CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171966|Reply: 1640

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
Post time 5-8-2004 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Aslkm...bermula hari ini saya akan copy seberapa banyak tarbiah Abuya (pure dari Labuan) utk tatapan kita semua. Tarbiah Abuya bukan sekadar ilmu pengasah minda semata ttp utk dihayati dan diamalkan.

Segala tarbiah Abuya sudah beliau mudahkan utk tahap org awam macam kita. Abuya tidak suka menampilkan hadis dan dalil Quran yg berderet2 dan berjela2 hingga naik sukar utk kita buat kesimpulan sesuatu ilmu bahkan terkadang hingga kita tenggelam punca. Tidak cukup dgn itu terkadang kita mudah naik jemu dan letih dgn perbahasan2 yg diberi.

Kaedah yg Abuya gunakan ialah cukup dgn 2 ke 3 dalil ttp beliau akan huraikan panjang lebar maknanya disamping banyak menggunakan contoh yg berkaitan dgn kehidupan kita sehari2.

Matlamatnya agar kita semua faham dan berupaya mengamalkannya.

Hari ini saya akan mulakan dgn tarbiah yg ringkas dan pendek dulu. Tidak mengikut tarikh ianya dikeluarkan.

TOPIK 1

Tarikh : 30/3/04
Lokasi  : Labuan


TUHAN PENGHIBUR AGUNG

Bismillahirahmanirrahim

Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yg paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja2 Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung.

Contohnya menceritakan benda biasa yg selalu kita tempuh, kita tidak sedar, spt menyedut udara, udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara kita mati. Kita tak sedar ini menghibur. Bila Tuhan cabut udara itu, ertinya tak terhibur. Bumi yg kita pijak adalah ciptaan Tuhan.

Bila mendongak ke langit biru, langit Tuhan, menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah. Kita pergi ke pasar cari lauk, ikan, daging, sayur2an, ini semua menghiburkan. Tapi kita tak perasan dan tak pernah diceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

Bila kita bekerja kita gunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur tak boleh tidur. Mengantuk menghiburkan Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan sahaja.

Apabila kita membuat sesuatu perkara yg baik kita disuruh menyebut nama Tuhan. Sebab itu Tuhan pilih salah satu dari 99 nama Allah. Tuhan suruh kita sebut Bismillahirahmanirrahim. Tuhan kenalkan diri-Nya, Akulah Penghibur. Tuhan tak suruh kita sebut Bismillahijabbarul Qahhar. Tapi kita tak perasan, kita tak sedar. Kita hanya tahu kalau kita sebut dapat fadhilat. Kita selama ini tak diajar Tuhan penghibur agung. Kita diajar fadhilat sahaja.

Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja, siang utk keperluan kerja. Malam utk berehat, kena tidur. Tak terhiburkah? Kita selama ini tak pernah diajar tauhid macam ini. Tuhan itu penghibur agung, tak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itu Allah datangkan syariat, seolah2 Tuhan berkata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 6-8-2004 08:56 AM | Show all posts
Sajak ini telah dijadikan nasyid oleh kumpulan nasyid Mawaddah puteri.

MARILAH JADI PENGHIBUR

Di dunia ini marilah kita menjadi penghibur
Menghibur manusia yang berbagai bangsa
Dan bermacam peringkat mereka
Moga-moga Allah Taala
Menghiburkan kita di Syurga
Marilah kita jadi penghibur
Menggembirakan manusia


Hiburkanlah manusia dgn pertolongan
Terutama pada yg miskin dan menderita
Hiburkanlah juga dgn senyum kemesraan
Juga nasihat yg beguna
Jadilah penghibur pada manusia
Agar kuat jiwa mereka
Dengan ilmu  yg berguna
Dgn semangat membangun jiwa


Ziarahi mereka
Membawa buah tangan
Di waktu mareka sakit
Ziarahi mereka


Gembirakanlah dgn kemaafan kita
Dengan bertoleransi
Serta memberi kerjasama
Jika minta tolong
Jangan dikecewakan
Sekalipun terpaksa berhutang dgn manusia


Siapa menjadi penghibur kepada manusia
Allah Taala akan hiburkan mereka di dalam Syurga
Dgn syaratnya imanlah asasnya
Juga syariat, perjalanan hidupnya


Nukilan oleh Abuya匸/size]
Reply

Use magic Report

Adecco This user has been deleted
Post time 6-8-2004 10:07 PM | Show all posts
rasa2 kalau buat 'video conferencing' dgn Abuya, Pak Lah tangkap ke aku? he he.. :pray:

baguslah saudara Akasyah, dgn niat ikhlas saudara mengepos ilmu dari Labuan harap2 bolehlah saya membaiki diri. Ilmu2 tuh menjurus nun jatuh ke hati.

