CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: vivyanne_06

Bina segera Masjid Cina di KL

[Copy link]
Post time 25-12-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by orgcina at 4-12-2008 11:13 PM



semua dipaksa masuk punya,  bukan rela hati yg ingin masuk Islam


bapa saya juga Melayu,  mak saya Cina,  tapi saya dan mak langsung tak minat tentang Islam,  adik saya pun sama,  kita  ...


mmg ade yg masuk islam atas dasar kawen. sy rase mcm mane pun alasan tersebut tak bleh nak menafikan kebenaran Islam itu sendiri.

aku adalah cine yg masuk islam bkn shj rela hati tp dah nmpak kebenaran yg ade dlm Al Quran. terus terang je lah aku ckp, aku mmg asal dari background sains, kalo org tuh cuba nak introduce agama dia maka dia harus pamerkan fakta2 sains yg ada. sy pnah jd buddhist, taoist, kristian dan skarang islam. fakta2 sains yg ada dlm quran tuh tak bermaksud al quran itu buku sains. tp kalo nk ckp tepat quran itu adalah ayat2 tuhan yg mempunyai tanda2 kewujudan dan kebijaksanaanNya, quran itu dijadikan panduan utk setiap muslim yg bertaqwa. kalo org tuh tak bertaqwa, biar pun ayat2 quran boleh pecahkah gunung uhud pun tak gune gak. sbb dia tak menghayati dengan ikhlas.

kamu tak caye crite2 dlm quran sbb kebykan yg berlaku adalah perkara ghaib. mungkin kamu tak pnah terserempak ngan jin ataupun hantu jelmaan, sedangkan Allah itu sendiri adalah perkara ghaib, yakni tidak boleh dilihat dgn mata kasar, tapi boleh disedari dengan menggunakan akal dan otak yg diberikan kpd kite. namun kamu boleh caye menda ghaib spt mane yg dipercayai dlm adat cine tradisional. cth menyembah nenek moyang, kehidupan dlm neraka, roh dan sebagainya. tapi kamu tak bleh nak caye crite2 ghaib dlm Quran hanye disebabkan agama itu dinamakan ISLAM, btol tak?

kat dunia nih bukan semua perkara boleh dilihat pakai mata kasar. cth mcm magnet, kite tak bleh nak lihat medan tarikan tapi boleh diuji dengan serbuk besi. adakah kita menafikan medan tersebut tak wujud? satu contoh lagi, kite tak bleh nak lihat udara tapi kite boleh rase dgn sentuhan kulit kita. Tuhan tidak boleh nampak tapi boleh "diuji" kewujudanNya dengan alat yg dipanggil OTAK. sbab tuh dlm Quran ia byk suruh manusia pikir pakai otak dan akal, serta mengkaji persekitaran kite supaya mencari tanda2 kewujudan Tuhan. Pengiraan sains astronomi telah menafikan bhw alam semesta wujud dengan sendiri, jauh lagi tidak mungkin kehidupan boleh dihasilkan tanpa campur tangan kuasa luar. namun segala yg terjadi dlm alam nih mempunyai sebab dan alasan kewujudannya. contoh mcm pokok buah yg tidak mempunyai deria penglihatan tapi ia boleh bertindak balas dgn perubahan dlm persekitaran spt faktor cahaya dan garam mineral. kenapa pokok tersebut menghasilkan buah-buahan yg wangi dan sedap serta warna yg menarik apabila ia mejadi masak? tujuannya utk menarik perhatian haiwan dan manusia (yg boleh bergerak) utk makan buah tersebut dan menyebarkan bijih benihnya. sedangkan pokok buah tidak mempunyai mata dan akal fikiran, jd bgaimana pulak ia tahu tentang kewujudan haiwan dan manusia yg akan menjadi agen penyebarannya? tidakkah semua nih telah dirancang oleh suatu kuasa yg paranormal?

dah brape puluh tahun ko jd muslim (sbb ayah kamu melayu Islam) takkan kamu tak tau Quran itu wujud sejak lbh kurang 1,400 tahun dahulu. pastinya segala fakta sains yg ada dlm quran tidak mungkin boleh diramal ataupun direka2 oleh umat manusia zaman itu. apatah lagi fakta2 tersebut tahan uji dengan ilmu sains yg diketahui oleh manusia skarang?

