CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
Post time 25-7-2007 03:41 PM | Show all posts
sambungan cerite pls... x sabo nak dgr die sambung cite balik... hmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2007 03:45 PM | Show all posts

Reply #140 feirina's post

hehehehe....takde maknenye dlm air....dlm pasu la....nanti kang balik umah sy cari...esok sy scan gmbr tu...tepek kat sini....

alaaa!! rdzaccess tu kul 2-3 pagi kang baru die on9...die kan ke misteri orgnye....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 04:35 PM | Show all posts

Reply #141 alaa's post

jenuh la nk tunggu rdzacess tu sambung citer...hehehe....dia tu spesis tgh malam baru nk online...huhu
Siape..ko jgn lupa yer tepek gambo...bunga tu kira ada mistik gak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 05:00 PM | Show all posts
rdza...jgn lupa balas posting akuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 05:38 PM | Show all posts
wuhuu...gila cuak kalau bende alah tu follow masa tengah bawak moto tue..
member tu mesti dah cuak tahap dewata raya punya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 06:53 PM | Show all posts
bro..ble nak sambung citer ko nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2007 09:20 PM | Show all posts
sabar..sabar...kita tungu sambungannya nanti......aku pun tak sabar gak nak tahu cerita selanjutnya........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:20 AM | Show all posts
Aku memintak bebanyak maaf sebab aku punyer pengalaman ni kekadang yg baru berlaku dari yg lama.
Aku tak pernah buat catatan harian pun.
Ini cuma ingat yang maner aku teringat dulu.

[ Last edited by  rdzaccess at 26-7-2007 02:22 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2007 02:23 AM | Show all posts

Reply #148 rdzaccess's post

tak kisah punya..janji senang nak paham..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:29 AM | Show all posts
Apakah hajat orang itu?
Kenapa orang itu marah kepada mak aku?
Ada pun setelah itu mak aku menceritakan bahawa orang itu berhajat untuk tranfer dia punyer package.
Mak aku tak mau sebab nyer satu hari tu mak aku ada pergi  rumah dia  ( belakang ajer dari  rumah aku kat kampung ni)
Dan setelah berbual2 ( mak aku memang ramah orang nyer - dan dia ni seorang yang penyayang. Menantu2 dia memang suka balik ke kampung)  maka mak aku terlihat  akan ada satu tengkorak di bawah  katil dia.

Rumah dia rumah flat DBKL, 2 bilik jadi memang boleh nampaklah kalau pintu bilik terbuka...
Tu yang mak aku tak mau ni.





[ Last edited by  rdzaccess at 27-7-2007 05:23 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:33 AM | Show all posts
Mak aku adalah seorang yang warak jugak lah.
Pernah diceritakan oleh Mak Cik Nik ( adik mak aku bahawa satu hari tu  ada orang nak mintak tolong kalau2 sesapa yang boleh bela binatang belaan dia). Syaratnyer adalah seseorang yang tidak meninggalkan solat atau kira warak lah...
So bila cari2 tak jumpa maka dia pun mintak belaan dia sendiri pilih...( yang ni nanti aku ceritakan)

Maka setelah mendengar segala apa ynag mak aku ketahui maka aku pun membuat persiapan emergency dan  juga buat persiapan susulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:42 AM | Show all posts
Maka segeralah  aku mencari barangan yang diperlukan.
Aku harus segera... masa masih berjalan dan tak akan tunggu aku...
Ini adalah kerana aku harus pergi kerja pulak kejap lagi..

Aku perlukan air ...ya ....air....
Aku cari kat dalam peti sejuk.
aaahhh. ada air mineral dua botol.
"Ko nak ambik apa ambiklah" kata mak aku bila dia tengok aku mundar mandir mencari sesuatu.

Lantas aku mencapai botol air mineral tu dan aku buka penutup dia pas tu aku minum sedikit.

Pas tu aku cari pulak mangkuk, mesti yamg berwarna putih.
Aku dah dapat kat dapur tersusun ngan pinggan makan.

Aku pun bergerak ke meja makan dan menuangkan air mineral tu ke dalam mangkuk.

Aku perlu daun sireh. Aku carik2 tak de pulak. Daun pandan adalah...

So aku tak leh nak skodenglah. Tapi tak pe, itu kemudian...

Aku bawak barangan tu ke dalam bilik, letak dia di sisi aku.

Aku pun mula menunaikan solat hajat sekali lagi...
Setelah sudah aku membaca 7 juzuk ayat al Qur'an yang terpilih.
Kemudian ditambah ngan Ayat Thamattin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 02:57 AM | Show all posts
Pas tu aku pun keluar dari bilik dan pergi mendapatkan mak aku yang masih terbaring dan aku memanggil mak aku.
" Mak,...mak.. ni haaaa..."  kata ku.
" Apa tu? " tanya mak aku.
" Ni haaa.., Mak minum."  balasku  dan terus menyuakan mangkuk yamg berisi air ke mulutnya.
" Tak payah minum banayak seteguk dua jer..." kataku.

