CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naz_1969

About SMART Tunnel - Smart Tunnel was Successful to reduce flood -

 Close [Copy link]
Post time 14-6-2007 09:11 PM | Show all posts
smart yang tak SMART...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2007 09:38 PM | Show all posts
Terowong HADHARI ??
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 09:56 PM | Show all posts

Reply #140 thequestion's post

I don't think u shd say "Malaysian" sbb rasanya tak sampai 10% rakyat Malaysia yg akan gunakan terowong Smart tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 07:04 AM | Show all posts
dah bestari plak dahh.. alahaii cam nama tabika plak... baik letak nama terowong Hadhari

p/s- Apalah nasib rakyat, asyik kene peras ngan TOL jer..  cukai pintu kene bayar juga , tol kene bayar juga.. nasib aku bukan org KL, tapi sesekali ke KL pun terpaksa bayar TOL juge
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 08:08 AM | Show all posts

Reply #138 miehensem's post

aku terasa-rasa macam tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 08:14 AM | Show all posts
S M A R T...maksudnya...
Selalu  Masuk  Air  Ramai  Terperangkap.. he he, just joking
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2007 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 14-6-2007 09:56 PM
I don't think u shd say "Malaysian" sbb rasanya tak sampai 10% rakyat Malaysia yg akan gunakan terowong Smart tu.


satu orang yg seludup dadah kat australia pon masih dipanggil 'malaysian' la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 08:26 AM | Show all posts
de
Originally posted by thequestion at 14-6-2007 08:12 PM
RM1.9b - Kos pembinaan
RM1.3b - Kos ditanggung kerajaan
RM633j - Kos ditanggung Gamuda dan MMC

Blh anda pikir "smart tunnel" ini dimiliki oleh siapa??
Our "good" governm ...


dengan jumlah kenderaan yg makin meningkat, smart tunnel ni takkan dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2007 08:26 AM | Show all posts

Reply #147 rambutan's post

agree w u..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 05:55 PM | Show all posts
I xtau samada kerajaan berusaha menringankan beban rakyat atau meringankan beban pihak yang terlibat dalam projek
seperti smart..
Smart ridak mendapat sambutan hangat daripada rakyat..Apa sebabmya??
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 09:11 PM | Show all posts

Reply #147 rambutan's post

Erkk... ada kaitan ker? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 06:14 AM | Show all posts
Laluan air SMART beroperasi hari ini

KUALA LUMPUR 22 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 09:47 PM | Show all posts
Laluan air SMART mula beroperasi hari ini
23-06-2007

KUALA LUMPUR:  Laluan air Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) yang beroperasi sepenuhnya bermula hari ini, dijangka dapat mengurangkan 45 peratus daripada paras air banjir yang melimpahi ibu kota.


Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Paduka Keizrul Abdullah berkata ia bagaimanapun bergantung kepada taburan hujan di sebelah Sungai Klang sahaja.

Beliau berkata ini kerana SMART secara asasnya akan berfungsi untuk mengalirkan 90 peratus daripada limpahan air Sungai Klang yang berpunca dari ulu Sungai Klang ke kolam takungan Kampung Berembang, sebelum disalirkan menerusi SMART, ke kolam tadahan di Taman Desa.

Sebanyak 55 peratus daripada air banjir di pusat ibu kota berpunca daripada limpahan air Sungai Gombak dan Sungai Batu yang merentasi kawasan Lembah Klang, katanya.

"Secara asasnya, kita mengawal air limpahan daripada segi kuantiti terutamanya kuantiti air di Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek (pusat bandar)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi wacana Pengurusan Banjir Lembah Klang/ Kuala Lumpur di Universiti Malaya di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya berlaku hujan lebat, limpahan air dari Sungai Klang akan disalirkan ke kolam tadahan Kampung Berembang sebelum disalirkan menerusi terowong SMART yang mempunyai kapasiti simpanan satu juta meter padu air, sebelum ia disalirkan ke kolam tadahan Taman Desa.