Aku ader kenal sorang kawan tuh,lama tak jumper dia... dia dulu kaki tak solat, mat disko lagi..pastu adalah ujian2 dalam hidup dia yang menyebabkan dia insaf. Dalam dia tercari2 hidayah ni, ader sorang member ni anak buah abuya dari S'pore, telah memberikan buku2 Abuya yang dah lama halal lepastu haram pulak.

Betul kata Akasyah, mudah difahami dan mudah dipraktikkan, Di sini aku teringat seorang Professor dari Indonesia yang juga sangat suka dgn buku2 Abuya.

Jadi berbalik pada kawan aku tadi...dia ni betul2 taubat sampai ganti puasa yang lama2 dulu..sampai kurus kering.. Lepas tuh selepas solat, dia mesti hadiahkan AlFatihah pada Abuya, walaupun dia tak pernah berjumpa dgn Abuya tu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 01:18 AM | Show all posts
Maaf kalau saya katakan 'hiburan' serta 'menghiburkan' itu memang tidak tepat untuk digunakan.

Saya ambil contoh -
Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia


Kalau nak ditafsirkan ke bahasa Melayu maksud islam itu sendiri adalah penyerahan dengan rela kepada Tuhan.

Sesuaikah? kalau ditakrifkan sebagai :

Kedatangan agama penyerahan dengan rela kepada Tuhan di dunia adalah untuk menghiburkan manusia.

Kita manusia bukannya puppets yang diarahkan oleh puppet master....konsep in lebih (maaf saya katakan ) sesuai kalau ditakrifkan puppet master itu iblis dan puppets itu semua adalah sesiapa yang lalai atas nama kehiburan.

Nak berdakwah boleh berdakwah tetapi perkataan yang nak digunakan biarlah sesuai. Jangan sampai ada yang terkeliru nanti sanggup menjawab ke?

al-Anbiyaa 16 & 17
Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main. Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami;

al-Baqarah 36
[...]Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).

Bila dikenangkan kisah Adam & Hawa dari ayat diatas, sesuai ke perkataan 'hiburan' digunakan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 09:15 AM | Show all posts
Setuju sangat le dengan Jukebox. Adakah dengan bernafas kita terhibur? :stp:Fikirkan lah...Allah pembawa rahmat bukannya "penghibur". 99 nama Allah tad ada satu pun yang menggambarkan penghibur/pelipor. Mana punya akal yang boleh terfikir begitu jauh sekali. Takrif hiburan / penghibur ni dah blurrr agaknya.....:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 8-8-2004 02:15 PM | Show all posts
Sape abuya ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2004 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 8-8-2004 02:15 PM:
Sape abuya ni


hmm.. akupun tertanya - tanya.. :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 2004-8-8 14:15:
Sape abuya ni


hmm.. abuya ni ustaz asyaari muhammad...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2004 12:22 AM | Show all posts
Ustaz ni lah pemimpin al- arqam yang diharamkan dahulu.. baguslah kalau Ustaz ni dah buat kerja yang betul.. harap tidak tersilap macam dulu... Asaari ini ada kebijakan dari segi penulisan... tulisannya simple tapi berkesan.. inilah kelebihannya..
Reply

Use magic Report

Adecco This user has been deleted
Post time 9-8-2004 04:43 PM | Show all posts
Perabih boreh lagi nih....:hmm:

kita takkan faham kata2 orang2 yang tasawwuf dia tinggi nih..
Cuba baca 'Malfuzat' sheikh abdul Kadir Jailani...torcongang ekau...
saper2 akan menafsirkan ikut tafsir masing2..

cuba pergi forum bicara sufi..kat situle depa dok bincang istilah2 yang hanya mereka yang sampai ke level tu je yang faham..

:gado:
Nih ibarat macam bicara itik dan ayam..or Shrek berbicara dgn Spidey..

