak and maybe in the process we will gain some new perspectives.

Saya minta maaf jika apa yang saya tulis ni menyinggung perasaan forumers di sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 01:04 AM | Show all posts
Masing2 ada pendapat sendiri, berforum secara berhemah.... ...ini forum keluarga so tak yah lerr nk kaitkan isu DAP, BN, PAS segala.......

puan apja, luar dlm tuhh walau pun antara kekdah tuk family planning tp nampaknya kekdah tu kureng efisyen dan menjejaskan hubungan somi isteri......somi tak puas ko ingat sume bini puas ka? ada gak yg tak puas ko tau ka? so takde isu selfish ke hapa la....ni sumer communication somi isteri nak camner..... klu takmo anak,  mintak bini pasang iud dlm rahim or amik pil.... but kalu Tuhan nak bagi gak anak maka jadilah ia.... kalau tak berani take risk, tak payah main terus lagi senang hati....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 07:49 AM | Show all posts
ermmm tak berani nak komen lebih2...sebab ni rezeki allah...kite merancang tuhan yang menentukanm, tapi personaly saya nak 2 orang anak jer, tak kira lelaki atau perempuan, tapi alhamdullilah anak pertama saya lelaki 5 tahun dan kedua juga lelaki 9 bulan, rasa cukup kot, biar besarkan mereka dengan kasih sayang dan pelajaran dunia akhirat, rasa2 mau tamnbah tengok 5 tahun lagi kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 07:52 AM | Show all posts
klu ramai  berkualiti takpe, ar tak kisah nak ramai2 pun.aku rasa  kena tgk keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 08:31 AM | Show all posts
dalam setandan pisang takkan semua menjadi..... aku pun nak anak ramai kalau bulih.. but looking at scenario these day.. huhuhu takut terlepas pandang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 09:04 AM | Show all posts
Reply  HangBuah


anggaplah org2 susah nie peluang 2 nak mengutip sedikit pahala TT, org kayooo  ...
me_xy82 Post at 24-12-2010 00:05


orang2 susah ni tak akan pupus di dunia sehingga kiamat.
kalau pun org2 M'sia ni semua apply fmly planning, aku rasa masih ada peluang utk ko buat pahala... nun di Kemboja, Sudan, Bangladesh masih ramai sedara muslim yang susah.
pahala utk bantu yang cacat, sakit etc. masih ada & tak semesti pahala untuk bantu yang susah sebab anak ramai sahaja.

utk zaman SEKARANG, kalau dah hidup kasi pagi makan pagi & then beranak banyak2 sampai 6-7 orang.. dengan anggapan rezeki anak tu ada dah ditentukan Allah ..  hmm .. aku musykil, bukan ke Allah dah bagi kita akal fikiran?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:07 AM | Show all posts
Hi guys...good thread after a while

My personal opinion k, isu anak ramai ni pada i...lebih pd isu mak/ayah yang sedar diri atau tidak.

So bila cakap isu sedar tak sedar diri, benda ni subjektif...bila subjektif, semua org boleh "chip in" apa yang dia rasa.
tanpa ada kayu ukur....sebab dia cuma rasa, dia rasa dia mampu, dia rasa dia dah bersedia...sapa kita nak kata dia
tak mampu, tak cukup sedia?....sekarang nie apa yang i nampak jika standard set dlm masyarakat berubah, jika kualiti
anak2 kat malaya nie berubah dr segi asasnya....barulah kot boleh jentik sket kesedaran pd mereka yang sebenarnya "engkau nie sebenarnya tak mampu".....persoalannya sekarang, apa asas keperluan anak2 ?

proper seat dalam kete?...katalah gomen berkeras, satu seat satu anak dalam kete!..ini asas keperluan dlm dunia sekarang
rasanya, masih ramai tak mak/ayah tak sedar diri nak claim dia mampu?....

wajib insurans pendidikan bila cecah usia 1 thn, setiap anak daftar sekolah...harus ada policy insurans sendiri sampai umur dia cecah 18thn....mampu tak datang dgn angan-angan dan cukup makan pakai saja tau. Mampu dalam dunia sekarang hingga anak u boleh habiskan sekolah, utk persiapkan diri dia jadi rakyat yg bole masuk dunia kerjaya...

setiap anak lelaki dan pompuan wajib diasingkan bilik bila cecah usia sepatutnya, ...dgn keluasan sekian-sekian, berapa org boleh ditempatkan dalam tu....mampu bukan makna, anak u boleh tido disepanjang door way dan masuk bilik cuma utk salin baju saja.