memandangkan kamu cine, saya pun cine. biarlah sy berterus terang dgn kamu. sy tahu kamu mempunyai kebebasan utk memilih sesuatu kepercayaan. dan tiada sesiape pun boleh menafikan atau mempertikai keputusan kamu tuh. namun kalo nak kaji btol2, kenapa adat cine kite perlu sembah nenek moyang? adakah ingin meminta supaya kite dirahmati dan dilindungi drpd segala bencana dan malapetaka? jd pendek kata nenek moyang kite mempunyai kuasa utk memakbulkan doa2 kite hanya selepas mrk meninggal dunia. tapi semasa mrk hidup lagi di dunia, mrk bukan shj tidak mempunyai sebarang kuasa utk melindungi org, malah mrk tidak dpt melindungi diri sendiri drpd kematian. jauh lagi tidak mungkin melindungi org2 yg minta selepas mrk mati. tapi dlm Islam Allah telah sebut hanya Dia sajelah yg mampu menghidupkan serta mematikan sesuatu yg bernyawa. Dia tidak mempunyai kelahiran dan kematian, permulaan serta pengakhiran. Sbb tuh hanya dia sajelah yg layak dikenali sbg Tuhan. Jika sesuatu ade kelahiran dan kematian, cth nenek moyang kite dan dewa-dewi cine (yg pnah hidup di dunia ini), adakah mrk boleh dikenali sbg tuhan sedangkan mempunyai kekurangan? aku lihat sdara mara aku beli patung sembahan drpd kedai cine, dan pnah aku pikir begini, mengapa patung sembahan yg dikenali sbg tuhan itu boleh dijual beli dlm kedai? dan patung tersebut dibuat drpd tangan manusia sendiri? nape manusia mesti lihat sesuatu yg nyata baru bleh caye, kalo Tuhan itu ghaib dan tak leh dilihat, mrk tak mau beriman? adakah ini menunjukkan mrk malas menggunakan otak dan akal fikiran utk mencari serta mengkaji tanda2 kewujudanNya di alam ini?

aku bukan nak menghina sbb aku tak berniat langsung nak buat gituh. tp ape yg aku nak ckp sume nih hanyalah utk kite pikir sejenak. Aku cine dan kamu pun cine, nape sy boleh lihat kebenaran Islam tapi kamu tak boleh?

[ Last edited by  Presa1200 at 25-12-2008 03:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2008 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by orgcina at 4-12-2008 11:48 PM

habis apa yg awak paham ?

Nabi Adam dan Hawa pernah muncul ke ?   
apa buktinya ?  muncul kat mana ?
negara Iraq sekarang ke ?


Setiap muslim harus caye rukun iman 6 iaitu kepercayan kpd para nabi dan rasul dan salah sorang drpd mrk adalah Nabi Adam. Negara Iraq? adakah itu direka semata2 oleh kamu? Buktinya dalam Quran, iaitu manusia yg pertama diciptakan dari tanah kering yg dibakar spt tembikar, lumpur hitam, tanah liat ataupun mengikut terjemahan dpr bhs arab iaitu zat yg mudah terbakar, zat hasil pembakaran, zat lemas, zat air, zat besi, dan unsur2 zat asli spt anorganis. benda2 nih disebut dlm Quran tapi dlm surah yg lain2. kemudian zat2 tersebut bercantum dan Allah meniupkan roh kepadanya, maka terbentuklah manusia yg bernyawa spt mana diinginkan oleh Allah.

mungkin kamu akan rase heran, mcm mane manusia boleh terbentuk drpd tanah sedangkan ilmuan Darwin mengatakan manusia itu terbentuk secara beransur2 dlm proses evolusi. tapi kamu jgn lupa, sebelum segala sesuatu yg hidup itu sempat muncul, bumi dulu penuh dgn gunung berapi, magma dan lava yg panas lagi ganas. selepas proses penyejukan dan iklim menjadi stabil, barulah hidupan ringkas muncul secara beransur2. semuanya hanya kerana adanya kuasa Allah yg menentukan, maupun pembentukan DNA sel ringkas. Tanpa kuasa tuhan, kehidupan tidak mungkin akan muncul dengan sendiri. ataupun asid2 amino yg terdapat dlm alam sekitar tidak akan membentuk molekul protein secara rawak or emerging from chance. Ini bermaksud, segala kehidupan yg terbentuk adalah berasal drpd bumi mahupun sel ringkas dlm lautan. Jd apa pulak tidak logiknya manusia jugak berasal drpd bumi yakni tanah? Lihatlah kejadian badan kamu sendiri, tulang kite diperbuat drpd kalsium karbonat. sbb tuh kite perlu mengambil zat kalsium drpd susu dan hasil tenusu, dan lembu/kambing pulak bergantung kpd pengeluar primer iaitu tumbuh-tumbuhan. Dari manakah tumbuh2an nih memperoleh zat mineralnya? Semuanya drpd tanah. Dan tanah merupakan salah satu drpd faktor pertumbuhan. Begitu jugak dgn mineral/vitamin lain yg diperlukan oleh manusia, semuanya diperolehi drpd pengeluar primer yg bergantung kpd tanah. Tanpa tanah (air dan cahaya), tumbuhan daratan tidak akan terbentuk, sejurus itu tiada haiwan herbivor, dan akhirnya manusia pasti tidak dapat meneruskan hidup.