' We are enemies of what we don't know'

'Meker seng orak orak'
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2004 05:08 PM | Show all posts
Kalau betul orang yang berilmu takkan mereka bercerita berkenaan rahsia yang mereka sendiri alami ditempat terbuka seperti diforum yang saudara berikan. Rahsia serta tingkatan ilmu adalah exclusive pada diri yang rasa, kalau bercerita takdalah rahsia dan yang tahu cara ini takdalah usaha untuk meningkatkan diri. Alam rasa bukannya boleh ditakrifkan pada yang tak faham atau pada yang belum sampai lagi dan bukan boleh tahu cuma dari membaca kitab-kitab (buku) yang ditulis.

Saudara Akashah pun bukannya menyentuh perihal tarekat disini. Cuma saya menegur penggunaan perkataan 'hiburan' yang digunakan untuk mengelak kekeliruan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2004 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 9-8-2004 05:08 PM:
Kalau betul orang yang berilmu takkan mereka bercerita berkenaan rahsia yang mereka sendiri alami ditempat terbuka seperti diforum yang saudara berikan. Rahsia serta tingkatan ilmu adalah exclusive ...


:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-8-2004 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 2004-8-8 01:18 AM:
Maaf kalau saya katakan 'hiburan' serta 'menghiburkan' itu memang tidak tepat untuk digunakan.

Saya ambil contoh -

Kalau nak ditafsirkan ke bahasa Melayu maksud islam itu sendiri adalah peny ...


Kenapa kita rasa ianya tidak tepat? Antaranya kerana...

1) Tafsiran hiburan itu telah lama disalah ertikan dlm kehidupan. Akibatnya kita terseret sama menganggap bila disebut berhibur ianya sesuatu yg melalaikan.

2) Rata2 sekarang ini lahirnya hiburan yg bertunjangkan nafsu bukan hiburan yg menjurus ke hati. Hatta bernasyid sekalipun jika tiada 'roh' tetap ianya dikira melalaikan. Tetap ianya hiburan nafsu. Sebab itu kita yg dah mahu pada Islam ini atau dah faham Islam sikit2 ini, turut tersilap tafsir dgn merasakan jika berhibur itu mesti ikut kaedah berhibur spt yg ada sekarang ini.

3) Fitrah hati kita yg asalnya bersih telah lama dirosakkan oleh hiburan2 berbentuk menghiburkan nafsu. Lantas bila dikaitkan dgn agama, kita rasa ianya mesti serius, jangan main2.

Hakikatnya hati kita telah lama mati, hingga segala yg dijadikan termasuk syariat2Nya yg sesuai dgn fitrah kita, kita dah rasa tak terhibur. Kita tak rasa itu hiburan. Kita rasa itu biasa2 saja hingga kita pandang bersahaja. Tak rasa apa2. Bagi kita ianya hiburan bila melibatkan perkara2 berbentuk nyanyian atau muzik dsbnya.

Andai berhibur itu spt apa yg kita faham sekrg ini...apakah Rasulullah dan para sahabat itu tidak berhibur? Apakah Rasul dan para sahabat bukan manusia biasa yg tak punya fitrah utk berhibur sebab mereka golongan yg sgt2 sibuk memperjuangkan agama tak kira siang malam, tak kenal erti letih dan jemu.

Mana hiburan utk mereka ini semua, kalau Tuhan tak menjadikan segala syariat dan kejadian2Nya utk menghibur mereka yg telah letih berjuang ini? Apakah utk memenuhi fitrah manusia, mereka terpaksa berhibur dgn cara berhiburnya kita sekarang ini yg menjurus kpd kelalaian? Atau setakat mengaji dan bersolat sajakah baru terhibur mereka ini?

Kalau gitu, teruk benar agama Islam ni. Rigid, beku, serius abihh. Sebab bila nak berhibur kena dgr lagu2 atau pun setakat nasyid atau baca Al Quran shj. Setakat itu sajakah cara Rasul, para sahabat dan org soleh berhibur. Kalau begitu sempit betullah hiburan dlm Islam.

Padahal tak semua manusia itu sama kehendak fitrahnya utk berhibur. Cara terhiburnya fitrah (bukan nafsu) seseorg dgn seseorg lain berbeza. Tak semua org rasa terhibur bila baca Quran. Tak semua orang rasa terhibur bila dgr nasyid dsbnya. Nasyid atau mengaji Quran itu cuma cabang2 hiburan suci antara ribuan hiburan suci dari Tuhan untuk hamba2Nya.

