CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zacko_inc

Sorang lagi artis mendapat hidayah (Geng AF) - Alhamdulillah

  [Copy link]
Post time 29-5-2011 12:40 AM | Show all posts
jangan masuk politik sudah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 12:49 AM | Show all posts
abih tu knp dia setuju jadi pengkritik?
samax Post at 29-5-2011 00:06


agaknya nak mengenang jasa kot. banyak jugak rezeki dia dgn af kan.. ok jugak la, takde la baru berubah terus2 nak mengutuk tempat dia pernah cari rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 01:10 AM | Show all posts
muka dia nampak lainlah kat AF tadi tp apa2x pun alhamdulillah dia dah berubah & harap2x dia akan kekal
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 01:19 AM | Show all posts
alhmdulilah..
cara die bckp, isi penyampaian, mmg nmpk die sorg yg educated.
mcm dh lame je beri t ...
im_cyclist Post at 20-5-2011 19:15


lecturer.....mau la kena pandai cakap

~tapi ade jugak skit yg x berapa nak pandai cakap.....tapi golongan tu amatlah kureng....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 06:34 AM | Show all posts
Sham's wife Farazila

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:12 AM | Show all posts
allah maha besar.kita semua pun kena hari2 doa hidayah utk diri,family kita dan umat ini.amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2011 01:56 PM | Show all posts
JIKA golongan wanita bersubang, bergelang dan memakai rantai emas dihiasi intan berlian, Sham Kamikaze, 35, pun apa kurangnya. Perhiasannya penuh satu kotak. Di pentas pula bergaya dengan kemeja-T gambar tengkorak dan kehebatannya memetik gitar menjadi pujaan ramai gadis.

Namun apabila hidayah tiba, Sham atau nama penuhnya Shamril Mohamed Salleh dengan rela hati sanggup meninggalkan semua itu. Segala-galanya datang tanpa dirancang.


Hampir dua bulan lalu, Sham mengajak rakannya memandu hala ke utara tanah air sambil berazam untuk berhenti solat setiap waktu di masjid yang mereka temui.

Dalam perjalanan itu ketika bersolat di Masjid Alwi, Kangar, Perlis, dia terserempak dengan Imam Satu, Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais dan bersalam dengannya.


Sedangkan mereka yang mengerjakan umrah atau haji di Makkah pun susah hendak bertemunya, apatah lagi untuk berjabat tangannya.


Sesungguhnya pertemuan yang tidak disangka itu meniupkan angin perubahan pada dirinya, langsung Sham meninggalkan segala perkara yang menjadi kebanggaannya di dunia selama ini.

Dengan wajah berseri dan perkataan syukur tidak lekang di bibir, Sham menceritakan segala yang dirasainya kini kepada wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN.


ZAMAN jahil saya dulu, hendak solat pun terasa berat kaki tangan. Kalau ‘buat’ pun mesti lambat. Sudah dekat hampir masuk waktu Asar, baru saya solat Zuhur dan sebaik habis, berkumandang pula azan Asar.

Dalam hati merungut, ‘alamak, baru solat Zuhur, dah nak solat Asar pula?’ Kadangkala bila dengar azan pun masih buat tak tahu. Rasa macam tak ada makna apa-apa.


Namun sejak mendapat hidayah Allah SWT, rasa tak sabar menunggu azan. Saya bersiap awal ke masjid sebelum kedengaran azan. Terasa damainya hati apabila kita ikhlas beribadah kerana-Nya.


Saya memanjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Ilahi kerana memberikan hidayah pada usia masih muda dan mendapat petunjuk dalam keadaan saya masih sihat dan senang.


Kebanyakan yang kita dengar, ada yang baru sedar apabila dihimpit kesusahan. Daripada pengalaman saya, jika Allah SWT hendak memberi petunjuk, Dia tidak kira siapa, di mana dan berapa usianya.


