CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 28-9-2015 01:07 PM | Show all posts
Oic.. tang tu mmg diakui.. haha..

Sorry for the inconvenient caused
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 06:48 PM | Show all posts
berapa bab lagi ni? Jie nanti ngan siapa? penat menunggu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 07:23 PM | Show all posts
yipun_78 replied at 28-9-2015 06:48 PM
berapa bab lagi ni? Jie nanti ngan siapa? penat menunggu ni

Haha.. tinggal final draft.  Tinggal edit and paste sini.  Btw thanks for following kindda ridiculuous story narrated by me..  hopefully i can get it done ASAP.. And this time for real..  
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 07:39 AM | Show all posts
sampai mcm tu sekali tekanan yg dihadapi jie... kerana nak tgk org lain bahagia dia nak tamatkan riwayat hidup sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 06:04 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-9-2015 09:27 AM

Jie membuka mata melihat Nenda meratap disisi. Terkejut. Meliar pandang ke arah sekeliling. Masih berada di atas lantai wad tempat Hareez ditempatkan. Terbaring. Memaksa diri untuk bangun. Jari jemari runcing menyentuh pipi Nenda.

"Kenapa Nenda menangis?"

Jie buntu. Merenung Tengku Azizah.

Ashraff yang tadinya panik mula mengukir senyuman.

"Nenda you ingat you makan pil anti depression ni sampai habis.. Sebab you pengsan kejap tadi.."

Asraff menarik nafas lega.  Bersyukur Jie tidak berfikiran singkat.

Andaian pertama terdetik dalam fikiran Ashraff tatkala melihat botol disisi Jie yang pengsan adalah cubaan membunuh diri.

Tambah pula apabila mendengar jeritan kuat Tengku Azizah.

"La ye ke..."

Jie gelak kemudiannya.

"Preskripsi ini bukan Nur punya.."

Mengerti salah faham yang melanda. Jie mencapai botol pil yang diberi oleh Tengku Azhan tadi. Lalu memeluk erat tubuh Nenda.

"Nur minta maaf Nenda.. Nur melalut bukan bukan tadi.. Nenda jangan risau ok.."

Memujuk nenek yang keresahan. Jie sedar diri terlalu mengikutkan hati yang kecewa. Kata kata makian dan cacian dari Puan Sri Zainab membuat Jie pilu. Otak runsing.

Mempertikaikan sejarah lalu Jie. Bukan kehendak Jie berkahwin lalu dijatuhkan talak. Spontan wajah Ku Iz dan Rayyan bermain diminda. Kedua lelaki yang pernah bergelar suami.

Sungguh Jie tidak pernah terlintas untuk mendabik dada tatkala diri menjadi rebutan lelaki yang menagih cintanya. Jie dambakan ketenangan abadi. Jauh dari sebarang kekacauan. Bahagia disisi suami dan anak anak seperti mana insan lain.

Bosan meladeni konflik dan ceritera dendam berulang tayang, Jie menyimpan satu azam.

Mungkin penghijrahan adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Barangkali Abi benar. Jie adalah penyebab segala perebutan dan permusuhan ini.

Kalaulah masa boleh diputar semula..

But damage done.. Hati berbisik mengenang silap pertimbangan dulu. Perlu fikirkan cara untuk mengawal keadaan. Dalam erti kata lain melakukan 'damage control'.

Satu keluhan dilepaskan. Sukar mencari penyelesaian terbaik.

Tak semena Jie didatangi oleh Viana dan Tengku Safiah. Terpancar riak cemas diwajah mereka.

"Vee dengar Nenda menjerit tadi sebut nama Jie.. Vee ingatkan Jie kenapa.."

Viana mengurut dada lega. Mengesat air mata dipipi. Mudah paranoid bila memikirkan Jie. Memeluk erat tubuh adiknya. Bimbang bala menimpa lagi.

"Mama minta maaf, Najiha.. Mama banyak berprasangka buruk pada Najiha.. Papa Cu dah ceritakan semua pada Mama.."

Tengku Safiah tunduk mendekati Jie. Malu memikir pelakuan Ku Iz. Memeluk Jie dan Viana serentak. Kedua menantu yang sering diabaikan.

Meski tergamam dengan permohonan maaf Tengku Safiah yang tidak diduga namun Jie menerima dengan hati terbuka. Membalas pelukan mesra Mama mertuanya. Bibir tersenyum senang.

"Jie yang salah Mama ! Maafkan Jie !  Jie memang bukan menantu yang baik.."

Sedar kesilapan diri. Jie mengucup tangan Tengku Safiah. Air mata mengalir dipipi. Berharap Tengku Safiah sudi melupakan segala kesilapan lampau.





Teruja mendapat perkhabaran Zack sudah sedarkan diri dari jururawat bertugas. Lantas, melupakan seketika momen sedih yang melanda, Jie bangun sambil berjalan beriringan dengan Tengku Safiah untuk pergi menjenguk Zack. Hati gembira bukan kepalang. Mengucap kesyukuran tak terhingga pada Ilahi. Langkah dihayun laju meninggalkan Nenda dan Viana. Jie tidak sabar menemui suami tercinta.

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke kamar Zack ditempatkan, Jie terpaku melihat gelagat Khalid.

"Zack.. Takkan you tak kenal I? I abang you lah !"

Khalid sedaya upaya cuba membuat Zack mengingati dirinya. Tetap juga Zack bereaksi negatif. Menjauhkan diri dari Khalid.

"Arghh.."

Zack berteriak lalu menekan kepala yang berdenyut. Sakit tatkala cuba mengecam wajah didepan mata.

"Bie.. Are you ok?"

Jie mencuba nasib mendekati Zack. Menyentuh tangan suaminya.

Namun, Zack bertindak menepis.

"Siapa you?! I tak kenal you !"

Keliru tatkala memandang wajah Jie. Zack penasaran.

"I isteri you.. Kita dah ada anak.. Danny Daryl kembar pertama kita.. Anak kedua kita kembar sepasang.. Takkan you tak ingat, Bie?"

Jie masih tidak berputus asa. Cuba mengembalikan ingatan Zack.

"Ingat tak kita selalu dating dekat Mirror Lake masa study dulu? First time you jumpa I, you panggil I pretty girl?"

Mata bercahaya mengharap Zack bisa mengingati detik indah mereka.

Malangnya, Zack hanya menggelengkan kepala.

Jie hampa. Tengku Safiah mengusap lembut bahu Jie. Mengharapkan Jie bersabar menempuh dugaan melanda kali ini.



Kata kata Ashraff tidak melemahkan semangat Jie. Kesimpulan awal Ashraff adalah Zack berkemungkinan besar takkan berupaya mengingati kisah silam buat selamanya.

Mau menyalahkan takdir, Jie masih waras. Hanya berharap Zack akan pulih seperti sedia kala dan mengingati kenangan cinta mereka dulu.

"Bie.. You nak makan tak? I suapkan untuk you.. "

Wajah Jie yang tadinya muram berubah senyum sambil menyapa mesra Zack. Sempat menyalin pakaian dan berdandan ringkas. Jie mahu kelihatan sempurna dimata Zack.

"Siapa you ? Kenapa you baik sangat dengan I ni?"

Zack masih lagi keliru. Bangun dari pembaringan. Menjarakkan diri dari Jie.

" I Najiha.. Isteri you.. Tak apalah kalau you tak ingat I.. Nanti you dah sihat, kita balik rumah, I tunjukkan you album dan video perkahwinan kita.. Boleh you jumpa anak anak kita sekali.."

Meski dilayan dingin, Jie tetap bersahaja mengambil tempat bersebelahan Zack. Menyua sudu berisi bubur ke bibir suaminya.

"Makanlah.."

Jie mencuba memujuk lagi.

"I tak lapar.. Please, jangan paksa I !"

Zack menolak tangan Jie menyebabkan sudu yang dipegang turut sama tercampak. Bosan diasak dari tadi. Ada sepasang suami isteri mengaku sebagai Mama dan Papa Zack. Manakala wanita cantik ini pula mengaku diri adalah isterinya. Zack pening kepala. Tiada satu ingatan pun tercerna mengenai insan yang pernah wujud dalam hidupnya.  Setahu Zack, dia membesar yatim piatu. Tidak berayah maupun beribu. Apatah lagi memiliki isteri dan anak. Tetapi kenapa pula kini ada ramai mengaku keluarga ? Sukar untuk mencari jawapan sebenar. Otak buntu.

