CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178789|Reply: 207

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini

[Copy link]
Post time 10-10-2005 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Album Melah pernah dijual 200,000 unit
Oleh Roslen Fadzil



KELIBATNYA sekejap ada, sekejap tidak. Agak lama menyepi diri, Ramlah Ram tiba-tiba muncul semula berdangdut dengan Selamat Jalan Romeo pada konsert mingguan Akademi Fantasia 3 (AF3), di Stadium Malawati, Shah Alam, hujung bulan lalu. Lagu dangdutnya itu didendangkan pelajar AF3, Akma yang kemudiannya tersingkir.

Bagi peminat Ramlah, kerinduan terhadapnya terubat seketika apabila muncul dalam konsert AF3. Apa agaknya perkembangan terbaru beliau?

揝aya lebih banyak membuat dinner show. Ada juga tawaran merakamkan lagu dengan sebuah kumpulan terkenal dan album ghazal tapi saya masih mempertimbangkannya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2005 04:13 PM | Show all posts
Ziana masih terkenang



BIASANYA ruangan Persona hanya ditampilkan dalam satu halaman saja tetapi minggu ini, apabila tiba giliran Ziana Zain, Bintang Popular terpaksa menyediakan dua halaman. Ini kerana ada 20 sampul gambar mengikut topik yang menyimpan pelbagai foto menarik Ziana dalam arkib New Straits Times Press (NSTP).

Dengan erti kata lain, Ziana antara selebriti Malaysia yang paling banyak diburu jurufoto sejak menjadi artis rakaman pada 1991. Pendek mata, kelabu jugalah mata ini apabila hendak memilih foto mana yang terbaik.

Yang pasti, semua gambar itu merakamkan sejuta memori bagi penyanyi Madah Berhelah itu dan pengikut setianya. Bagi yang mengenali Ziana, mereka tentunya dapat melihat perubahan diri Ziana yang selama ini begitu sinonim dengan senyuman meleret, susuk tubuh yang seksi dan kening terjongket!

Ziana ketika dihubungi penulis mengakui penampilan diri dan imejnya mungkin sudah berubah tetapi yang pasti, dia tetap terkenangkan semua kisah lalu ketika mula-mula merangkak menjadi penyanyi.

揚ejam celik, pejam celik, dah 14 tahun saya menyanyi (dan berlakon).
Anak pun dah ada dua dan umur saya pun masuk 37 tahun. Tapi setinggi mana pun gunung didaki, saya tidak akan lupa masa susah apabila mula-mula menyanyi. Sebabnya, keluarga saya bukanlah orang berada.

揇ulu sebelum ada kereta, saya hanya bonceng motosikal abah (Pak Zain). Pernah sekali sewaktu pulang dari Klang kerana membeli kain (untuk dibuat baju show), motosikal abah rosak di tengah lebuh raya. Jadi terpaksalah saya turun dan tolak motosikal tu di tengahtengah panas terik. Berpeluh jugalah nak dapat sehelai baju ketika itu.

揕ama-kelamaan, apabila sudah ada album, saya mula naik teksi dan bagi memudahkan pergerakan, abah chartered sebuah teksi. Kami bayar drebar itu RM100 untuk sehari suntuk dan dengan teksi itulah, saya pergi ke sana-sini sama ada untuk show dan fotosesi,
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 04:51 PM | Show all posts
AKAK ZZ - BEZA MEMANG BERBEZA..
KAK MELAH- STILL MAINTAIN IMEJ KAMPUNG
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 08:25 AM | Show all posts
wah..best..best thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 08:30 AM | Show all posts
huuhu..
ni memang nampak ketara perbedaan artis2 ni
dulu dan sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 08:45 AM | Show all posts
gambo artis lain x de ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2005 09:02 AM | Show all posts
aku rasa Syd amik ni
kat bintang popular ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2005 09:04 AM | Show all posts
ya betul..
kan ada nama roslen tulis kat artikel atas sekali
roslen - pengarang hiburan BI-POP

ada lagi gambar..
kejap lagi paste beserta infor sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2005 09:20 AM | Show all posts
teringat dulu-dulu, ade sorang pakcik aku fanatik giler kat kak melah nih...
tak boleh kutuk sket...
pastu sikit-sikit ramlah ram...hangin je aku...
masa tu aku kecik lagi, so layankan je la...
skang ni aku nengok cam dah tak minat jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2005 09:27 AM | Show all posts
Semuanya sudah lama Ogy rasai!



DIA sudah melalui semuanya. Apa yang Erra Fazira lalui, apa yang Siti Nurhaliza tempuhi dan apa jua yang Ning Baizura kecapi, semuanya sudah lama dirasai bintang yang bernama Fauziah Datuk Ahmad Daud. Malah janganlah seseorang pelakon itu berani menggelarkan dirinya sebagai pelakon kalau dia sendiri tidak kenal siapa Ogy Ahmad Daud. Hakikatnya, dekad 1980-an dan awal 1990-an pernah menjadi zaman kegemilangannya kerana dialah ratu filem Melayu dan mencipta fenome na dan 'kezutan' menerusi Azura, Puteri dan Ali Setan.