Kalau diingatkan zaman jahil dulu, apa yang saya tak buat. Orang muda yang ingin mencuba segala-galanya. Kalau bab berfesyen, usah ceritalah. Aksesori saya mengalahkan wanita, saya pakai anting-anting, gelang dan rantai.


Bukan anting-anting biasa, tetapi anting-anting berlian yang harganya mencecah ribuan ringgit. Siap ada tempat khas untuk menyimpan semua perhiasan itu.


Dalam bab berpakaian pula, terutama kalau buat show, kemeja-T bergambar tengkorak menjadi pilihan. Agaknya orang alim yang tengok saya pakai baju itu mengucap sakan dan berdoa semoga saya berubah.


Bila solat Jumaat, saya tanggalkan anting-anting tetapi saya melakukannya bukan kerana Allah SWT tetapi kerana malu pada orang. Sekarang saya suruh isteri (Farazali Abdul Jabar, 29) beri perhiasan itu pada orang tanpa sedikit pun rasa rugi. Bukan tak tahu orang lelaki haram memakai barang kemas, tetapi waktu itu manalah saya kisah.


Dengan perubahan ini, saya mahu menjalani kehidupan seharian dengan mencontohi cara hidup Rasulullah SAW. Sabda baginda: “Hidupkan aku dalam keadaan fakir dan matikan aku dalam keadaan fakir.” Namun bukan pula kita tidak boleh mencari harta, namun harta diperoleh itu hendaklah digunakan pada jalan benar, seperti bersedekah.


Saya sangat bersyukur kerana sejak menceburi bidang seni, rezeki saya tidak pernah putus. Tak perlu saya cari kerja, duduk di rumah saja menanti panggilan telefon. Saya sudah puas merasai nikmat dunia dan tiba masa saya hidup dalam keadaan sederhana.


Bagaimanapun, sejak dulu saya tidak masalah untuk bersedekah kerana ia diajar emak ayah dan saya suka buat kerja kebajikan. Dalam banyak amalan, bersedekah adalah yang paling senang di mana kita senyum pada orang pun, sudah dikira sedekah. Hebatnya amalan bersedekah ini.


Orang paling gembira bila saya berubah adalah isteri dan emak saya. Isteri saya kata: ‘Syukur, Allah SWT sudah makbulkan doa saya’. Isteri saya dulu penyanyi latar dan dia dapat hidayah lebih awal. Setiap waktu dia mengingatkan saya untuk bersolat dan jawapan yang selalu saya bagi, ‘nantilah dulu’.


Bayangkan betapa sukarnya seorang isteri untuk membimbing suaminya kerana dia ketua keluarga. Kalau cakap lebih-lebih nanti, takut suami naik angin.


Hikmah lain, kawan saya bertambah ramai. Tak kira apapun bangsa kawan saya, mereka gembira dengan cara hidup saya sekarang.


Kalau dulu di Facebook, ada lebih kurang 5,000 peminat, sekarang hampir 12,000 orang. Ada yang kata, dia mula minat saya sejak saya berubah. Ada ramai orang baik di luar sana yang mahu mendalami dan mendekati Islam.


Pun begitu, pada awal perubahan itu, dugaan paling hebat apabila hendak bangun solat Subuh. Terasa beratnya kelopak mata kerana saya selalu berjaga hingga jam dua tiga pagi. Sekarang, loceng jam belum berbunyi, saya dah terjaga.


Mula-mula itu sakit kepala dibuatnya kerana tak cukup tidur, tetapi sekarang dah biasa. Hidayah itu tidak boleh dicari tetapi ia datang sendiri.


Kini, apapun yang saya lakukan kerana Allah SWT. Saya mula bermain muzik pada 1993 dan sekarang saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Tiada lagi terkinja-kinja di pentas. Melangkah saja ke persembahan pentas atau konsert, dosa sudah menunggu kerana melihat aurat wanita tidak bertudung dan berpakaian seksi.