masih ragu2? skarang, kamu amik seketul daging dan bakar smpai hangus, tgk ape jd kat daging tuh. adakah ia masih kekal lembut dan berisi? tidak, ia menjadi spt arang hitam dan terurai kpd juzuk2 yg asas spt karbon, yakni "fakhkhar" ataupun zat hasil pembakaran. Jika terus dibakarkan lagi, ia akan menjadi abu. Apabila abu nih dicampur gaul ngan air, ia menjadi spt tanah liat ataupun lumpur hitam yg geli serta jijik. Spt mana yg disebut td mengenai jenis2 tanah yg membentuk nabi adam, yakni "Hamaain" ataupun lumpur hitam yg merupakan salah satu drpd jenis2 tanah tersebut. Dalam tindakbalas kimia, jumlah tenaga yg dihasilkan ataupun yg hilang ke dalam udara sama dengan jumlah tenaga yg disimpan. Dlm contoh yg sy berikan, tenaga yg disimpan dlm daging tersebut telah bertukar menjadi haba dan api. Dan protein2 serta molekul2 lain yg terdapat dlm daging tersebut telah berubah bentuk menjadi karbon dan hasil pembakaran. Jika proses ini diterbalikkan, maka daging itu akan dibentukkan semula. Tapi manusia tidak mampu melakukannya dengan teknologi yg ada pd hari nih. Jd tak heranlah kalo tuhan boleh menterbalikkan proses tersebut yakni menciptakan Nabi Adam dengan hanya menggunakan tanah dan zat air. Sungguhpun manusia yg mati akan terurai jugak dan komposisinya dikembalikan ke dalam tanah semula.

Mungkin kamu masih rase tak mungkin manusia akan terbentuk drpd tanah. Tapi dlm dunia nih, takde menda yg tak mungkin terjadi dengan kuasa Allah. Cuba perhatikan sebiji telur ayam, apa yg boleh kamu lihat hanyalah cengkerang. Dan dlm cengkerang tuh terdapat protein telur serta kuningnya, iaitu kolesterol. Wlaupun menda2 nih nmpak mcm ringkas sbb kite makan tiap2 ari, namun menda2 nih lah yg membentukkan anak ayam. Juzuk2 serta molekul2 protein tersebut merupakan komponen pembinaan embryo dan fetus, dengan kehadiran haba serta tenaga. Ayam boleh dibentuk drpd protein tersebut krn terdapat maklumat yg disimpan dlm DNA. Jika kamu bakar protein telur tuh smpai hangus, kamu akan mendapat juzuk2 yg asas mcm karbon jugak. Jadi mengapa manusia tidak boleh terbentuk drpd tanah sedangkan anak ayam boleh terbentuk drpd protein dan kuningnya? wlaupun ibu ayam yg melahirkan telur tersebut, tapi hakikatnya menda2 nih semuanya berasal drpd tanah jugak....

habis kenapa menurut pakar kaji purba,  manusia yang paling awal munculadalah di Negeri China dan Afrika,  bukannya di tempat yg dikatakan katAl-Quran
Nabi Adam muncul kat bila ?  tahun apa ?
kenapa mampu mencatat kemunculannya,  tapi tak mampu mencatat tahunnya


Al Quran bukan buku sejarah arkeologi, tidakkah cukup tuhan hanya skadar memberi panduan supaya kita kaji sendiri? Namun kita harus mengkaji serta memperoleh ilmu atas nama Tuhan, spt mana ayat yg pertama diturunkan kpd Nabi Muhammad: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yg menciptakan (sekalian)..."

ade pape masalah ke kalo manusia yg terawal (mengikut rekod) muncul di china dan afrika? adakah ia membatalkan kebenaran bhw manusia itu terbentuk drpd tanah? Adakah ia menafikan hakikat bhw segala kehidupan yg terdapat di atas bumi nih muncul drpd tiada (yakni kekosongan)? Ataupun kamu caye kehidupan tuh muncul tibe2 mcm ade kuasa magic? Wlaupun tuhan mampu buat begitu namun Dia menjadikan segala sesuatu mempunyai tata tertibnya, ataupun proses yg beransur2. Bayangkan kalo kamu tengah bawak kete, dan tuhan jadikan sebatang pokok muncul tibe2 depan kete ape yg akan terjadi? ataupun sorang pompuan yg baru buat seks dgn suaminya tibe2 gugur sorang bayi dari farajnya? Ape yg akan terjadi kat dunia nih? huru hara? Sbb tuh Allah itu maha Penyayang, Dia jadikan segala sesuatu mempunyai tahap yg tertentu supaya kite boleh kaji dan bersyukur ke atas pemberianNya.

tambahan pula,  menurut kaji purba lagi,  manusia zaman purba  adalahmengembang secara beransur-ansur dari spesis beruk, tapi Nabi Adam danHawa yg ditulis kat Al-Quran, rupanya sama seperti manusia sekarang,cuma bogel tak berpakaian,  langsung tak menepati logik


mengenai manusia pertama yg dicipta drpd tanah, sy sudah terangkan sebelum nih. Skarang, mari kite kaji teori Darwinisme. Darwin mengatakan bhw manusia berkembang secara beransur-ansur drpd spesis beruk. Dalam alam nih, mrk yg kuat akan terus hidup manakala yg lemah akan lenyap.

