CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missthreedots

meluat jehan n ju(bepelok khalayak ramai)

[Copy link]
Post time 10-10-2007 10:27 AM | Show all posts
loving couple katakan.....  sedang hangat bercinta...jgn je abis madu sepah di buang..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 10-10-2007 10:32 AM | Show all posts
Jawab, jangan tak jawab!: 'Hormati kehidupan peribadi kami'    Oleh Farihad Shalla Mahmud
                               Jue, Jehan kesal fitnah terlebih mesra di sebuah kondominium

SAAT Ramadan menguak tirainya lebih tiga minggu lalu, pasanganromantis Juliana Aziz dan Jehan Miskin menerima satu perkhabaran yangmenyentap tangkal hati mereka.

Bayangkan ketika hari baik bulan baik ini, mereka diaibkandengan dakwaan yang mereka sendiri tidak lakukan. Menerusi kirimane-mel yang dihantar kepada teman penulis, kononnya, dua hari sebelumumat Islam menjalani ibadat puasa, Jue dan Jehan kelihatan terlebihmesra di sebuah kondominium mewah milik Jehan sehingga menimbulkanperasaan kurang senang terhadap pasangan pelakon sensasi ini.

    Menurut e-mel itu lagi, pengawal keselamatan yangbertugas di kondominium berkenaan juga dikatakan sudah bosan melihatgelagat Jehan dan Jue yang disifatkan mereka sebagai keterlaluan.

Berjalan berpimpin tangan serta berpelukan mesra seolah-olahsudah mempunyai ikatan rasmi menambahkan lagi perasaan meluat jirantetangga mereka. Malah, tindakan mereka yang gemar membuat 'wayangpercuma' itulah membuatkan jiran tetangga tempat kediaman Jehanmenghantar e-mel sekali gus menunjukkan protes mereka terhadapperlakuan dua pelakon ini.

Justeru, pertemuan dengan Jue dan Jehan sewaktu pasangan inimenghadiri majlis berbuka puasa anjuran DiGi Superstars di HotelBerjaya Times Square di Jalan Imbi baru-baru ini memberi peluang kepadapenulis untuk bertanyakan sendiri cerita sebenar di sebalik kirimane-mel itu.

Sambil menyifatkan segala dakwaan e-mel itu berunsur fitnah, Jehancukup tenang menjawab semua persoalan yang dibangkitkan tanpa adasedikitpun perasaan marah. Baginya, perkara ini adalah lumrah dalamkehidupannya sebagai seorang artis.

Biarpun enggan memikirkan sangat soal itu, dalam hati merekaberharap segala fitnah ini segera dihentikan supaya mereka dapatmenjalani kehidupan sebagai pasangan kekasih yang normal seperti insanlain tanpa ada sikap prejudis dari sesiapapun.

Hip: Bagaimana hubungan anda berdua setakat ini?

JJ:
Hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Kalau takada aktiviti lakonan, kami akan keluar bersama dan kalau salah seorangkami free, kami akan menemani pasangan kami di lokasi penggambaran.Itupun bergantung kepada situasi. Walaupun sebelum ini ada gosip yangmenyatakan kami berdua sudah putus tapi apa yang ingin kami perbetulkandi sini adalah, kami masih pasangan kekasih dan cerita kami sudah putusitu tidak benar sekali. Kami sendiri pun ketika dimaklumkan perkara inimemang terkejut sangat. Terus cari akhbar untuk mendapatkan maklumatlanjut berhubung perkara itu.

Hip: Kenapa kalian sering menjadi mangsa gosip? Apa yang tidak kena agaknya?

JJ:
Entah, kami sendiri tidak ada jawapan untuk soalan itu.Mungkin sikap kami yang agak terbuka menyebabkan orang sering hendakmencari salah kami dan mencipta pelbagai cerita untuk memanaskankeadaan. Kami seolah-olah dijadikan kambing hitam dalam soal ini.