Dulu, kalau saya memandu di sekitar Jalan Bukit Bintang, mata meliar memerhatikan wanita pelbagai bangsa yang lalu-lalang. Berjalan dengan isteri, tangan kiri menggenggam erat tangannya tetapi mata masih menjeling gadis di seberang sana.


Sekarang isteri saya senang hati melepaskan saya pergi ke manapun. Cukuplah, zaman itu sudah berlalu. Setiap orang pasti melakukan kesilapan dan moga Allah SWT mengampunkan dosa saya.


Bagaimanapun, yang mana projek dipersetujui sebelum saya berubah, saya akan selesaikan. Malam tadi saya muncul di konsert mingguan Akademi Fantasia 9 sebagai juri kerana janji yang dibuat sudah lama.


Saya masih bermain muzik, namun cukuplah di belakang tabir dan sedia bekerjasama dengan mana-mana kumpulan nasyid di negara ini. Jika mereka mengadakan persembahan bercorak Islamik, saya sudi bekerjasama.


Saya memakai ketayap atau bersongkok serta berjubah, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri.


Mengingatkan ketayap di kepala sekali gus menghalang saya untuk melakukan perkara tidak baik. Jalan pun lebih banyak tunduk untuk menjaga pandangan. Melihatkan jubah putih tersarung di badan menyekat langkah saya kembali ke jalan lama.


Saya betul-betul bertaubat dan mudah-mudahan Allah SWT tetapkan hati saya berada di jalan yang ditetapkan-Nya sehingga ke akhir hayat saya.


Doa saya setiap hari: “Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati ku selepas Engkau berikan hidayah.” Untuk menambah ilmu agama yang masih cetek, saya pergi kuliah agama, mendengar ceramah, membaca buku, kitab, mendalami al-Quran dan memahami tafsirannya. Saya pun tidak mahu berubah secara ekstrem, biarlah perlahan-lahan.


Ada yang panggil saya berceramah tetapi ilmu yang ada belum sampai ke tahap itu. Kalau hendak bercerita macam mana saya mendapat hidayah, itu boleh. Sabda Rasulullah SAW: “Manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman.” Menurut seorang ustaz, kalau kita mahu menambah ibadah, tengoklah ahli ibadah yang hebat. Namun dalam bab urusan dunia, tengoklah orang yang lebih teruk daripada kita supaya kita menjadi lebih baik daripadanya.


Dalam dunia ini, perkara paling berat yang manusia hendak buat ialah beriman dengan qada dan qadar. Kita kena percaya, semua perkara terjadi atas izin-Nya.


Waktu baru berubah, depan isteri dan seorang pelajar saya, tiba-tiba gitar kesayangan saya terjatuh. Mereka terdiam kerana takut saya naik hantu kerana dulu kalau barang kesayangan saya rosak atau hilang, siaplah, berasap satu badan.


Namun kali ini dengan tenang saya mengangkat gitar tanpa rasa marah kerana saya anggap ia qada dan qadar daripada Allah SWT. Dah jatuh, saya hendak buat macam mana. Semua perkara terjadi atas kehendak-Nya.


Kita sudah rasai semua nikmat dunia tetapi kita tak ingat Tuhan. Hidup saya sekarang sangat bermakna kerana dapat mendekati Allah SWT.


Sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan, kita mesti tamak mencari pahala Allah SWT, bukan mengutamakan harta dunia. Kalau Rasulullah SAW yang maksum itu bertaubat 70 kali sehari, siapalah kita hamba yang hina ini.


Takut dan gerunlah dengan azab Allah, insya-Allah kita akan selamat. Selalu minta pada-Nya, hendaklah kita mati dalam Islam, dalam keadaan berwuduk dan dapat mengucap dua kalimah syahadah.


