CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2696|Reply: 22

[Tempatan] Mulia hati adik : Selagi aku terdaya [METROTV]

  [Copy link]
Post time 28-5-2019 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Selagi aku terdaya [METROTV]


Share


Tweet


Share















Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



“SELAGI hidup, saya akan memikul amanah ini dengan sebaik mungkin dan tidak sesekali menyerahkan mereka kepada orang lain.
“Malah, saya sanggup korbankan masa depan saya asalkan nasib mereka terbela,” kata Mohd Kamarulzaman Rosli, 35, yang menjaga dua abang kandung dan ibu saudara orang kurang upaya (OKU).
Mohd Kamarulzaman berkata, tanggungjawab itu dipikulnya sejak ketiga-tiga mereka tidak dapat menguruskan diri sendiri dan berjalan akibat penyakit serta terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Disebabkan perlu memberi perhatian sepenuhnya terhadap mereka, Mohd Kamarulzaman tiada pilihan melainkan tidak bekerja walaupun jauh di sudut hati, dia mahu keluar mencari rezeki untuk menyara darah dagingnya itu.


“Abang sulung saya, Mohamad Ismadi, 43, tidak dapat berjalan selepas menghidap paru-paru berair beberapa tahun lalu.
Manakala, abang kedua, Mohd Haidir, 39, juga mengalami nasib sama selepas terbabit kemalangan langgar lari sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Manakala mak cik (ibu saudara ), Miah Abu, 76 pula disahkan OKU sejak lahir lagi.
“Keadaan itu menyebabkan saya perlu menguruskan ketiga-tiga mereka setiap hari termasuk memandikan, mencuci najis, memberi makan selain melakukan kerja rumah lain seperti memasak dan tanpa bantuan sesiapa,” katanya ditemui di rumahnya di Blok A, Taman Putra Budiman di sini, semalam.

[size=0.8em]MOHD Kamarulzaman turut menjaga ibu saudaranya, Miah yang juga orang kurang upaya (OKU). FOTO Aizuddin Saad

Mohd Kamarulzaman berkata, Mohamad Ismadi dan Miah menerima bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Manakala, Mohd Haidir menerima bantuan RM800 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) namun jumlah diterima tidak cukup untuk menampung keperluan serta perbelanjaan bulanan.
“Dua bulan lalu, kami pernah terputus bekalan makanan selama dua hari hingga terpaksa berlapar kerana tiada apa yang tinggal untuk dimakan.
“Pernah juga kami makan nasi berulam bawang dan cili kerana tiada wang untuk membeli makan namun saya tidak ceritakan kepada sesiapa jauh sekali meminta pertolongan orang sekeliling.
“Bukan tidak mahu tetapi saya malu untuk meminta pertolongan kerana bimbang disalah erti namun ketua penduduk ada datang melihat keadaan kami begitu juga jiran yang kadangkala menghantar lebihan makanan ke rumah.
“Saya cuba mendapatkan bantuan daripada lembaga zakat tetapi mereka meminta saya mendapatkan surat pengesahan doktor berhubung keadaan abang dan mak cik. Masalahnya, urusan itu memerlukan saya kerap berulang-alik dari rumah ke pejabat berkenaan yang secara tidak langsung membabitkan kos,” katanya yang kematian ibu dan ayah.
Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 101554100005 3357 atas nama Miah Abu.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 5:00 AM



MOHD Kamarulzaman (kanan) menjaga dua abangnya, Mohamad Ismadi (tengah) dan Mohd Haidir (kiri) ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Putra Budiman, Seri Kembangan. FOTO Aizuddin Saad















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebatnya encik. Moga dipermudahkn sgala urusan n dimurahkn rezeki mereka berempat inshaaAllah aminn
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 03:46 PM | Show all posts
Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga ni...
kagum dengan tanggungjawab besar yang dipikul
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 03:47 PM | Show all posts

apala salahnya staff Zakat tu turun padang visit. dah tentula dia tak boleh nak keluar selalu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 03:48 PM | Show all posts
bagus nya dia..sanggup berkorban
semoga Allah permudahkan segala urusan nya dn dilimpahi dgn rezeki dan rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 03:50 PM | Show all posts
Allahuakbar.... semoga syurga balasan saudara atas amal kebajikan saudara lakukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak jumpa orang macam abang ni. Semoga dipermudahkan segala urusannya dan mendapat bantuan yang sepatutnya. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 03:57 PM | Show all posts
mmm staff zakat lagi...kalau tak keluar berita atau masuk tv.... mmg payah laa nak nampak yg turun padang...melainkan kalau time nak kutip zakat (maybe sbb dpt banyak komisyen kot)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 03:57 PM | Show all posts
Mulianya hati  brother ni...  Sanggup bersusah payah .
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:03 PM | Show all posts
semoga balasan syurga untukmu saudara
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dipermudahkan urusan dan moga ada pihak2 yg sudi membantu beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:05 PM | Show all posts
semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga badan encik ni sihat selalu agar boleh menjaga saudara yang lain. Hebat dugaan dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 08:13 PM | Show all posts
Amin! Aku doakan ada penyelesaian
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 28-5-2019 03:47 PM
apala salahnya staff Zakat tu turun padang visit. dah tentula dia tak boleh nak keluar selalu :cur ...

Mana bulih.panasss..
Nak dok dlm aircond..sambil belek belek dokumen
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
singajantan replied at 28-5-2019 03:57 PM
mmm staff zakat lagi...kalau tak keluar berita atau masuk tv.... mmg payah laa nak nampak yg turun p ...

Kutip zakat banyak kaunter
Mohon.zakat? Pi.sendiri kat opisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2019 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan saudara ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap aku pun boleh sehebat brader ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:51 AM | Show all posts
mulianya...
semoga hidup dipermudahkan ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:51 AM | Show all posts
semoga diberikan kesihatan yg baik selama menjaga abg2 dak makcik dia..
dimurahkan rezeki ptt zakat trn lah bantu tgk kan .mcm mana lah dia nak
berurusan kalau terpaksa tinggalkan diaorg kat umah..ptt bole bg kelonggaran
utk trn tgk diaorg ni kan..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.144068 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list