CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 1

Hvkuman M4ti Pada Pemandu M4buk Di Taiwan, Kenapa Kita Tak Boleh?

[Copy link]
Post time 8-6-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Hvkuman M4ti Pada Pemandu M4buk Di Taiwan, Kenapa Kita Tak Boleh?



Taiwan mahu melaksanakan hukuman m4ti terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan m4ut, ketika memandu dalam keadaan m4buk bagi kes serius.

Kabinet negara itu, meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Kes3ksaan yang akan menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan bvnuh.

Pihak berkuasa berkata, jika pesalah berniat menyebabkan kematian, dia boleh dihukum m4ti.

Cadangan itu memerlukan kelulusan parlimen, namun ia berlaku susulan banyak kes kematian berprofil tinggi yang mencetuskan kemarahan meluas.

Ketika ini, hvkuman maksimum menyebabkan kem4tian, ketika memandu dalam keadaan m4buk di Taiwan hanya 10 tahun.

Cadangan baharu itu akan meningkatkan hukuman penjara untuk pesalah berulang yang melakukan kesalahan baharu dalam tempoh lima tahun daripada sabitan kesalahan pertama.

Mereka mungkin berdepan hvkuman p3njara seumur hidup, jika menyebabkan kematian dan penjara 12 tahun untuk cedera serius.

Kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun membantah hvkuman ini, terutamanya dari mereka yang memperjuangkan pemansuhan hvkuman m4ti.

Pihak kerajaan mengatakan hukuman ini adalah untuk mereka yang melakukan kesalahan berulang dalam masa lima tahun.

Di Taiwan, menurut statistik pihak kerajaan, terdapat 100,000 kemalangan yang melibatkan alkohol di seluruh pulau tersebut. 40,000 daripadanya adalah kes berulang.

Pada ketika ini, mereka yang terlibat dengan kesalahan pertama perlu ke ceramah “pendidikan hidup”, sementara jika melibatkan kem4tian boleh dihvkum p3njara sehingga 10 tahun.


Kita sering mendengar Kementerian Kesihatan Malaysia berkempen tentang bahaya rokok dan bertindak tegas ke atas perokok yang degil melanggar larangan merokok di restoran.

Sementara saya tidak menolak betapa bahayanya asap rokok kepada orang sekeliling terutamanya kanak-kanak, tetapi mengapa apabila melibatkan arak, ia tidak setegas berbanding dengan kesalahan merokok?

Sedangkan jika perokok, jika dia merokok ketika memandu, ia tidak mengganggu konsentrasi pemanduan sehingga melibatkan kemalangan.

Peningkatan kemalangan jalan raya akibat alkohol kini sudah berada di tahap serius. Taiwan sudah mula mahu melaksanakan hvkuman ini, kenapa kita tidak turut ikut sama?

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 8-6-2021 09:31 PM

ada sorang forumer buat perbandingan arak ngn budu aritu............dan siti kassim pon x berkutik lg lepas kwn dia sendiri 'kena'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.825733 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list