Firman Allah SAW, “Dan kamu tidak mampu menempuh jalan itu kecuali dikehendaki Allah.”
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 04:03 PM | Show all posts
JIKA golongan wanita bersubang, bergelang dan memakai rantai emas dihiasi intan berlian, Sham Kamika ...
etlabore Post at 29-5-2011 13:56



   thanks for sharing this article....sungguh menarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 08:14 PM | Show all posts
terharu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 08:24 PM | Show all posts
Bagaimanapun, yang mana projek dipersetujui sebelum saya berubah, saya akan selesaikan. Malam tadi saya muncul di konsert mingguan Akademi Fantasia 9 sebagai juri kerana janji yang dibuat sudah lama.

aku doakan sham terus berada didalam rahmat & redha Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:05 PM | Show all posts
rasa terharu bila tgk video tu...
aku harap amy search tu jgn la pakai rantai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:43 PM | Show all posts
Reply 165# MarryPottet


    isteri dia pun dah pakai tudung ye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 08:54 AM | Show all posts
INTERAKSI: Sham kini lebih tenang

         
SEBELUM ini, setiap kali diajak berbual mengenai dunia artis dan masalah seni, nada suara Shamril Salleh atau Sham Kamikaze akan berubah menjadi lantang.

Seronok kerana dengan pengalaman luas, banyak perkara yang boleh dibualkan dengannya.
Apatah lagi statusnya sebagai pemain gitar hebat yang sering diundang mengiringi persembahan artis serta pernah terbabit dengan Akademi Fantasia serta bergelar Pengarah A&R Gothic Records Sdn Bhd menjadikan�nya tumpuan media dan peminat.

Bagaimanapun, zaman itu sudah berlalu kerana selepas perubahan drastik yang dilalui�nya kira-kira dua bulan lalu selepas menerima hidayah benar-benar mengubah selebriti berusia 35 tahun ini. Tiada lagi nada lantang sebaliknya Sham kini lebih tenang dan berhati-hati apabila diajak berbual.


Percakapannya bukan lagi berkisar mengenai muzik dan dunia artis, tetapi lebih kepada keindahan Islam dan ilmu akhirat. Pakaiannya yang dulu pelbagai jenis termasuk kemeja-T bercorak melampau dan imej bersubang, sudah diganti dengan jubah yang bersih dan bauan harum serta ketayap di kepala.



Agak sukar mendapatkan Sham untuk ditemubual kerana kesibukannya dengan jadual seharian serta tugas barunya berkongsi pengalaman dengan masyarakat dalam majlis keagamaan.

Ajakan Sham bertemunya dalam satu majlis anjuran Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat Jumaat lalu tidak disia-siakan untuk mendekatinya bagi membongkar pelbagai perkara di sebalik penghijrahannya.

Dalam program selepas solat Maghrib itu, Sham dan seorang lagi personaliti, Wardina Saffiyah berkongsi pengalaman mereka sebagai selebriti kepada jemaah yang hadir. Ramai yang hadir dari pelbagai golongan termasuk remaja yang ingin mendengar sendiri apa yang diceritakan.

Berbual panjang dengan Sham yang ditemui hampir tengah malam selepas melayan peminat yang mengajaknya berbual, wartawan Harian Metro, RIDZUAN ABDUL RAHMAN (mohamadridzuan@hmetro.com) berkongsi cerita menarik mengenai dunia baru Sham.


RAP: Apa sebenarnya tujuan Sham ke sini bertemu masyarakat?

SHAM: Orang ramai terperanjat dengan perubahan saya. Mereka nak tahu perkara sebenar daripada tuan punya badan. Dalam kerja dakwah, apabila dijemput kita wajib datang. Pertamanya, saya nak menerangkan bagaimana kehidupan sekarang. Nak kata saya bagi ceramah, memang tak tepat.

Tujuan saya hanya nak berkongsi pengalaman kerana apabila artis berhijrah, tentu ada cerita sebaliknya orang nak tahu. Masjid yang lengang akan jadi meriah terutama dengan kehadiran remaja apabila program sebegini diadakan. Sekurang-kurangnya ada peningkatan jemaah kerana tujuannya untuk mendekatkan mereka dengan masjid. Sama ada mereka dapat manfaat atau tidak, terpulang pada Allah menentukannya.