"Tak apalah kalau you tak nak makan.. I letak sini dulu."

Jie masih bermanis muka. Lembut saja berbicara. Meletakkan semula bubur digenggaman. Berpaling terus keluar membawa hati lara.

Mata yang bergenang dari tadi mengaburi pandangan Jie. Seorang wanita muda mendekati dirinya.

"Najiha?!"

Kedengaran namanya diseru, Jie mengalih wajah mencari arah suara. Berjaya menangkap bayangan insan yang sudah lama tidak ditemui.

"Lina.."

Jie mendakap erat tubuh sahabat lamanya. Menangis semahu mahunya. Puas memendam rasa dari tadi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 06:27 PM | Show all posts
Air mata masih membasahi pipi gebu Viana. Pilu mengimbas kembali kenangan bersama dulu. Detik membesar bersama. Saat indah yang takkan mungkin berulang kembali.

"Sabarlah Ana.. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.."

Tengku Azizah cuba menenangkan Viana. Maznah dan Dato' Hanafi masih sukar menelan kenyataan.

Malah, Maznah dan Dato' Hanafi kini hanya mendiamkan diri. Enggan makan atau minum. Pasangan suami isteri itu lebih gemar menyendiri.

"Dia darah daging Ana, Nenda ! Kami berkongsi rahim yang sama ! Ana kesal sebab tak layan dia dengan baik masa kami kecil dulu.."

Benarlah dikala hampir kehilangan, barulah kita menghargai insan yang pernah wujud dalam kehidupan.

Rupanya, Hareez adalah saudara kembar Viana. Mereka dipisahkan lantaran Tengku Idris terdesak memerlukan seorang pewaris. Tiada siapa tahu tentang kelahiran Hareez. Termasuklah Mommy dan Daddy sendiri.


Tengku Idris terpaksa memalsukan identiti Hareez memandangkan syarat ayahandanya yang hanya akan mewariskan harta kepada dirinya jika beroleh zuriat lelaki.

Selama hampir enam tahun berkahwin, Tengku Idris masih gagal mendapatkan anak lelaki. Anak sulungnya berjantina perempuan. Begitu juga dengan anak keduanya. Kelahiran Viana dan Hareez pula tepat pada masa arwah isteri Tengku Idris melahirkan zuriat ketiga mereka.

Malangnya, isteri dan anak ketiga Tengku Idris meninggal sewaktu melahirkan. Membuatkan Tengku Idris berada dalam keadaan terdesak. Tanpa berfikir panjang mengambil Hareez untuk dijadikan ganti. Satu pakatan untuk mendapatkan harta warisan.

Lantaran isterinya sudah meninggal dunia, Tengku Idris meminta Maznah menjadi 'ibu susuan' Hareez. Ini adalah untuk memastikan hubungan Hareez dan anak anak Maznah yang lain terpelihara atas batas saudara susuan.

Bertujuan supaya Tengku Azizah memantau hubungan akrab Hareez dan cucu cucunya.

Jadi, rahsia terpendam Hareez adalah saudara kembar Viana dan abang kandung kepada Jie takkan terbongkar. Bertapa telitinya Tengku Idris membuat rencana tika itu.

Perancangan manusia memang lemah.

Siapa sangka Hareez jatuh cinta dan obses pada adik kandungnya sendiri. Meski dihalang oleh Tengku Idris dan Tengku Azizah sendiri kerana mereka merupakan saudara susuan namun hingga kini Hareez tetap memuja Jie.

Mungkin cinta yang pernah terbit antara Hareez dan Jie suatu masa dulu adalah kerana pertalian darah antara mereka.

Mujur dipengakhiran, Jie melupakan Hareez dan memilih lelaki lain sebagai suami membuat Tengku Idris menarik nafas lega. Rahsia silam tersimpul rapi.

Namun memandangkan nyawa Hareez kini dihujung tanduk, Tengku Idris rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar. Biarlah keluarga kandung Hareez mengetahui kewujudannya didunia.

Viana menatap wajah Hareez yang bila bila masa bakal dijemput menghadap Ilahi.

Tak dapat disangkal Hareez mirip Mommy dan Daddy. Memiliki rambut hitam pekat dan bertubuh tegap seperti Daddy. Berkulit putih kemerahan persis Mommy. Cuma saja anak mata Hareez berwarna kehijauan. Mungkin warisan belah keluarga Tok Pa.

Viana senyum seketika. Tok Pa mereka memang kacak. Tak hairanlah Hareez juga tampan. Memuji saudara kembar sendiri.

"Hareez.. I dan adik kita akan tunggu you bangun ! Kita akan hidup dalam satu keluarga besar.."  Mengalu alukan kemunculan Hareez dalam keluarga.

Viana mencium pipi Hareez. Mengucap kata kata semangat. Berharap Hareez berjuang untuk terus hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-9-2015 06:27 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-9-2015 07:19 PM

Bab 70

Hari yang dinantikan oleh Tan Sri Azhari dan Puan Sri Zainab. Penyatuan dua jiwa. Majlis pernikahan Shahrul dan Lily.

Setelah tertunda selama lebih enam bulan dari tarikh sebenar memandangkan Shahrul terlantar dihospital. Banyak perkara menimpa menyebabkan perkahwinan kedua mempelai tidak berjalan seperti dirancang.

Kemeriahan menghiasi segenap ruang. Para tetamu kenamaan ramai menghadirkan diri. Semua mata tertumpu pada pasangan pengantin. Juru gambar pula sibuk merakam video dan mengambil gambar dari tadi.

Shahrul tampil segak berbaju melayu satin berwarna putih lengkap dengan sampin dan songkok duduk disingsahsana. Berdebar menjabat tangan lelaki berusia depan mata. Melirik ke arah Lily yang jelita berbusana pengantin dipelaminan.

Selesai urusan akad nikah Shahrul bakal memikul tanggungjawab besar sebagai suami. Manakala Lily akan menjadi isteri dan amanah buat Shahrul. Juga pendamping Shahrul buat seumur hidup. Gusar memikir hala tuju perkahwinan mereka.

"Shahrul Hadzan bin Tan Sri Azhari..." Kadi menyeru namanya.

Bila bila masa saja lafaz ijab akan dimulakan. Degupan jantung kian laju. Berdetak pantas. Tangan sejuk. Peluh jernih merecik di dahi Shahrul.

Azim disebelah memberi semangat kepada abang sulungnya. Mengerti perasaan Shahrul. Pernah berada di situasi sama.

Juwita sedang menemani Lily. Berbaju kurung moden lace dan bertudung warna peach sedondon dengan Azim. Sibuk membantu Lily membetulkan kedudukan veil dan tiara.

Tumpuan mata dan lensa kamera kini ke arah Shahrul dan wakil wali.

"Aku nikahkan dikau Shahrul Hadzan bin Tan Sri Azhari dengan Lily Marina binti Dato' Sri Sulaiman dengan mas kahwin sebanyak 77 ribu tunai.."

Henjutan terasa tatkala tangan ditaut oleh tok kadi. Menambah getaran di dada.
Berdepan hakim dimahkamah tidak sesusah ini. Lidah Shahrul yang biasanya petah berhujah sebagai peguam bela menjadi kelu. Meneguk liur. Tiada sebarang bicara keluar dari bibir.

Azim menyiku abangnya. Memberi isyarat supaya Shahrul melafazkan kabul. Shahrul masih membisu.

"Shahrul Hadzan...."

Kadi bertugas memanggil nama Shahrul untuk menarik perhatian. Shahrul dilihat seperti dalam khayalan.

Shahrul tersentak. Menumpukan perhatian pada lelaki berusia didepan muka.

"Kamu sihat ke ? Boleh kita teruskan ?"

Kadi inginkan kepastian. Enggan membazir masa.

"Nampaknya saya terpaksa ulang semula lafaz ijab tadi.."

Shahrul hanya angguk, tanda setuju. Tunduk seketika. Membayangkan satu wajah difikiran.

Sekali lagi lafaz ijab terucap dek bibir Tok Kadi. Merenung Shahrul menanti jawab balas.

