CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3987|Reply: 15

Wajah Kacak Dan Jelita Di Sebalik Watak Seram Yang Menggegarkan Panggung Wayang

[Copy link]
Post time 14-12-2018 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Filem seram selalu dinanti-nantikan oleh peminat kerana jalan ceritanya yang menggegarkan panggung wayang dan barisan pelakonnya yang mampu membawakan watak dengan berkesan. Tapi sedarkah anda bahawa tidak seperti watak utama, kita lebih mengenali watak hitam dengan panggilan wataknya dan bukan nama sebenar?


Kredit foto: NickiSwift.com


Ramai yang mengenali Freddy Krueger, watak seram dalam A Nightmare on Elm Street tetapi tidak mengenali pelakonnya Robert Englund. Begitu juga nama watak hantu Kayako dalam The Grudge lebih diingati berbanding pelakonnya Takako Fuji.


Menurut NickiSwift.com, berikut beberapa wajah pelakon watak seram yang mungkin anda tidak kenal;


1. Bonnie Aarons (The Nun)


Kredit foto: NickiSwift


Bonnie Aarons berusia 39 tahun dan sebelum ini memegang beberapa watak kecil dalam filem seperti The Princess Dairies 1 dan 2, tetapi anda mungkin mengingatnya sebagai biarawati Valak yang menakutkan dalam The Conjuring 2 dan The Nun. Menurut Taissa Farmiga, pelakon utama filem itu karektor Aarons serta merta berubah selesai sahaja jurumekap menyiapkan wajahnya. Malahan, tidak ada pelakon yang mahu mendekatinya ketika waktu rehat penggambaran kerana auranya yang menakutkan.




2. Takako Fuji (The Grudge)


Kredit foto: NickiSwift


Filem The Grudge (2004) adalah lakonan semula sebuah filem seram Jepun. Pengarahnya asalnya Takashi Shimizu bersetuju mengarahkan filem versi Amerika tersebut dengan syarat pelakon watak hantunya Takako Fuji juga dikekalkan.



3. Bonnie Morgan (Rings)


Kredit foto: NickiSwift


Satu lagi adaptasi filem seram karya Jepun ke Amerika. Watak utama perempuan yang mati juga ditukar daripada Sadako kepada Samara dan dilakonkan oleh Daveigh Chase. Walau bagaimanapun, kebanyakan aksi menyeramkan dalam filem ini sebenarnya dilakonkan oleh Bonnie Morgan, seorang ahli akrobatik yang mempunyai kemahiran meliukkan badannya.




4. Paul T. Taylor (Hellraiser: Judgement)


Kredit foto: NickiSwift


Walaupun tidak menuturkan sebarang kata-kata tetapi watak Paul T. Taylor dalam Hellraiser: Judgement sangat meninggalkan kesan kepada penonton. Malangnya selepas penggambaran filem ini beliau disahkan mengidap Hepatitis C dan terpaksa melepaskan wataknyakepada orang lain  dalam sekuel seterusnya.



5. Jonathan Breck (Jeepers Creepers)

Kredit foto: NickiSwift


Muncul dalam pelbagai siri TV dan filem termasuk Beat Boys, Beat Girls, Good Advice, Spiders, I Married a Monster, JAG, Star Trek: Voyager, V.I.P., and Push tetapi lebih dikenali dengan watak seram dalam Jeepers Creepers.



6. Sofia Boutella (The Mummy)


Kredit foto: NickiSwift


Sofia Boutella asalnya seorang penari latar dan muncul dalam video Madonna dan Rihanna dan beberapa muzik video. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perfileman kerana beliau adalah peminat tegar filem seram.




7. Bill Skarsgård (IT)


Kredit foto: NickiSwift


Pemilihannya memegang watak seram dalam IT mulanya dipertikaikan kerana wajah kacaknya. Walau bagaimanapun, beliau membuktikan bahawa pemilihannya adalah tepat apabila berjaya membawa intensiti dalam karektor watak Pennywise, berbeza daripada watak yang sama dalam siri TV sebelumnya. Sayangnya, beliau mendapati agak sukar melepaskan aura watak ini kerana beliau sukar mencapat tawaran lain selepas filem ini ditayangkan.




8. Ken Kirzinger (Freddy vs. Jason)


Kredit foto: NickiSwift




Pernah menceburi bidang sukan dan mewakili University of British Columbia, beliau kemudiannya beralih ke bidang stunt selepas kecederaan sukan. Beliau kemudiannya menjadi terkenal dengan watak seram dalam Freddy vs. Jason.


Mungkin kerana mekap, solekan yang tebal atau topeng yang dipakai, wajah sebenar mereka jarang muncul dalam poster promosi menyebabkan ada perminat yang mungkin tertanya-tanya, bagaimanakah rupa sebenar mereka di sebalik watak tersebut. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2018 12:35 PM | Show all posts
Bonnie Aarons tu tak payah mekap gigih sgt sbb muka asli pun dah cukup menyeramkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 12:37 PM | Show all posts
niena90 replied at 14-12-2018 12:35 PM
Bonnie Aarons tu tak payah mekap gigih sgt sbb muka asli pun dah cukup menyeramkan.

Muka dia ada aura seram
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok muka the nun realiti pun memang iols takut . cengkung dan soket mata tenggelam tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 02:32 PM | Show all posts
niena90 replied at 14-12-2018 12:35 PM
Bonnie Aarons tu tak payah mekap gigih sgt sbb muka asli pun dah cukup menyeramkan.

hhahahaaa...yang ni aku setuju.....

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 02:59 PM | Show all posts
pelakon munafik 2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2018 03:02 PM | Show all posts
Kepakaran makeup artis muka elok pun boleh ditukar menjadi menyeramkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 03:14 PM | Show all posts

Oooo baru tahu lelaki rupanya yg main watak entiti seram ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2018 03:44 PM | Show all posts
IT tu seram yach! maybe sbb iols mmg seram dgn clown
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 04:04 PM | Show all posts
niena90 replied at 14-12-2018 12:35 PM
Bonnie Aarons tu tak payah mekap gigih sgt sbb muka asli pun dah cukup menyeramkan.

ahaha...betul...baru nak komen yang sama..mekap tak mekap sama je seramnya

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 04:05 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 14-12-2018 03:44 PM
IT tu seram yach! maybe sbb iols mmg seram dgn clown

tapi tak sangka hensem yakmat IT itu

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 04:13 PM | Show all posts
kucingitam replied at 14-12-2018 08:05 AM
tapi tak sangka hensem yakmat IT itu

feature rahang dia tu buat dia nampak hensem kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 04:16 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 14-12-2018 04:13 PM
feature rahang dia tu buat dia nampak hensem kan?

setuju sangat

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas: IT tu seram yach! maybe sbb iols mmg seram dgn clown

tapi pisang dia besar doe... tertengok kat tumbler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 07:08 AM | Show all posts
Seksanya jurumekap nak buat benda ni hari2 semasa penggambaran
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
i suka sebenarnya filem jeepers creepers tu. antara cult horror movies yg i enjoy selain evil dead 2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.080448 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list