RAP: Apakah Sham mengharap�kan imbuhan daripada program sebegini?

SHAM: Saya buat semua ini kerana Allah dan tak fikir imbuhan. Saya tak fikir pihak yang menjemput nak kena beri duit minyak atau tol pada saya. Harga itu biarlah Allah yang tentukan pahalanya. Saya bersedia untuk pergi apabila diundang berkongsi cerita kerana Allah. Tujuan saya memang nak mencari keredaan Allah. Janji mesej saya sampai kepada masyarakat.

Saya bersedia dijemput ke mana-mana termasuk ke Sabah dan Sarawak asalkan disediakan kemudahan asas seperti pengangkutan, makan minum dan tempat tinggal. Jika undangan itu sesuai dengan jadual saya, Insya-Allah saya akan memenuhinya.


RAP: Bagaimana dengan karier seni?

SHAM: Ia masih berjalan macam biasa kerana saya ada komitmen dengan banyak pihak. Macam jadi pengkritik AF9 malam esok (Sabtu 28 Mei lalu) saya hadir kerana sudah bersetuju sebelum berlakunya perubahan dalam diri. Saya tak batalkan undangan kerana memuliakan pihak yang �mengundang. Ini juga yang diajar guru saya.

Cuma untuk persembahan di tempat umum, saya akan perlahan-lahan kurangkan dan insya-Allah selepas ini saya akan buat kerja di belakang tabir. Kalau adapun terbabit dalam persembahan umum, saya pilih yang berbentuk agama dan penonton diasingkan lelaki dan wanita. Sebenarnya, pendapatan saya bukan di sini saja, banyak sumber di belakang tabir. Macam artis lain yang berhijrah juga, saya akan buat satu benda yang berfaedah. Mungkin saya boleh bekerjasama dengan mereka selepas ini.


RAP: Apakah sebelum ini Sham terlalu jahil dalam agama?

SHAM: Saya tak jahil tapi tak pandai sangat. Memang saya sembahyang dari zaman sekolah rendah lagi. Tapi ketika itu saya buat kerana takut ibu bapa marah. Tapi apabila berubah begini, emak hubungi saya dan menyatakan perasaan gembiranya. Begitu juga isteri saya (Farazila Abdul Jabar) pun suka. Dia sokong dan katanya ini satu rahmat yang ditunggu-tunggu.


RAP: Apa komen Sham mengenai dunia artis kita?

SHAM: Saya tak boleh kondem orang lain dan sesama sendiri kerana mungkin mereka belum dapat hidayah. Ia tak boleh dicari di masjid ataupun pada ustaz. Apabila jumpa rakan termasuk rakan artis, saya akan berbual cerita biasa. Tapi apabila ditanya mengenai perubahan saya, barulah saya akan bercerita. Saya tak nak orang rimas kalau kita terlalu memaksa. Sebenarnya, dunia seni tak semuanya negatif kerana ada juga unsur positif yang boleh diselitkan. Perkara ini perlu dilakukan dengan betul. Saya doakan semoga Allah akan bagi hidayah pada semua.

.. i suka jawapan bernas ni..heheheh

RAP: Apa komen orang kaitkan Sham dengan politik seperti artis lain yang berhijrah?

SHAM: Saya ibarat bayi yang baru lahir. Orang-orang politik lebih pandai dan banyak ilmu. Jadi, saya serahkan hal-hal ini pada yang mahir. Saya tak ada hak dan kelayakan untuk bercakap mengenai agama dalam sudut politik. Tapi, kalau nak minta saya berkongsi pengalaman memang tak ada masalah.

Saya hanya berkongsi apa yang saya tahu dan mudah-mudahan akan beri manfaat kepada masyarakat. Saya tak berpihak kepada mana-mana parti politik dan boleh memenuhi undangan selagi tak lari dari perkara agama. Ini memang tak ada masalah. Keluarga saya juga mulanya bimbang perkara ini tapi faham apabila dijelaskan.