Keizrul berkata kolam takungan Kampung Berembang mempunyai kapasiti takungan air sebanyak 600,000 meter padu manakala kolam tadahan Taman Desa mempunyai kapasiti takungan air 1.4 juta meter padu.

Limpahan air itu kemudiannya dilepaskan ke Sungai Kerayong secara berperingkat.
Keizrul berkata SMART adalah sebahagian daripada Projek Tebatan Banjir di Kuala Lumpur yang diluluskan oleh kerajaan pada 2002 selain daripada pembinaan kolam takungan Batu dan Jinjang yang dijangka siap akhir tahun ini.

Beliau berkata keduadua kolam takungan itu akan mengurangkan limpahan air dari Sungai Batu dan Sungai Gombak daripada memasuki ibu kota. Antara langkah lain yang giat dilaksanakan ialah membesarkan Sungai Kerayong dan Sungai Damansara dan membina kolam takungan Sri Johor.

Keizrul berkata masalah banjir akibat limpahan air sungai di ibu negara akan dapat diatasi sepenuhnya apabila keduadua komponen dalam projek tebatan banjir itu (SMART dan kolam takungan Batu/Jinjang) siap pada awal 2008.

Beliau berkata kedua-dua projek itu juga dijangka dapat mengatasi kejadian banjir besar pada 1971 daripada berulang selain mengurangkan risiko banjir kilat akibat limpahan air.

Bagaimanapun, Keizrul berkata faktor aktiviti manusia seperti pembangunan yang tidak terancang juga penyebab kepada kejadian banjir kilat di ibu negara selain faktor sikap dan alam semula jadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 11 Jun mengarahkan semua projek tebatan banjir dipercepatkan ekoran banjir yang melanda ibu kota sehari sebelum itu.

Terowong air SMART, sepanjang 9.7 kilometer, yang bernilai RM1.9 bilion itu sebelum ini dijadualkan siap 30 Jun. Terowong itu juga mempunyai dwifungsi bagi lalu lintas yang dibuka kepada kenderaan ringan sejak 14 Mei lalu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 09:56 PM | Show all posts
aku still lagi rasa risau.... simulation is so much
more different from real situation....mesti
dia pakai variable yg boleh adapt situation kat malaysia nih...
jgn pakai variable kat negeri lain sudah.....
sampah kat malaysia nih...drainage yg tersumbat lagik..
construction yg lansung tak dikawal....EIA yg tak leh
pakai....

harap2 JPS berjaya kali nih...insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 10:35 PM | Show all posts
berita pukul 8.00 malam....terowong smart telah retak dan terkeluar air dari dinding..
- projek kerajaan BN Malang !!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 01:07 AM | Show all posts
lalu smlm (23/6 11.30mlm) melimpah air bertakung....
hari ni baru tau dinding retak..
nasib baik x snap 2-3 gambar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 24-6-2007 01:47 AM | Show all posts

Reply #155 hammer's post

lebai hammer tengok berita kol 8pm kan..so tentu lebai faham kenapa air itu keluar dari dinding setelah diberi penjelasan oleh Dato' Ir Keizrul Abdullah(pengarah JPS)...kalau lebai tak dapat terima kerana pemikiran hammer inginkan sesuatu yg bagus mengikut naluri dan ideologi anutan hammer..maka saya cadangkan hammer bentangkan idea hammer dihadapan Dato' Ir Keizrul Abdullah...mudah2an dengan izin ALLAH...idea hammer lebih baik dari beliau yg sekular mengikut pandangan hammer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 06:19 AM | Show all posts
utusan malaysia arini

Dua pakej atasi banjir di KL


DATUK PADUKA IR. KEIZRUL ABDULLAH.

MUKADIMAH
MASALAH banjir bukan isu baru bagi warga Kuala Lumpur (KL). Walaupun telah lali dengan banjir kilat yang melanda ibu negara dari semasa ke semasa, banjir besar pada 10 Jun lalu cukup menyentak warga kota. Tambah menyakitkan hati mereka, Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang menelan belanja RM1.9 bilion sudah pun dibuka mulai 14 Mei.