Soalan pertama:

Wlaupun teori darwinisme mengatakan bhw manusia berkembang melalui proses evolusi, tapi adakah ia masih menafikan bhw segala yg terbentuk berasal drpd bumi dan tuhan yg mengaturkan segalanya?

Soalan kedua:

Jika manusia berasal drpd beruk, mengapa perbezaan DNA (antara manusia dan beruk) kurang drpd 2%? Perbezaan yg begitu sikit tapi mengapakah rupa bentuk serta cara hidup kedua2 spesis tersebut jauh berbeza? Kucing berasal drpd kuarge singa dan harimau bintang tapi DNA mrk berbeza. namun mrk masih mengamalkan cara hidup yg lebih kurang sama iaitu memburu makanan dengan kuku tajam dan makan daging yg mentah (mmg setiap haiwan makan benda yg mentah). Tapi kite lihat semula kat manusia dan beruk, cara hidup masing2 berbeza. Beruk duk dlm hutan, manusia tinggal dlm rumah. Beruk mkn makanan yg mentah, tapi manusia pulak makan benda yg telah dimasak (mcm2 jenis cuisine pun ade). Ini menunjukkan manusia mempunyai akal fikiran dan jiwa. Inilah yg membezakan manusia drpd haiwan. Bgaimana pulak kamu boleh kata manusia itu berasal drpd beruk sedangkan mrk ade otak tapi takde akal? Tuhan telah berfirman manusia itu adalah sebaik-baik ciptaanNya.

Soalan ketiga:

Teori Darwinisme caye kehidupan terjadi dengan sendiri, yakni tidak memperakui adanya Tuhan yg menciptakan. Tapi dlm pengiraan kebarangkalian, peluang untuk molekul protein yg wujud secara rawak (tanpa campur tangan kuasa luar) adalah 1 dalam 10 kuasa 950. Dlm realiti ia bermaksud tidak mungkin sekali akan berlaku kejadian tersebut. Jadi bagaimana pulak darwin jawab soalan tersebut?

kenapa Al-Quran tak mampu nak mencatat kemunculan kitorang Melayu ?  saya sebenarnya boleh dianggap Melayu juga


sy sudah kata, Al Quran itu bukan buku sejarah yg kamu blaja masa form 5 dulu. Al Quran adalah ayat2 tuhan yg mempunyai tanda2 kewujudan serta kebijaksanaanNya. Tujuan utk kita kaji Al Quran bukan nak blajar sejak bile org melayu muncul di nusantara, tapi adalah untuk mencari kebenaran hakiki mengenai kejadian alam dan manusia yg semuanya diciptakan oleh Allah.

[ Last edited by  Presa1200 at 25-12-2008 04:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by orgcina at 4-12-2008 11:59 PM

sorry,  I disagree

apa yg kitorang Cina nak bukan masjid Cina, diorang kalau ada hati naktunjuk baik dgn kitorang Cina,  kenapa tak paham apa yg kitorang nak ?


Pembinaan masjid yg bercirikan budaya cine bukanlah sekadar nak memuaskan permintaan hak org cina, tapi utk tujuan serta memudahkan keje2 ibadah dan dakwah. Maupun masjid mcm tuh dibina, ia tak bermaksud sume org cina akan sabar dan redha terhadap kezhaliman kerajaan. ataupun sume org cine berhenti benci kpd Islam. Tapi dengan adanya masjid yg bercirikan budaya cine, sekurang2nye org cine paham bhw islam ini bersifat universal. iaitu sehsuai utk semua jenis kaum. Sbb org cine kat mesia nih beze sikit ngan org cine negara lain mcm indon dan siam. sebahagian cine kat sini kalo nak berkawan dia hanye pilih utk bergaul dgn kelompok dia aje, jadi pimai2 pun ckp pasal menda yg lebih kurang sama. kalo tanye diaorg adakah sorang bukan islam yg memeluk agama islam dianggap bertukar identiti jadi melayu? kebykan diaorg akan rase gituh. tapi bile kamu byk gaul ngan org melayu (yg baik), sekurang2nye kamu akan paham islam itu agama universal. tak lah berfikiran sempit mcm diaorg tuh. sy harap dan caye kamu bukan dari golongan tuh.