Setelah itu mak akau pun berbaring kembali.
Aku mula menadahkan air dari  mangkuk  ke tapak tangan aku dan menyapunya
ke muka, kedua tangan   dan kaki.

" Dah mak, baringlah" ujar ku kembali.

" Ko nak makan ambik lah sendiri, ntah apa aku masak ..." kata mak aku.

"Tak pe lah mak" balas ku.

Aku cuma duduk kat kerusi makan dan memerhati sekeliling.
Keadaan dalam bilik rumah berselerak. Ya.. lah aku pun tahu. Kalau ada anak2 kecil memang macam ni lah.
Sesungguhnya anak2 lah mengajar ibubapa  bersikap sabar.

Setelah lebihkurang setengah jam , mak aku bangun.
"Eh, mak , kenapa mak bangun, rehat lah " kata ku kepada mak bila nengok dia bamngun dari pembaringan.

"Aku dah sehat dah" balasnya.
dan aku lihat dia dah bertenaga sambil menyapu rambut ke belakang kepala, mak aku mula menceritakan keadaan dirinya.

"Mak kena ni dah 2 hari, eloklah ko datang, Badan mak ni rasa macam kena cucuk dan kulit macam kena siat. kat sini,...kat sini....kat sini..." kata mak aku sambil menunjukkan bahagian2 tubuhnya dengan tangan dan adakalanya mencengkam.

"Ni aku dah tak rasa sakit lagi. kalau tak tu..." kata mak aku lagi.

"Terima kasih, (nick aku)" ucapnyer.
Suatu ucapan yang tak sepatutnyer  aku terima dari seorang ibu yang telah bersusah payah membesar dan mengajar aku tentang kehidupan di alam ini.

" Mak....(nick aku) dah nak pergi kerja dah, nanti besok datang lagi"
" Haa..Ya.lah..." kata mak aku sambil mengekori aku dari belakang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 03:02 AM | Show all posts
Setelah sampai kat grille pintu , aku pun duduk memakai kasut.
"Nah ...ni...ko ambik lah.." kata mak aku sambil menghulurkan gulungan duit ( rasanyer macam Rm20).
"Aku tahu ko susah" katanyer lagi.
" Ahhh... tak payah lah mak...masih ada duit lagi..." balas ku.
" Budi mak kat (nick aku) masih tak boleh nak balas "
"Haa.. ya.lah" kata mak aku.

Aku pun turun ke bawah , start motor dan menuju ke tempat kerja..
Sesampai kat tempat kerja hujan pun mula turun. Jadi tak kerjalah aku sebab aku buat external maintenance kat BSN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 03:53 AM | Show all posts
Sesampai kat rumah setelah pulang dari kerja , aku mandi dan seterusnya  membuat preparation.
Esok aku harus menghindarkan benda ni dari mengusik.

Jam 1 pagi aku mula bersiap,  Aku solat hajat dan  meminta petunjuk.
Lama jugak aku tunggu....aaaah....
Aku pun membuka al Qur'an dan membacanya dengan suara yang perlahan.
Setelah habis satu juzuk ( aku memang praktikkan membaca al Qur'an bersambung2 bacaan aku- ntah berapa kali khatam pun aku tak kira) Sekarang ni pun masih lagi - (Surah an Nur)
maka aku pun berteleku di atas sejadah. duduk diam...
dan aku dapat mengalami diriku berada kat kampung aku.
Aku merayau lagi dan masuk ke rumah orang tu.  tak de apa2, maka aku keluar dari situ dan pergi pulak kat rumah mak aku.
( hiiii... seram pulak aku sekarang nih..)
Aku dapati ada satu lembaga budak sedang meniti tingkap, seolah2 nak masuk ke dalam melalui dapur ( melalui tingkap tu)
Berpakaian putih Macam anak baru berusia setahun. Tangannya memaut besi tingkap tu ( tingkap pakai jenis "arco").
Ia dari luar dan rumah mak aku berada di tingkat satu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 03:55 AM | Show all posts


Ni rumah kampung aku ~ Kampung Baru , Kuala Lumpur heh..heh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2007 04:07 AM | Show all posts
Oleh kerana aku keluar rumah menggunakan 'astral travel' maka aku tak lah takut sangat sebab menggunakan cara ini adalah selamat. Entiti tidak boleh melihat aku dan tidak boleh mencederakan aku. Kalau dia boleh melihat pun, kena lah pusing jauh2 supaya dia tak boleh mengesan aku dari mana aku landing nanti...

Ini lah ilmu yang di panggil ilmu laduni. Hanya boleh terdapat apabila kita selalu membaca al Qur'an.

