CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haizaiza

[Penerbit] ** KAKI NOVEL **

  [Copy link]
Post time 7-2-2014 11:05 AM | Show all posts
adalia posted on 7-2-2014 10:12 AM
Susun silang kata?
Best...lawak hero heroin asyikla bergaduh..hero kerek x hengat..
1 part tu di ...

hero tua lagi dr heroin eh?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 11:11 AM | Show all posts
flarengirl posted on 7-2-2014 11:05 AM
hero tua lagi dr heroin eh?

Iya..heroin tgh blaja..hero x sempat abis study..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 11:17 AM | Show all posts
adalia posted on 7-2-2014 11:11 AM
Iya..heroin tgh blaja..hero x sempat abis study..

laa..hero dropped out la ni?

dalia bg brapa bintang kalau nak rate dari satu ke lima?

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 02:41 PM | Show all posts
flarengirl posted on 7-2-2014 11:17 AM
laa..hero dropped out la ni?

dalia bg brapa bintang kalau nak rate dari satu ke lima?

3bintang bolehla...citer yg ringan n santai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 03:27 PM | Show all posts
adalia posted on 7-2-2014 02:41 PM
3bintang bolehla...citer yg ringan n santai.

owh..ok atas review
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 12:51 PM | Show all posts
chit_ana posted on 22-1-2014 03:58 PM
ARLUNA
SEMENANJUNG :- RM21.00 AHLI KN: RM17.00SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00
No. IS ...

chit_ana .... tak de review tuk Mac nya keluaran ke? ksall dah order Mungkinkah? hanni ramsul.. dah baca kat bloq... sebab terkesan ngan PAM .. tu yg tak sabar nak baca Mungkinkah?

KN buat combo Mac 3 novel... tapi yang lagi dua tu ksall tak berani nak beli... takut kuciwa.... walaupun KN buat rm61 je tuk 3 novel... Hanni punya dah rm32 dah... tapi entah le... tak teruja nak dapatkan ketiga2nya...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2014 03:57 PM | Show all posts

Akan Datang : Mac2014
MUNGKINKAH?
SEMENANJUNG:- RM32, AHLI KN:- RM28
SABAH SARAWAK:- RM35, AHLI KN:-RM31

Sinopsis:-

Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya
hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang
lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta
perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya
pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan
menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa
dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.
Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.

Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering
ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka
berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan
mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu
tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan
telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti
tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima
perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.

Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat
Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff.

Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.

Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa
dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus
matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan,
mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas
kembali?

“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan
pulang?

“Mungkinkah rasa yang runtuh, ‘kan kembali
teguh?” Last edited by sapp73 on 22-2-2014 04:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 03:58 PM | Show all posts


CINTAI AKU BOLEH?
SEMENANJUNG:- RM21,
SABAH SARAWAK:- RM24,

Sinopsis:-

Saat Qaira sudah sah menjadi isteri kepada Syed
Ashraff Zafryl, dirinya diceraikan talak tiga sejurus selepas
dinikahkan.

Tengku Zareef menerima Qaira atas penghormatan
kepada arwah ayahnya dan juga sedikit rasa hormat pada
ibunya. Dia menyeksa Qaira secara mental dan fizikal untuk
membuatkan wanita itu tersungkur di kakinya.

Kehadiran Tengku Hazwan menambah duka dalam
hidup Qaira, kehadiran Trisha menambah sengsara.
Semuanya membuatkan Qaira hampir-hampir rebah. Saat
kasih Tengku Zareef berubah arah, pelbagai dugaan yang
timbul dalam rumah tangganya.

Dapatkah Tengku Zareef dan Qaira menggapai
bahagia? Siapa Tengku Hazwan? Siapa Qaira? Apakah kaitan
dia dengan keluarga Tengku Radziah?

“Kau boleh blah tak? Rimaslah aku tengok muka
kau!” - Tengku Zareef.

“Kau ingat aku nak sangat bertandang ke bilik kau
yang busuk ni? Kau ni dah mengganggu ketenteraman aku.
Kalau kau nak main lempar barang macam budak kecik tak
cukup umur, kau pergi main kat luar!” - Qaira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2014 03:59 PM | Show all posts


AWAS, KALAU DAH SUKA!
SEMENANJUNG:- RM20,
SABAH SARAWAK:- RM23,

Sinopsis:-

Kerana kasih pada si adik, Trish sanggup
memperjudikan hidupnya dalam perkahwinan yang diatur
oleh keluarga, dengan harapan si adik sedar kasih yang cuba
dia sampaikan. Namun sia-sia. Malah, Riya membuatkan
rumah tangganya berantakan apatah lagi setelah mengetahui kebenaran yang cukup menyakitkan.

Setulus kasih dia cuba mewarnakan perkhwinan itu
tetapi tidak membawa erti kepada Tengku Afif Akmani. Apa
yang lelaki itu inginkan hanyalah imbuhan atas perkahwinan
yang dirancang oleh bapa mereka. Biar seikhlas mana pun
Trish menabur kasih, suaminya tetap angkuh dalam keegoan.