Saya tak nak kondem sesiapa termasuk abang Bob Lokman. Pada saya, apa yang dia buat itu berniat kerana Allah. Mungkin dia ada kelayakan untuk bercakap pasal itu. Saya lebih senang menghormati sesama sendiri dan ambil konsep Nabi Muhammad s.a.w, iaitu kita tak boleh menghukum dan �menghakimi orang lain.


RAP: Apa komen Sham kalau orang kata perubahan ini hanya sementara?

SHAM: Ini bukan trend. Bagaimana boleh dikatakan trend kerana ini hidayah Allah. Sebelum ini walaupun tak tidur semalaman, saya tak pernah pergi masjid untuk solat Subuh. Sekarang, walaupun tidur jam 3 pagi dan hanya 2 jam, saya boleh bangun untuk pergi solat Subuh di masjid. Ia berlaku sendiri dan atas kehendak Allah. Apabila masuk waktu solat, saya akan pastikan pergi masjid, kecualilah ada hal yang tak dapat dielakkan.

Sekarang saya tak sabar-sabar tunggu masuk waktu solat. Saya tak sabar nak pilih jubah yang sesuai dan minyak wangi mana untuk kerjakan solat. Ini semua adalah anugerah Allah.


RAP: Apa perasaan Sham apabila bercerita hal agama di depan khalayak terutama mereka yang lebih berusia?

SHAM: Saya tak segan kerana mengikut pandangan orang yang lebih ahli (mahir), saya insan terpilih yang diberi hidayah. Lagipun seperti saya kata tadi, saya bukan cerita hal agama, tapi cuma berkongsi pengalaman. Sebagai orang yang Allah pilih, saya takkan malu nak bercerita. Apabila hidayah sampai, saya takkan berhenti berkongsi yang baik.


RAP: Boleh ceritakan bagaimana Sham habiskan masa sekarang?

SHAM: Saya selalu baca kitab agama. Dengan Facebook yang saya ada, saya melayan peminat ke arah kebaikan. Sekarang apabila tiba waktu solat, saya akan hantar kiriman status yang mengajak mereka buat kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 09:03 AM | Show all posts
oh ku jatuh chenta!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 09:42 AM | Show all posts
mak terharu...sedihhhh..semoga Sham dan keluarga sentiasa dirahmati Allah SWT..Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 09:53 AM | Show all posts
alhamdulillah.......harap2 retis msia yg seksi meksi tu..berubah la.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 10:57 AM | Show all posts
ALhamdulillah...beruntungnya dia.................
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 01:35 PM | Show all posts

SHAM KINI LEBIH TENANG

Post Last Edit by cikieda at 1-6-2011 13:40

SEBELUM ini, setiap kali diajak berbual mengenai dunia artis dan masalah seni, nada suara Shamril Salleh atau Sham Kamikaze akan berubah menjadi lantang.

Seronok kerana dengan pengalaman luas, banyak perkara yang boleh dibualkan dengannya.
Apatah lagi statusnya sebagai pemain gitar hebat yang sering diundang mengiringi persembahan artis serta pernah terbabit dengan Akademi Fantasia serta bergelar Pengarah A&R Gothic Records Sdn Bhd menjadikannya tumpuan media dan peminat.

Bagaimanapun, zaman itu sudah berlalu kerana selepas perubahan drastik yang dilaluinya kira-kira dua bulan lalu selepas menerima hidayah benar-benar mengubah selebriti berusia 35 tahun ini. Tiada lagi nada lantang sebaliknya Sham kini lebih tenang dan berhati-hati apabila diajak berbual.


Percakapannya bukan lagi berkisar mengenai muzik dan dunia artis, tetapi lebih kepada keindahan Islam dan ilmu akhirat. Pakaiannya yang dulu pelbagai jenis termasuk kemeja-T bercorak melampau dan imej bersubang, sudah diganti dengan jubah yang bersih dan bauan harum serta ketayap di kepala.

