CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 6

[Tempatan] Sarawak guna Bahasa Inggeris untuk Matematik, Sains tahun depan

  [Copy link]
Post time 29-5-2019 07:16 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING - Sarawak akan mula menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk pembelajaran Matematik dan Sains, Januari tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin berkata, buat permulaan, pelaksanaannya adalah bagi pelajar tahun satu, menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia melaksanakannya.

“Sejumlah 1,265 sekolah di seluruh negeri akan mula menggunakan Bahasa Inggeris untuk Matematik dan sejumlah 2,657 guru perlu dilatih sebelum tahun hadapan.

“Program ini yang hampir serupa dengan program Program Dwi-Bahasa (DLP) yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Manyin berkata, idea memperkenalkan program ini dibuat, bagi membolehkan kanak-kanak akan dapat bersaing di seluruh dunia.

“Saya percaya, kebanyakan ibu bapa akan menyokong program ini, bagi menjadikan anak-anak mereka lebih kompetitif.

“Bila kita gunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains, jumlah kelas dalam jadual akan bertambah kepada 16 seminggu. Di sekolah rendah, saya rasa ramai pelajar akan lebih yakin untuk bercakap dan menyuarakan pandangan dalam bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Selepas hari raya Manyin berkata, kementeriannya akan mengadakan dialog bersama ibu bapa yang masih ragu-ragu dengan pelaksanaan program ini.

“Ini akan menjelaskan tujuan dan objektif program ini secara terperinci, supaya ibu bapa akan memahaminya,” katanya.

Sehingga kini katanya, hanya sekolah Cina yang tidak akan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dua mata pelajaran tersebut dan akan mengekalkan penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar. Kementerian ini menghormati keputusan dan mereka mempunyai hak untuk memilih.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus utk sarawak, mcm mane pulak negeri2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 09:47 PM | Show all posts
bagus sarawak nih...nanti2 english dah well verse kat sarawak

mohon sis @dua_chzy  komen sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 29-5-2019 09:47 PM
bagus sarawak nih...nanti2 english dah well verse kat sarawak

mohon sis @dua_chzy  komen sepatah  ...

Deyol dah lama implement menda ni Zam. Dan memang dah bertiang ke depan banding Sabah. Uops google pasal SK Ulu Lubai, sekolah rendah pedalaman cemerlang yang guna English as first language di sekolah. Jangan tatau, huntok cuti sekolah pon Sarawak buat takwim sundri, tak ikut takwim KPM punya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah cina jugak kebal..mcm kat china pulok
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 10:20 PM | Show all posts
Well done Sarawak!


Harap pada masa hadapan apabila Attorney General kita buat press conference, pelakon drama melayu dari semenanjung boleh mintak rakan kita dari Sarawak tolong terjemahkan ke Bahasa Melayu untuk dia....

Three cheers for Sarawak - Hip Hip Hooray!




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba kalau Mazlee umumkan akan gunakan ingrish, habis lah akan dihencap ditudoh nak jahanamkan Melayu, jadi kuda Dapig mubaligh kristian bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.980263 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list