CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3300|Reply: 7

[Borneo] Rentas negeri: Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59

[Copy link]
Post time 10-10-2021 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan serendah RM59 sehala serta diskaun sehingga 50 peratus bagi pakej MHholiday sempena dengan kebenaran rentas negeri yang diberikan kerajaan bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail, berkata kebenaran rentas negeri itu akan memberi dorongan hebat kepada perniagaan dan meningkatkan kembali sosio-ekonomi negara.

Beliau berkata, kumpulan meraikan kelonggaran sekatan perjalanan antara negeri dengan memberi tawaran istimewa kepada pelanggan Malaysia Airlines.

"Kami menantikan kedatangan pelanggan dengan jaminan keselamatan dan keselesaan sepanjang perjalanan. Kumpulan melihat tempahan tiket penerbangan semakin memberangsangkan, mencerminkan keyakinan pelanggan dan permintaan yang tinggi untuk perjalanan.

"Malaysia Airlines merekodkan peningkatan lebih daripada 500 peratus tempahan sejak pembukaan semula gelembung pelancongan di Langkawi.

"Selain itu, cabang operasi pelancongan kami, MHholidays, juga menunjukkan trend menaik dengan pakej percutian terjual lebih 100 peratus daripada sasaran kami.

"Malaysia Airlines tetap komited berkhidmat untuk negara dan akan meningkatkan kekerapan penerbangan domestik bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tawaran istimewa Malaysia Airlines itu bermula dari hanya RM59 bagi kelas ekonomi untuk sehala ke semua destinasi dalam Semenanjung Malaysia. Bagi ke Sarawak dan Sabah pula, tiket penerbangan bermula dari RM109 dan RM159.

Mengulas lanjut, Izham berkata, tawaran istimewa itu juga merangkumi elaun bagasi kabin tujuh kilogram (kg), makanan ringan, makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan.

Beliau berkata, tawaran itu sah untuk tempahan bermula 10 Oktober sehingga 31 Oktober 2021 untuk perjalanan segera sehingga 21 April 2022.

Pelanggan juga katanya boleh memilih tambang Economy Flex untuk menikmati faedah perjalanan premium, termasuk penukaran tarikh tanpa had percuma, pengembalian wang secara percuma tanpa bayaran, fleksibiliti Go Show, keutamaan daftar masuk dan elaun bagasi daftar masuk sebanyak 35 kg.

Sementara itu, katanya cabang operasi pelancongannya, MHholidays, memberikan tawaran sehingga 50 peratus dengan

Kempen Breakfree Deals pada pakej penerbangan dan hotel untuk percutian di seluruh negara bermula RM249.

"Dari sudut keselamatan pula, kesemua anak kapal sudah mendapat vaksin lengkap. Malah Malaysia Airlines turut diberi penarafan tujuh bintang untuk langkah-langkah kesihatan dan keselamatan COVID-19 dari AirlineRatings," katanya.

credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org swak jgn nk sakan rentas negeri nengok rega tiket murah belon toni ya...dahlah belon slalu delay...slalu kensel....mintak refund jgn harap dapat....kira burn jak duit beli tiket....suka na berik duit mengkayakn toni ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2021 08:13 AM | Show all posts
AkokKocik replied at 10-10-2021 11:29 PM
Org swak jgn nk sakan rentas negeri nengok rega tiket murah belon toni ya...dahlah belon slalu delay ...
camni nak molah ...

dah cdak kiang kaong maok balit ctuk...

rasa pelik pula jenis yang meraung nak balik macam tak menyempat2 ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2021 04:02 PM | Show all posts
Bila jiran sebelah asyik main lagu ni ...





Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2021 08:13 AM
camni nak molah ...

dah cdak kiang kaong maok balit ctuk...

Aoklah...sblum kobid xda sibuk nk blit...makpak gasak tpon nanyak bila balit, brik alasan busy...busy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2021 08:13 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 11-10-2021 05:09 PM
Aoklah...sblum kobid xda sibuk nk blit...makpak gasak tpon nanyak bila balit, brik alasan busy...b ...
mun sik ... sikda la iklan urangtua nangis syahdu anak sik balit bila raya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2021 08:13 PM
mun sik ... sikda la iklan urangtua nangis syahdu anak sik balit bila raya

Paduhal..haha...x pernah nanggar iklan ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 04:28 AM | Show all posts
AkokKocik replied at 11-10-2021 10:14 PM
Paduhal..haha...x pernah nanggar iklan ya.
antara nya ...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.480244 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list