Bila kita berfahaman hiburan dalam Islam adalah sedemikian, secara tak langsung kita telah meletakkan Tuhan itu zalim kerana menjadikan agamanya sesuatu yg 'menyakitkan' iaitu untuk mengamalkannya sungguh2 ianya semacam amalan paksaan ke atas kita semua. Sampai begitu sekalikah tujuan Tuhan menurunkan agama Islam ini?

Kalau beginilah fahaman Islam kita...org bukan Islam naik takut nak masuk Islam. Orang Islam yg kurang fahaman Islamnya pun, tak minat atau ragu2 nak dalami Islam. Sebab mereka takut dgn keseriusan agama Islam, di mana tentu akan tercabar fitrah mereka sebagai manusia yg suka pada hiburan.

Antaranya seseorg Islam boleh terfikir spt ini..."Kalau nak warak atau alim abihhlah aku...tak ada hiburan lagi, tak naklah... baik aku jadi seperti sekrg ini...boleh enjoy...tua2 nanti barulah aku serius dgn agama."

Hakikat sebenarnya bila disebut Hiburan, ianya ialah sesuatu yg menyenangkan dan membahagiakan fitrah atau roh atau jiwa murni kita. Bukan hiburan yg menyenangkan dan membahgiakan nafsu spt hiburan yg ada hari ini. Iaitu hiburan yg membuatkan kita lupa Tuhan, seronoknya sekejap saja. Hiburan dlm konteks Islam ialah hiburan hakiki, hiburan hati yg berpanjangan yg tidak kunjung padam sebab hati/fitrah kita yg terhibur bukan nafsu kita yg terhibur.

Orang mukmin itu hatinya sangat2 terhibur melalui kerja2 Tuhan.  Terhiburnya org yg benar2 mukmin adalah lebih 'jauh' bukan setakat terhibur melalui ibadah semata2.

Berhibur dlm Islam bukan mempermainkan agamanya. Terhibur dgn kerja2 Tuhan bukan bermakna kita tak serius dgnNya ttp sebaliknya mengperhebatkan lagi rasa kehambaan kita padaNya. Terhiburnya hati secara hakiki akan menguatkan jiwa utk lebih serius berjuang menegakkan agamaNya dlm diri dan masyarakat.

Untuk check Level di mana matinya hati kita....lihatlah setakat mana terhiburnya hati kita bila kita lihat kerja2 Tuhan samada berbentuk baik atau ujian. Orang yg tahap imannya tinggi, mehnah atau ujian dari Tuhan pun dia anggap hiburan sebab dia rasa Tuhan beri perhatian padanya.   

Apakah mengikuti syariatnya dgn sungguh2 dgn perasaan bahagia dianggap mempermainkan agamanya? Selagi kita merasakan demikian selagi itulah kita termasuk golongan orang yg masih susah utk berbuat taat dan meninggalkan larangannya. Ataupun kita masih termasuk golongan org yg masih terlalu sakit ketika bermujahadah utk menjadi seorg mukmin. Kita hanya dapat mengikuti syariatnya secara paksa2 lagi bukan dgn senang hati mengamalkannya.

Sebab itu terkadang hendak membezakan antara mana satu hiburan hati (hakiki) atau mana satu hiburan nafsu pun, kita dah tak tahu nak beza. Sebab itu kita pukul rata istilah hiburan itu tidak sesuai digunakan.

Hakikatnya syariat Tuhan jika difahami ianya sesuatu yg menghiburkan samada yg sesuai dgn fitrah kita atau tidak. Mana2 syariat yg kita rasa tak sesuai dgn fitrah sebenarnya bukan fitrah kita yg merasakan demikian tetapi nafsulah yg merasakannya tidak sesuai. Oleh kerana kita jahil tak berilmu kita anggap, rasa yg tak sesuai itu dtg dari fitrah kita padahal ianya dtg dari nafsu dan akal kita yg tak terdidik.

Bukankah syariat dibuat utk kemanfaatan manusia? Membuatkan manusia bahagia zahir dan batin, selamat dunia akhirat?

Melainkan jika merasakan perit nak taat dan patuh pada syariat. Sebab itulah kenapa kita rasa agama itu sesuatu yg serius, tak boleh buat main, apatah lagi nak rasa ianya sesuatu yg menghiburkan... Padahal jika benar2 dpt merasakan indahnya mengamalkan syariat Tuhan. Di situlah hakikat hiburan yg cukup membahagiakan. Jauh lagilah utk kita merasakan dan menghayati hidup berTuhan kalau masih di level seperti ini.