Cina yg paling memerlukan ialah Sekolah Cina


wlaupun sy sorang cina tp sy membantah sistem pendidikan dipisah ikut kaum. perpaduan kaum bermula dari kecik dan zaman kanak2. kalo kecik2 dah pandai pilih bergual ngan kaum dia aje, mcm mane nak harapkan diaorg bersatu ngan kaum lain kelak nanti? Lihatlah di dunia nih, mane ade negara yg skolah dia pisah ikut kaum? wlaupun sistem pemerintahan di indon kurang baik, tp sekurang2nye org2 cine kat situ dah asimilasi sbg sorang rakyat indon. mrk berbahasa indon sesama sendiri, masuk skolah satu jenis iaitu sek. kebangsaan. tapi mrk tetap mengekalkan budaya ataupun bhs ibunda masing2. kat rumah masih beragama kristian ataupun tradisional cine.

kat mesia, org2 cine masuk SRJKC. lpas tuh kat sek. menengah ade yg masuk SMJKC cth Tsun Jin dan Chong Hua, ade yg lain pulak masuk SMK. yg masuk SMK tuh nak berkawan pun pilih kaum dia aje. Ye lah mmg lah ade cine yg bersifat flexible sikit, dia boleh berkawan ngan sape2 je. tapi hakikatnye sifat serta fitrah org cine yg berasal SRJKC nih suke berkawan ikut kaum, membezakan manusia dengan warna kulitnya. lepas tamat Sek menengah, masuk universiti ade yg masih lebih kurang gaya yg sama, lepas grad carik keje pun 2 x 5 je. mcm mane nak bersatu kalo mcm nih?

mengapa perlu ada sek. cina? adakah utk memelihara hak org cina dan budaya masing2? kalo nak kekalkan budaya cine, bukan kat SRJKC je boleh blaja. kat luar berlambak persatuan dan pertubuhan kebudayaan cine mcm main kungfu, tulis kaligrafi, blaja muzik cine main guzheng, bukankah dgn cara tuh kite boleh kekalkan budaya kite? kalo utk makbapak yg kurang budget ataupun tak mampu nak bayar lebih, boleh je anak diaorg masuk skolah menengah nnt pilih kelab kebudayaan. jd apa masalahnye?

Nak tuntut hak org cine sbb krjn tak adil? kamu ingat org cine je yg kene tindas kat mesia nih je ke? sbb tuh kamu kene bergaul ngan kaum lain dan blaja lebih byk menda. kalo bergaul ngan kaum sendiri je mcm katak bawah tempurong. ade perkara yg org cine mmg tak tau, dan kekadang kite kene tipu kat hasutan org cine sendiri. itu lah sy kata, bukan org cine je yg kene tindas oleh krjn BN nih. kamu tau tak ramai lagi org melayu yg kene tindas kat UMNO dan BN? kamu ingat hak istimewa tuh boleh menyelamatkan segala2nya ke? slama nih, org2 UMNO menyalahgunakan hak istimewa utk kepentingan pihak yg tertentu. hanye kroni2 dia je yg dpt. kamu tau tak ade member melayu sy, PMR dia dpt full As tapi masih tak dpt bantuan biasiswa? lpas tuh ayah dia sorang MP ataupun polis askar. ayah dia jenis yg btol2 bertaqwa yg nak islam punye lah. ade skali kem askar bukak puase pakai duit haram (duit judi kalo tak silap), so ayah dia pun komplen lah kata dlm Islam duit tuh tak boleh pakai sbb haram, bukan milik diaorg. lpas tuh ayah dia kene tukar tmpt dan hantar ke labuan sbg hukuman sbb menyibuk sgt. siap tak bleh nak jumpe ngan kuarge lagi kamu tau tak? tgk lah, sape kata org cine je yg kene tindas? org melayu sendiri pun kene tindas kamu tau tak? kalo tak kenape ade PAS dan PKR yg membantah kerajaan? majoriti yg sokong parti2 tuh kan melayu gak. abis tuh, kamu ingat diaorg bantah kerajaan saje main2?

org melayu kuat kene tindas, tapi boleh je diaorg korbankan sek. melayu? jd nape org cine dan india tak bleh nak bubarkan skolah cine dan tamil masing2? adakah kamu ingat sistem pendidikan itu harus dipengaruhi oleh politik? kalo kamu rase gituh, sy boleh kata kamu nih jenis yg racist. dan tak paham ape itu hidup asimilasi sbg sorang rakyat malaysia. kalo sek. cine dan tamil dibubarkan, lpas tuh wujudkan sek. kebangsaan utk satu jenis aje. mak bapak cine/india mesti kurang setuju sbb takut bhs ibunda hilang. kalo mcm tuh, krjn boleh lah buat pemindaan baru iaitu mewajibkan pelajar2 bukan melayu mengambil kelas bhs ibunda dan pelajar melayu dialu2kan masuk join. adakah org cine/inda akan stuju? kalo tak stuju sbb kononnye diaorg takut anak akan terpengaruh kat org melayu dan islam. jd sy boleh kata mrk tuh jenis yg racist. org islam boleh je bergaul ngan semua org nape makbapak diaorg tak boleh bg anak bergaul ngan org islam? kita kat dunia moden dah tak main isu perkauman lagi okay!!