Agak sukar mendapatkan Sham untuk ditemubual kerana kesibukannya dengan jadual seharian serta tugas barunya berkongsi pengalaman dengan masyarakat dalam majlis keagamaan.

Ajakan Sham bertemunya dalam satu majlis anjuran Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat Jumaat lalu tidak disia-siakan untuk mendekatinya bagi membongkar pelbagai perkara di sebalik penghijrahannya.

Dalam program selepas solat Maghrib itu, Sham dan seorang lagi personaliti, Wardina Saffiyah berkongsi pengalaman mereka sebagai selebriti kepada jemaah yang hadir. Ramai yang hadir dari pelbagai golongan termasuk remaja yang ingin mendengar sendiri apa yang diceritakan.


Apa sebenarnya tujuan Sham ke sini bertemu masyarakat?
Orang ramai terperanjat dengan perubahan saya. Mereka nak tahu perkara sebenar daripada tuan punya badan. Dalam kerja dakwah, apabila dijemput kita wajib datang. Pertamanya, saya nak menerangkan bagaimana kehidupan sekarang. Nak kata saya bagi ceramah, memang tak tepat.

Tujuan saya hanya nak berkongsi pengalaman kerana apabila artis berhijrah, tentu ada cerita sebaliknya orang nak tahu. Masjid yang lengang akan jadi meriah terutama dengan kehadiran remaja apabila program sebegini diadakan. Sekurang-kurangnya ada peningkatan jemaah kerana tujuannya untuk mendekatkan mereka dengan masjid. Sama ada mereka dapat manfaat atau tidak, terpulang pada Allah menentukannya.


Apakah Sham mengharapkan imbuhan daripada program sebegini?
Saya buat semua ini kerana Allah dan tak fikir imbuhan. Saya tak fikir pihak yang menjemput nak kena beri duit minyak atau tol pada saya. Harga itu biarlah Allah yang tentukan pahalanya. Saya bersedia untuk pergi apabila diundang berkongsi cerita kerana Allah. Tujuan saya memang nak mencari keredaan Allah. Janji mesej saya sampai kepada masyarakat.

Saya bersedia dijemput ke mana-mana termasuk ke Sabah dan Sarawak asalkan disediakan kemudahan asas seperti pengangkutan, makan minum dan tempat tinggal. Jika undangan itu sesuai dengan jadual saya, Insya-Allah saya akan memenuhinya.


Bagaimana dengan karier seni?

Ia masih berjalan macam biasa kerana saya ada komitmen dengan banyak pihak. Macam jadi pengkritik AF9 malam esok (Sabtu 28 Mei lalu) saya hadir kerana sudah bersetuju sebelum berlakunya perubahan dalam diri. Saya tak batalkan undangan kerana memuliakan pihak yang mengundang. Ini juga yang diajar guru saya.

Cuma untuk persembahan di tempat umum, saya akan perlahan-lahan kurangkan dan insya-Allah selepas ini saya akan buat kerja di belakang tabir. Kalau adapun terbabit dalam persembahan umum, saya pilih yang berbentuk agama dan penonton diasingkan lelaki dan wanita. Sebenarnya, pendapatan saya bukan di sini saja, banyak sumber di belakang tabir. Macam artis lain yang berhijrah juga, saya akan buat satu benda yang berfaedah. Mungkin saya boleh bekerjasama dengan mereka selepas ini.



Apakah sebelum ini Sham terlalu jahil dalam agama?
Saya tak jahil tapi tak pandai sangat. Memang saya sembahyang dari zaman sekolah rendah lagi. Tapi ketika itu saya buat kerana takut ibu bapa marah. Tapi apabila berubah begini, emak hubungi saya dan menyatakan perasaan gembiranya. Begitu juga isteri saya (Farazila Abdul Jabar) pun suka. Dia sokong dan katanya ini satu rahmat yang ditunggu-tunggu.