"Aku...."

Shahrul teragak agak. Menggaru kepala yang tidak gatal. Segala kepetahan bicara hilang.

"Beristighfar nak.. Banyakkan selawat.. Kita cuba sekali lagi."

Kadi bertugas memberi nasihat. Menepuk bahu Shahrul. Beranggapan Shahrul mengalami darah gemuruh. Meminta anak muda dihadapannya menarik nafas panjang.

Lily resah menanti. Sudah dua kali lafaz, Shahrul masih gagal menyebut lafaz nikah dengan lancar. Mustahil seorang peguam hebat seperti Shahrul gugup berdepan kadi sehingga perlu mengambil masa sebegini lama. Lainlah kalau...

Satu prasangka bermain difikiran. Wajah Lily berubah muram. Seri pengantin pudar. Juwita disisi cuba mententeramkan Lily.

Tan Sri Azhari juga terpana melihat Shahrul. Bisikan bisikan berbaur negatif mula bertebaran. Takut menanggung malu, Tan Sri Azhari mendapatkan anaknya.

"Shah kenapa ni? Tolong jangan malukan Papa !"

Nada suara terkawal. Cukup sekadar didengari oleh Shahrul. Tan Sri Azhari meminta Azim beralih. Diri mengambil tempat disisi Shahrul. Ingin memastikan Shahrul melafazkan dengan tenang dan lancar kali ini.

"Boleh kita mulakan sekali lagi?" Kadi menyoal buat kali kedua.

Hanya satu anggukan di kepala menandakan Shahrul akur dengan kehendak Kadi. Menghela nafas panjang. Mencuba untuk fokus kali ini.

Buat kali ketiga, kadi mengulang lafaz yang sama.

Shahrul memandang sekeliling. Pandangan terhenti ke seraut wajah yang sedang leka berbual.

"Aku terima nikahnya Nur Najiha binti Hanafi dengan mas kahwinnya sebanyak yang tersebut.."

Lancar saja lafaz terluah dibibir Shahrul tatkala menyebut nama yang bertahta dihati.

Tan Sri Azhari hampir pengsan mendengar. Begitu jua dengan Azim. Sama ada sengaja atau tidak disedari oleh Shahrul. Nama Lily sudah bertukar nampaknya.

Serentak itu, Shahrul terus bangun menghala ke arah Jie. Menarik tangan Jie supaya mengikut langkahnya berlalu.  

Jie sedang berbicara berdua bersama Viana kaget dengan tindakan Shahrul. Terpaksa akur memandangkan tingkah laku mereka menjadi tatapan umum. Muka merah padam menahan malu. Tunduk berjalan. Pandangan mata sekeliling diabaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 06:29 PM | Show all posts
Psst

da nak masuk bab terakhir

Maaf jika penyudahnya tak seperti diharap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2015 07:29 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-10-2015 07:26 PM

Memarkir kereta dipinggir lebuh raya. Shahrul mematikan enjin Audi S8 miliknya. Membuka pintu kereta lalu keluar. Menggamit Jie supaya turut mengekor langkah untuk berbicara diluar.

Jie menurut saja tanpa banyak soal.

Shahrul merenung wajah Jie. Kesal bercambah. Diri tertipu hidup hidup. Tergamak Jie tidak berterus terang tentang kisah sebenar. Selama ini Shahrul menyangka Jie masih bergelar isteri orang.

Seminggu lepas, ketika Shahrul memberi kad jemputan ke majlis pernikahannya, Jie mengatakan Zack masih out station. Tiada sebarang curiga, Shahrul masih percaya Jie berbahagia disisi Zack. Lantas menganggap jodoh mereka tiada. Meneruskan perkahwinan dengan Lily seperti kehendak Papa dan Mama.

Mujur, Shahrul terserempak Zack dan seorang wanita sedang menjamu selera berdua direstoran. Terkejut apabila mengetahui hakikat Zack dan wanita bernama Haslina itu sedang diambang bahagia.

Shahrul sempat berprasangka bahawa Zack menduakan Jie. Tercetus pertikaman lidah antara mereka.

Rupanya, Zack kini bukan lagi Zack yang dulu.

Kehilangan hampir kesemua memori silam membuatkan Zack tampak seperti insan lain. Segalanya terjadi gara gara gegaran otak kerana dibelasah teruk oleh Hareez.

Malah, Zack juga tidak mengenali Shahrul. Terpaksa Shahrul memperkenalkan diri. Bercerita sedikit sebanyak tentang hubungan mereka.

Namun, usaha sia sia. Zack gagal mengingati satu perkara pun tentang Shahrul.

Bila ditanyakan pula tentang Jie, Zack sendiri mengesahkan mereka sudah lama tinggal berasingan lantaran Zack kekok berada disisi Jie. Tiada persefahaman untuk mempertahankan mahligai mereka. Zack sukar percaya diri sudah beristeri dan memiliki anak. Tidak ada cinta dan tak ada hati pada Jie lagi, maka Zack tega menceraikan Jie.

Tambahan pula, Zack sudah terpaut cinta pada Haslina yang juga merupakan teman rapat Jie sewaktu di Ohio dulu. Pertemuan semula Zack dan Haslina membibitkan cinta antara mereka. Memandangkan Haslina baru lepas kematian suami. Daripada situ mereka mula mesra.

Ternyata Jie pintar bersandiwara. Berpura bahagia dihadapan Shahrul sedangkan hakikat sebenar Jie kini sendirian membesarkan anak anak. Bergelar ibu tunggal diusia muda.

Shahrul kecewa kerana Jie sendiri tahu dirinya memang menanti Jie sejak dulu. Nyaris membuat kesilapan mengahwini Lily. Takkanlah Jie tidak nampak peluang untuk mereka bersama terbuka luas depan mata?

Atau mungkin saja Jie tidak pernah menghargai kewujudan dirinya.

Bukan satu kemungkinan tapi itulah hakikat.

Shahrul sedar dirinya bukan sesiapa dalam hidup Jie. Terlanjur sudah hati mencinta, Shahrul enggan berpatah balik. Yakin ada kesempatan untuk berdua.

"Kenapa you buat semua ini, Shah?"

Jie memecah kesunyian antara mereka. Tindakan Shahrul memang gila. Lari dari majlis kahwin sendiri.

"I sepatutnya tanya you.. Kenapa you tipu I pasal Zack?!"

Pandangan mata Shahrul tajam menusuk. Mencari kebenaran disebalik tingkah Jie.

"Apa yang I tipu you... Zack kan out station.. Busy ! Sebab tu you jarang nampak dia dengan I.."

Jie menjawab selamba. Mengalih pandangan ke arah kereta yang lalu lalang.

"I dah tahu cerita sebenar, Najiha.. You cuba tipu I ke atau diri you sendiri ? Move on, Najiha.. You tahu I cintakan you.. Kenapa you tak bagi peluang untuk I hidup bersama you?"

Shahrul malas berdolak dalih. Terus saja menagih penjelasan sebenar dari Jie.

"I tak faham ! Apa maksud you, Shah?"

Jie masih tidak mengerti pucuk pangkal pertanyaan Shahrul.  

"You dan Zack dah bercerai, kan? Kenapa you diamkan semua ini?"

Shahrul terkilan dengan tindakan Jie.

" I cuma nak mulakan lembaran hidup baru dengan anak anak I.. Lagipun Lily lebih berhak terhadap you.. Kahwini dia dan you takkan menyesal, Shah.."

Jie malas menambah penipuan lagi.

Ada sebab disebalik tindakan Jie merahsiakan perihal yang terjadi dari pengetahuan Shahrul. Jie takut Shahrul berubah fikiran dan enggan mengahwini Lily jika mengetahui kisah sebenar. Ketakutan Jie menjadi nyata hari ini. Tak pasti dari mana Shahrul mendapat tahu.

" Izinkan I jadi sebahagian dari lembaran baru hidup you.. Untuk waktu mendatang I nak selalu disisi you.. Mencintai you sampai I mati.. "

Shahrul sukar berganjak kali ini. Mengharap Jie sudi bergelar suri dalam hidupnya.

