CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 4

Kereta mewah tapi cukai jalan tak bayar

[Copy link]
Post time 17-12-2018 09:20 AM | Show all posts |Read mode

GOMBAK: Cukai jalan tamat tempoh sejak 10 tahun lalu. Kesalahan itu dikesan dilakukan pemilik sebuah kereta mewah jenis Ferrari ketika Op Khas Bersepadu Genting, di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, semalam.
Operasi yang diadakan selama dua hari bermula pagi semalam di dua lokasi iaitu di Plaza Tol Gombak dan Jalan Batang Kali - Genting itu menyaksikan sebanyak 572 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua JSPT Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata operasi berkenaan memberi tumpuan terhadap kenderaan membabitkan kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang dikesan menjadikan lebuhraya berkenaan sebagai litar lumba untuk melepaskan gian ketika hujung minggu.
“Operasi ini turut dibantu anggota JSPT Bukit Aman selain disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JPJ. Hasilnya pihak polis mengeluarkan 355 saman membabitkan pelbagai kesalahan.
“Sebanyak 94 saman membabitkan kesalahan lesen memandu, 31 saman kerana tiada cermin sisi, kesalahan membabitkan cukai jalan sebanyak 54 saman, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi 90 saman, 12 saman kesalahan tali pinggang keledar, enam kesalahan menggunakan lorong kecemasan, 15 saman bagi kesalahan lesen P dan L serta 49 saman kerana lain-lain kesalahan,” katanya ketika sidang media sejurus operasi, tengah hari tadi.
Beliau berkata, sebahagian daripada saman yang dikeluarkan itu dikenakan terhadap pemilik dan pengguna motosikal berkuasa tinggi serta kereta mewah yang dikesan ‘tidak cukup sifat’.
“Dalam operasi ini juga pihak polis turut menahan lapan lelaki kerana kesalahan membabitkan dadah, memandu secara berbahaya, memandu di bawah pengaruh alkohol dan menggunakan nombor pendaftaran palsu, manakala seorang wanita Vietnam turut ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.
“Pihak JPJ mengeluarkan 217 saman membabitkan pelbagai kesalahan. Manakala pihak AADK melakukan ujian air kencing terhadap 75 individu dan 16 daripada mereka ditahan selepas didapati positif dadah,” katanya.
Azman berkata, pihaknya mendapat maklumat Lebuhraya KLK sering digunakan sebagai tempat untuk menguji jentera bagi pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah atau ‘sport car’ yang dilihat boleh membahayakan keselamatan pemandu lain selain menyumbang kepada jumlah kemalangan.
“Golongan ini dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik lain. Antara kesalahan sering dilakukan adalah, lesen memandu tidak mengikut kelas kenderaan, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh seperti kesalahan yang dilakukan pemilik sebuah Ferrari semalam, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan ubahsuai kenderaan,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 12:05 PM | Show all posts
Duit dah habis bayau kereta dan maintenance...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:07 PM | Show all posts
Kalau tak betul2 mampu usah beli
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:22 PM | Show all posts
ferrari tu mesti duk bawak tuk melaram je bukan pakai hari2.. tu yg malas nak bayar roadtax semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:57 PM | Show all posts
ingat dorang kisah kena saman ke apa..
lain la kena angkut kereta pastu kena naik court kena saman max and penjara..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.076127 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list