Nah , aku dah tahu sape punyer angkara, maka aku pun buatlah satu wifiq/wafaq ( yg simple jer).
Kerja2 penyiapan tamat pada hampir waktu subuh.

Esoknya aku pergi kerja dan  singgah pula  kat rumah mak aku di kampung pada watu 'lunch break' tengahari.
Sesampai kat rumah setelah memberi salam, mak aku dah ada kat depan pintu masuk.
Menyambut kedatangan aku dengan wajah yang berseri.
"Mak, dah tak rasa sakit dah, dah elok" katanya.

Aku lihat di dalam rumah , semuanya telah kemas kembali.
Anak buah aku datang kat aku dan aku pun mendokongnya.
Yang sorang lagi dalam buaian dan bila mendengar aku datang terus botol susu di buang ke bawah.
"'aaaaa... tidor balik" kata mak aku..
Dia tak peduli terus bangun dan terus mendapatkan aku.
Aku duduk di sofa dan melayan mereka bermain2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 05:11 AM | Show all posts
Sambil aku bermain dengan anak buah aku yg duaorang tu mak aku bercerita kisah semalam malam.

" Ko tau ( nick aku), semalam lepas Maghrib , mak nampak dia nak masuk kat dalam. Tu kat tingkap dapur. Dia bergayut cari tempat nak masuk. Nasib suma tingkap tutup, mak nampak" cerita mak aku.

Aku hanya tersenyum sinis.
Setelah sudah minum milo yg mak aku buat khas untuk aku , aku pun mencari port untuk meletakkan wifiq yang aku telah buat sebelumnya.
Aku masukkan ke dalam satu botol kaca yang kecil ( Macam botol minyal gamat) yang aku jumpa kat bawah dapur.
Pas tu aku cari lagi satu botol kosong, maka dapatlah aku satu botol minyak cap kapak( yang telah kosong).
Botol yang pertama, aku masukkan kertas suratkhabar.
Botol yang ke2 aku masukkan wifiq.
Aku kemudian letakkan botol2 tu, satu di sebelah kiri dapur atas tingkap dan
satu lagi di sebelah kanan dekat pintu keluar dapur. Pas tu aku pun pergi kerja.

Esoknya .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 05:27 AM | Show all posts
Esoknya aku sekali lagi datang ke rumah mak aku.

Setelah berbual2 ngan mak aku , aku pun selamba pergi kat tempat yang aku letak botol kelmarin.

Aku meraba raba lokasi di mana aku letak botol2 tu...
Ehhh... dah tak de....
Aku pergi pulak yang sebelah kanan kat pintu dapur.
Tak de jugak..

Padahal aku letak baik punyer tempat.
Aku cari kat bawah dan atas lantai kot2 ada jatuh..
Pun tak de jugak..

Aku pun turun ke bawah, mencari sekeliling.
Puas dah tak de jugak...
Ke mana pulak pergi ni...
aaaaaahhhh...... kacau nih...

Aku pergi kat depan surau ( rumah kampung aku depan surau dan rumah aku sekarang pun depan surau gak)
Aku di tegur oleh Abang Ripin .
Dia menyewa bahagian bawah rumah kampung aku. Sebahagiannya dia buat kedai.
"Hello geng, la la la ma te te tak nampak, me me ma na kau pppergi" tegurnya.
"Ada bang, saya datang ni tengok mak, semalam dia sakit, saya dah ubatkan"

"Me me macamne di di di dia skarang?" tanya Abang Ripin sambil kepalanyer terhangguk2.
"Dah sihat dah' okay tu" balas ku.
"Haa ha ha, Ko me me memang pandai, fr fren, ko ambik dari bapak ko, o o orang cacakap kat aku, aleh, takkkk   payaaaah lah , su su sume orang tau..dah"
Aku terdiam.
"Ko me me mmmang bestlah, sukkka tolong orang" katanya lagi sambil ibu jarinya menunding ke atas.

Apabila dia masuk ke dalam kedai, aku teruskan kerja pencarian aku.
Masih tak dapat...

Ke mana pulak pergi botol tu....
Ke mana yer... Ni dah kacau ni....
Payah perkerjaan aku kelak...

Aku pun naik ke atas dan memberitahu mak aku yang aku harus balik sebab ada kerja yang harus aku selesaikan.
Maka aku pun menaiki moto aku dan mula menuju jalan pulang ke rumah...
Di dalam fikiran ku berpusing2 dengan persoalan...

Ke manakah menghilangnya....

[ Last edited by  rdzaccess at 26-7-2007 05:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 05:29 AM | Show all posts

Reply #128 siape_aku's post

takut2 bahagian rumah ko yang di extendkan tu terlanggar rumah 'orang', tu pasal ader brader in black tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061945 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list