Dan Trish tertanya-tanya, apakah pengakhirannya
sebuah duka yang melatari hidupnya itu? Apa yang
membuatkan kembarnya menjauh pergi dan berubah laku?
Tidak adakah ruang di hati Tengku Afif Akmani untuk
dirinya?

“Kasihku tak perlukan bait bicara, aku hanya mahu
kita bersama hingga akhir usia.”
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 03:27 PM | Show all posts
kak_sall posted on 21-2-2014 12:51 PM
chit_ana .... tak de review tuk Mac nya keluaran ke? ksall dah order Mungkinkah? hanni ramsul.. da ...

kak,kita jrg beli KN sbb selalu terkena jalan cite yg xbest or hampir sama.ni pon byk pending xsempat nak baca.haa rin ahmad or hanni ramsul wajib beli
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 10:58 AM | Show all posts
chit_ana posted on 23-2-2014 03:27 PM
kak,kita jrg beli KN sbb selalu terkena jalan cite yg xbest or hampir sama.ni pon byk pending xsem ...

haaa.. sapp dah review...

sama la ksall pun... jalan cerita KN selalu hampir sama.... so.. ksall kena tengok penulis... kadang cerita yg sama ditulis oleh penulis yg pandai menyusun ayat buat kita masih mahu terus membaca....

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 05:13 PM | Show all posts


GUY NEXT DOOR
RM21.00
HARGA SEMENANJUNG: RM21, AHLI KN: RM17
HARGA SABAH/SARAWAK: RM24, AHLI KN: RM20

Sinopsis:-

Kisah perang mulut antara dua jiran (Kristal Abdul Hamid – sudah punya teman lelaki, Fandi) dengan (Adam Putra Iskandar). Kris memandang serong pada Adam, anak emak yang disangkanya menganggur. Kris selalu dileter oleh emaknya dan dibandingkan dengan Adam.

Sehinggalah Adam memulakan langkah meleraikan perang dingin antara mereka. Bermulalah bermacam-macam peristiwa lucu dan mengusik hati Kris dan Adam. Daripada menyampah menjadi suka.

“Kuketuk pintu rumah sebelah, kujumpa cinta dia!”       
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 05:15 PM | Show all posts



AKADKU YANG TERAKHIR
Lihat Illustrasi Besar Novel Ini
AKADKU YANG TERAKHIR
RM37.00
HARGA SEMENANJUNG: RM37, AHLI KN: RM33
HARGA SABAH/SARAWAK: RM40, AHLI KN: RM36

Sinopsis:-

Tugas sebagai seorang Pakar Psikxtxrapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”       
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 05:18 PM | Show all posts


TAJUK: MENANTU VS MERTUA
PENULIS: DYA DILLA

QEESYA cuba lari sejauh mungkin, namun langkahnya tetap dapat dikejar dengan pantas. Semakin dia lari semakin wajah itu hampir dengannya.

“Umi... umi nak buat apa dengan Qees ni?”

“Kan aku cakap aku tak suka kau. Sampai bila-bila aku tak suka kau.”

“Kenapa umi tak suka Qees? Apa salah Qees?”

“Aku tak suka kau rampas anak aku.”

“Qees bukan rampas, Qees cintakan dia.”

“Kau sengaja buat rancangan nak jatuhkan aku, kan?” Suara itu meninggi. Ada senduk besar di tangannya. Bersedia untuk mengetuk kepala Qeesya.

Qeesya mengelak. Dia mencapai sudip kayu di atas kabinet. Menepis senduk di tangan Puan Sri Afifah.

“Kan semua ni boleh bawa berbincang, kenapa umi sampai nak bunuh Qees?”

“Aku memang nak bunuh kau. Aku akan kerat-kerat badan kau kecik-kecik aku akan buat sup daging,” ujar Puan Sri Afifah.

“Sampai hati umi. Kenapa tak masak kari aje, kan lagi sedap.”

“Kau ni memang suka melawan aku, kan?”

Senduk dilayangkan dekat dengan kepala Qeesya.

Qeesya mengelak lagi.

“Umi kita boleh bawa berbincang. Takkan sampai nak bertumpah darah.”

“Hah, aku tak peduli kali ni kau mesti mati.”

“Umi! Umi! Umi!” jerit Qeesya cuba menepis pukulan demi pukulan.

“Qeesya! Qeesya! Qeesya Ameena!”

“Umi!”

Gedebuk!!!

Adoi... Qeesya membuka matanya. Dia bukan di dapur, tapi di dalam bilik. Ya Allah, aku mengigau ke? Adoi sakitnya tulang belakang. Macam mana boleh sampai jatuh katil ni? Qeesya menggosok tangannya.

“Hah, dah bangun?” soal Rayyan yang selamba menongkat dagu di atas katil. Di wajah itu ada senyuman melebar.