Katalah yee, bila dah ada kayu ukur camni...mak/ayah mungkin lebih sedar dgn kemampuan dirinya sendiri. Apa yang i nampak setiapkali masuk isu pasal anak nie...akan keluarlah quote cliche nenek moyang kita dulu2, ulat dlm batu pun bole makan???...masalahnya bole ke kita tukar anak jadi ulat kalo dia lapar?...tak boleh kan, ulat dlm batu tak perlu insurans utk sambung belajar kann, ulat tak perlu pegi kumon!

Itupun contoh standard yg i reka kat atas tu dlm bentuk quantitative, BAYANGKAN kalo dlm bentuk qualitative....
Tanya diri kita sendiri even myself, berapa masa dlm satu hari kita mendengar anak2 kita punya keluhan, idea, keseronokkan, apa dia pikir pasal dunia, pasal sedara-mara, pasal kita sebagai ibu/bapa??....pernah tak tanya anak2 kita, apa yang buat dia suka jadi diri dia?...soalan camni perlu masa, perlu kesabaran nak cungkil bukan 5-10 min punya task!

setahu i my kawan sendiri yang anak 4 tu pun, tak pernah tahu anak dia boleh kembangkan idung sebulat-bulatnya sebab dia tak pernah nak tahu dan nak ambik tahu...sibuk dgn benda2 lain yg lagi penting dr tgk perkembangan anak2. Kita dulu balik sekolah, mak tunggu kat rumah....sambil makan, sambil bercerita. Cikgu pakai baju cantik tak cantik, semua mak tanya...
Anak2 sekarang, kalo muka dia calar ...baru mak/ayah nyinsing lengan jumpa cikgu, jika tidak...mak/ayah tak pernah tanya, kalo tanya sekalipun....agaknya, sekadar bertanya tapi takde niat nak tahu....end up budak2 malas nak bagitau, i yang bukan mak kandung nie....yang tahu macam2 kisah dia kat sekolah.
I'm NOT in position to blame the parents k....kita sibuk, dunia kita sibuk jadi sedar-sedar lah diri, kalo tak mampu...berkelakuan bagai org tak mampu, jangan nak kejar doa/al-fatihah anak2 bila kita mati esok2 sedangkan kita tak pernah ajar sebaris ayat utk dia....sebelum kita mintak HAK kita, tunaikan dulu HAK anak2, kita akan disoal kelak....dah bersediakah kita dgn jawapan, "aku ada meeting...tak sempat!!"

frankly i takde isu org anak ramai, kagum lagi ada....dgn kerjaya, dgn anak2 ..tak semua mampu buat! Tapi rancang dan bertanggungjawab pd anak2 tu....bukan sekadar makan pakai, sekolah,tuisyen, score exams, kafa, piano, taekwando, summer camp, attitude camp, swimming, kumon, horse riding.....hakikatnya kita tidak bersama-sama dgn mereka, kita cuma subcont sebab kita MAMPU.

Anak2 tetap akan membesar, pandai, bijak, bekerjaya tapi jiwa dia akan kering kontang, ego dia tercalar, self-esteem dia menderita...esok2 kita mungkin akan muncul dlm rancangan WHI, menagih kasih anak2 yang telah hantar kita kat rumah org tua2.



my 2 cents

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:15 AM | Show all posts
aku sokong pendapat fiedaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:35 AM | Show all posts
Reply 133# my-alja


setuju...setuju...
so bukan soal ramai atau sikit.. tp soal kesedaran ibu bapa dlm mendidik/membentuk jati diri anak2..
itu lg penting... dr fikir anak2 tu pelaburan hari tua anda...


tiba2 teringat : kecik2 x nak mati, dah besar menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 11:23 AM | Show all posts
skang ni aku ade anak sorang..bile aku tanye husband..nak tambah anak tak? husband jawab..nanti2 laa..jage yang satu ni dulu elok2..kalau ade rezeki bleh la tambah..

