CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2718|Reply: 27

[Tempatan] 'Harap mama tak lupakan kami'

[Copy link]
Post time 28-5-2019 09:17 AM | Show all posts |Read mode
'Harap mama tak lupakan kami'


Share


Tweet


Share













DUA beradik, (bukan nama sebenar) Alia, 12 dan adiknya, Alif, 9 yang ditemui berkeliaran di tepi jalan di sekitar Melor, Kota Bharu selepas dihalau keluar dari rumah ibu saudaranya Februari lalu kini tinggal di rumah perlindungan milik seorang aktivis masyarakat, Faizah Qemerzaman di Kampung Pasir Pekan. FOTO Zaman Huri Isa











Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my



“TAK nak balik... cuma nak jumpa mama sahaja, tapi tak tahu hilang kat mana,” kata kanak-kanak yang dihalau ibu saudara ketika menumpang di rumah wanita itu di Melor, Kota Bharu awal Februari lalu.
Alif (bukan nama sebenar), 9 dan kakaknya, Alia, 12, kini menetap di Villa Raudhah, iaitu rumah perlindungan milik aktivis masyarakat, Faizah Qemerzaman di Kampung Pasir Pekan, di Tumpat, selepas dihubungi seseorang supaya menjemput dua beradik itu ketika ditemui berkeliaran dan menangis di tepi jalan.

Alif berkata, dia dan kakaknya hanya berharap dapat dipertemukan semula dengan ibunya yang menghilangkan diri lebih setahun lalu, selain mahu menziarah kubur arwah datuk di pagi Syawal.

Katanya, bukan mereka enggan pulang beraya di rumah ibu saudara tapi bimbang pengalaman pahit dipukul dan dimarahi berulang.
“Bapa baru beberapa hari ditangkap semula oleh pihak berkuasa kerana menagih dadah dan mama pula hilang entah ke mana sejak lebih setahun lalu.
“Saya masih ingat lagi muka mama... kami harap mama tidak akan melupakan kami berdua dan suatu hari nanti akan bersatu kembali.
“Saya dan kakak seronok tinggal di rumah Umi (Faizah) serta dapat kembali bersekolah dan makan sedap,” katanya ketika ditemui di sini.
Difahamkan, mereka masih mempunyai tiga adik beradik lain tapi masing-masing sudah berumah tangga dan menetap di luar Kelantan, namun mengetahui dua beradik itu berlindung di Villa Raudhah dan dalam keadaan selamat.
Alia berkata, sangat besar perbezaan yang dialami mereka berdua ketika menumpang di rumah ibu saudara berbanding menetap di Villa Raudhah yang dianggap sebagai syurga buat mereka.
“Jika dulu (ketika menumpang), kami selalu dimarahi dan dipukul, makan pun kadang-kadang sahaja diberikan.
“Tapi di sini seronok, ada kawan lain lagi yang kami anggap seperti kakak dan abang malah ketika berbuka puasa serta bersahur, suasana agak meriah dan kami tak sabar nak menyambut hari raya nanti,” katanya.
Alif dan Alia adalah antara 14 anak prihatin iaitu mereka yang terdiri dari anak yatim, terbiar dan asnaf miskin yang menetap di Villa Raudhah sejak pertengahan Disember tahun lalu.
Di bawah seliaan Faizah, anak prihatin itu dijaga sebaiknya termasuk diberikan pelajaran, dibantu dari segi kewangan dan diberi jaminan perlindungan untuk mereka yang diabai oleh keluarga.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 8:55 AM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 09:26 AM | Show all posts
adik beradik yang lain buat bodoh je ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:39 AM | Show all posts
epullipan replied at 28-5-2019 09:26 AM
adik beradik yang lain buat bodoh je ke

sape nak hadap kalau mak bapak budak tu takde harta berjota sis

mak pak sedara pun buat tak tau je


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:43 AM | Show all posts
kesiannya..mana la mak dorg pegi..tetiber tingat yg budak kembar tu..cari mak dorg jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 28-5-2019 09:26 AM
adik beradik yang lain buat bodoh je ke

Maksud kau tiga beradik lagi yg dah kahwin dan tinggal luar kelantan tu ke?

