CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2373|Reply: 10

Pertukaran Nama Teluk Mak Intan Kepada Teluk Anson

[Copy link]
Post time 29-6-2021 10:57 PM | Show all posts |Read mode


Pertukaran Nama Teluk Mak Intan Kepada Teluk Anson


15 Mac 1882 – Pada tahun 1882, mesyuarat Dewan Negeri Perak telah menukar nama Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson.

Residen Inggeris di Negeri Perak, Hugh Low telah mencadangkan kepada Dewan Negeri supaya nama teluk ini ditukarkan kepada Teluk Anson sebagai mengenangkan jasa Jeneral Archibald Anson, Pegawai Daerah Hilir Perak.

Terdapat dua cerita bagaimana Teluk di Kuala Sungai Perak ini mendapat nama Teluk Mak Intan.

Asal Usul Nama Teluk Mak Intan

Cerita pertama mengisahkan nama Teluk Mak Intan diambil daripada seorang janda yang mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan. Beliau merupakan seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera.

Beliau ialah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Bermula daripada itu ramai orang dari berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu.

Kebanyakan daripada mereka ialah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Cerita yang kedua pula mengisahkan seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik.

Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak.

Maka apabila pedagang-pedagang bertanyakan nama teluk itu penduduk di situ akan mengatakan ‘Teluk Intan Hilang’. Singkatnya dipanggil Teluk Mak Intan sahaja.


Menara Jam Condong Teluk Intan

Dalam beberapa catatan lain pula tempat ini diberi nama yang berbeza-beza. Minit mesyuarat Dewan Negeri Perak pada tahun 1882 mencatatkan namanya sebagai Teluk Ma’ Hitam.

Residen Hugh Low pula memberi nama ‘Melintang’. Seorang penulis Melayu memanggil tempat ini sebagai ‘Teluk Mak Intan’.

Pada tahun 1880, enam tahun selepas campur tangan Inggeris di Negeri Perak, pusat pentadbiran Hilir Perak ialah di Durian Sebatang. Tetapi Jeneral Archibald Anson, Pegawai Daerah Hilir Perak mendapati Teluk Mak Intan lebih sesuai.

Beliau telah memindahkan pusat pentadbirannya ke situ. Beliau telah menyusun semula kedudukan dan pelan bandar Teluk Mak Intan.

Tetapi dengan adanya kesedaran untuk mewujudkan keperibadian sendiri maka pada 1 Januari 1982, setelah satu abad berlalu, Kerajaan Negeri Perak telah menggantikan nama Teluk Anson dengan nama Teluk Intan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nostalgianya....tmpat aku cari rezeki dulu
klau singgah teluk intan jgn lupa try mee n rojak mastan ghani, popia ronda n roti canai pak andak
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh lama dh x baca psl sejarah mcm ni bestnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 01:11 AM | Show all posts
ooo.. mcm2 rupanya nm sblm jadik Teluk Intan.  Yg aku tau ms skolah dlu diorg ckp nm lama Teluk Anson. seb baik buku sejarah x cerita details mcm ni, klu x pening weih nk ngingat utk jwb peksa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 29-6-2021 11:23 PM
nostalgianya....tmpat aku cari rezeki dulu
klau singgah teluk intan jgn lupa try mee n rojak mastan ...

mastan ghani ke yg depan the store tu kn. ke cawangan lain. ak yg depan store tu x boleh tahan la tgk tukang amek order kt situ. family towkey kot. yg pmpuan tu. muka masam je, amek order mata pandang tempat lain. (nk kata juling mcm x je). suara besar.klu terorder air lain dia balas mcm kerek je, sini boleh order air jagung , air teh ke ape.myb style dia mcm tu nmpak garang2, tp baik je ke. tp tula, buat ak rs, ak ni ada salah buat ape2 ke.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 08:40 AM | Show all posts


kelibat selfie menara condong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kurex at 30-6-2021 09:07 AM

Arwah atuk aku selalu ajak aku pergi teluk anson kalau balik bota. Aku pulak terkial2. Teluk anson tu mende... Betul2 sebut bunyi melayu. An-son. Tanya mak aku, mak aku kata teluk intan. Tp sebab aku dah tau, kalau balik bota, aku pergi la teluk intan. Tapi ikut mood & tahap kerajinan la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 11:26 AM | Show all posts
cakap pasal Teluk Intan teringat Nasi Kandar Krishnan.
makan ayam goreng panas-panas. entah bila lah boleh ke sana lagi makan dine in
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 30-6-2021 07:27 AM
mastan ghani ke yg depan the store tu kn. ke cawangan lain. ak yg depan store tu x boleh tahan la  ...

ye..dpn the store ade satu..
tp sbnrnya kat dlm teluk intan ni mmg byk cawangan dia..dlm 5-6 mcm tu
mak aku klau nak mkn mee n rojak dia nk mkn kat kedai mastan yg asal....tipikal kedai mamk dulu2 lantai kotak2 biru tu
dia kta mkn kat cawangan lain x sedap...hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 30-6-2021 06:20 PM
ye..dpn the store ade satu..
tp sbnrnya kat dlm teluk intan ni mmg byk cawangan dia..dlm 5-6 mcm  ...

ow so depan the store tu cawangan lain la ye, jd mastan yg tersedap dekat mana- ape landmark dia depan bgunan ape. sbb aritu ada gak kwn family bwk mcm kedai rojak, tp mcm dpn medan selera ke/pasar. ak pun xnk dh la g caw. dpn the store, x mesra muka. mana tau next year nk jln2 cari mkn perak lg ke.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampung abah.. kecik kecik dulu ada labalik teluk intan . sekarang tak lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.079855 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list