Lalu timbul persoalan, kenapa SMART gagal menahan banjir? Warga kota juga tidak lagi boleh menerima alasan fenomena cuaca dan masalah sungai atau perparitan sebagai puncanya. Kenapa tidak besar dan dalamkan sahaja sungai di KL, jika itu puncanya?

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah faham kenapa orang ramai marah-marah. Tetapi seperti dijelaskan kepada wartawan Mingguan Malaysia, MARHAINI KAMARUDDIN, NIZAM YATIM dan CYNTHIA YEOH, penyelesaiannya tidak semudah yang disangka.

Katanya, untuk mengatasi masalah banjir di ibu kota, sungai yang ada perlu dibesarkan tiga kali ganda tetapi ia adalah sesuatu yang mustahil terutama kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

憫Terdapat bangunan di kiri kanan sungai dekat Masjid Jamek yang menjadi pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Kita juga tidak boleh mendalamkannya kerana di situ (berhampiran Masjid Jamek) ada terowong Transit Aliran Ringan (LRT) dan paip Indah Water Konsortium (IWK) di bawah tanah,拻 kata Keizrul dalam satu temu bual di pejabatnya pada petang Jumaat lalu.

Beliau juga menjelaskan sejauh mana projek-projek tebatan banjir yang sedang dijalankan mampu mengatasi masalah banjir kilat dan banjir besar. Beliau meminta masyarakat supaya tidak terlalu mengharap projek-projek yang dijalankan dapat mengatasi masalah banjir kilat.

憫Walaupun tiada pembangunan tetapi jika orang ramai masih membuang sampah sarap ke dalam parit, banjir kilat akan berlaku,拻 katanya.

Keizrul juga menjelaskan bahawa Kuala Lumpur sebenarnya kawasan yang boleh dijadikan empangan dan sebarang usaha untuk membina terusan yang luas akan menyebabkan Kuala Lumpur akan lenyap.

憫Bagaimanapun kita boleh mengatasi masalah ini, cuma cara yang kita hendak buat itu mungkin lebih mahal, kerana terowong seperti SMART perlu dibina,拻 ujarnya.


MINGGUAN: Banjir di Kuala Lumpur (KL) bukan perkara yang baru. Apakah ia disebabkan faktor pembangunan?

KEIZRUL: Banjir yang teruk sekali berlaku di KL pada tahun 1926 dan selepas itu 1971. Pada 70-an banjir berlaku dua kali, 80-an (tiga), 90-an (empat), 2000 (sekali), 2001 (dua), 2002 (sekali) dan 2003 (sekali). Banjir merupakan satu fenomena yang melanda KL sejak dulu walaupun ketika tidak ada pembangunan pada 1926. Sebenarnya ia berpunca daripada topografi KL yang dibina di tempat pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. KL juga terletak di kawasan rendah. Lazimnya air akan mengalir ke kawasan yang lebih rendah. Berdasarkan keadaan fizikal dan geologi, KL paling sesuai dibina empangan besar.

Kita bernasib baik banjir tidak berterusan setiap tahun sejak 2003 iaitu pada 2004 dan 2005. Bukan sebab JPS sudah menyiapkan kerja tetapi mungkin sebab Tuhan kasihan kepada orang Kuala Lumpur.

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh JPS dalam menangani masalah ini?

KEIZRUL: Pada 1971, apabila banjir melanda dua hingga tiga hari dan KL ditenggelami air, kerajaan menyediakan peruntukan untuk membina tebatan banjir. JPS telah melaksanakan pelan bagi mengatasi banjir dengan membesarkan sungai, membina Empangan Batu di Batu Caves, meninggikan Empangan Klang Gates sebanyak tiga meter dan membina satu simpanan air yang lebih besar. Bagaimanapun, peruntukan pada masa itu terhad kerana perlu menanggung kos pembinaan projek lain termasuk infrastruktur, pelabuhan, pengangkutan dan lebuh raya, yang lebih diberi keutamaan.