Hip: Baru-baru ini kami mendapat tahu ada di antara jirantetangga anda yang tidak puas hati dengan Jehan dan Jue kerana seringmembuat 'wayang percuma'. Maksudnya aksi mesra yang berlebihan. Bolehkomen sikit?

JJ:
Ya, saya sudah baca e-mel yang dikirimkan itu dan sayarasa kata-kata yang ditulis berbentuk serangan peribadi dan berbaurcemburu akan hubungan dengan Jue. Adatlah pasangan kekasih berpegangantangan. Bagaimanapun saya tidak boleh terima tuduhan dilemparkanpeminat berkenaan seolah-olah saya dan Jue tinggal sebumbung. Sayatekankan itu adalah fitnah! Saya akui sekali sekala Jue datang, tapikalau setakat tunggu di lobi atau tempat letak kereta, adakah iamenjadi kesalahan?

Hip: Apa kesannya gosip ini pada anda berdua?

JJ:
Memang banyak. Paling utama malu untuk berdepan dengankeluarga dan peminat. Iyalah gosip itu keluar pun ketika umat Islamhendak sambut puasa. Tapi saya percaya saya di pihak yang benar. Malahlebih melegakan saya apabila ketua pengawal keselamatan yang dikatakandalam e-mel itu datang menemui saya sambil mengakui malu dan kesaldengan cerita rekaan yang keluar dalam akhbar berkenaan.

Hip: Mungkin ada yang cemburu lantas reka cerita sendiri semata-mata untuk melihat hubungan Jue dan Jehan porak peranda?

JJ:
Mungkin juga. Iyalah siapa tahu. Kadang-kadang merekayang menyebarkan cerita ini lebih sudu daripada kuah. Suka sangat jagatepi kain orang. Saya percaya ada yang cemburu pada kami. Kenyataanpeminat berkenaan seperti mahu memalukan kami berdua. Gara-gara fitnahini, kami dan keluarga mendapat malu. Mana saya nak letak muka padakeluarga dan masyarakat? Bagaimanapun, saya rasa saya tahu siapa yangmenyebarkan fitnah ini. Saya akui ada memegang tangan Jue ketika kamiberjalan beriringan di kawasan tempat letak kereta. Tapi kelakuan kamitidaklah `over' seperti yang dimaksudkan peminat terbabit. Secarakebetulan, ketika bergelak ketawa, saya terpandang beberapa gadis yangsedang memerhatikan kami itu. Mungkin itulah penyebar e-mel ini.

Hip: Mungkin pada dia apa yang anda berdua buat itu tidak manis untuk dipertontonkan di tempat umum?

JJ:
Kami tidak buat apapun sebenarnya. Setakat berpegangantangan, itu biasalah bagi pasangan kekasih. Saya tahu dan masih ingatbatasan sebagai orang Islam. Saya menghormati pandangan masyarakat,tidak sesekali terfikir untuk melangkaui lebih daripada itu. Saya tahusebagai public figure, saya perlu menjaga tata susila di depankhalayak. Cuma apa yang saya hendak peminat faham, saya juga manusiabiasa. Tak sunyi dari melakukan kesilapan. Lagipun, sudah nama pasangankekasih dan kami sendiri bukanlah seperti pasangan kekasih lain yangmasih hendak cover line. Nanti kalau kami bercinta dan nak sorok-sorok,wartawan dan peminat juga yang akan tanya macam-macam soalan. Serbasalah rasanya apabila berlaku situasi sebegini kerana tidak dapatmemuaskan hati semua pihak.

Hip: Tamatkan saja zaman bujang. Manalah tahu sedikit sebanyak boleh juga menghapuskan cerita kontroversi seperti ini.

JJ:
Saya tidak rasa perkahwinan boleh menghapuskan gosipseperti ini. Ia pasti berpanjangan. Orang kalau sudah biasa buat gosip,sampai bila-bila pun dia tidak akan berhenti. Kami tidak akan berkahwinsemata-mata untuk menutup cerita seperti ini. Apabila berlaku sepertiini pada kami, barulah kami tahu mengapa sesetengah artis sukamerahsiakan hubungan cinta ataupun kekasih mereka pada mereka yangtidak berkenaan. Mungkin sikap suka jaga tepi kain orang seperti inilahmembuatkan mereka lebih gemar berahsia dari menceritakan hal peribadimereka pada orang luar.

