CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6040|Reply: 45

[Tempatan] Sejarawan negara Khoo Kay Kim meninggal dunia

  [Copy link]
Post time 28-5-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sejarawan negara Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia

Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 28, 2019 11:26 MYT

Sejarawan negara Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia
Anaknya, Eddin Khoo ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan berita kematian ayahnya itu. - Gambar fail/Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Tokoh sejarawan dan ahli akademik Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat masalah jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara sekitar pukul 10.45 pagi tadi.

Anaknya, Eddin Khoo ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan berita kematian ayahnya itu.

"Benar, beliau meninggal dunia sekitar 30 minit yang lalu selepas mengalami masalah jantung. Keluarga saya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung pengebumian dan acara penghormatan terakhir buat ayah saya dalam masa terdekat ini," kata Khoo ringkas.

Khay Kim merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.

Khay Kim merupakan salah seorang individu yang membantu menggubal Rukun Negara berkata anugerah itu mengiktiraf individu yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Tokoh sejarawan itu merupakan anak  jati Perak yang dilahirkan di Kampar pada 28 Mac 1937.

Mendiang merupakan seorang ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya.

Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang.

Pada tahun 1959, beliau memperoleh ijazah B.A. (hons) dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya Singapura.

Pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A Sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D Sejarah daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974.

Beliau mendapat Sarjana Kedoktoran (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk “The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai tutor dari tahun 1964 sehingga 1966. Kemudian, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968.

Pada tahun 1974, beliau dilantik sebagai seorang Profesor sementara Mei tahun 1973 sehingga tahun 1975, mendiang dilantik Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan seterusnya sebagai Profesor Jabatan Sejarah pada Mei tahun 1975.

Pada 3 September 2018, Kay Kim bersama-sama Tokoh Animasi, Hassan Muthalib merupakan penerima Anugerah Merdeka 2018 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 11:57 AM | Show all posts
RIP Sir
suka sgt dgr dia bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:58 AM | Show all posts
takziah.

antara negarawan ulung yang dihormati semua kaum.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:00 PM | Show all posts
Salam takziah buat keluarga. Negarawan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:00 PM | Show all posts
salam takziah. kehilangan besar buat negara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:01 PM | Show all posts
Seorang tokoh yang saya hormati dari zaman sekolah menengah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 12:02 PM | Show all posts
Condolences to his family.
Kehilangan yg besar juga buat negara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:03 PM | Show all posts
salam takziah buat keluarga.
rip.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 12:05 PM | Show all posts
warganegara contoh....takziah kepada family
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:05 PM | Show all posts
My deepest condolences to the family of the late Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:06 PM | Show all posts
my deepest condolence to his family.

RIP..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:08 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga beliau
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:09 PM | Show all posts
Salam Takziah ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:10 PM | Show all posts
takziah buat keluarga beliau
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:17 PM | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fairy_fairy at 28-5-2019 12:22 PM

RIP prof deepest condolences to his family. Suka sangat dengar mendiang bercakap masa keluar tv.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 12:21 PM | Show all posts
takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:25 PM | Show all posts
salam takziah utk keluarga beliau
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Rest In Peace

*masa sekolah dulu selalu tengok beliau jadi tetamu rancangan debat ke apa kat tv1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.076862 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list