Rasulullah saw sendiri bersolat hingga bengkak2 kaki, kenapa??...sebab itukan hiburan bagi baginda. Dan bila S. Umar pula pernah ditanya, ..."Apakah yg tinggal lagi pada mu wahai Umar...beliau menjawab "Cukuplah Allah dan Rasul bagiku"...

Bukankah contoh di atas, buktinya Tuhan itu Penghibur Agung. Kenapa tak kaji sejarah bagaimana Rasul dan para sahabat berhibur?  

Bila tak faham semua ini kita jadi sensitif bila kata agama itu menghiburkan. Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-8-2004 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by tora bora at 2004-8-9 12:22 AM:
Ustaz ni lah pemimpin al- arqam yang diharamkan dahulu.. baguslah kalau Ustaz ni dah buat kerja yang betul.. harap tidak tersilap macam dulu... Asaari ini ada kebijakan dari segi penulisan... tulis ...


;););)Sejak bila pulak Abuya buat kerja tak betul? Kalau tak betul dan tersilap dari dulu lagi  perjuangannya dah mati.

Kebijaksanaan melalui tulisan adalah hasil dari kebijaksanaan hati dan mindanya. Tak gitu?
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-8-2004 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by Adecco at 2004-8-9 04:43 PM:
Perabih boreh lagi nih....:hmm:

kita takkan faham kata2 orang2 yang tasawwuf dia tinggi nih..
Cuba baca 'Malfuzat' sheikh abdul Kadir Jailani...torcongang ekau...
saper2 akan menafsirkan ikut  ...


Ahaa...sebab tulah Abuya 'rendahkan' atau 'turunkan' ilmu dia yg tinggi tu. Kalau setakat guna contoh awanlah, pergi pasar lah...tinggi sangat ker?lol

Jangan fikir ilmu tasauf atau ilmu rasa2 ini hanya utk golongan tertentu atau exclusive sahaja. Rugi le org macam kita ni tak dapat sama meskipun tahap IQ seseorg itu tak serupa,tak gitu?

p/S saya kurang suka pergi ke forum bicara sufi tu. Istilah jer bombastik sana sini naik tergeliat nak faham. Jangankan nak hayati apatah lagi nak amalkan. Hingga ilmu yg dipaparkan susah nak menjurus ke hati.

Forum seperti itu tak salah ttp at the same time ianya memperlihatkan kepada kita semua bahawa ilmu tasauf dan tauhid  ini sesuatu yg terlalu sukar utk difahami ...jika nak mempertajamkan rasa berTuhan mesti susah2 sampai macam tu sekali.lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by Akasyah at 2004-8-10 11:50 AM:


;););)Sejak bila pulak Abuya buat kerja tak betul? Kalau tak betul dan tersilap dari dulu lagi  perjuangannya dah mati.

Kebijaksanaan melalui tulisan adalah hasil dari kebijaksanaan ...



Sesiapa pun boleh menulis.. orng baratpun boleh menulis, dapat jual buku seluruh dunia.. kerana kebijaksanaan.. I agree with U..

Abuya memang pernah buat kerja yang tak betul.. semasa Arqam aktif dahulu, sehinggalah gerakan ini di haramkan oleh Majlis Fatwa pada tahu 1994.. Asaari sendiri buat pengakuan di TV, yang ia telah sedar dan taubat diatas kesalahannya dahulu...

Carilah buku karangan Zabidi Mohammad.. bekas orng kanan Asaari dahulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2004 04:04 PM | Show all posts
Hanya orng Sufi kenal siapa dia orng sufi...jgn mudah mengatakan sidia sufi kerana dia kata dia sufi, atau pengikutnya kata dia sufi.. kalau begitu sesiapapun boleh jadi sufi..
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-8-2004 04:10 PM | Show all posts
Saya suka menarik perhatian tentang hiburan ini....cuba kita lihat komen2 dari ruangan celebrity dan gosip selama ini. Rata2 menganggap hiburan nafsu yg dilambakkan atau diwar2kan dlm kehidupan hari ini...itulah hakikat berhibur sebenarnya. Dah lama saya perhati, cuba kita semua lihat pendapat2 seperti di bawah ini yg lahir dari pelbagai forumner....

Contoh2...(lebih kurang)

1) "Aku tau hiburan mcm ni haram tapi aku tak dapat bayang bagaimana la dunia ni kalau tak ada hiburan. Tentu dunia ni sunyi, kita jadik robot."

