level BOSSKU level ulamak kelas atas
Malam ini anak-anak sekolah tahfiz ada di rumah saya. Rakan-rakan lain pun ada untuk buka puasa, khatam Al-Quran dan solat terawikh bersama. Pintu rumah saya terbuka sejak saya jadi pemimpin dahulu lagi untuk aktiviti keagamaan dan masyarakat. Semasa saya tiada di rumah baru-baru ini, saya tidak halang, saya tidak kedekut. Anak-anak tahfiz tetap dibenarkan masuk dan menggunakan ruang rumah saya untuk mengaji dan solat. Tidak pernah saya abaikan tanggungjawab saya sebagai pemimpin terhadap umat Islam dan kepentingan agama Islam. Saya tidak simpan di hati apa yang orang nak fitnah dan kutuk saya. Hidup di dunia ini hanya sementara. Hidup di dunia pasti menemukan kita dengan banyak ujian dan dugaan. Akhirat adalah tempat yang kekal abadi. Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk mengharungi segalanya. Semoga Allah memberkati hamba-hambaNya di dunia dan di akhirat.
|