Pada masa yang sama, kawasan Lembah Klang kian pesat membangun menyebabkan kawasan hijau semakin kurang dan ciri-ciri geologinya berubah.

Apa pula kaitannya dengan banjir?

KEIZRUL: Kalau secara semula jadinya, air hujan terperangkap dalam daun pokok dan yang jatuh meresap ke dalam tanah manakala lebihan yang bertakung mengalir ke sungai. Tetapi penebangan pokok dan penarahan bukit untuk pembangunan mengganggu aliran air semula jadi.

Kajian yang kita buat pada 1979 di Subang Jaya mendapati kuantiti air sungai bertambah dua kali ganda. Manakala di Masjid Jamek, pembangunan 30 tahun yang begitu pesat menyebabkan kuantiti air sungai bertambah tiga kali ganda daripada 148 meter padu sesaat kepada 440 meter padu sesaat.

Pelan asal 1971 tidak boleh dipakai lagi kerana kuantiti air telah meningkat tiga kali ganda sedangkan kapasiti sungai di Masjid Jamek tidak lagi mampu menampungnya hingga berlaku banjir.

Tidak adakah tindakan untuk membesar dan mendalamkan sungai untuk mengatasi banjir?

KEIZRUL: Untuk mengatasinya, kita kena besarkan tiga kali ganda tetapi ia tidak boleh dilakukan kerana terdapat bangunan di kiri kanan sungai dekat Masjid Jamek yang menjadi pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Kita juga tidak boleh mendalamkannya kerana di situ ada terowong Transit Aliran Ringan (LRT) dan paip Indah Water Konsortium (IWK) di bawah tanah.

Kalau kita boleh besarkan di situ kita tidak perlu membina SMART kerana mahal. Tetapi jauh lebih mahal kalau sungai di situ diluaskan kerana kita perlu membeli balik bangunan yang harganya setiap satu beratus-ratus juta ringgit, tidak termasuk kos tanah. Sungai hanya boleh diperbesarkan di tempat-tempat tertentu seperti Sungai Klang berhampiran Angkasapuri dan bandar Klang.

Pada tahun 2000, projek tebatan banjir dikaji semula dan kita putuskan untuk membina empangan dan kolam takungan baru. Bagaimanapun cadangan lokasi asal di Sungai Gombak telah dibina kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Akhirnya pada 2002, kerajaan meluluskan Projek Tebatan Banjir KL dengan dua komponen iaitu pakej A melibatkan projek SMART dan pakej B, membina dua kolam takungan banjir di Batu dan Jinjang.

Bagaimana dengan cadangan supaya dibina terusan di Kuala Lumpur?

KEIZRUL: Pembinaan terusan memerlukan kita mengorek permukaan yang luas yang akhirnya akan menyebabkan bandar raya Kuala Lumpur lenyap.

Dengan beroperasinya terowong SMART, adakah bermakna banjir besar tidak lagi berlaku?

KEIZRUL: Mengikut pelan JPS, 90 peratus air Sungai Klang akan dialirkan ke terowong SMART dan dilencongkan ke Sungai Kerayong. Air dari Sungai Keroh disimpan di kolam Jinjang, manakala dari Sungai Gombak ke kolam di Sungai Batu.

Apabila projek itu siap sepenuhnya, banjir besar tidak akan melanda tetapi banjir kilat masih berlaku.

Apakah bezanya banjir kilat dan banjir besar?

KEIZRUL: Banjir besar berlaku apabila sungai tidak mampu menampung air yang berlebihan akibat hujan lebat menyebabkannya melimpah. Sebaliknya, banjir kilat berlaku di sesuatu kawasan akibat masalah dalam sistem perparitan termasuk longkang sempit dan tersumbat. Walaupun tiada pembangunan tetapi jika orang ramai masih membuang sampah sarap ke dalam parit, banjir kilat akan berlaku.

