CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: selimutpurple

KEMBARA MAHKOTA JOHOR~DAULAT TUANKU!!! KMJ 2012 13 mei - 16 mei 2012

[Copy link]
Post time 27-6-2010 06:24 PM | Show all posts
izam nie org seketariat KMJ kr org SUK johor?
lostnfaun Post at 27-6-2010 00:00

X de lah... Cuma rakyat yg cukup berbangga dgn Duli Tuanku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2010 06:27 PM | Show all posts
kite rindu kat Almarhum la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 07:42 PM | Show all posts
kite rindu kat Almarhum la...
ZabedAmin Post at 27-6-2010 18:27

kita pon...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 08:31 PM | Show all posts
kite rindu kat Almarhum la...
ZabedAmin Post at 27-6-2010 18:27



    Sama jugak.... Kalau x, tiap2 ari lalu jln stulang pagi & petang.. Tp nak bt mcm mana semua tu dah jadi kenangan... Kita rakyat sentiasa doakan yg terbaik utk Almarhum...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 08:45 AM | Show all posts
kite rindu kat Almarhum la...
ZabedAmin Post at 27-6-2010 18:27



zabed, lama x on fb...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 01:31 PM | Show all posts
Singapore and Malaysian Armies Exercise Together

Chief of Army Brigadier-General Chan Chun Sing and the Deputy Chief of Army of the Malaysian Armed Forces, Lieutenant-General Dato' Pahlawan Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin (first from right) officiating at the closing ceremony of Exercise Semangat Bersatu 2010 conducted in Johor, Malaysia from 16 to 25 Jun 2010.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2010 03:36 PM | Show all posts
waaaa.. lama x masuk sini... kmj siri 1 pon dah habessssssssssss.............................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 03:37 PM | Show all posts
dengo2 pas nei ader lak kmj siri 2 lak.. huhuh
x sabau tunggu,.,,,, kali nei pakai elikopter lak kot... ehehehheeheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2010 03:45 PM | Show all posts
ri nie baru nak tepek artikel kmj siri 1 nie... heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 03:48 PM | Show all posts
ARKIB : utusan malaysia

27/06/2010

Kembara Mahkota Johor 2010 bermula
Sultan Ibrahim memandu kereta api sambil melambaikan tangan kepada orang ramai pada majlis perasmian bangunan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di Johor Bahru, semalam. - BERNAMA



JOHOR BAHRU 26 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini memulakan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 selama tiga hari yang disifatkannya sebagai usaha untuk merapatkan diri dan menyelami isi hati rakyat.

Pengembaraan itu menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama dengan baginda akan memandu sendiri kereta api sejauh 391.3 kilometer bermula dari JB Sentral ke Gemas, Negeri Sembilan sebelum kembali semula ke JB Sentral.

Program menjelajah empat daerah itu merupakan kembara pertama sejak Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari lalu.

"Saya dan keluarga bersama ahli rombongan dapat melihat sendiri kehidupan dan cara hidup rakyat berbilang kaum di negeri ini.

"Perkara ini penting kerana dapat mengenali dan memahami rakyat, terutama rakyat di luar daerah. Bila kita rapat dengan rakyat, barulah mereka dapat nyatakan isi hati mereka," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan KMJ 2010 di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral di sini hari ini.

Turut berangkat menyertai rombongan berkereta api pada kira-kira pukul 10 pagi itu adalah isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Muhyiddin, bagaimanapun, hanya menyertai rombongan itu sehingga ke Kulaijaya.

KMJ kali ini merupakan edisi ke-12 sejak dimulakan pada 2001 yang merupakan cetusan idea Sultan Ibrahim sendiri, yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor dengan bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat.

Sebelum ini, edisi kembara adalah dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor.

Usaha memandu sendiri kereta api itu bakal mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama memandu kereta api secara rasmi dan baginda dijadual dikurniakan lesen memandu keretapi pada majlis yang akan diadakan di Stesen Keretapi Gemas, Isnin ini.

Sultan Ibrahim menerusi kembara kali ini dijadualkan singgah di beberapa stesen kereta api termasuk Kulaijaya, Kluang dan Chamek untuk bertemu rakyat.

Baginda dan rombongannya sejurus tiba di stesen kereta api, dijadualkan akan dibawa menggunakan kenderaan lain bagi melakukan pelbagai aktiviti.

Ini termasuk melawat Kampung Pertanian di Kulaijaya, melancarkan tabung amal Simpang Renggam, demonstrasi membuat tosai dan melancarkan portal Sekolah Agama Kampung Chamek dekat Kluang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 03:49 PM | Show all posts
ARKIB : utusan malaysia

29/06/2010

Kembara Mahkota Johor 2010 berakhir

Sultan Ibrahim mengadili acara sukan rakyat tarik tali sempena Kembara Mahkota Johor 2010 di Mersing, semalam.



JOHOR BAHRU 28 Jun - Kembara Mahkota Johor 2010 (KMJ) melabuhkan tirainya hari ini setelah tiga hari Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mendampingi rakyat menggunakan kereta api membabitkan perjalanan sejauh 391.3 kilometer ke empat daerah.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, penjelajahan diraja kali ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila Sultan Johor memandu sendiri kereta api dari Stesen JB Sentral ke Gemas, Negeri Sembilan sebelum kembali semula ke Stesen JB Sentral pada pukul 5 petang ini.

Beliau berkata, ia merupakan satu-satunya program seumpama itu yang diadakan di negara ini dan ia menjadi kebanggaan setiap lapisan masyarakat lebih-lebih lagi setiap acara disempurnakan dalam keadaan meriah dan penuh kemesraan.

"Semua itu akan terakam sebagai satu peristiwa amat bermakna dan menjadi kandungan penting dalam lipatan sejarah negeri. Pastinya ia terpahat sebagai satu mercu tanda kebanggaan dalam perhubungan di antara institusi raja dan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menyambut keberangkatan pulang Sultan Ibrahim dan Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah bersama putera dan puteri baginda di JB Sentral di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 03:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by selimutpurple at 1-7-2010 15:56

KEMBARA MAHKOTA JOHOR
25/6/01
Rengam

Stesen Keretapi Kluang

http://www.ppdkluang.my/v1/?p=5961







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 03:59 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 04:02 PM | Show all posts





semua pic dari
http://www.ppdkluang.my/v1/?p=5961
pejabat daerah kluang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 04:10 PM | Show all posts
Kembara Mahkota Johor
Hari Ke-3
28 Jun 2010
Stesen KTMB Layang-Layang




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 04:11 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2010 04:12 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 04:14 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 04:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 04:22 PM | Show all posts
Kembara Mahkota Johor – Hari ke 2
Chamek
Kluang







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063178 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list