2) "Kalau rasa semua ini maksiat baik tak yah tengok tv, tak yah buka internet, pi duduk dlm gua, jangan campur org sebab kesemua penyanyi tu kan ker perempuan melayu."

3) "Bukankah berhibur tu fitrah manusia...tak kan tak boleh kot. Kita dgr dan minat saja takkan itu dikira lalai dan berdosa."

4) "Takkan nak beribadah saja, naik jemu aku ...kita bukan malaikat, kita ada nafsu, kita nak jugak berhibur...


Dan pelbagai hujah lagi...itu antara yg saya dapat ingat.  

Kesemua contoh2 pendapat di atas, jelas menunjukkan bahwa telah 'mati'nya fitrah kita yg asalnya Tuhan jadikannya bersih yg hanya mahukan hiburan yg hakiki. Yg mahu pada Tuhannya.

Yg hidup subur ialah nafsu sebab itu hiburan nafsu yg bertentangan dgn hukum Tuhan dianggap hiburan sejati. Hingga sanggup pula mempertahankannya habis2an. Kalau ada pendapat atau nasihat utk tidak menghibur nafsu yg subur ini, maka lahirlah perdebatan2 yg kurang sihat.

Sebab itu bila nafsu kita dah subur dgn pelbagai hiburan yg melalaikan yg kita rasa ianya tak melalaikan, ada antara kita naik pelik, aneh, janggal, tak boleh terima dsbnya....bila Abuya ketengahkan erti hiburan yg sebenar dr konteks Islam.

Sebab itu ada sesetgh dari kita yg sememangnya meminati hiburan nafsu yg ada sekarang kadang2 rasa hairan kenapa org yg agak alim atau pengamalan Islamnya kuat tak kira tua atau muda, semacam tidak heran pun dgn hiburan2 nafsu yg berleluasa sekarang ini.

Bukan fitrah mereka utk berhibur dah mati atau kalau dah islamik sikit tu dah tak payah berhibur. Tapi sebenarnya mereka ini telah bertemu dgn hiburan yg jauh lebih menghiburkan. Mereka semakin kenal dan terhibur dgn hiburan yg hakiki. Lantaran itu hiburan2 melalaikan mereka tak kisah. Sebab itu bukan cara berhibur yg mrk mahukan.

Yg marah, yg bising, yg berdebat tak sudah2 mempertahankan artis masing2 adalah golongan2 yg masih kabur dan teraba2 dgn hiburan yg sebenar. Jadi kita semua berusaha dan berdoalah utk tidak termasuk ke dlm golongan yg berhibur ttp pada masa yg sama mendapat kemurkaan Allah swt ini. Dah lah Allah murka, terhibur pun hanya sekejap, jiwa langsung tak tenang, makin serabut pun boleh jadi juga. Ibarat meminum air laut. Makin diminum makin haus.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-8-2004 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by tora bora at 2004-8-10 04:01 PM:



Sesiapa pun boleh menulis.. orng baratpun boleh menulis, dapat jual buku seluruh dunia.. kerana kebijaksanaan.. I agree with U..

Abuya memang pernah buat kerja yang tak betul.. semasa Arqa ...


Utk pengetahuan, sekarang ini pihak Jakim dah pun minta perdamaian dgn Abuya. Mereka dah tak mampu utk 'melawan' kebenaran yg Abuya bawa. Cuma hal ini tak diwar2kan sebagaimana pengharaman dulu.

Orang barat memang ramai yg bijak menulis tapi berapa ramaikah penulis2 barat yg boleh mengubah atau membaiki masyarakat hasil tulisan mereka? Jadi baikkah masyarakat mereka yg dah korup akhlaknya hasil tulisan bijak pandai mereka itu selama ini?

Bukan kami semua tidak tahu tulisan si zabidi itu. Bahkan banyak lagi tulisan dan tohmahan dari puak2 yg dah tak ikut Abuya ini. Tapi cuba perhatikan jika benarlah segala apa yg di tulis oleh zabidi atau mana2 yg dah keluar itu dan Abuya di pihak yg salah...mana jemaah yg mereka dah bangunkan atau buku2 ilmiah yg dah ditulis yg dapat merubah masyarakat setelah keluar dari didikan Abuya? Mana pengikut2nya yg boleh dijadikan role model dari segi akhlak dan pembangunan material.

