CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 3

[Borneo] Borneo dapat 100 peratus liputan internet

[Copy link]
Post time 4-10-2021 05:58 AM | Show all posts |Read mode
Sabah dan Sarawak akan mendapat 100 peratus liputan internet dalam tempoh dua tahun kerana kerajaan akan berbelanja sebanyak RM7.7 bilion untuk tujuan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak RM3.16 bilion untuk Sabah dan RM4.09 bilion kepada Sarawak di bawah program Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Capaian internet ini perlu meliputi semuanya dan kita pernah dengar di Sabah, ada pelajar terpaksa panjat pokok untuk mendapatkan capaian internet. Ada di jambatan gantung, yang kita difahamkan ada yang jatuh dalam sungai dan sebagainya.

"Kita tidak mahu perkara itu berlaku lagi,” katanya dalam temubual eksklusif pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, jurang digital yang lebar terutamanya bagi kawasan luar bandar perlu ditangani sekiranya mahu mencapai tahap negara maju.

Menurutnya, langkah pertama untuk mengatasi jurang digital tersebut ialah dengan penyediaan infrastruktur.

“Kalau dari segi infrastruktur sudah ada internet, saya percaya ramai masyarakat luar bandar dan bandar boleh terlibat dengan teknologi digital ini.

“Kalau lihat dulu di luar bandar pun kita mempunyai pusat internet. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ada internet desa, ada pusat internet bawah penerangan ketika itu.

credit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2021 05:59 AM | Show all posts
akan ...

semoga bukan hanya kata-kata kosong sahaja ...

akan mendapat 100 peratus liputan internet dalam tempoh dua tahun




Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga menjadi kenyataan

Haishhhh sepatutnya dah lamaaaaaa dah perkara ni patut dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 05:19 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 4-10-2021 05:09 PM
Semoga menjadi kenyataan

Haishhhh sepatutnya dah lamaaaaaa dah perkara ni patut dilaksanakan.
harap tak la nanti macam selalu nya ... baca boleh ... percaya jangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.266295 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list