Hip: Apa harapan anda  terhadap perkara ini?

JJ:
Saya harap hentikanlah segera buat benda yang tidakmendatangkan faedah seperti ini. Ingatlah, kami ini golongan artis,kami sedaya upaya menghiburkan anda semua dengan lakonan kami. Jadi apasalahnya anda menghormati sedikit kehidupan peribadi kami. Apa-apa sajaperkara yang membabitkan maruah serta keluarga, harap tidak akan adasesiapa yang masuk campur. Hormatilah privacy kami. Itu saja yang kamipinta.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:16 AM | Show all posts
statement backing cover line c poyo.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:38 AM | Show all posts
HUHUHU
SENANG2 NIKAH JER
PASTU BARU BUAT KENDURI BEBILE PON BLEH
ISK ISK ISK
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by mymess at 25-9-2007 01:33 PM
Damansara Perdana - block mana? Metropolitan Square? Armanee Terrace? Perdana Exclusive? Cakap kat akak, nanti akak bawak JAIS melawat dorang...

klu x silap..dia kat emerald condo, damansara perdana
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:54 AM | Show all posts
next page x de ker? Dah balik dah penyakit lama...buhsan sungguh!!:@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2007 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by fad_mhm at 30-9-2007 10:10 AM
x heran...ari tu aku nmpk J n J g shopping..msk fitting room pn berdua..xke bengong nma nye tu..:@

ye ker???tapi aku dulu pun ada make up artis story kat aku....kalau Jue ni nak tukar baju mesti jehan pun ikut samer..... ntah ape2....

tapi kita nak marah pun tak guneee...sebab mak ayah memasing pun x kisah...... LAYAAAAAAANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN...............................

Tapi walaumacamana pun, sebagai orang Islam...setiap pergaulan ada batasannye......
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:55 PM | Show all posts
Jawab, jangan tak jawab!: 'Hormati kehidupan peribadi kami'
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Jue, Jehan kesal fitnah terlebih mesra di sebuah kondominium

SAAT Ramadan menguak tirainya lebih tiga minggu lalu, pasangan romantis Juliana Aziz dan Jehan Miskin menerima satu perkhabaran yang menyentap tangkal hati mereka.

Bayangkan ketika hari baik bulan baik ini, mereka diaibkan dengan dakwaan yang mereka sendiri tidak lakukan. Menerusi kiriman e-mel yang dihantar kepada teman penulis, kononnya, dua hari sebelum umat Islam menjalani ibadat puasa, Jue dan Jehan kelihatan terlebih mesra di sebuah kondominium mewah milik Jehan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang terhadap pasangan pelakon sensasi ini.

Menurut e-mel itu lagi, pengawal keselamatan yang bertugas di kondominium berkenaan juga dikatakan sudah bosan melihat gelagat Jehan dan Jue yang disifatkan mereka sebagai keterlaluan.

Berjalan berpimpin tangan serta berpelukan mesra seolah-olah sudah mempunyai ikatan rasmi menambahkan lagi perasaan meluat jiran tetangga mereka. Malah, tindakan mereka yang gemar membuat 'wayang percuma' itulah membuatkan jiran tetangga tempat kediaman Jehan menghantar e-mel sekali gus menunjukkan protes mereka terhadap perlakuan dua pelakon ini.

Justeru, pertemuan dengan Jue dan Jehan sewaktu pasangan ini menghadiri majlis berbuka puasa anjuran DiGi Superstars di Hotel Berjaya Times Square di Jalan Imbi baru-baru ini memberi peluang kepada penulis untuk bertanyakan sendiri cerita sebenar di sebalik kiriman e-mel itu.

