CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Naurah_rik

Yang ni dinamakan Pelaris?

[Copy link]
Post time 4-3-2015 11:56 PM | Show all posts
johnazizul replied at 4-3-2015 09:23 PM
Mahal & xsedap... Cuba bayangkan murtabak nipis kecik lak tu... Rm10.. Beriani pun biasa2 je... Ta ...

oo tq atas pencerahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 12:32 PM | Show all posts
damian_lee replied at 2-2-2015 09:34 AM
dulu ada kes kat keramat tak silap .... jual nakso letak rebusan seluar dalam ... hihihihi

betul..memang ada yang pernah buat macam tu..

Kisah Gerai Sup
kat kampung aku dulu masa tahun 90-an famous satu gerai bakso dan aneka sup...kalau tengok gerai pakcik ni memang tak ada yang menariknya tapi tiap2 petang ramai yang lepak makan minum..nak2 kalau lepas solat asar...penuh la orang2 surau lepak situ..aku pun tak kurang jugak..sama naik dengan dorang sampai terjebak la beli sup dia hari2..sanggup naik basikal tiap2 petang balik sekolah...walaupun jauh jugak la gerai pakcik ni dengan umah aku dalam 10 minit naik basikal..tapi sebab sedap...sanggupppp... sampaikan mak aku pun pernah sound "suka sangat makan sup pakcik j*w* tu nanti ko ikut dia balik kampung dia kat sana tau la...jadi orang gaji dia jual sup!" hehe...sabar je la mak aku ni...tapi sebab sedap kannn...

akhirnya satu hari tu mak aku cerita ada sorang brader ni dah terserempak pakcik tu tengah 'buat keje' kat belakang gerai...time tu dia tengah nak siap2 niaga...kerusi meja pun belum susun lagi..tapi biasa lah kalau da regular customer ni..dia kesah apa...masuk je dapur terus!...mula2 tu dia tak terpikir bukan2 la tapi terdengar bunyi org tengah mengetip kuku...so dia jenguk la ke dalam sikit dan nampak pakcik tu sedang ketip kuku dan dibawahnya dia tadah periuk sup sedang mendidih...member pun cuak lah...tapi sempat lagi tunggu nak tengok adegan seterusnya....

lepas letak kuku tu, pakcik tu  galak memproses kedua2 serombong dia pulakkk...dan masukkan t**k tu dalam periuk tu....then last sekali cebisan kain...pelagi seluar dalam lah!...time tu brader ni punyalah hangin agaknya da hilang sabar benar la tengok macam2 bahan penyedap masuk dalam periuk tu dan2 dia pergi sergah pakcik tu...akhirnya pakcik tu mengaku dekat brader ni apa dia buat semua tu sebagai pelaris gerai dia...

mengucap aku dengar mak aku cite...eeeee.....bluwekkkk...!!! tapi aku pelik jugak setiap kali lepas makan mujur perut aku tak meragam...mujur jugak tak teringat2 kat pakcik tu...hehehe...

lepas kejadian tu heboh la area kawasan umah aku pasal kisah pelaris gerai sup pakcik tu...gerai dia pun lepas kantoi tu terus tutup...dan last aku dengar pakcik tu da balik ke kampung asal dia di seberang..tapi berbaloi la pun..katanya dapat jugak la buat sebijik banglo kat sana hasil dia berniaga selama bertahun2 kat kampung aku..


Jagung Rebusan Seluar Dalam

Satu lagi yang famous kat kampung aku ada sorang abang jual jagung rebus...zaman2 tu mana la ada dalam cup letak mayo susu bagai...setakat jagung rebus seketul tu je pun da sedap gila berebut2 kita pegi beli...so nak dijadikan cerita jagung rebus abang ni memang la menjadi rebutan dan sebutan orang..sampaikan kalau lambat sikit tak ada la ko nak beli...sure habis awal!..nak2 kalau hari ada pasar malam..memang beratur panjang la kau!