Berapa banyak kawasan yang bermasalah sistem perparitan dan berapa kawasan ditangani?

KEIZRUL: Pada tahun 1970-an, sebanyak 100 kawasan dikenal pasti dan kini masih ada 100 kawasan lagi. Bukan kita tidak buat kerja tetapi masalah di 100 kawasan yang asal telah selesai, timbul pula masalah di 100 kawasan baru. Untuk menanganinya, JPS memperkenalkan Manual Saliran Mesra Alam (Masma) pada 2000.

Apakah peranan Masma dalam menangani banjir kilat?

KEIZRUL: Pada 2000, Kabinet bersetuju supaya semua pembangunan baru perlu mematuhi syarat- syarat Masma dalam reka bentuk sistem saliran dan perparitan. Pada 2001, Majlis Kerajaan Tempatan bersetuju menguatkuasakan sebagai syarat kelulusan projek pemaju. Oleh itu, kesan Masma hanya akan dapat diketahui kemudian.

Komen Datuk mengenai sikap orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai?

KEIZRUL: Untuk menangani banjir kilat, kita memerlukan sistem perparitan yang diselenggara dengan baik selain orang ramai tidak mengamalkan tabiat membuang sampah ke dalamnya. Tabiat ini masih berlaku dan ia terbukti apabila banyak sampah tersangkut di perangkap sampah selepas banjir. Kita belum mencapai tahap kesedaran seperti penduduk di negara Barat yang sentiasa menjaga kebersihan.

Adakah sampah akan masuk ke dalam terowong SMART?

KEIZRUL: Kita mempunyai perangkap sampah di pintu laluan air pada terowong SMART. Tetapi ia tidak dapat memerangkap semuanya sekiranya kuantiti yang dibuang penduduk terlalu banyak.

Selain sampah, kita mewujudkan kolam di situ bagi membolehkan keladak mendap sebelum air dialirkan ke dalam terowong. Walaupun ini dilakukan, kita perlu dua hari untuk membersihkan terowong bagi membolehkan operasi laluan kenderaan selepas banjir besar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 06:20 AM | Show all posts

sambungan...

Bila kolam takungan Batu dan Jinjang akan siap?

KEIZRUL: Kalau mengikut jadual, ia akan siap pada hujung tahun ini. Tetapi disebabkan arahan Perdana Menteri untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir, maka saya telah mengarahkan pihak kontraktor untuk menyiapkannya dalam bulan September atau Oktober. Bagaimanapun, kami tidak berkompromi dari segi keselamatan dan kualiti.

Berapakah kos yang diperuntukkan untuk kedua-dua kolam itu selain kolam takungan lain.

KEIZRUL: Kos bagi kedua-dua kolam itu bernilai RM500 juta, tetapi dijangka meningkat sedikit disebabkan kos tambahan termasuk tenaga elektrik kerana kontraktor terpaksa bekerja 24 jam. Bagaimanapun, kos kerugian banjir besar adalah jauh lebih besar daripada kos lebihan itu.

Selain itu, Kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi 10 kolam takungan banjir lain untuk membantu mengurangkan masalah banjir kilat di KL.

Difahamkan projek kolam-kolam takungan banjir bermula sejak beberapa tahun lalu dan dijangka siap antara hujung bulan ini sehingga pertengahan 2009. Berikutan arahan Perdana Menteri, berapa lama JPS dapat melaksanakan projek-projek itu?

KEIZRUL: Peruntukan memang sudah ada dan kolam dapat diselesaikan dengan cepat tetapi masalah yang timbul ialah kita perlu membuat pengambilan tanah milik persendirian yang memerlukan tempoh enam bulan hingga setahun setengah. Masalah juga mungkin timbul jika lokasinya di atas tanah kerajaan atau di kawasan setinggan.

Adakah projek tebatan banjir yang dilaksanakan mengambil kira faktor pemanasan global yang menyebabkan hujan dalam kuantiti luar biasa?

