CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 1

[Borneo] Buda Anchah dan Dr Malvern Abdullah, menjulang nama Malaysia dengan meraih pinga

[Copy link]
Post time 6-10-2021 07:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 6-10-2021 07:37 AM

Buda (kanan) dan Malvern dengan pingat perak masing-masing.

KUCHING: Atlet elit dari Sarawak, Buda Anchah dan Dr Malvern Abdullah, menjulang nama Malaysia dengan meraih pingat perak melalui acara masing-masing di Kejuaraan Bina Badan dan Sukan Fizikal Sedunia Keli Ke-12 yang berlangsung di Arena Humo di Tashkent, Republik Uzbekistan.

Buda, 48, yang merupakan bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), merangkul pingat perak melalui dua kategori iaitu Bina Badan Sehingga 70 Kilogram and Bina Badan Masters (40-49 Tahun) Sehingga 80 Kilogram.

Pensyarah ekonomi Malvern pula merupakan naib juara bagi kategori Bina Badan Sehingga 60 Kilogram.

Malvern, 46, juga bertanding dalam kategori Masters yang sama seperti Buda, di mana beliau mendapat tempat kelima.

Dalam ucapan tahniah beliau, Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng, merangkap Presiden Persatuan Bina Badan Negeri Sarawak, mengungkap rasa bangga beliau terhadap Buda dan Malvern.

“Memang berbaloi kita menghantar Buda dan Malvern ke kejuaraan ini. Namun, tidak mungkin kita dapat pergi jauh tanpa sokongan padu daripada Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, bersama Menteri Muda Datuk Snowdan Lawan.

“Datuk (Abdul Karim) telah memberi respon yang pantas – dalam hari yang same beliau menerima permohonan daripada para atlet untuk sumbangan dana dan juga bantuan lain.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Ong (Kong Swee) dari Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) di atas pengurusan segala keperluan dan juga bantuan teknikal termasuk pengangkutan dan sokongan sains sukan kepada kedua-dua atlet elit kita ini,” beliau memberitahu Utusan Borneo di sini.

Wee juga merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas and juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian di atas sumbangan berterusan daripada mereka, biarpun tidak terlibat secara langsung dalam arena bina badan Sarawak.   

Kejuaraan di Tashkent telah dirasmikan pada Jumaat lepas, dan terus berlangsung sehingga 7 Oktober ini. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Antarabangsa (WBPF).

oleh Ghaz Ghazali


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2021 07:38 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049908 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list