sebabnye..kitorang nak anak kitorang berkualiti..kalau ramai2 tapi xde kualiti nak wat ape kan

so..bottomline sini..kualiti lagi penting dari kuantiti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 11:42 AM | Show all posts
Reply 26# HangBuah


    heheh yg ni me mmg stuju..mane2 family melayu me tgk cmni la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 11:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by MANSTIR at 24-12-2010 11:48

Salam TT,
hari ni aku baca thread kau dari page 1 till 6.. "pada pandangan aku ko buat kerja NGO secara TIDAK ikhlas", cuba kau baca balik ape ko type kt dlm thread ni.. baca betul2.. kau akan dapati diri kau buat kerja tidak ikhlas, bila tak ikhlas pastu suka mengutuk2 org suka beranak ramai sebab itu dan ini..
manusia dijadikan Allah mmg begitu lumrahnya, tak perlulah kau nak cuba bagi ideologi supaya menghad2 jumlah manusia kt malaysia ni dengan pemikiran yg begitu... lebih2 lagi klu nak psycology org tentang teori2 kau tu..
klu ko tak nak bantu, please resign jadi NGO, ingat tujuan utama kau jadi NGO..
ingat, hak beranak ramai setiap manusia itu kita tidak boleh pertikaikan.. klu ko tak suka buat amal jgn buat ..jgn campurtangan atau membecahbelahkan masyarakat dengan ideologi ko yg negatif tu..
klu ada org miskin, ko nak tolong.. tolong aje laa jgn bising2.. bukan duit ko pon yg dihulurkan.. duit org lain kan? ko tolong aje.. atau semua duit di NGO tu duit ko? atau ada laa sikit2 ala2 jenjemput duit ko di NGO tu? wei mana ikhlas ko tu..? pleaselaa.. insaplaa..
klu kau belum kahwin, mcm mana kau nak rasa sedap pancut dalam, itu nikmat tuhan bagi sbb tu ramai lelaki pancut dalam termasuk aku... klu Allah nak jadikan baby tu, tak kiralah sape yg bleh tahan2 lagi.. ITU ALLAH PUNYA KUASA ...ni yg kau perlu tekankan dan jelaskan..nak lawan hukum alam ke?
kau kene ingat tujuan perkahwinan tu ape? ni aku bagi link Ustaz Dato' Abu Hassan Bin Din bagi ceramah, dgr dan elaborate sendiri untuk diri sendiri dan keluarga kau.. http://www.ceramahislam.com/audio-lectures.html tajuk dia - Syurga Di Luar Rumah... Damaikah?
Hak-hak org lain jgnlah dipersoalkan, jaga diri sendiri sudah, jika berkemampuan silalah bantu.. klu tak nak bantu, dh.. dok diam2 je..
jgn jadi "menyalak aje lebih, menyalur idak"
wasalam,
MANSTIR
p/s-maaf jika terkasar bahasa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 11:44 AM | Show all posts
Reply 25# im_cyclist


    stuju..pada me, mase tua mak ayah ni adalah untuk die spent quality time die dan berehat. kite yang muda ni kalau bole cuba la jangan beban kan mak ayah kite..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 11:52 AM | Show all posts
Reply 123# HangBuah

ntahla..
ko agak2 ape?
aku x boleh agak2 kalo nak wat kesimpulan macam ko wat tu so kalo ko nak wat kesimpulan yang ko wat tu, letak graf and data yang menunjukkan
anak ramai leads to kemiskinan and compare the same case for anak yang sikit or xde anak
tapi masalahnya ko bukan persoalkan kemiskinan tapi ko persoalkan niat2 mereka
so ko wat lak graf sampling niat2 mereka
lagi satu ko kena define which category yang ko kata anak ramai tu and class them in their economically respectively.
baru ko kata your observation valid
bukannya main serkap jarang and amek gambar scan graf dari buku teks Math form 3


Wat research dulu,bukannya ko wat kesimpulan 'SELFISH' ni bedasarkan lepas tengok rancangan Bersamamu or any fundraising program
Agaknya ko HENSEM sangat kot so you can  always get away with anything. Sorry nak perli sat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92853 Replies : 167
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199562 Replies : 4684
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6335 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30415 Replies : 223
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9167 Replies : 21
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4266 Replies : 5
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.075118 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list