"I tak ada cincin untuk I bagi pada you sekarang.. Tapi I tak nak buang masa lagi.. I cintakan you dan I nakkan you ada dengan I selalu.. You adalah perkara terindah pernah wujud dalam hidup I.. I inginkan you sebagai isteri.. Anak anak you akan jadi anak anak I.. Kita akan besarkan mereka bersama..."

Terdesak untuk memiliki wanita dihadapan ini membuatkan Shahrul enggan bertangguh. Lamaran dihulur serta merta.

Jie kelu seribu bahasa. Wajah Zack bermain difikiran. Serba salah memikirkan anak anak mereka. Jie tak mahu kedua pasang kembar hidup tersisih andai berayah tiri.

"I tak boleh.. Maafkan I !" Jie terus menolak.

Sukar digambarkan kehampaan dalam diri Shahrul dengan penolakan Jie. Tunduk sejenak sebelum bersuara sayu.

"I janji akan cintakan you lebih dari mana mana lelaki yang pernah muncul dalam hidup you.. I takkan mungkir janji.. Percayalah Najiha.."

Gigih mencuba memujuk lagi. Peluang takkan datang bergolek. Shahrul tetap enggan berputus asa.

" I just can't.. You sendiri tahu siapa diri I ! I janda ! You deserve someone better than me.. Sorry Shah  !"

Jie bersuara tegas. Menegakkan pendiriannya. Berkeras menolak.

"Past is past , Najiha ! Pernah ke I kisahkan siapa diri you dulu ? Kenapa kita tak cuba bina hidup baru pula bersama sekarang?"

Alasan Jie pada pandangan Shahrul sangat tak masuk akal. Masakan seorang janda tidak layak berbahagia selepas diceraikan.

Mengarut ! Bentak hati Shahrul.

"There's not a day that passes by since I knew about Zack which I don't wonder why we haven't tried..  Why did you say no without even trying, Najiha?"  

Nada suara Shahrul tenggelam timbul. Meraup wajah. Hampa.

Tiada balasan dari Jie. Masih kekal membisu. Hanya deruan enjin kenderaan lalu lalang kedengaran mengisi ruang perbualan mereka.

"Please Najiha ! It's stil not too late to change your mind..  Just take my hand and please..  I want you to be my wife !"

Shahrul menghulur tangan ke arah Jie beserta harapan Jie menyatakan kesudian menemani diri sepanjang usia.

Andai kali ini Jie tetap enggan, Shahrul hanya mampu berserah.

Jie termenung jauh. Memandang kosong ke arah Shahrul. Buntu.




Azim cuba menghubungi Shahrul. Masih lagi tidak berjawab. Majlis menjadi kelam kabut. Lily pengsan tak semena. Menambahkan keributan.

Juwita berlari anak mendapatkan Azim. Berbisik sesuatu ditelinga. Azim tergamam seketika.

Nampak gaya pernikahan ini terpaksa ditunda atau dibatalkan terus. Azim meminta jasa baik pengacara majlis untuk membuat pengumuman. Malu sudah ditolak tepi. Meninggalkan pesanan ringkas kepada Shahrul supaya lekas kembali. Azim berlari menuju ke bilik persalinan.

Juwita mengekor pantas. Suasana kelam kabut tidak diendahkan. Pandai pandailah pihak hotel mengawal selia para tetamu yang masih menanti status sebenar majlis.

Manakala di dalam bilik persalinan hotel. Hiruk pikuk berubah sunyi. Tiada sebarang bicara kedengaran. Sepi melingkari segenap ruang.

Wajah Tan Sri Azhari dan Puan Sri Zainab tegang. Sudahlah Shahrul menconteng arang ke muka ketika meninggalkan majlis pernikahan tadi. Didepan ribuan tetamu, Shahrul tega berlalu dengan memaksa Najiha turut serta.

Kini satu lagi kejutan diterima. Nyaris mereka suami isteri diserang sakit jantung !

"Cakap dengan Ibu, sayang. Jangan diam, Lily !"

Puas Datin Sri Tiara memujuk anak perempuan tunggal kesayangannya. Lily masih membisu. Air mata mengalir jatuh.

"Berterus terang dengan Ayah.. Anak Shah ke ?!"

Dato' Sri Sulaiman membentak kuat. Wajah menyinga diamuk amarah. Manakan tidak, Lily disahkan mengandung tiga minggu oleh doktor sebentar tadi.

Sedangkan pernikahan Shahrul dan Lily sepatutnya berlangsung hari ini. Jadi benih siapakah yang dikandung Lily?

Jika Shahrul tergamak melakukan semua ini terhadap Lily , Dato' Sri Sulaiman kesal kerana Shahrul lari dari tanggungjawab. Meninggalkan majlis tanpa sebab dan memalit arang ke muka keluarganya.  

"Azim, tolong I !"

Lily bangkit menerpa ke arah Azim sebaik saja melihat kelibat Azim muncul masuk ke dalam bilik.

"Kenapa ni, Lily?"

Azim tersentak bilamana Lily memeluk erat tubuhnya. Dihadapan Mama dan Papa. Segan memikir Ibu dan Ayah Lily ada bersama. Risaukan reaksi Juwita juga.

"I mengandung, Azim !"

Lily tersedu sedan. Merebahkan diri dalam pelukan Azim. Tangisan makin lebat.

"Lily apa... ?!"

Satu suara menyapa. Shahrul terkejut besar.

Buru buru kembali sebaik mendapat tahu Lily pengsan melalui pesanan ringkas yang ditinggalkan Azim. Terbit rasa bersalah kerana berlalu begitu sahaja.

Sungguh Shahrul tidak menduga menerima perkhabaran aib sebegini.

"Lily minta maaf, Abang.."

Lily malu berdepan Shahrul. Menundukkan wajah.  

"Benda dah jadi, Lily.."

Lembut nada suara Shahrul menutur. Nasi sudah menjadi bubur. Jujur Shahrul agak ralat kerana Lily tergamak tidak berterus terang dari awal.

Sekurang kurangnya Shahrul berupaya menjaga maruah Lily sekeluarga dari tercemar. Tidak mungkin Shahrul membiarkan Lily menanggung malu sendirian.

"Jadi memang betullah Shah yang rosakkan Lily?"

Dato' Sri Sulaiman segera menyoal. Tak menyangka Shahrul tega melampaui batas. Kepercayaan yang diberi sia sia. Kesal bertandang.

Shahrul segera menggeleng, menidakkan.

Memang Shahrul bukan seorang lelaki beriman namun diri takkan menyentuh wanita selain dari isterinya yang sah.

Kalau pun Shahrul pernah terlajak jauh, itu adalah sewaktu Shahrul masih berada dalam kejahilan. Dan, wanita itu bukanlah Lily.

"Shah sayangkan Lily ! Shah terima Lily seadanya dan akan jaga anak itu macam anak Shah sendiri.."

Memandangkan Jie sudah menolak lamarannya, Shahrul terpaksa redha menerima Lily sebagai suri. Mungkin sudah takdir Allah.

"Mama tak setuju Shah jadi pak sanggup !!"

Puan Sri Zainab segera menghalang keputusan Shahrul. Mustahil membiarkan anak bujangnya mengahwini Lily.

"Shah tak kisah !

Keputusan Shahrul muktamad. Mencapai tangan Lily. Maruah Lily harus diselamatkan.

"Please Shah.. Mama lebih rela Shah kahwini Najiha.. Sekurang kurangnya kita tahu status Najiha daripada macam ini .." Bicara terhenti. Merenung penuh emosi ke arah Lily. Benci dan geram bercampur baur.

Puan Sri Zainab terpaksa menjilat ludah sendiri. Berkehendakkan yang terbaik buat Shahrul penyudahnya sama saja seperti Najiha. Bahkan lebih teruk !  Lily sudah ditebuk tupai. Kesal kerana terlalu memandang hina status janda Jie.

"Anak itu anak I.. Biarlah I yang bertanggungjawab terhadap Lily.."

Satu suara menyampuk perbualan mereka.

Semua yang ada kaget mendengar termasuklah Shahrul sendiri.  

Puan Sri Zainab nyaris pengsan. Lemah longlai.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 30-9-2015 08:48 PM

Dato' Sri Izham suka melihat keriangan Danny dan Daryl bergurau senda bersama cucunya, Danish. Berdoa agar keakraban antara mereka akan berkekalan sehingga dewasa. Kediamannya berseri dengan kehadiran ramai tetamu. Sengaja mengajak kenalan rapat datang bertandang.

