CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Tempatan] KDN nafi dakwaan 100,000 rakyat China dapat kewarganegaraan

[Copy link]
Post time 30-5-2019 07:05 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) -- Dakwaan 100,000 orang pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) yang berasal dari China dianugerahkan kewarganegaraan bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Menurut KDN, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 10 Mei 2018 hingga 15 Mei 2019, terdapat hanya 37 individu dari negara itu yang dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.

"Kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Persekutuan dan hak eksklusif yang tidak ditawarkan serta diberikan dengan sewenang-wenangnya," kata KDN dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman dilaporkan membuat dakwaan itu dan menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan untuk melonggarkan syarat kemasukan pelancong China dan India ke negara ini atas alasan bagi meningkatkan industri pelancongan.

Menurut KDN, permohonan kewarganegaraan hanya boleh dikemukakan setelah seseorang warga asing memenuhi syarat diperuntukkan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Citizenship Rules 1964 serta perundangan-perundangan lain yang berkuat kuasa seperti peraturan imigresen.

"Setiap pertimbangan dibuat dengan teliti kerana ia akan menyebabkan warga asing tersebut menikmati keistimewaan dan hak yang sebelum ini hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia sahaja," katanya.

KDN berkata pihaknya sentiasa komited dalam memastikan semua penganugerahan kewarganegaraan adalah teratur dan berasaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.315451 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list