CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 3

Bayar RM600 utk masuk ke syurga..!

[Copy link]
Post time 5-8-2016 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Seorang lelaki yang pernah ditangkap kerana mengaku dirinya sebagai 'nabi' di Jawa Barat pada tahun lepas, kini mengulangi kegiatan dakwahnya tetapi dengan ajaran terbaru iaitu mengenakan bayaran Rp2 juta (kira-kira RM600) kepada setiap pengikutnya yang mahu masuk syurga.

Lelaki yang dikenali sebagai Abdul Muhjib itu menjalankan kegiatan dakwahnya di sebuah pondok yang didirikan bersama lima rakannya di kampung Medal Sari di daerah Tegal Waru di Karawang, Jawa Barat.

Kegiatannya terbongkar apabila terdapat penduduk yang tidak berpuas hati dengan ajarannya, membuat laporan polis.

Polis semalam menahan Abdul Muhjib kerana memperdayakan masyarakat kampung  dan dia ditahan di balai polis Karawang untuk siasatan lanjut.

Media dalam talian memetik Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Pangkalan, Kerawang di Jawa Barat, Rahmat Ginanjar sebagai berkata, Abdul Muhjib sebelum ini pernah ditahan polis tetapi dibebaskan kerana berjanji tidak akan meneruskan ajarannya dan bertaubat di hadapan pegawai agama dari Majlis Ulama Indonesia.

Bagaimanapun dia didapati tidak serik untuk menipu dan menggiatkan semula ajaran sesatnya pada awal bulan ini.
Katanya, Abdul Muhjib akan didakwa di bawah Pasal Penistaan Agama yang membawa hukuman penjara dan polis juga masih menyiasat serta mengumpulkan bukti mengenai penipuan yang dilakukannya.Awani




Ada org dah claim kena tipu x dapat masuk syurga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2016 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap si mati aka arwah buat tuntutan kt tribunal  kena tipu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 08:15 PM | Show all posts
ada sesiapa boleh buktikan ini adalah scam?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 08:41 PM | Show all posts
Ngaku Nabi dan Pungut Biaya Masuk Surga Rp 2 Juta, Pria Karawang ini Ditangkap Polis
04 Agustus 2016



Muhjib yang mengaku nabi meminta pengikutnya untuk mengucapkan syahadat yang telah dia rombak. Adapun kalimat syahadat versi Muhjib adalah 'Asyhadu an-laa ilaaha illallaah wa asyhadu anna muhjib da rasuulullaah' (Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi Muhjib utusan Allah).

http://www.jurnalmuslim.com/2016 ... tangkap-polisi.html


@sam1528    bayar RM600 je   

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.167922 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list