Dalam masa yang sama turut berdoa supaya Jie berubah fikiran. Membatalkan hasrat untuk berhijrah lantaran kecewa dengan sikap Zack. Dato' Sri Izham takut hubungan erat Danish dan si kembar terputus dipertengahan jalan.

Andai saja Zulkarnain bersetuju menyunting Jie sebagai isteri kedua, Dato' Sri Izham pasti takkan kehilangan Jie dan si kembar buat selamanya.

Namun melihatkan hubungan Zeeta dan Zulkarnain kian mesra,  Dato' Sri Izham jadi tidak sampai hati pula. Bimbang merosakkan rumah tangga anak sendiri.

Tambahan pula, Zeeta dilihat semakin berubah ke arah kebaikan. Zulkarnain kelihatan semakin tenang dan bahagia hidup bersama Zeeta. Siapa sangka rumahtangga anak tunggalnya bisa bertahan sehingga kini. Syukur kepada Allah. Dato' Sri Izham tumpang senang melihat keduanya makin serasi bersama.

"Abi termenung jauh ni kenapa ?"

Jie menyapa mesra. Menatang air kopi dan kek buah dalam dulang lalu dihidang di atas meja. Umi meminta tolong Jie menghantar kepada Abi. Manakala Umi dan Zeeta sedang rancak berbual didapur.

"Abi fikirkan Najiha.. Dah nekad ke Najiha nak migrate?"

Dato' Sri Izham lebih gemar berterus terang. Risaukan Jie dan anak anak yang bakal meneruskan kehidupan di negara asing.

"Jie cuma melawat Daddy dengan Mommy dekat sana..   Manage anak syarikat Daddy.. Dah settle kerja, Jie baliklah sini.. Bukan migrate teruslah Abi.." Jie membetulkan tanggapan Abi.

Maznah dan Dato' Hanafi kini berada di Houston, Texas atas urusan perniagaan. Jie mengambil kesempatan untuk melancong menenangkan fikiran sambil membantu Daddy menyelesaikan tugasan kerja. Barangkali Hareez dan Viana akan ikut sekali.

Memikirkan Hareez, Jie sukar percaya mereka sedarah daging pada mulanya.

Namun lama kelamaan Jie dan Viana seronok dengan kehadiran Hareez. Teruja memiliki seorang abang yang selama ini dianggap sepupu.

Daddy antara insan paling gembira tatkala mengetahui Hareez selamat. Tercapai jua hasrat Dato' Hanafi untuk mempunyai anak lelaki dari darah daging sendiri.

Hareez juga dilihat bersungguh menjalani terapi untuk memulihkan diri dari sakit jiwa yang dialami. Bertekad untuk hidup normal.

"Mana lah tahu Najiha terus tak balik.."

Kata kata Abi mematikan lamunan Jie tentang Hareez.  Memandang ke arah Abi.

"Abi harap Najiha tabah... Pasal Zack tu, Abi nak Najiha pandang dari sudut berbeza.. Mungkin ini peluang untuk Najiha bebas dari kepompong Rayyan dan Hafiz..  Jauh dari prasangka buruk Tengku Safiah.. Abi yakin Najiha akan jumpa lelaki yang sesuai suatu hari nanti.. Abi dah anggap Najiha macam anak Abi sendiri.. "

Meski hubungan Jie dan keluarga Zack makin pulih, Abi tetap takut dendam membara semula. Hati manusia siapa tahu. Biarlah Jie hidup sendiri andai itu menjanjikan kebaikan. Berdoa semoga Jie bertemu kebahagiaan abadi.

"Jie dah lupakan semua.. Mungkin bukan jodoh kami.."

Riak wajah Jie biasa sambil mata melirik Danny dan Daryl. Permata hati tanda cinta Jie dan Zack. Kembar sepasang milik mereka diberi nama Dania dan Darwish. Sihat membesar walau lahir pramatang.

Meski Zack kekok dipanggil Daddy oleh si kembar dan Danish namun Jie bersyukur kerana Zack masih sudi memberi perhatian kepada anak anak mereka. Jie sudah hilang harapan Zack berjaya mengingati kenangan dulu saat Zack melepaskan dirinya.  Takdir telah menentukan begitu. Pasrah dan berserah adalah sumber kekuatan Jie kini.

"Abi tahu Najiha kuat.." Dato Sri Izham kagum melihat ketabahan Jie. Masih mampu tersenyum seperti sekarang.

" Bila Najiha nak berangkat?"

Topik perbualan sengaja diubah memandangkan Zack kini mampir ke arah mereka berdua. Sedari tadi Zack dilihat leka melayan kerenah Danish dan kembar.

"Lusa kot.."  

Jie membiarkan saja Zack mengambil tempat disisi dan turut serta dalam perbualan mereka.

"Oh ya..  Jie lupa pula nak bagitahu Abi.. Daddy kirim salam.." Jie menyampaikan amanah Dato' Hanafi.

"Waalaikumussalam.."

Abi menjawab salam dari sahabat baiknya.

"By the way Abi, Zack nak bagi ini pada Abi.."

Tanpa menghiraukan Jie disebelah, Zack menghulurkan sekeping kad kepada Abi.

"Zack dengan Lina rancang nak bertunang akhir bulan depan.. Abi dengan Umi datang tau !"

Hajat hati Zack inginkan Umi dan Abi hadir ke majlis bersejarah untuknya. Jasa baik Umi mengasuh sejak kecil sewaktu dirumah anak yatim Ehsan tetap Zack ingati.

Abi serba salah menyambut. Mencuri pandang ke arah Jie. Wajah Jie tampak tenang.

Semoga you bahagia, Zack ! Bisikan sayu bergema. Jie tumpang gembira melihat keceriaan terpancar diwajah Zack.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2015 12:38 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-9-2015 09:38 AM

Kuala Lumpur International Airport
Malaysia

Selamat tinggal Malaysia !

Jie tidak pasti bila akan menjejak kaki semula ke sini.Dania dalam dukungan Jie masih lena. Hareez pula membantu Jie mengendong Darwish. Agak kelakar melihat gaya Hareez mendukung. Puas sudah Jie mengajar dari tadi. Danny dan Daryl pula asyik berlari ke sana ke mari. Jenuh Viana mengejar di kawasan lapangan terbang. Mujur Khalisha mendengar kata.

"Hareez.. Bukan macam tulah.. Ish you ni kan.." Jie membetulkan kedudukan tangan Hareez. Masih lagi kekok memegang bayi.

"Tak apa.. I pass dekat Kak Ida lah.. Tak reti I pegang baby ni.."

Hareez  putus asa. Menyerahkan Darwish kepada pembantu merangkap penjaga anak saudaranya. Mengagah bayi dalam pegangan Kak Ida.

Jie hanya senyum melihat gelagat Hareez. Sesekali mata mengawasi Danny dan Daryl pula.

"Najiha.."

Satu sentuhan terasa dibahu. Jie menoleh ke sisi. Pandangan jatuh ke arah seseorang..

"Eh you.. You buat apa dekat sini ?"  

Jie tersentak melihat kemunculan Shahrul yang tidak diduga.

"Azim bagitahu I, flight you ke Texas hari ini.."

Shahrul merenung sekilas ke arah Hareez. Terdetik pertanyaan melihat Hareez dan Jie bersama. Curiga juga melihat kemesraan yang terjalin.  

Sehingga detik ini, Shahrul tidak mengetahui pertalian sebenar antara mereka berdua.

" Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa..  We need to talk in private.."  

Ada perkara penting ingin Shahrul perkatakan. Mata bersinar. Mengharapkan persetujuan dari Jie.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 09:08 AM | Show all posts
please laaaa... x berkenaan den dgn shahrul nie... opportunist nye nye org laa.... baik jie kawen dgn ustad anak dua.. settle..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 07:28 PM | Show all posts
I pon x suka Shahrul ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 04:01 PM | Show all posts
alahai....yang Lina kawan Jie masa kt Ohio Zack ingat,
Tp Jie bole pulak x ingat....