jgn hanye disebabkan org cine kene tindas kat krjn maka diaorg pun nak buat sek. tuk kaum sendiri aje. lpas tuh benci org melayu, benci islam. padahal yg buat jahat tuh kerajaan BN. wlaupun majoriti BN dan UMNO adalah melayu, tapi ini tak bermaksud semua org melayu jahat mcm diaorg. ade gak org melayu yg sanggup mati mempertahankan negara ataupun agama. tgk je lah PAS dan PKR, ade je org melayu yg lawan kerajaan? ape yg sy perhatikan selama nih, disebabkan krjn kita zhalim, maka org2 cine mule tak suke kat org melayu dan last2 salahkan agama Islam. Mmg lah org melayu UMNO nih beragama islam jugak, tapi diaorg tuh islam pada nama je. Bukannye btol2 jenis yg bertaqwa. Kalo krjn itu bagus, mrk akan memperjuangkan hak utk setiap kaum tak kiralah bangsa dan agama. Sbb tuh dlm Islam, nabi muhammad mengharamkan perjuangan yg mengikut perkauman. Sape2 yg memperjuangkan utk kaum dia aje tidak akan diperakui umat oleh Nabi Muhammad, bahye tuh. Dlm islam, tuhan sgt suke kalo muslim berlaku adil terhadap org2 bukan islam. Kamu tak tau ke, masa nabi kat madinah dulu baginda memperjuangkan hak setiap kaum tanpa mengira bangsa dan agama. kat madinah mmg ade org2 yahudi yg bukan islam, malah nabi muhammad memberi pengiktirafan politik dan agama, serta hak yg sama dgn org islam madinah kpd org2 yahudi nih. Sepatutnye kerajaan kat mesia nih kene ikut cara Nabi Muhammad, iaitu layan setiap kaum dgn seadil-adilnya.

tgk je lah kat US tuh, wlaupun org2 kulit hitam dulu teruk kene tindas kat org2 putih, diaorg boleh je masuk skolah satu jenis. ade ke diaorg masuk skolah afrika? ade ke diaorg ckp bhs afrika, ataupun menganuti agama afrika? jawapannya tidak. tgk je lah obama tuh, boleh dikatakan dah 100% asimilasi sbg sorang rakyat amerika. ckp pun AMERICAN ENGLISH, bukan english yg pelat afrika punye. nape kat situh diaorg boleh mengatasi batasan kaum tapi kat mesia tak bleh? nape org2 cine kat mesia nih mau hidup berkelompok dan tak nak asimilasi hidup sbg sorang rakyat mesia? kite adalah org cine malaysia, bukan China ataupun Taiwan. bhs rasmi kitorang adalah BM manakala bhs ibunda mandarin. kite boleh je kalo nak kekalkan budaya kite tp jangan lah smpai skolah pun harus dipisahkan ikut kaum... dah melampau tuh. bumi nih milik semua org, kite takde hak nak membezakan manusia dgn warna kulit mrk.

free Chinese Station TVChannel,  yg sekarang punya free Channel rtm, tv3, ntv7...semua bukanChinese Channel


skrang tak cukup ke Astro ade Wah Lai toi? Ntv 7 kekadang ade berita dan hiburan bhs cine. tak cukup ke suratkhabar dlm bhs cina mcm China Press dan Sin Jew Jit Poh? kalo kat indon, takde menda2 mcm nih kamu tau tak? tapi org2 cine kat situh masih boleh bergaul dgn org2 melayu indon dan ckp bhs indon sesama sendiri? nape kat mesia tidak begitu? Tgk je kat siam, org2 cine ckp bhs thai dgn sdara dan kuarge sendiri. diaorg tak malu pun nak ckp dlm bhs rasmi wlaupun di samping itu diaorg mengekalkan budaya masing2.