aku tak pasti masa bila dorang dapat detect sesuatu kat gerai jagung tu...aku tau pun sebab lepas sambung belajar kat uni..da jarang lalu kat kawasan tu, cuma satu hari tu je la aku terlalu sana sebab nak singgah supermarket (tu je la pun supermarket yang ada kat pekan tu)..aku pun pelagi tiba2 teringin nak rasa jagung rebus...sekali tengok tempat tu da digantikan dengan gerai jual apam balik...aku pun berhenti dan tanya la peniaga gerai tu..menurut pakcik tu penjual jagung rebus tu da berbulan jugak la tak berniaga lepas 'kejadian tu' sebab tu la tapak tu pakcik tu ambik alih utk jual apam balik...masa dengar pakcik tu cakap 'kejadian tu' aku rasa cam pelik sikit...kejadian apa??...tapi tak kuasa nak tanya banyak..kang nampak nau menjoyah, mengacau pakcik tu nak meniaga je pulak...lepas beli barang2 kat supermarket tu aku pun balik la umah...

sampai umah aku bagitau mak aku..mak aku gelak je sambil cite..."nak berniaga cemana kalau da malu...depan2 orang tengah nak beli jagung ni dia kaut jagung dalam periuk tu sekali terkaut seluar dalam!...abis la orang nampak...mujur la orang pegi gitu je...kalau orang bising2 malukan dia kat situ lagi teruk..mana nak letak muka.." mak aku bersungguh cite siap dengan gaya mengaut jagung tu sekali...hahaha

aku dengar je cite mak aku tu...baru la teringat cakap pakcik jual apam balik tu tadi.."kejadian tu"

tu je la cerita aku nak share dengan korang..sorry la kalau tak menarik...saya budak baru blaja..




Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:18 PM | Show all posts
halimunah replied at 6-3-2015 12:32 PM
betul..memang ada yang pernah buat macam tu..

Kisah Gerai Sup

share la lagi citer..cam best baca ko bercerita

horror tul pakcik sup tu..aku ni dah la hantu sup

ustaz zawawi cakap baca "bismilllahillazi la yadhurru" sebanyak 3 kali masa nak makan tu...insyaallah terhindar dari santau benda tak baik segala
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:20 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-2-2015 09:35 PM
adeh yang ni lawak..
aku pun pergi sekali je..lepas tu kirim salam la nak pergi lagi..

yg aku heran..kedai ni tetap utuh dan masih ramai lagi yg tak insaf dengan harganye..sebab sedap sangat barangkali

aku kalo kedai sedap cemana pun tapi harga melampau2 sangat..datang juga keinsafan tu lama kelamaan..kesian nanti purse aku jadi nipis
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:23 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-1-2015 10:36 PM
Aku lak suke mcflurry butterscotch...adakah mekdi pakai pelaris?
Sbb hari2  lps blk keje mesti aku ...

Tu bukan pelaris tetapi penyedap. Dah namanya sedap ikut tekak sendiri, org kata McDee ejen yehudi kapiak lehnat pun tarak padulik. Tetapi mungkin jgk dlm.itu McDee ada taruk taik palat Yisroel. Who knows. Klau tk takkan hari2 melantak mcflurry. Hg kna pergi berubat ni, mntk ayaq penawaq iaitu minum ayaq laut mati kt org Palastine.
Dr Boya , Presideng GAM4e- Grup Anti MekDee Poreber
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:33 PM | Show all posts
abe_pi replied at 2-2-2015 08:42 PM
Kat kelate ada segelintir pemilik restoran/kedai yg menggunakn "pelaris" yg confirm xkn bawak kita k ...

Dekat Gombak bnyk kedai Tomyam pakai pelaris ni dan byk jantanz2 miang terangau2 terperasan dgn keanggunan pompuan Melayu pattani & Mek Klatey
Abey oh abey weh nok makey gapodio, dekak umoh pung bini x layan macey mek layey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2015 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-1-2015 10:36 PM
Aku lak suke mcflurry butterscotch...adakah mekdi pakai pelaris?
Sbb hari2  lps blk keje mesti aku ...

Ataupun ada awek McDee yg sexy yg klau x jmpa satu hari x boleh tidor
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 04:39 PM | Show all posts
bottombikini replied at 6-3-2015 05:20 PM
yg aku heran..kedai ni tetap utuh dan masih ramai lagi yg tak insaf dengan harganye..sebab sedap s ...

harganya yang melampau tu la yg buat aku insaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 04:03 PM | Show all posts
Kisah aku,

GERAI PERTAMA
Gerai ni area Kuantan. Siapa org Kuantan tau la kot, dekat kawasan industri IM2. Area industri tepi JPJ & mahkamah tu.
Gerai dia dekat roundabout.
Aku ni hari2 makan sini. Pagi tengahari makan sini. Apa yang sedap pun tak tau la.
Kedai dia uzur je.
Kotor, lalat jangan cakap la.
Lantai meja penuh dengan daun-daun kering.