KEIZRUL: Pembinaan SMART dan kolam takungan di Jinjang dan Batu adalah pelan tebatan banjir kedua bagi menangani masalah banjir yang berpunca daripada pembangunan. Ia adalah susulan pelan pertama yang dilaksanakan pada 1970-an. Isu pemanasan global melibatkan dimensi lain yang memerlukan pelan tebatan ketiga yang dijangka dilaksanakan mulai pertengahan 2008.

Apakah komponen utama pelan tebatan banjir ketiga yang bakal dilaksanakan?

KEIZRUL: Antara perancangan ialah mewujudkan terowong SMART 2 dari Pusat Dagangan Dunia Putra ke Brickfields atau Jalan Klang Lama. Kita juga mempunyai rancangan membina empangan atau pintu air di sekitar Masjid Jamek dan jambatan berhampiran Bank Pertanian bagi membolehkan paras air Sungai Klang dan Sungai Gombak ditingkatkan. Sekarang jika tiada hujan, ia terlalu rendah sehingga membolehkan penagih dadah mundar- mandir di tebingnya. Jika projek terusan ini dilaksanakan kita boleh melakukan aktiviti sukan air termasuk berkanu dan bot. Kita juga boleh membina gerai-gerai di tebingnya seperti di Eropah. Tidak mustahil kawasan di situ akan masyhur seperti terusan Venice dengan gondolanya. Paras air yang lebih tinggi juga akan nampak lebih cantik berbanding sekarang yang hanya nampak tebing konkrit.

Terdapat pakar mencadangkan diwujudkan terusan dari Mimaland, Gombak merentasi Kuala Lumpur sehingga ke Selat Melaka?

KEIZRUL: Terowong SMART yang baru disiapkan juga boleh dikorek sehingga ke Selat Melaka, tetapi kosnya sangat mahal. Kalau kita ada cara lain, lebih baik kita cuba dahulu, seperti mewujudkan kolam takungan bagi menyimpan air. Tetapi kalau tiada cara lain, mungkin satu hari nanti kita kena buat juga apa yang dia cadang.



nak buat venice malaysia...indahnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 06:22 AM | Show all posts

sambungan...

Datuk tertekan dengan pelbagai teguran yang ditujukan kepada JPS termasuk daripada Perdana Menteri?

KEIZRUL: Tidak. Apabila Perdana Menteri sendiri menyuruh supaya Projek Tebatan Banjir KL meliputi laluan air SMART serta kolam takungan di Batu dan Jinjang dipercepatkan, saya anggap satu sokongan. Ini kerana selepas ini apabila saya hendak meminta peruntukan lebih, Kementerian Kewangan akan memberi keutamaan.

Usul berkaitan banjir ini turut dikemukakan di Dewan Rakyat dan DAP meminta kerajaan membayar pampasan kepada mangsa banjir baru-baru ini berikutan kegagalan terowong SMART berfungsi?

KEIZRUL: Ahli Parlimen DAP tidak faham keadaan sebenarnya. Seperti orang lain mereka menganggap SMART akan mengatasi sepenuhnya masalah banjir di Kuala Lumpur. Sebab itu saya mengadakan wacana di Universiti Malaya pada 23 Jun, dengan menjemput semua ahli Parlimen di Kuala Lumpur bagi membolehkan saya menerangkan bahawa projek itu mempunyai dua pakej.

Adakah kerana publisiti meluas mengenai kecanggihan SMART menyebabkan orang ramai beranggapan ia dapat menyelesaikan masalah ?

KEIZRUL: Mungkin sebab terowong SMART itu unik dan inovatif, maka kita terlebih publisiti kepada pakej A. Saya pun tidak boleh hendak marah kepada media kerana SMART sesuatu yang luar biasa dengan melibatkan mesin penggerudi manakala pakej B pula tiada yang menarik untuk dilaporkan kerana hanya melibatkan kerja-kerja mengorek lubang yang besar. Kalau hendak cari kesalahan, maka salahkan saya kerana tidak memberi publisiti mencukupi untuk Pakej B.