org2 cine kat sini tak bleh nak sama banding ngan org2 cine kat China dan taiwan. kat situh majoriti org cina dan tak byk kaum lain. kita lahir kat mesia mesti ikut cara malaysia. bukan China dan Taiwan. ape yg kite nak memperjuangkan adalah utk semua kaum, bukan untuk kaum cina sendiri aje. kalo mcm tuh, sy boleh kata sifat gituh adalah sifat yg sgt teruk sbb racism. kamu tau tak ade kwn melayu yg blajar kat Jepun, dia kata org2 cine malaysia yg skali blaja kat situh suke ckp buruk pasal org melayu depan org jepun. lpas tuh, ade sorang lagi kawan yg berasal dari mongolia yg blaja kat mesia, dia kata kwn2 cine dia suke memburukkan org melayu. mmg perkara mcm nih slalu terjadi. bayangkan, org2 melayu yg tak bersalah, yg tak racist, yg baik dan bagus tapi org2 cine memburukkan diaorg. ape prasan diaorg?

sy tahu, mmg ade org melayu yg jahat dan hati busuk mcm org2 UMNO dan BN. tapi kite tak bleh nak generalize semua org melayu jahat. kalo mcm tuh boleh tak kalo sy kata semua org cine jahat sbb dulu pnah jadi komunis? mesti org2 cine marah kan? lagi pun, sifat manusia yg negatif nih tak boleh nak kaitkan dgn bangsa dan agama. mana2 bangasa dan agama pun ade pembelot dan org yg jahat. dah mmg sifat manusia mcm tuh, nama pun An-Nas, iaitu pelupa.

[ Last edited by  Presa1200 at 25-12-2008 05:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 02:13 PM | Show all posts
kitorang Cina mahu ada satu channel yg boleh cakap agama Buddha dan Tao,  tak mahu channel macam rtm, rancangan agama dlm bahasa Cina  semua cakap Islam,  berapa peratus dr bangsa kita yg minat Islam ? memang funny


Pertama, org islam tak pnah halang org2 bukan islam menjalankan aktiviti ibadah dan agama diaorg.

kedua, org2 cina dan india (nenek moyang kita) setuju bhw agama Islam itu agama rasmi malaysia dlm perlembagaan semasa perjanjian kemerdekaan. jadi org2 bukan islam takde hak langsung nak mempertikai agama islam apatah lagi kalo muslim menang majoriti dlm pilihanraya yg akan datang. org2 bukan islam mesti hormat kpd keputusan demokrasi yg muktamad serta adil. Tapi, ini tak bermaksud org2 bukan islam boleh ditindas sesuka hati oleh kerajaan. Malah, krjn harus memberi kebebasan org2 bukan islam utk memilih cara hidup masing2. Cth patung buddha terbesar yg terletak di kelantan, bukan kah itu menunjukkan bhw Islam mampu toleransi dgn agama lain? Tp pada masa yg sama, org2 islam harus melayan adil kpd org2 bukan islam dan menjaga kepentingan islam jugak.

mungkin kamu akan rase tak aci sbb kat mesia semua pun islam yg dpt manfaat. Tp kamu harus betulkan pemikiran mcm tuh, wlaupun islam akan berkuasa kelak nnt di mesia, tapi hak setiap org bukan islam sgt dititik-beratkan. Sebuah kerajaan islam yg adil dan amanah harus menjaga hak setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama. Kalo kamu masih tak suka islam, itu adalah masalah kamu sendiri. Kita boleh je tolerate ngan agama lain nape kamu tak bleh nak buat perkara yg sama? Malaysia dari dulu tanah melayu sudah diperintah bawah kuasa Islam. Masalah rusuhan kaum yg terjadi mcm hari nih pun akibat british  yg datang menjajah dan buat sistem "pecah dan perintah". Lepas tuh, org2 UMNO pembelot negara nih bersekongkol dgn idea british. demi maruah dan pangkat serta harta rakyat, mrk sanggup merancang segala jenis cara yg boleh memecah-pelahkan kaum di mesia nih, itu lah sebabnye ade parti politik yg berunsur perkauman. Tujuannya adalah utk menghalang islam drpd bersatu dan memerintah malaysia, ataupun menjadikan malaysia sebuah negara islam. Tambahan lagik, org2 UMNO mmg tak suke hukum Islam sbb dlm islam rasuah dan pecah amanah adalah perkara yg haram. Kalo diaorg membenarkan hukum Islam dijalankan kat mesia, maka habislah impian diaorg yg nak jadi kaye tuh.... skrang bleh tak kamu lihat situasi yg sebenar?

tapi kalo kamu masih tak suke Islam hanye disebabkan krjn BN layan teruk kat org cine, maka ape yg boleh sy kata hanyalah pemikiran yg kurang matang. sy sendiri org cine mestilah sy tahu mcm mane teruknya org cine kene tindas kat kerajaan. tapi jgn lupa, bukan kite je yg kene tindas. malah org2 melayu ade yg jauh lagik teruk ditindas oleh kerajaan. kalo nak ckp lawan kerajaan, org2 cine/india mungkin kurang menonjolkan diri. tapi kebykan yg kite lihat adalah org melayu yg lawan krjn. last2 diaorg yg kene tangkap ISA dan meringkuk dlm penjara. lpas tuh dlm penjara kene layan mcm binatang.