Bukak lambat plak tu. 9.00 baru nampak dia dtg nak masak.
Pun aku sanggup keluar lambat semata-mata nak makan sini.

Nak kata murah, biasa je harga dia.
Hatta aku dah kenyang sekali pun aku nak jugak pegi habiskan duit kat situ. Gila tak?
Kalau kena hari dia tutup rasa nak mengamuk sepanjang hari duk teringat mi goreng mata kerbau dia.

Tokey dia aku tgk biasa je, siap inai janggut lagi.

Sampai skrg aku duk teringat2 lagi gerai tu.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 04:10 PM | Show all posts
boyagombak replied at 6-3-2015 06:23 PM
Tu bukan pelaris tetapi penyedap. Dah namanya sedap ikut tekak sendiri, org kata McDee ejen yehudi ...

Ahahaha...yang ni aku pun terjebak.
Aku pegi mekdi semata-mata mekfleri dia je.
Biar la mekdi buat promosi pra-gst sekali pun, aku tetap nak aiskrim tu jah. Yang lain tak sentuh.

La depa buat 1 lagi Mek kafe. Ada yang feveret. Red velvet frappe ke apa nama dia. Lantak la nama apa pun janji sedap. Tapi tak boleh makan selalu, mahai nak mampuih.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku berniaga. Aku pun tak faham kenapa mesti nak buat pelaris bagai. Penah sekali jiran kedai mak aku ni terkantoi sbb ada underwear dlm kawah sup dia. Eeew kahak hijau menengoknya. Org makan mcm sedap gilaaaa. Eeee nauzubillah lah org buat benda benda gini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku pula asyik terkena buatan org pasal meniaga hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 01:18 PM | Show all posts
pelik kenapa nk letak pelaris. mak aku pon niaga, elok je org nak dtg. mak aku kata nak meniaga tu ikhlas (btw mak aku mmg suka masak..sejak azali..dari kantin bertahun2 dia pegang tender sampai nak berhenti..GM kilang mintak extend..last2 9 tahun mak aku pegang dgn jayanya takhta tu)..stop situ, mak aku n arwah abah jd chef kat tempat abg sedara aku punya resort..mak aku bab2 lauk kg n9 ni mmg terer la.

settle down sana, mak aku meniaga nasi lemak pepagi until abah meninggal. sorg2 dia bleh masak 10kilo (nasi lemak), meehun, mee goreng, lauk..itu aku tak mampu buat. dia mampu handle catering sorg2..aku salute situ la sbb umur mak aku da 70.

eh mukadimah panjang, aku pernah terkena dgn satu restoren kat seremban. hari2 BF aku ajak makan sana, aku mmg tak suka. sbb serius tak sedap..satu hari tu aku terdetik "pelaris ke?" sbb ramai org dtg. tiba2 pas aku makan meehun dia. aku demam 3 hari, demam tetiba. aku rebah kat rumah. lembik, kakak aku yg tak pernah2 nak cuti kerja..dia gigih cuti jaga aku sbb dia risau. aku muntah2 24 jam..kehkeh..

terkena la kot.

lepastu tak serik lagi. aku kena kali kedua di kedai yg sama..mmg aku tak tertelan makanan dia. aku lembik 3 hari mcm tak bernyawa rasanya

p/s : ada org nampak kedai tu ada benda kat pintu masuk dia memanggil2 & benda tu kencing dalam makanan2..Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 03:28 PM | Show all posts
Al kisahnya.
Bapak aku dulu meniaga kat 1 restoran ni. Alhamdulillah memang ramai orang. Sebab kat sana ada kolej dan hospital area kampung pulak tu tapi dekat dengan bandar so memang ramai sampai tahap ada yang kadang2 tak dapat makan. Hehehe. Pastu tetibe macam berkurang orang. Pekerja problem pun ye jugak sesuka hati dia je nak ubah harga kedai makan bapak aku konon nak bagi kaya cepat. Beberapa lama lepas tu kat area sana dah ramai orang buka kedai makan jadi customer bapak aku memang dah berkurang. Sampailah 1 hari tu anak sedara bapak aku mengadu kata kedai bapak aku tak buka. Padahal waktu dia pergi tu kedai kitorang terang benderang tapi dia kata tak buka. Pelik sangat okay. Lepas tu bapak aku jual kedai tu kat orang lain. Mak aku cakap orang yang dia jual tu pun pakai jin. Hurmm bergaduhlah jin2 korang tu. Tapi kedai makan dia memang sedap.