Sapa yg buntingkan Lily???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 01:53 PM | Show all posts
Ku Iz memeluk erat tubuh Zack. Sejak dibenarkan keluar dari hospital sebulan lepas baru hari ini mereka dapat bersua muka. Air mata mengalir dipipi Ku Iz. Sedih melihat Zack yang masih terpinga pinga untuk mengenali  dirinya. Kalaulah Ku Iz tidak bertindak bodoh dulu. Kekesalan berpaut dijiwa.

"Aku minta maaf, Zack ! Sebab aku ikutkan marah aku, kau dengan Najiha jadi mangsa.."

Ku Iz sebak. Gara gara sakit hati dengan tindakan Jie menghadiahkan rantai emas yang dijadikan mahar perkahwinan mereka dulu kepada Zarith Sofea, Ku Iz menyimpan kesumat. Beranggapan Jie sengaja mencabar Ku Iz dengan memandang enteng pemberiannya. Serasa Jie tidak menghargai langsung ikatan suci antara mereka dulu. Bengang tatkala melihat Zarith Sofea mengalungkan rantai itu, maka Ku Iz ingin memberi pengajaran terhadap Jie. Supaya Jie lebih menghargai perasaan orang lain di masa hadapan.

Ternyata dendam mengundang kehancuran. Bukan setakat perkahwinan Jie dan Zack terlerai malah mahligai Ku Iz dan Zarith Sofea juga berantakan. Umpama retak menanti belah.

Zarith Sofea sukar menerima kenyataan Ku Iz masih menggilai Jie. Lantaran terlalu kecewa, Zarith Sofea terus pergi bersama anak anak mereka. Sehingga kini Ku Iz ralat mencari.

"Kau siapa? Kita pernah kenal ke?"

Zack terkejut menerima pelukan dari Ku Iz.

"Aku sepupu kau ! Aku Iz ! Tengku Hafiz ! Kita pernah rapat.. Aku kan roommate kau masa dekat Ohio dulu.."

Ku Iz cuba membuat Zack mengingati masa lalu.

"Sorry  ! Aku tak ingat .. "

Kepala Zack berpinar. Pening. Mencuba mengecam wajah dihadapan mata. Malangnya usaha gagal.

" Kau tak perlu ingat siapa aku ! Yang penting kau kena ingat Najiha... Dia ibu anak anak kau, Zack !" 

Walau Mama Long sudah memberi amaran supaya jangan memaksa Zack untuk mengingati perkara silam kerana takut Zack mengalami tekanan, namun Ku Iz tidak mahu Zack menyesal di kemudian hari.

"Entahlah ! Aku tak ada mood nak dengar semua benda mengarut ini.. Siapa Najiha sebenarnya? Kenapa aku susah nak ingat satu benda pun pasal dia ?!"

Otak Zack masih buntu. Menarik narik rambut. Stress merungkai jawapan. Hanya persoalan berlegar difikiran.

"Zack.. Memang kau tak ingat sekarang sebab semua memori kau dengan Najiha dah hilang dari otak kau.. Tapi cuba kau nilai melalui mata hati.. Pejam mata kau.. Bayangkan wajah Najiha..  Biarkan fikiran kau kosong... Apa yang hati kau berbisik pada kau?" 

Berharap agar Zack menimbang baik buruk keputusan untuk meneruskan hidup bersama Haslina.

Sayang, andai kasih sayang suci antara Zack dan Jie terlerai. Jie adalah cinta pertama buat Zack. Mustahil Zack tidak merasa sebarang getaran dalam hati kala disamping Jie. Melainkan Zack memang sudah tidak mencintai Jie lagi. 

Akan tetapi Ku Iz yakin hanya Jie satu satunya wanita bertahta dihati Zack. Cuma mungkin Zack keliru lalu menjadikan Haslina tempat bersandar.

"Ah mengarutlah kau !" 

Bosan meladeni kerenah manusia yang gemar memaksa diri untuk mengingati masa silam, Zack melangkah meninggalkan Ku Iz.

"Percayalah Zack.. Kau cintakan Najiha lebih dari segala galanya.. Semua orang tahu tu ! Aku takut kau akan menyesal bila ingatan kau pulih nanti.. Aku dan Azim pernah bersaing dengan kau untuk dapatkan Najiha masa kita belajar dulu.. Kau beruntung sebab Najiha pilih kau.. Hargailah peluang yang kau ada sekarang.. Jangan sampai Najiha dah dimiliki lelaki lain, masa tu dah tak ada guna lagi..." 

Hanya itu saja mampu Ku Iz katakan. Andai Zack tetap memilih untuk terus melupakan Jie, Ku Iz berharap sepupunya bahagia dengan jalan hidup yang dipilih. 

Doa dipohon agar Jie juga mendapat kegembiraan buat selamanya. Mungkin sudah suratan takdir mereka terpisah. 

Kini, Ku Iz dihimpit beban dosa kerana menjadi punca segala pergolakan ini. Pilu melihat nasib Jie dan Zack. Agak tragis kesudahan kisah cinta mereka berdua. 
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 01:58 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 5-10-2015 03:19 PM

Jie kaget seketika. Cincin digenggaman Shahrul direnung sekali imbas. Cantik berkilauan. Sekali lagi lamaran dihulur oleh lelaki itu membuatkan Jie berbelah bahagi. Takut sejarah lama berulang.

Malah, Tan Sri Azhari dan Puan Sri Zainab juga turut sama berada disini sebagai tanda merestui hasrat Shahrul untuk memperisterikan Jie. Makin Jie jadi tak keruan.

Tambahan pula, Abi dan Umi memberi sokongan padu kepada Shahrul.

Tujuan Umi dan Abi untuk mengucapkan selamat tinggal berubah apabila mengetahui hajat Shahrul. Kedua mereka berkenan jika Jie memilih menerima lamaran Shahrul.

Alasan Abi, Jie sudah lama mengenali Shahrul. Hubungan antara keluarga mereka juga agak rapat. Abi dapat merasakan kesungguhan Shahrul untuk memiliki Jie.

Melihatkan reaksi Jie yang kekal membisu terhadap lamaran Shahrul, Tengku Rahimah menarik Jie ke sisi. Ingin berbicara berdua. Mengajak Jie ke satu sudut tersorok sebentar.

"Kalau Zul bukan suami orang, memang Umi akan minta dia kahwini Najiha.. Tapi sayang.. Umi tak ada rezeki nak bermenantukan Najiha.."

Memang jodoh telah menuliskan Zulkarnain dan Jie tak ditakdirkan bersatu. Tengku Rahimah dan Dato' Sri Izham terpaksa akur akan hakikat itu.

"Umi tak kenal sangat Shahrul.. Tapi Umi nampak dia betul betul cintakan Najiha.. Umi rasa tak salah kalau Najiha beri dia peluang.."

Bukan niat untuk mencampuri urusan peribadi Jie namun Tengku Rahimah hanya mahukan Jie membuat keputusan terbaik.

"Entahlah Umi.. Jie keliru.."

Jie bingung. Bayangan Zack bermain diminda. Sukar untuk Jie melupakan Zack memandangkan mereka mempunyai zuriat bersama. Menatap wajah kembar milik mereka mengingatkan Jie pada Zack. Justeru, Jie lebih rela hidup bersendirian.

"Nasib kita sama , Najiha ! Umi pun pernah bergelar janda sebelum berkahwin dengan Abi.. Umi mentah lagi masa itu.. Umi percaya cinta adalah segala galanya.. Umi sanggup korbankan semua demi bekas suami Umi.. Tapi sayang, Umi merana ditinggalkan selepas keguguran anak kami.."

Tengku Rahimah sebak memikir masa lalu.

"Umi tahu Najiha masih cintakan Zack.. Kita wanita, Najiha ! Pilihlah lelaki yang cintakan kita bukan lelaki yang kita cintai.. Umi tak pernah cintakan Abi masa awal kahwin dulu.. Tapi Umi terima lamaran Abi sebab Umi tahu Umi akan bahagia dengan lelaki yang mencintai Umi... Alhamdulillah kami kekal sehingga sekarang.."

Jari jemari mengusap rambut ikal Jie. Tengku Rahimah berharap Jie bijak menentukan masa depan. Cinta saja bukan penentu kebahagiaan dalam perkahwinan. Bahkan, cinta boleh disemai. Yakin Shahrul mampu membahagiakan Jie.