satu perkara je lah, sy harap kamu paham ape maksud asimilasi sbg sorang rakyat malaysia. kite kene terima hakikat bhw kite nih lahir kat mesia, bukan China or Taiwan. Sy ckp mcm tuh bukan sbb sy pro-melayu. sy ckp semua tuh pun atas dasar keadilan dan kebenaran Islam. iaitu, kite tak boleh hidup perkauman. kite harus memperjuangkan utk semua kaum tanpa kira bangsa dan agama. kalo kamu nak sendiri selamat je, sy boleh kata itu sikap self-centered. dan kamu boleh pilih utk balik ke China ataupun Taiwan. Itu pun kalo negara2 tuh terima lah. sedangkan org2 cine indon dan siam boleh asimilasi, kenapa org2 cine dlm mesia tak bleh? tepuk dada tanye selera...

aduiiii... penat aku taip pjg2...kalo masih tak paham tak tau lah nak kata ape....ish2...

[ Last edited by  Presa1200 at 25-12-2008 05:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by orgcina at 5-12-2008 12:03 AM


even myself are more respect our language


If you consider yourself respecting the national language and held in high esteem, then you wouldn't have being so racist and demand a chinese school. That is a total act of racism. If you telling any foreigners about the true side of chinese living in Malaysia, which are demanding a school seperated by race, surely they will feel sorry and terrible on you. In fact you should join the national school and put your best foot forward to respect other races and cultures. And promote speaking the national language among our chinese, just like what those Indonesian and Thailand chinese did. This is the only way towards unity among all Malaysians. There is no supremacy in this world. Don't try to act like you're one of the Zionist.

[ Last edited by  Presa1200 at 25-12-2008 05:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by orgcina at 5-12-2008 12:04 AM

halau orang balik Cina,  tidak mengenag budi kitorang Cina yg tolong korang melayu mencapai kemerdekaan,  inikah sikap orang Islam ?


kalo nak duduk kat mesia, kite harus asimilasi sbg sorang rakyat malaysia. kalo kamu btol2 nak membantah kezhaliman kerajaan maka kamu harus berganding bahu dgn kite org2 islam skali utk menentang kerajaan. Jgn hanye tau nak mintak skolah cine lepas tuh pikir pasal hak sendiri je. sorang yg mulia adalah org yg memperjuangkan hak seluruh kaum spt Nabi Muhammad dan sahabat2 baginda, serta Sultan Salahuddin Al-Ayubi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2008 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by flydragon at 11-12-2008 07:59 PM
orang lain tak boleh menyampaikan ajaran agama lain kpd yg islam...
jadi janganlah cuba mengislamkan orang.........adill


Sbb org bukan islam tidak mampu membuktikan agama Samawi (terutamanya agama Islam) itu salah. Org2 islam sendiri yg murtad disebabkan malas nak smayang, berzakat dan mengerjakan ibadat. seringkali diaorg tuh tertarik dgn kemewahan fana, dan alpa terhadap pencapaian keseimbangan dunia dan akhirat. Org2 bukan islam yg memeluk islam sebab mrk sendiri yg memperakui kebenaran Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad. Mrk tahu sbg sorang Muslim dia harus beriman dan percaya kpd para nabi dan rasul termasuklah Nabi Isa yakni Jesus Christ.

Sebaliknya, penganut2 agama kristian dan yahudi bersikap sombong dan tidak memperakui Nabi Muhammad itu sbg Rasullullah, iaitu pensuruh Allah yg terakhir. Mrk cuba mengubah kitab Injil dan Taurat untuk menyembunyikan hakikat kedatangan Nabi Muhammad. Ajaran Nasrani asalnya menyuruh Bani Israel beriman kepada Allah telah ditukarkan konteksnya kepada kepercayaan trinitas, ia sama sekali bertentangan dengan agama Samawi. Wlaupun dalam kitab Injil Nabi Isa terang2 melarang pemakanan daging khinzir/babi namun penganut2 tidak mempedulikannya. Malah, mrk menyalahkan orang Islam kerana tak makan babi padahal Allah melarang seluruh umat manusia makan babi.

Jadi, apa sebab dan alasan org bukan islam mahu menyebarkan agama mrk kpd org2 Islam? Satu perkara lagi, kita tak paksa org masuk islam. Kita hanya memberitahu kebenaran Islam apabila mrk sendiri yg datang bertanya.

[ Last edited by  Presa1200 at 25-12-2008 05:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 08:03 PM | Show all posts
I was angered, for I had no shoes. Then I met a man who had no feet.


thank you Presa1200 for sharing your views & knowledge here.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.394395 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list