View: 5175|Reply: 57
|
[Tempatan]
Ibu Tunggal Anak 8 Di Kelate x Sanggup Berpisah Dgn Anak2 Walau Daif Walau
[Copy link]
|
|
Mak datok...ramainya anok...
KOTA BHARU 22 Mei - Seorang balu beranak lapan di Kampung Gertak Kechupu, di sini nekad menjaga anak-anaknya dan tidak akan menyerahkan mereka kepada sesiapa meskipun hidup susah dan perlu memikul tanggungjawab ketua keluarga bersendirian.
Suriana Zakaria, 42, berkata, ada orang tergamak menyuarakan hasrat mengambil cahaya matanya sebagai anak angkat setelah suaminya, Ahmad Badarudin Sulaiman, 46, meninggal dunia secara mengejut ketika mengambil upah menebang pokok pada 8 Mac lalu.
Suriana yang tidak bekerja berkata, meskipun kehilangan tempat bergantung namun dia akan memastikan anak-anaknya berusia 2 tahun hingga 18 tahun kekal bersamanya dan mendapat kasih sayang secukupnya.
“Selepas suami tiada, sudah ada beberapa orang yang datang memberitahu mahu mengambil anak saya sebagai anak angkat.
“Saya buat diam sahaja dan tidak menjawab permintaan mereka, walaupun hidup susah saya sesekali tidak akan serahkan anak-anak kepada sesiapa, saya akan berusaha dan percaya Allah sudah tetapkan rezeki kami,”
“Anak-anak saya sedih kerana abah mereka tiada lagi untuk puasa bersama, mereka teringatkan arwah yang sentiasa mengejutkan mereka bangun sahur, tetapi saya beritahu ini sudah takdir Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Suriana berkata, arwah suaminya adalah seorang tukang rumah dan membuat pelbagai kerja kampung seperti menebang pokok dan memasang paip untuk menampung kehidupan keluarga.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini mempunyai lapan orang anak iaitu Abdul Fatah,18; Mohd Fauzi, 14; Mohd Fairuz, 13; Nurul Farhana, 10; Nurul Farahin, 10; Nurul Fasihah, 6; Nurul Farisa, 4, dan Nurul Fadilah, 2.
“Enam anak saya masih bersekolah iaitu Abdul Fatah di Maahad Amir Indera Petra; Mohd Fauzi dan Mohd Fairuz di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Yunusiah manakala Nurul Farhana, Nurul Farahin dan Nurul Fasihah pula di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan.
“Perbelanjaan sekolah anak meningkat setiap tahun, ketika arwah masih ada kami sentiasa berjimat berbelanja dan anak-anak saya membawa bekal makanan ke sekolah,” katanya.
Dia dan anak-anak kini bergantung kepada bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sejak dua bulan lalu selain sumbangan sanak saudara, jiran dan orang ramai yang menyumbang barang keperluan harian serta wang ringgit.
Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wa-nita negeri, Mumtaz Md Nawi juga telah memberi sumbangan yang akan digunakannya bagi membeli pakaian raya anak-anak.
“Ada orang-orang yang saya tidak kenal pun datang ke rumah memberi bantuan, malah untuk berbuka puasa tahun ini hanya sekali kami perlu membeli lauk.
“Selepas hari raya saya merancang untuk membuat dan menjual kuih bagi menyara anak-anak,” katanya.
Orang ramai yang ingin meringankan beban ibu tunggal ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Suriana Zakaria 0300241100008563. - UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sian nya. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul.
Kalau di tempat beliau pun saya takkan sanggup berjauhan dari darah daging walaupun betapa perit hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Comel-comel anaknya. Semua muka siap. Kalau dekat boleh juga hulur makan- minum. Semoga Allah akan memberi kekuatan kepada ibu ini untuk memelihara mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
aduh kasian...bertabah..Allah membantu kamu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan hidup mereka.
Ibu mana la sanggup berpisah dengan anak2...
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya tgk anak2 kecik lagi. at least ada orang yg berterusan membantu dan dapat duit bantuan jkm. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun susah tp nmpk muka bersih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai anaknyaa
Moga murah rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe sbb arwah suami tukang buat rumah, so kira selamat rumah dah ada. Skrg ni mak kena ada income... Anak2 membesar byk belanja. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah org nak angkat, siap2 muka anaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahaii semua nya cantik n hensem ank2 dia.. semoga allah murahkan rezeki mereka sekeluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Betul, wajah anak2 bersih. Lagi 1 bagusnya mereka hidup dalam serba sederhana, anak anak hantar sekolah. Takde la kes takde ic atau tercicir dalam pendidikan. Semoga anak2 akan merubah nasib keluarga dan dipermudahkan urusan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan beranak ramai moga senang lah hidup acik nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya..
semoga dipermudahkan..
muka diorg gini..bersih..mmg patut ramai nak jadikan ank angkat.. |
|
|
|
|
|
|
|
They supposed to be happy family walaupun serba kekurangan .... tapi dpt ujian berat kehilangan ayah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku percaya ibu dan arwah suami keluarga ni jenis yg sgt2 bertanggungjawab... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyakkn sedekah bulan puasa gais |
|
|
|
|
|
|
|
Kacangmanis replied at 22-5-2019 04:10 PM
Comel-comel anaknya. Semua muka siap. Kalau dekat boleh juga hulur makan- minum. Semoga Allah akan m ...
Sebab tu ramai nak amik jadik anak angkat sis. Akak syak pelajaran, attitude pun bagus. |
|
|
|
|
|
|
| |
|