"Jie ada anak, Umi ! Jie kena fikirkan mereka... Lagipun Shah..."

Bicara Jie tergantung dengan kedatangan Shahrul.

"Depan semua orang I bersumpah, I akan jaga anak anak you sebaiknya. I takkan bezakan kasih sayang antara mereka sekalipun kita ada anak sendiri nanti.. Trust me, Najiha !"

Shahrul segera menyampuk. Mematikan kata kata Jie. Masih memegang cincin digenggaman.

"Please Najiha... Terimalah lamaran abang I yang dah nak jadi bujang terlajak ni...  I takut Shah takkan berkahwin seumur hidup kalau you reject dia.."

Azim pula cuba memujuk. Kasihankan Shahrul. Abangnya resah selagi tidak mendapat jawapan balas dari Jie.

"Nur Najiha.. Will you marry me?"

Shahrul mengharap Jie sudi menerima kali ini. Berdebar menanti jawapan.

Jie merenung ke dalam mata Tengku Rahimah. Mencari kepastian.

Umi hanya senyum seraya mengangguk. Meminta Jie bersetuju.

"Ok !"

Hanya itu saja jawapan yang terkeluar dari bibir Jie. Tunduk seketika. Perasaan bercampur baur.

Shahrul terpana mendengar.

"It's means yes?!"

Teruja mendengar ucapan dari bibir Jie. Namun, Shahrul inginkan kepastian.

Jie mendongak lalu tersenyum ke arah Shahrul. Mengangggukkan kepala tanda setuju.

Shahrul membalas senyuman Jie. Spontan, mencapai jari jemari Jie untuk disarungkan cincin. Nyaris menarik Jie ke dalam pelukannya lantaran terlalu gembira.

Namun, Puan Sri Zainab segera menghalang pelakuan Shahrul.

"Behave Shah ! Mama tahu Shah sayang sangat kat dia.. Jaga batasan ! Biar Mama yang sarungkan cincin untuk bakal menantu Mama.."

Shahrul menurut saja kehendak Mama. Menyerahkan cincin kepada Mama dan melepaskan pegangan terhadap Jie.

"You ni gelojoh sangatlah bro !"

Azim menepuk bahu Shahrul. Mengusik. Tumpang gembira melihat Shahrul mendapat insan yang dihajati.

"Ala, you pun sama 2 kali 5 dulu !"

Juwita sempat menyindir Azim. Tiada beza reaksi Azim dengan Shahrul sewaktu Juwita menyatakan kesudian menerima lamaran dulu. Gembira melihat Shahrul dan Jie bakal bersatu.

Azim hanya tergelak.

Shahrul pula tersipu sipu malu. Mencuri pandang ke arah Jie. Hati berbunga keriangan.

Jie terharu tatkala diri dipeluk mesra oleh Puan Sri Zainab.

"Mama harap Najiha bahagia dengan Shah ! Anak anak Najiha akan jadi cucu kandung Mama.. Maafkan semua hinaan Mama pada Najiha dulu... Mama janji takkan sakiti hati Najiha .."

Puan Sri Zainab terus membahasakan diri sebagai Mama kepada Jie. Lambat laun Jie akan menjadi sebahagiaan dari keluarganya.

Demi anak kesayangannya, Puan Sri Zainab berharap hubungan mereka berdua terjalin erat. Biarlah salah faham dan sengketa dulu berlalu. Puan Sri Zainab ikhlas menerima Jie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2015 02:38 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 5-10-2015 11:18 AM

Zack terpaku menyaksi dari jauh. Meski memori masih kosong kala cuba mengingati detik berdua dulu namun entah kenapa sayu menerpa apabila melihat Jie menerima lamaran Shahrul.

Kegembiraan yang terukir diwajah Shahrul saat Jie bersetuju tadi membuat Zack dejavu seketika. Diri merasakan pernah mengalami keadaan sama dulu. Berusaha keras mengingat. Masih gagal.

Lantaran malas mahu menambah beban dikepala, Zack memerhatikan saja Abi dan Umi berlalu.

Seketika kemudian, sepasang suami isteri agak berusia meninggalkan Jie bersendirian bersama Shahrul.

Perasan seorang lelaki dan seorang wanita muda berbicara sesuatu kepada Jie sebelum melambai pergi mengikut sepasang suami isteri berusia tadi.

Zack merenung sekali imbas gelagat Shahrul disisi Jie.Terdetik perasaan kurang senang melihat Shahrul memeluk mesra tubuh Jie.

Namun Zack hanya endah tak endah.

Tujuan utama Zack ke sini adalah untuk menemui anak anaknya. Ingin mengucapkan selamat jalan. Jie berjanji akan membenarkan Zack serta kembar milik mereka menghabiskan masa bersama andai Zack merindui mereka.

Biarpun kedua pasang kembar berada dalam penjagaan Jie, Jie tetap memberi kelonggaran kepada Zack untuk bermalam dengan anak anak. Tiada apa yang berubah. Hak Zack sebagai ayah kandung tidak diketepikan oleh Jie.

"Daddy !"

Daryl berlari mendapatkan Zack. Perasan Daddy terpacak dari tadi memerhati.

Zack memeluk erat Daryl. Walau tidak berupaya mengingat namun kasih sayang terbit dalam jiwa sebaik mendengar Daryl dan Danny memanggil Daddy buat pertama kali selepas Zack dibenarkan keluar dari hospital. Meski agak kekok pada mulanya.

"How are you, son?"

Menatap wajah Daryl seumpama menatap bayangan dirinya saat kecil dahulu. Tiada lagi keraguan. Danny dan Daryl memang darah dagingnya.

Zack sebak mengenang Danny dan Daryl akan berjauhan darinya. Riak wajah berubah.

"I am fine, Daddy ! Glad to see you here !"

Daryl mendepa tangan ingin berada dalam dukungan Zack.

Mengerti kehendak Daryl, Zack tunduk mendukung. Mencium pipi Daryl. Takut kehilangan zuriat yang tidak diingati kewujudannya.

Entah kenapa dulu Zack tergamak tidak mengakui si kembar sebagai anaknya.

Malah menidakkan hakikat Jie adalah isteri sehingga Zack terus melafazkan talak untuk mengakhiri perkahwinan mereka.

Air mata Jie mengalir deras sewaktu itu. Zack hanya memandang tanpa rasa berdosa hatta sekelumitpun.

"Why you look sad?"

Jari jemari comel Daryl mengusap rambut Daddy. Memahami gejolak dalam diri Zack.

"Mommy told us that you had lost your memory.. As it a reason why you can't recognized us.. But it's ok Daddy ! Danny and I still care about you.. No matter how, you are still our kind hearted Dad.. We do love you Daddy.."

Kepetahan Daryl berbicara membuat Zack terkesima seketika.

"Really?"

Zack sekadar menduga anak kecil dalam dukungannya.

Daryl angguk, mengiyakan.

"Daddy.. You may not remember this story. But you did tell me this.. Perhaps it's my turn to tell you the same.."

Walau masih kecil, Daryl tahu Mommy dan Daddy sudah berpisah. Setiap kata kata Mommy terpahat dibenak Daryl. Lantas membuat Daryl memahami mengapa Zack dan Jie tidak lagi hidup sebumbung. Mungkin ini kali terakhir Daryl dapat bersua dengan Zack. Memeluk erat leher Daddy.

"Just tell me, kid.. Who knows I might be able to remember it.."

Mata Zack berkaca. Sedih menusuk mendengar ayat dari bibir mungil Daryl.

"There are two wolves who are always fighting.. One is darkness and despair. The other is light and hope.. And there is a question.."

Daryl sengih menampakkan gigi. Sengaja ingin menguji Zack.

"What is it?"

Zack menyoal hairan.

"The question is which wolf wins, Daddy?"

Daryl merenung Zack. Menagih jawapan.

"I have no idea, son.."

Tiada jawapan tercerna diminda Zack.

Kemunculan Viana mengganggu perbualan Zack dan Daryl.

" Luckily you are here.."

Viana mengurut dada lega melihat Daryl selamat disisi Zack.

"I've been looking for you, dear.. Come ! We gotta go.."

Tanpa mempedulikan Zack, Viana mendepa tangan untuk mendukung Daryl pula.