Dah agaknya masing2 hidup makan pun bercatu agaknya...  
Macam mana nak jaga adik sendiri...

Sedih betul la...
Sialan betul bapak penagih dadah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:07 AM | Show all posts
Sabar ye dik...belajar rajin2...dgn gred elok boleh masuk u...dpt kerja bagus boleh jamin masa depan sendiri...kalau mak dtg alhamdulillah...
Entah2 yg adik beradik tu pun adik beradik tiri tu yg tak peduli tu...kalau dah berumahtangga mesti age gap agak besar mungkin bukan saudara kandung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 10:08 AM | Show all posts
sedihnya...lagi suka duduk kat rumah perlindungan drpd duk ngn sedara sendiri...huhuuu...kalau mak bapak takde harta riban-riban...sedara sendiri pun buat dek je...

kesian anak-anak tak berdosa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:37 AM | Show all posts
mak x sedih ke tinggal anak2 macam tu je..

sedinhya

semoga adik2 ni sentiasa bahagia duduk di situ..sabar yer dik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 10:48 AM | Show all posts
ramai nya ibu tegar yg buang anak sdri semata nk kejar kebebsan dan kejar jantan zmn skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 mak dia dah takde atau dok dlm jail jugak. Kesiannya budak2. Mujur ada tempat berlindung yg elok.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:57 AM | Show all posts
Kalau mak pak jotawan pn agaknye mesti bdk brdua tu sengsara jgk... Memasing x pikir kebajikan bdk brdua tu tp lbh pikir mcmana nk mngurus harta utk kesenangan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:12 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 28-5-2019 09:50 AM
Maksud kau tiga beradik lagi yg dah kahwin dan tinggal luar kelantan tu ke?

Dah agaknya masing ...

Samalah apa yg terlintas dlm pikiran aku pasal adik-beradik yg dah kawin tu.
Alahai mak, mengalahkan mak kucing dah beranak main tinggal je idup ke mati pandai2 sdiri
Bapak hamjad



Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:15 AM | Show all posts
Kesiannya. Sedih pulak baca
Belajar rajin2 ya dik sampai berjaya.
Dah senang boleh cari mak tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye adik ni ...nsib dpt perlindungan kt tmpat yg sepatutnye....Smpai ati mak sedare ngn adik beradik lain...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:41 AM | Show all posts
Mak sndri pn lari nikn pula mak sedare nk jg mmg xla...sian dua beradek nih zmn skrg manusie jahat belaka
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:52 AM | Show all posts
Itulah nasib kanak2 dari keluarga yang bermasaalah.  Elok adik2 tumpukan kepada belajar rajin2 dan jadi orang berguna bila dewasa nanti.  Zaman sekarang bila susah jarang dapat keluarga yang akan ambil peduli.  Asyik terkenang2 pun bukan boleh selesaikan masaalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 11:55 AM | Show all posts
minta di jauhkan la dr dadah ni

dadah ni punca 1001 masalah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah penagih
Mak lari
Adik beradik yg dh besar pun lepas tgn

Ini kira pandai beranak tapi harap org lain beri mkn ke apa? Eloklah mak ayahnya mati saje. Beri anak yatim makan besar lg pahala.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:31 PM | Show all posts
aku heran mentaliti org yg suka mendera ni..x de belas kasihan....makan apa gamaknya sampai ilang sifat2 ehsan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:32 PM | Show all posts
alhamdulillah dpt jg diselamatkan dr mak sedara yg ntah apa2
perangai.darah dgg sendiri pun buat gitu..yg adik beradik lain tu
kalau pun tak mampu jaga adik2 tu hrp2 ada kesempatan masa bole lah
g melawat tak pun tanya 2kabar.kesian nak2 raya ni amik ke bawa beraya
bagilah adik2 tu merasa kegembiraan sbb mak pun hilang ke mana..
adik2 tu blajar rajin2 nnt da bsr jd org yg berguna..syukur ada tmpt yg
selamat utk diaorg..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.081173 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list