Itu belum lagi lain2 bekas2 pemimpin dan pengikut2 yg dah tersaring yg lainnya. Majoritinya spt anak ayam kehilangan ibu. Dulu semasa dgn Abuya boleh jaga syariat, boleh jaga dosa pahala tapi setelah keluar semakin tak kenal itu semua. Yg merempat pun ada. Tak dinafikan ada yg senang lenang jadi kaya tapi keluarga pula porak peranda. Keluh kesah meskipun berduit. Syariat makin hari makin terbarai. Dulu anak isteri boleh bertudung dan taat, kini ada yg tudung pun entah ke mana. Dan pelbagai contoh lagi.

Tak kurang juga yg terpaksa datang merayu dan menangis2 minta ampun, minta Abuya terima kembali. Ada juga yg dah malu nak ikut balik sebab dah terlepas cakap kutuk Abuya. Tapi pada masa yg sama diam2 mengadu pada rakan2 memberitahu yg mereka merintih rasa kekosongan jiwa, rasa hilang pimpinan, rasa susah nak amal syariat, masalah datang bertimpa2 dan pelbagai masalah yg tak ada semasa di dalam jemaah dulu. Kalau dlm jemaah dulu jika ada masalah sekalipun masih ada guru utk dirujuk, kawan2 sejemaah yg dapat diminta pertolongan dan berkongsi susah senang.

Itu belum lagi 'fail2' pelbagai kesalahan dan skandal2 yg dilakukan dlm jemaah Arqam dulu yg menyebabkan mereka2 ini tertapis dari perjuangan kebenaran yg dilagang oleh Abuya ini. Tapi hal ini semua Abuya simpan. Abuya tetap maafkan anak buahnya dan tetap sayangkan mereka tapi mereka2 ini semua tak sedar. Apa yg mrk nampak hanya kesalahan Abuya. Mereka 'pukul' Abuya depan belakang.

Mereka seolah lupa hasil didikan Abuya semasa di dlm jemaah dulu lah yg menyedarkan mrk pada Islam. Mrk lupa semasa awal2 ikut Abuya, ada yg penagih dadah, ada yg tunggang langgang dlm kehidupan, ada yg dtg pada Abuya dlm keadaan sehelai sepinggang akibat kesusahan hidup dan pelbagai keadaan lagi. Abuya 'kutip' dan beri perlindungan, beri didikan, jodohkan dsbnya.

Sebab itu kami yg masih lagi bersama Abuya tak nak layan golongan bekas2 pengikut Abuya yg bising dan kecoh di luar tu. Tak payah saya citer panjang2. Abuya pun tak suka kami anak buahnya dedah keaiban org. Saya citer sikit ini pun....rasa bersalah saya dgn Abuya.

Saya bagi tau ini pun sebagai iktibar saja utk clearkan tanggapan orgramai yg terkadang keliru dgn tindakan dan cakap2 bekas2 pengikut Arqam ini.

Hal pengakuan taubat Abuya saya dah pernah ulas dulu di satu topik lain. Pengakuan taubat Abuya hanya merangkumi hal Aurad Muhammadiah yg bukan wajib pun dipertahankan, bukan soal akidah pun. Abuya 'rela bertaubat' kerana beliau lebih berpandangan jauh sebagai strategi perjuangan agar beliau segera dibebaskan. Bukan dia tak mahu syahid atau uzlah di dlm ISA tapi itu tidak bijak kerana beliau mahu melangkah lebih jauh.

Buktinya, lihatlah sekarang ini, meskipun masih didlm tahanan terhad ISA di Labuan dulu Rawang, berapa banyak kerja2 perjuangan yg dia berjaya lakukan. Contoh terdekat...tarbiah2 Abuya dapat saya copy serba sedikit diforum ini. Kalau beliau masih dlm penjara ISA bolehkah kita semua dapat ilmu2 yg saya paparkan di sini?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 11:54 PM | Show all posts
Bukan awak sorang saja yang merasakan dirinya berguru dengan seorang yang mursyid, ramai lagi yang ada tetapi takdalah mereka ini taksub sangat dengan guru mereka ni. Bila dah taksub sangat apa dikata sekalipun memang anggap betul saja padahal guru itu cuma membimbing berkenaan ilmu bukannya berceramah tanpa berpandukan al-quran serta hadis. Yalah, saya pahamlah kelebihan-kelebihan diai yang Wallah u waalam dengan izin serta dengan pertolongan siapa. Kalau dia tahu dari Yang Maha Mengetahui, serta dengan izin serta tanpa pertolongan perantaraan makhluk yang dicipta oleh Yang Maha Mencipta Alhamdulillah....tapi perlu ingat walau hebat manapun dia tetap ada yang lebih hebat lagi dan tak semestinya yang hebat ini suka menonjolkan diri dan berkepentingan serta beragenda.