“Mimpi apa sampai boleh bersilat ni? Nasib baik abang tak tidur lagi kalau tak dua-dua jatuh katil.”
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:45 AM | Show all posts
Ada bc jugak KN punya novel.kebanyakkannya bosan sket.byk cerita jalan cerita yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 12:10 PM | Show all posts


dah baca novel neh.. best.. leh kasik 4 bintang.. dr 5 bintang..

tebal skit.. 928 pages.. tebal2 mcm neh..adalah bab2 yg a little bit boring.. tp leh hadam lgk la..

baca dalamm masa satu ari stgh.. ahahahah...

macam biasa..kawen2 paksa gituh.. zariff ajak arissa kawen..sbb die "NAK" arissa.. tp ekceli masa tuh die dah start jatuh cinta.. tp ala2 hazab tak tau die dah in love ngan arissa.. arissa lak fobia ngan pangai ex-laki die si radhi gila duit tuh ngan ex-boss yg menaruh ati dalam diam..

arissa terperangkap dalam kata2 sendri.. yg ajak zariff kawen..ngan harapan zariff stop ganggu die.. malangnyer..zariff dah gila.. sanggup pi buta ujian HIV.. AIDS segala penyakit kelamin..semata2 nak kawen ngan arissa..

so akhirnya kawenlah atas kepentingan memasing.. zariff yg nak kat arissa.. lebih tepat cakap.. SEKS.. manakala arissa lak dpt jelaskan hutang ngan ex-boss yg die pinjam.. rentetan dari kes tebus talak kat ex-laki die..

kengkonon kawen rahsia.. hanya arissa n adik2 nya..serta jiran2 arissa yg tau.. tp mama zariff ngan nabila (kawan zarif n bff mama zarif yg sngt suka kaki yama) dpt kesan kepincangan stori mereka ini.. hasil terbongkarnya gosip skandal najman (bff zariff) yg merupakan pelakon popular.. yg mengatakan nikah secara senyap... walhal mamat najman neh dok tolong uruskan segala prosedur kawen si zariff..

macam2 ada.. zariff dah menyatakan cinta kt arissa.. tp arissa masih mcm ice princess yg sejuk beku bolayan saja.. ngan huru hara perasaan sendri.. ex-laki arissa ganggu x abis2.. mama zariff yg plan nak tunangkan zariff ngan nabila.. sbb nak minta zariff terus trang bahawasanya die dah kawen..

macam2 ..itu ini.. arissa preknen.. then happy ending..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 01:41 AM | Show all posts
Huuu...lama x mereview di sini..Masa yg terbatas

Utk kombo bulan mac..
Dr 3 novel,hanya mungkinkah- hanni ramsul yg terkesan kt hati..lg 2 buah tu dh x brapa ingat Jalan crita..
Mungkinkah 4 bintang..
Mmg best..kisah zariff si playboya yg jatuh cinta dgn arissa seorang janda..ex laki plak kaki judi n suka peras duit bini..mmg kesian kt arissa.jumpa dgn zariff si playboy yg rasa tercabar sbb arissa x melayan dia..
Then arissa setuju kawen dgn zariff sbb nak lari dr bos yg gilakan dia..bak pepatah keluar mulut buaya masuk mulut naga..tapi zariff ni naga yg dh terjatuh cinta
Apapun mmg best..antara Karya hanni ramsul yg x pernah mengecewakan...

Kombo April

Menantu vs mentua- dya dilla. 3 1/2 bintang
Akad ku yg terakhir - acik Lana 3 1/2 bintang

Guy next door - Rose Harissa  4 bintang
Yg ni mmg best sgt!
Setelah agak lama rose harissa x kluar novel baru,guy next door mmg berbaloi utk simpan wat koleksi..wlupun paling nipis antara 3 buah dlm kombo april tu tp novel ni la yg paling best..sepanjang baca kisah adam n kriss ni asyik gelak ja..dr mula kriss asyikla cari gaduh n mengutuk adam sbb sakit hati mak dia asyik dok memuji adam lebih dr anak sendiri..kelakar Dan sweet sungguh.
Part sedih bila mak Adam meninggal dunia...mmg terkesan sgt..
Penamat dia mestila hepi ending

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:18 AM | Show all posts
sapp73 posted on 22-2-2014 03:57 PM
Akan Datang : Mac2014
MUNGKINKAH?
SEMENANJUNG:- RM32, AHLI KN:- RM28

cita ni best sgt... rating 4.5/5
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:48 AM | Show all posts
azie.dz posted on 8-4-2014 09:18 AM
cita ni best sgt... rating 4.5/5

best eh...semua rating ke bintang dilangit tingginya...dah beli tapi belum di baca..banyak yang pending. Lepas ni nak bacalah, tak menahan azie bagi 4.5*, sekai 4*

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:05 AM | Show all posts
sapp73 posted on 8-4-2014 09:48 AM
best eh...semua rating ke bintang dilangit tingginya...dah beli tapi belum di baca..banyak yang pe ...

i rekemen kat sekai novel ni...sbb i dah baca dulu...mcm nak baca lagi jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 1.616490 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list