Kat area rumah aku ada 1 kedai ni. Kitorang memang tahu dia guna pelaris. Makcik aku pernah nampak owner dia akan tabur something kat kedai tu. Tetibe masa tu ramai orang. Lepas tu orang berkurang. So kerja dia menabur jelah kat kedai tu. Hahaha


Ada 1 kedai popular kat melaka, tu kira macam kalau datang melaka wajib pergi lah. Tapi yang ni Wallahualam sebab dengar cite atas cerita. Ada sorang ustaz ni pergi makan kat situ then dia nampak monyet bertenggek kat atas makanan. Tapi kawan2 aku suka makan situ. So aku pun mengikut jelah. Haha


Aku banyak jugak tahu kedai yang ada pelaris ni. Kitorang panggil kedai2 pelaris as kedai "celup spender" hahahahaha


Makcik sedara aku dulu dia balik mekah dia bawak benang kaabah tu untuk bapak aku jadikan pelaris. Rasa macam kelakar pun ada jugak. Kang cakap khurafat kang marah cakap kita kecik lagi. Macam2 betul orang melayu ni punya kepercayaan.


Last2. Sepupu aku hijab dia terbuka sebab dia pernah kena kes rasuk histeria dulu. Kalau pergi kedai makan dia akan tahu kedai mana ada pelaris. Kitorang kalau ragu2 bawak je dia pergi kedai makan tu. Kalau dia gelisah makna nya adalah tu kalau dia rileks je, okay lah tu. Dia pernah nampak ada budak bertenggek kat kedai jual pizza masa dia nak cuci tangan tapi bukan pelaris kot saje nak main cak2. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 09:49 AM | Show all posts
ienariena replied at 11-3-2015 03:28 PM
Al kisahnya.
Bapak aku dulu meniaga kat 1 restoran ni. Alhamdulillah memang ramai orang. Sebab kat  ...

haa monyet bertenggek tu pernah dgr. sbb ada sorg ustaz terkenal nampak.haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 04:52 PM | Show all posts

weyhh,
aku dh agak dh kedai tu sesuatu sgt..
rmai org tp xde la sdap sgt..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 10:15 AM | Show all posts
ienariena replied at 11-3-2015 03:28 PM
Al kisahnya.
Bapak aku dulu meniaga kat 1 restoran ni. Alhamdulillah memang ramai orang. Sebab kat  ...

Adik aku kerja kt pizza hut Seri iskandar.. Dia kata mmg ada setan2 nie..nk kata pelaris, bukan sebab tak jugak org ramai dtg mkn kt situ..tp, suka dok kacau pekerja2 pizza situ.. Paling kerap gangguan dekat toilet dan bhg store..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 07:49 PM | Show all posts
ubat_batok replied at 12-3-2015 09:49 AM
haa monyet bertenggek tu pernah dgr. sbb ada sorg ustaz terkenal nampak.haha

Kau tahu ke kedai yang aku maksudkan? Mana tahu kedai yang sama ke. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 09:52 AM | Show all posts
ienariena replied at 19-3-2015 07:49 PM
Kau tahu ke kedai yang aku maksudkan? Mana tahu kedai yang sama ke. hahaha

yg ko tu melaka kan?
aku kat n9..haha xtau la kes pelaris sama ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 04:37 PM | Show all posts
apech replied at 9-3-2015 04:03 PM
Kisah aku,

GERAI PERTAMA

kat mn ni?
aku pon dak ktn gak tp keje kat town
kalo yg kat rondobot menghala kuar ke jln sg lembing tu ke?
aku pasan ada kedai mkn kat tepi bwh2 pokok tu tp x penah try

dah ko kata teringat2 smpai nak ngamok kalo ttup nak la jugak rasa mkn kat
situ..kot2 aku pulak ngamuk kalo kdai tu ttup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.156941 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list