Bila sebut pasal hiburan, ianya berputik dari akal yang dipengaruhi oleh nafsu. Saudara kata dunia ini adalah hiburan untuk manusia dengan kedatangan islam, bagaimana nak betul-betul beriman pada Allah kalau menggunakan akal yang sudah dipengaruhi oleh nafsu?

Akal akan merencanakan segala-galanya yang dilihat oleh mata, didengari oleh telinga serta persoalan yang ditimbulkan oleh hati dan seterusnya keluarlah apa sahaja yang mahu diucapkan oleh mulut.

Apa yang dilihat oleh mata adalah ciptaan-ciptaan Allah yang telah ditentukannya secara terperinci seperti matahari, bulan, pokok-pokok, air di laut serta sungai, binatang, bukit, gunung-ganang dsbgnya ini tidak berakal maka tidak bernafsu. Kalaulah semua ini berakal dan bernafsu huru-haralah dunia ciptaan Allah ini dan sebab manusia yang berakal dan bernafsu inilah yang menjadikan dunia ini seperti mana ianya sekarang ini yang penuh dengan hiburan yang melalaikan.

Apa yang didengar oleh telinga takkan terlepas dari bisikan-bisikan iblis serta konco-konconya yang seterusnya akan digunakan akal yang dipengaruhi oleh nafsu yang menyuruh berhibur.

Apa yang keluar dari mulut yang berlandaskan nafsu dengan kekurangan penggunaan akal serta iman itulah yang banyak menuturkan perihal ketidakadilan kononnya diatas nama hiburan.

Peperangan utama pada semua adalah peperangan terhadap nafsu. Kalau nak sebut hiburan pada yang beriman ni memang mereka tak fikirkan atau berminat sebab penyerahan diri beserta dengan sembahyang serta amalan yang dikerjakan dapat menghindarkan dari perkara-perkara yang menyesatkan serta melalaikan.

Saya faham target audience yang saudara cuba himpunkan....golongan muda dan remaja yang sekarang ini rata-rata taksub dengan pelbagai macam hiburan. Iyalah kalau nak mendapatkan perhatian mereka dengan cara ortodoks susah sikit, kenalah gunakan perkataan yang relevan serta dapat menarik perhatian mereka. Dan apa lagi kalau bukan hiburan yang rata-rata sinonim dengan peringkat umur mereka ini.

Adakah mengucap 2 kalimah syahadah serta selawat Nabi ini sesuatu yang dianggap menghiburkan serta untuk hiburan?

Adakah peradaban pada ibubapa, golongan yang lebih tua, guru yang membimbing serta pada Allah semasa mendirikan sembahyang padanya diatas nama hiburan?

Adakah rukun iman serta rukun islam atas nama hiburan?

Adakah ilmu yang dituruti mengikut tingkatannya berlandaskan pada hiburan?

Adakah berdoa pada Allah, beristighfar serta berzikir itu menghiburkan?

Adakah dengan melihat akan alam sekeliling serta dunia ciptaan Allah ini dengan keindahannya serta terperincinya ciptaannya setiap suatu itu dengan fungsi-fungsinya itu adalah dengan perasaan yang terhibur?

Adakah bersedekah dengan ikhlas itu menghiburkan?

Adakah mati itu menghiburkan?

Adakah semasa dihisab serta soal-jawab kubur itu menghiburkan?

Adakah akhirat itu menghiburkan?

Adakah takutkan azab seksa di neraka itu menghiburkan?

Yang menghiburkan adalah Syurga yang dijanjikan kepada yang tak berhibur semasa di dunia.

Awak sebut pasal Rasulullah dan sahabat-sahabatnya berhibur, awak bukan hidup dizaman mereka...so apa buktinya? Paling kurangpun mana hadisnya? Jangan nak tegakkan pendirian saudara dengan membabitkan Rasulullah, dia adalah pemimpin yang berjaya yang paling miskin yang tidak berharta serta tanpa apa-apa kepentingan selain dari menjadi pesuruh Allah untuk umatnya.

[ Last edited by Jukebox on 10-8-2004 at 11:59 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 1.962473 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list