Sambil menyifatkan segala dakwaan e-mel itu berunsur fitnah, Jehan cukup tenang menjawab semua persoalan yang dibangkitkan tanpa ada sedikitpun perasaan marah. Baginya, perkara ini adalah lumrah dalam kehidupannya sebagai seorang artis.

Biarpun enggan memikirkan sangat soal itu, dalam hati mereka berharap segala fitnah ini segera dihentikan supaya mereka dapat menjalani kehidupan sebagai pasangan kekasih yang normal seperti insan lain tanpa ada sikap prejudis dari sesiapapun.

Hip: Bagaimana hubungan anda berdua setakat ini?

JJ: Hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Kalau tak ada aktiviti lakonan, kami akan keluar bersama dan kalau salah seorang kami free, kami akan menemani pasangan kami di lokasi penggambaran. Itupun bergantung kepada situasi. Walaupun sebelum ini ada gosip yang menyatakan kami berdua sudah putus tapi apa yang ingin kami perbetulkan di sini adalah, kami masih pasangan kekasih dan cerita kami sudah putus itu tidak benar sekali. Kami sendiri pun ketika dimaklumkan perkara ini memang terkejut sangat. Terus cari akhbar untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Hip: Kenapa kalian sering menjadi mangsa gosip? Apa yang tidak kena agaknya?

JJ: Entah, kami sendiri tidak ada jawapan untuk soalan itu. Mungkin sikap kami yang agak terbuka menyebabkan orang sering hendak mencari salah kami dan mencipta pelbagai cerita untuk memanaskan keadaan. Kami seolah-olah dijadikan kambing hitam dalam soal ini.

Hip: Baru-baru ini kami mendapat tahu ada di antara jiran tetangga anda yang tidak puas hati dengan Jehan dan Jue kerana sering membuat 'wayang percuma'. Maksudnya aksi mesra yang berlebihan. Boleh komen sikit?

JJ: Ya, saya sudah baca e-mel yang dikirimkan itu dan saya rasa kata-kata yang ditulis berbentuk serangan peribadi dan berbaur cemburu akan hubungan dengan Jue. Adatlah pasangan kekasih berpegangan tangan. Bagaimanapun saya tidak boleh terima tuduhan dilemparkan peminat berkenaan seolah-olah saya dan Jue tinggal sebumbung. Saya tekankan itu adalah fitnah! Saya akui sekali sekala Jue datang, tapi kalau setakat tunggu di lobi atau tempat letak kereta, adakah ia menjadi kesalahan?

Hip: Apa kesannya gosip ini pada anda berdua?

JJ: Memang banyak. Paling utama malu untuk berdepan dengan keluarga dan peminat. Iyalah gosip itu keluar pun ketika umat Islam hendak sambut puasa. Tapi saya percaya saya di pihak yang benar. Malah lebih melegakan saya apabila ketua pengawal keselamatan yang dikatakan dalam e-mel itu datang menemui saya sambil mengakui malu dan kesal dengan cerita rekaan yang keluar dalam akhbar berkenaan.

Hip: Mungkin ada yang cemburu lantas reka cerita sendiri semata-mata untuk melihat hubungan Jue dan Jehan porak peranda?

JJ: Mungkin juga. Iyalah siapa tahu. Kadang-kadang mereka yang menyebarkan cerita ini lebih sudu daripada kuah. Suka sangat jaga tepi kain orang. Saya percaya ada yang cemburu pada kami. Kenyataan peminat berkenaan seperti mahu memalukan kami berdua. Gara-gara fitnah ini, kami dan keluarga mendapat malu. Mana saya nak letak muka pada keluarga dan masyarakat? Bagaimanapun, saya rasa saya tahu siapa yang menyebarkan fitnah ini. Saya akui ada memegang tangan Jue ketika kami berjalan beriringan di kawasan tempat letak kereta. Tapi kelakuan kami tidaklah `over' seperti yang dimaksudkan peminat terbabit. Secara kebetulan, ketika bergelak ketawa, saya terpandang beberapa gadis yang sedang memerhatikan kami itu. Mungkin itulah penyebar e-mel ini.