"It's okay Mama Vee... Daddy will send me over there.." Daryl menolak.

"Can you do that for me, Daddy?"

Inilah saat terakhir Daryl dapat bermanja dengan Zack. Naluri dapat merasakan mereka takkan bersua untuk satu tempoh masa panjang.

Zack hanya akur permintaan Daryl. Berjalan longlai ke arah Jie.

"Daddy !! I miss you !!"

Giliran Danny pula berkejar ke arah Daddy. Merindukan belaian manja Zack.

Zack tunduk mencium dan mengusap pipi Danny. Berpaling ke arah Jie dan Shahrul.

"I doakan you dan anak anak selamat sampai sana.. Jaga kembar baik baik.."

Senyuman mekar dibibir Zack saat memberi pesanan. Agak tersentuh melihat cincin tersarung dijari manis Jie. Air muka berubah.

"Thanks Zack ! Jangan risau, I akan jaga mereka.."

Hanya itu saja yang mampu diucapkan Jie.

"By the way Zack, we are getting married soon.. Aku janji akan jaga Najiha dan anak anak kau dengan sempurna.."

Pada Shahrul ini kesempatan terbaik untuk memberitahu Zack tentang rencana mereka berdua. Biar Zack mengetahui dari mulutnya sendiri.

"Congratulations ! Semoga kalian bahagia sampai ke anak cucu.."

Zack menghulurkan tangan kepada Shahrul. Berjabat tanda mengucap tahniah. Mempamer riak gembira mendengar perkhabaran ini. Masih tersenyum.

"Thanks, Zack !"

Huluran tangan Zack bersambut. Shahrul lega Zack tampak merestui niat hati untuk mengahwini Jie. Berharap segala rancangan dipermudahkan.

Manakala Jie merasa sayu. Benar Zack sudah tidak ambil kisah tentang dirinya lagi. Zack kelihatan bergembira mendengar perkhabaran dari Shahrul. Ternyata kisah cinta mereka sudah pun berakhir.

"I gotta go, Shah.. See you there !" Jie melambai ke arah Shahrul sambil tersenyum.

"Abang akan datang sana nanti.. Tunggu tau sayang !"

Shahrul menggenggam erat jari jemari Jie lalu memeluk mesra. Mengharap Jie tidak berubah fikiran.

Jie hanya angguk. Masih lagi senyum. Merasa selamat dan selesa dalam pelukan Shahrul. Meyakini keputusan mengahwini lelaki ini adalah yang terbaik.

Sempat merenung sekilas ke arah Zack yang masih sibuk dengan si kembar. Jie menggamit Danny dan Daryl supaya mengikut Hareez.

Selamat tinggal Zack ! Bicara hanya bergema dalam hati Jie. Meleraikan pegangan tangan Shahrul. Mendukung Dania yang masih lena tidur didalam stroller terus melangkah pergi. Darwish dalam penjagaan Kak Ida. Danny dan Daryl dipimpin oleh Hareez.

Zack tersentuh melihat langkah Jie dan anak anaknya. Lambaian Danny dan Daryl dibalas sayu.

Satu peristiwa berlegar difikiran. Persekitaran lapangan terbang.

Port Columbus.. Rantai.. Seraut wajah sayup sayup menjelma..

Zack buntu. Memejam celik mata. Pening. Pandangan berpinar. Duduk seketika dibangku untuk menenangkan fikiran.

"Bro, memang kau lagi tua dari aku.. Tapi kau akan jadi adik ipar aku ! Jaga Najiha baik baik !"

Hareez memberi peringatan kepada Shahrul sebelum berlalu. Shahrul hanya mengangguk.

Lega apabila mengetahui Hareez adalah abang kepada Jie. Bermakna tiada lagi pesaing Shahrul untuk bersama Jie. Syukur dengan peluang ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 07:59 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-10-2015 08:29 PM

Which wolf wins, Daddy?

Kata kata Daryl masih bermain difikiran. Lalu Zack memberhentikan kereta dipinggir jalan. Enjin dan penghawa dingin dibiar terpasang. Mencapai Ipad ditempat duduk sebelah. Segera membuka laman web Google.

Which wolf wins quote..

Jari jemari pantas menyentuh skrin menaip. Mata Zack terpaku pada satu baris perkataan yang muncul pada related searches.

Tomorrowland.. Filem bergenre kembaraan misteri sains fiksyen. Minda menerawang jauh.

Gateway Film Center..Heart of Columbus.. Dan seorang wanita senyum mesra ke arah Zack.

Makin pening kepala. Satu demi satu peristiwa berputar difikiran.

Which wolf wins, Daddy? Which wolf wins, Daddy?

Suara Daryl bergema lagi. Berulang kali. Zack menarik rambut. Rimas.

"The one you feed !"

Spontan bibir Zack menutur tanpa disedari.

Terdiam sejenak. Macam mana jawapan itu didapati? Tanda tanya terbit.

Serentak itu, Zack terbayang Danny dan Daryl berbaring di atas ribaan Jie.

Jie disisi mengusap lembut rambut  milik si kembar. Manakala Zack sedang tekun bercerita. Danny dan Daryl ralit mendengar.

Kisah yang sama.. Zack meminjam cerita Britt Robertson kepada Tim McGraw yang memegang watak sebagai ayah Casey Newton dalam 'Tomorrowland'.

Kini, Daryl anak kecil berusia 4 tahun itu berupaya menceritakan semula legenda yang pernah Zack perdengarkan suatu masa dulu.

The wolf within that we feed is the one that grows. Terdengar suara sendiri galak bercerita. Sebelum Jie disebelah menyampuk..

"You gonna decide which wolf to feed within you, Dear.. Good or bad ! Daddy and I will guide you but final decision still yours.."

Meski anak anak mereka masih kecil, Jie dan Zack sepakat untuk membiarkan Danny dan Daryl berfikir sendiri. Menilai baik buruk.

Barulah Zack mendapat gambaran jelas tentang peristiwa yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Mereka menonton berdua dipanggung Gateway Film Center berdekatan North High Street. Jie berpura mati dan lari ke Columbus tika itu. Zack pula sanggup menjejaki sehingga ke Ohio semata mata untuk melamar Jie.

Kali pertama lamaran dihulur Jie memberi seribu alasan. Berlaku sesi perdebatan antara mereka sehinggalah akhirnya Zack berjaya membuat Jie bersetuju.

Terimbas juga saat Zack mengalungkan rantai di leher seseorang dilapangan terbang Port Columbus sewaktu Zack pulang semula ke Malaysia.

Tak syak lagi. Wanita dalam khayalan itu adalah Jie.

Baby ! Zack mengeluh. Wajah Jie bermain difikiran. Sejenak, kasih dan rindu menggebu.

Kecewa mengenang bertapa butanya diri selama ini. Memandang sepi setiap kali Jie menghampiri dan cuba mengembalikan kenangan dulu.

"Kenapa I boleh lupakan you, Baby ?! Kenapa?!"

Menjerit sekuat hati diluar sedar. Mujur, diri berada di dalam kereta. Tiada siapa mampu mendengar jeritan tadi.

You betul, Baby ! It's hard to stay strong but it's easy to give in !

Itulah kata kata terakhir Jie sebaik saja Zack selesai melafazkan talak.

Waktu itu, Zack enggan ambil peduli lantaran rimas diasak oleh Jie. Setiap hari Jie akan bercerita tentang kisah cinta mereka dulu dengan harapan Zack kembali ingat. Sayang, tindakan Jie membuat Zack bertambah bosan dan memberontak.

Justeru, Zack lega apabila berjaya menceraikan Jie. Bebas dari komitmen isteri yang tidak dikenali !

Kini Zack sedar kebenaran bicara Jie.

I memang useless ! I tak kenal isteri sendiri !

Zack kesal. Jie dan anak anak kini terpisah jauh beribu batu. Sukar untuk dijangkau lagi.



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:15 PM | Show all posts
please la zack n jie.. x lalu dgn shahrul tue...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by shahrinas at 7-10-2015 08:32 AM

Klu ZACK kejar JIE blk...kan bagus...
X suka ngan shahrul ambik kesempatan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 158592 Replies : 3886
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71195 Replies : 2927
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3878 Replies : 14
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188046 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6745 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.210245 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list