Apakah salah faham utama yang Datuk dapat kesan?

KEIZRUL: Orang awam ingat bahawa 90 peratus air di sungai-sungai di Kuala Lumpur akan dialihkan ke dalam terowong SMART apabila banjir, sedangkan sebenarnya hanya 90 peratus air Sungai Klang sahaja, tidak membabitkan sungai-sungai lain.

Adakah geografi KL yang lebih rendah daripada paras laut dan kedudukannya di kawasan lembah menyukarkan pelaksanaan projek tebatan banjir?

KEIZRUL: Sebenarnya kedudukan Kuala Lumpur adalah lebih tinggi daripada paras laut iaitu kira-kira 100 kaki (30 meter). Apa yang menjadi masalah ialah kawasan sekeliling Kuala Lumpur adalah lebih tinggi kerana berbukit. Kalau saya hendak mencari tempat untuk membina empangan, saya buat di sini, ertinya Kuala Lumpur akan tenggelam. Tetapi apa boleh buat kerana Yap Ah Loy (orang mula membuka Kuala Lumpur) memilih tempat ini. Bagaimanapun, kita boleh mengatasi masalah ini, cuma cara yang hendak dibuat, mungkin lebih mahal, kerana terowong seperti SMART perlu dibina.

Bagaimana mengatasi banjir di kawasan yang tidak dikelilingi bukit?

KEIZRUL: Di Melaka, masalahnya sama seperti Kuala Lumpur apabila sungai di situ tidak boleh lagi diperbesarkan. Tetapi kita hanya membina lencongan untuk Sungai Melaka sehingga bandar Melaka dan kita tidak memerlukan terowong yang mahal seperti di Kuala Lumpur kerana Melaka tidak dikelilingi bukit.

Adakah pengalaman JPS mengatasi banjir di Kuala Lumpur akan diguna pakai di negeri-negeri lain?

KEIZRUL: Kita perlu membuat perancangan mengikut keadaan di sesuatu kawasan. Kaedah lencongan dibuat di Melaka, di Pulau Pinang kita menggunakan lencongan dan terowong kerana terdapat sebahagian kawasan yang berbukit. Di Johor, kita pecahkan kepada enam kawasan lembangan kerana banyak sungai.

Untuk setiap kawasan kita sediakan satu pelan dan sekarang JPS sedang mendapatkan peruntukan, anggaran RM6 bilion untuk enam kawasan di Johor itu.

Konsep yang akan diguna di Johor sama dengan Kuala Lumpur. Pilihan pertama, kita akan cari kawasan untuk dibina kolam takungan, yang amat berfaedah sebagai sumber bekalan air ketika kemarau. Kedua, memperbesarkan sungai dan ketiga, membina lencongan sungai. Pilihan keempat di kawasan-kawasan rendah mungkin kita perlu membina stesen pam.

Bagaimanakah keberkesanan sistem penuaian hujan yang melibatkan pembinaan tangki di kawasan kediaman bagi menyimpan air hujan yang mengalir dari bumbung secara sementara sebelum dilepas perlahan-lahan ke sungai?

KEIZRUL: Ini dasar kerajaan sejak 1999. Ada pemaju yang sudah melaksanakan kaedah ini. Masalahnya, ada penduduk yang mengubah suai rumah masing-masing sehingga menyebabkan reka bentuk kediaman berubah dan menyebabkan sistem ini tidak lagi berjalan. Ada juga penduduk yang menyimen kawasan berumput di rumah menyebabkan air tidak dapat diserap oleh pokok-pokok dan mengalir terus ke sungai.

Kenapa kita tidak mencontohi negara Arab yang membina bangunan yang mempunyai bumbung berbentuk empat segi leper bagi memerangkap air hujan?

KEIZRUL: Di sana taburan hujan ialah 200 milimeter setahun, manakala kita di Kuala Lumpur pada 10 Jun sahaja ialah 122 milimeter dikumpul selama dua jam. Jadi kita kena buat ikut keadaan kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058553 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list