Hip: Mungkin pada dia apa yang anda berdua buat itu tidak manis untuk dipertontonkan di tempat umum?

JJ: Kami tidak buat apapun sebenarnya. Setakat berpegangan tangan, itu biasalah bagi pasangan kekasih. Saya tahu dan masih ingat batasan sebagai orang Islam. Saya menghormati pandangan masyarakat, tidak sesekali terfikir untuk melangkaui lebih daripada itu. Saya tahu sebagai public figure, saya perlu menjaga tata susila di depan khalayak. Cuma apa yang saya hendak peminat faham, saya juga manusia biasa. Tak sunyi dari melakukan kesilapan. Lagipun, sudah nama pasangan kekasih dan kami sendiri bukanlah seperti pasangan kekasih lain yang masih hendak cover line. Nanti kalau kami bercinta dan nak sorok-sorok, wartawan dan peminat juga yang akan tanya macam-macam soalan. Serba salah rasanya apabila berlaku situasi sebegini kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Hip: Tamatkan saja zaman bujang. Manalah tahu sedikit sebanyak boleh juga menghapuskan cerita kontroversi seperti ini.

JJ: Saya tidak rasa perkahwinan boleh menghapuskan gosip seperti ini. Ia pasti berpanjangan. Orang kalau sudah biasa buat gosip, sampai bila-bila pun dia tidak akan berhenti. Kami tidak akan berkahwin semata-mata untuk menutup cerita seperti ini. Apabila berlaku seperti ini pada kami, barulah kami tahu mengapa sesetengah artis suka merahsiakan hubungan cinta ataupun kekasih mereka pada mereka yang tidak berkenaan. Mungkin sikap suka jaga tepi kain orang seperti inilah membuatkan mereka lebih gemar berahsia dari menceritakan hal peribadi mereka pada orang luar.

Hip: Apa harapan anda terhadap perkara ini?

JJ: Saya harap hentikanlah segera buat benda yang tidak mendatangkan faedah seperti ini. Ingatlah, kami ini golongan artis, kami sedaya upaya menghiburkan anda semua dengan lakonan kami. Jadi apa salahnya anda menghormati sedikit kehidupan peribadi kami. Apa-apa saja perkara yang membabitkan maruah serta keluarga, harap tidak akan ada sesiapa yang masuk campur. Hormatilah privacy kami. Itu saja yang kami pinta.

Post time 10-10-2007 12:56 PM | Show all posts

Post time 10-10-2007 12:57 PM | Show all posts
alamak, apasal ter post banyak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 01:50 PM | Show all posts
oit byknya posting!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 03:46 PM | Show all posts
thought Jue is local????
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 03:49 PM | Show all posts
pegang tangan tu biasa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 05:30 PM | Show all posts
Artis yg takde class, nk wat pe.....menyemak Industri Hiburan Negara je Dorang Berdua nie..............!!!!!!!!!.:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 11:59 AM | Show all posts
aku pon meluat ya amat tgk glagat 2 ekor belangkas nie...... koy ye pon nak tnjuk pcintaan korang bahage pon, xpayah di khalayak ramai. Aku tgok muke jehan tu, cam muke gatal jer......... huhuhu
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 11-10-2007 01:10 PM | Show all posts
tah ape-ape diorang ni...betul ke dah bertunang....rasanya tu ade dalam Majalah Hai dulu...tapi bukan dgn jehan tapi  ngan ako...lagipun kalau tak kahwin tak jadi janda, kalau ade title janda tak best pulak...saham pun turun...dapat 'Datuk' yang dah season almaklum la dah tua...sebab yang tua ni tak kisah,janji artis depa sapu je.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 01:18 PM | Show all posts
chaitt...kunun ade org dengki la pe laa...sape yg nak dengki ngan ko...ko tu aje yg nak cark salah org jehan!:@
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 02:03 PM | Show all posts
dua eko nih kena sambaq petir baru tauu!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 02:15 PM | Show all posts
kawen je la jehan hoiii...berserabut da aku nengok ko:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.486633 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list