Apa komen Sham mengenai dunia artis kita?
Saya tak boleh kondem orang lain dan sesama sendiri kerana mungkin mereka belum dapat hidayah. Ia tak boleh dicari di masjid ataupun pada ustaz. Apabila jumpa rakan termasuk rakan artis, saya akan berbual cerita biasa. Tapi apabila ditanya mengenai perubahan saya, barulah saya akan bercerita. Saya tak nak orang rimas kalau kita terlalu memaksa. Sebenarnya, dunia seni tak semuanya negatif kerana ada juga unsur positif yang boleh diselitkan. Perkara ini perlu dilakukan dengan betul. Saya doakan semoga Allah akan bagi hidayah pada semua.


Apa komen orang kaitkan Sham dengan politik seperti artis lain yang berhijrah?
Saya ibarat bayi yang baru lahir. Orang-orang politik lebih pandai dan banyak ilmu. Jadi, saya serahkan hal-hal ini pada yang mahir. Saya tak ada hak dan kelayakan untuk bercakap mengenai agama dalam sudut politik. Tapi, kalau nak minta saya berkongsi pengalaman memang tak ada masalah.

Saya hanya berkongsi apa yang saya tahu dan mudah-mudahan akan beri manfaat kepada masyarakat. Saya tak berpihak kepada mana-mana parti politik dan boleh memenuhi undangan selagi tak lari dari perkara agama. Ini memang tak ada masalah. Keluarga saya juga mulanya bimbang perkara ini tapi faham apabila dijelaskan.

Saya tak nak kondem sesiapa termasuk abang Bob Lokman. Pada saya, apa yang dia buat itu berniat kerana Allah. Mungkin dia ada kelayakan untuk bercakap pasal itu. Saya lebih senang menghormati sesama sendiri dan ambil konsep Nabi Muhammad s.a.w, iaitu kita tak boleh menghukum dan menghakimi orang lain.


Apa komen Sham kalau orang kata perubahan ini hanya sementara?
Ini bukan trend. Bagaimana boleh dikatakan trend kerana ini hidayah Allah. Sebelum ini walaupun tak tidur semalaman, saya tak pernah pergi masjid untuk solat Subuh. Sekarang, walaupun tidur jam 3 pagi dan hanya 2 jam, saya boleh bangun untuk pergi solat Subuh di masjid. Ia berlaku sendiri dan atas kehendak Allah. Apabila masuk waktu solat, saya akan pastikan pergi masjid, kecualilah ada hal yang tak dapat dielakkan.

Sekarang saya tak sabar-sabar tunggu masuk waktu solat. Saya tak sabar nak pilih jubah yang sesuai dan minyak wangi mana untuk kerjakan solat. Ini semua adalah anugerah Allah.



Apa perasaan Sham apabila bercerita hal agama di depan khalayak terutama mereka yang lebih berusia?

Saya tak segan kerana mengikut pandangan orang yang lebih ahli (mahir), saya insan terpilih yang diberi hidayah. Lagipun seperti saya kata tadi, saya bukan cerita hal agama, tapi cuma berkongsi pengalaman. Sebagai orang yang Allah pilih, saya takkan malu nak bercerita. Apabila hidayah sampai, saya takkan berhenti berkongsi yang baik.



Boleh ceritakan bagaimana Sham habiskan masa sekarang?
Saya selalu baca kitab agama. Dengan Facebook yang saya ada, saya melayan peminat ke arah kebaikan. Sekarang apabila tiba waktu solat, saya akan hantar kiriman status yang mengajak mereka buat kebaikan.


KREDiT: METRO hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 06:24 PM | Show all posts
Patotla masa jadi pengkritik AF9 ari tu dia islamik sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 04:06 PM | Show all posts
Yup..dia komen si lena tu pandang pon sipi2 je..
byk pandang ke bawah..alhamdulillah..
Ya Allah, jika ini ketentuanMu dan terbaik dan diredhai, turunkanlah kepadaku jua..
aminn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 5154 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9242 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.074914 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list