Disebabkan popularitinya itulah juga Ogy sering digandingkan dengan nama besar dalam dunia seni seperti Jamal Abdillah, Azmil Mustapha, M Nasir dan bekas suaminya, Eman Manan. Bukan itu saja, dia juga pernah digilai ramai VVIP dan kerabat diraja namun semua itu tidak pernah mengubah pendirian hidupnya sebagai gadis biasa dan anak wayang.

Mungkin bidang nyanyiannya tidak sehebat lakonan tetapi Ogy tetap dikenali dengan lagu pop dan balada seperti Simfoni Kasih, Gerhana, Pelayaranku, Bila Bunga- Bunga Berguguran selain Kisah Cinta yang kini kembali menghiasi telenovela popular Dalam Hati Ada Cinta. Terbukti lagunya juga mampu menjadi evergreen.

Kontroversi dan pelbagai isu panas tidak pernah membenamkan Ogy ke lubuk paling dalam, sebaliknya dia sentiasa gagah untuk berdepan dengan realiti kehidupan. Barangkali kekuatan itu datang daripada semangat arwah orang tuanya pasangan Biduan Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Seniwati Datin Saadiah.

揗emang kekuatan arwah mak dan ayah sentiasa bersama saya. Saya akan terus berjuang dalam dunia seni selagi memiliki kekuatan itu. Apabila sudah hidup sendirian sekarang, saya kena lebih berdikari untuk mencari rezeki,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2005 09:29 AM | Show all posts
Sabariah Mansur tetap ingat pesan ibu - Datuk Sarimah



KERLINGAN dan senyuman manjanya itu mampu membuatkan mata yang memandang terpesona.Berkebaya sendat hingga menampakkan susuk tubuhnya yang cantik seperti biola itu, ketrampilan Sabariah Mansur jelas menjadi pujaan dan buah mulut ramai jejaka termasuk Kassim Selamat.

Begitulah antara kehebatan seniwati Datuk Sarimah Ahmad di layar perak hingga bergelar salah seorang ikon filem Melayu khususnya pada zaman kecemerlangan Studio Jalan Ampas di Singapura.

Tidak dapat dinafikan, apa saja fesyen yang diperagakan Sarimah tidak kira tradisional atau moden semuanya sentiasa menjadi perhatian peminat hingga selalu terpilih menghiasi majalah filem terkenal di Malaya dan Singapura sejak era 1960- an. Malah Sarimah pernah disunting menjadi model produk kecantikan Max Factor.

Sekalipun masa mengubah segalagalanya, dalam usia 66 tahun pun, primadona filem Melayu itu masih kelihatan cantik dan mampu menjaga bentuk tubuhnya. Jelas gelaran nenek serta ibu tunggal kepada enam anak bukan satu penghalang untuk Sarimah terus mengamalkan segala petua turun temurun supaya tampak berseri.

揇ulu, saya selalu tempah pakaian dengan Raja Zai, seorang pereka fe syen di Singapura. Jahitannya me - mang kemas membuatkan saya selesa memakai setiap baju yang direkanya. 揝ebenarnya saya seorang yang sederhana dalam memilih pakaian.

Mungkin orang tahu, kebaya dan baju kurung memang fesyen kegemaran saya. Biasanya saya akan memakai setiap baju itu hingga koyak kalau saya selesa dengannya. Kalau tak sesuai, saya cuma pakai sekali saja,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2005 09:30 AM | Show all posts
Tiara sentiasa bijak menjaga ketrampilan
Oleh Suzan Ahmad



Kini selepas bergelar model, pelakon, penyanyi dan produser berjaya, ke mana saja kakinya melangkah, pasti lensa kamera sedia menanti untuk 'senyum dan klik!'

BERTUBUH kecil molek dengan ketinggian sederhana, Tiara Jacquelina Eu Abdullah memang terkenal sebagai seorang yang berketrampilan. Beliau bijak memilih setiap busana yang kena de ngan susuk tubuhnya itu. Kini selepas bergelar model, pelakon, pe nyanyi dan produser berjaya, ke mana saja kakinya melangkah, pasti lensa kamera sedia menanti untuk 'senyum dan klik!'.

Apa saja ronanya, ia dipilih dengan penuh berhati-hati dan mengikuti perkembangan zaman. Namun Tiara sebenarnya lebih banyak mengenakan rona garang dan terang apabila menghadiri majlis keramaian.

Masih teringat lagi kelibatnya ketika menjadi model iklan produk kecantikan Hazelyn Snow. Ketika itu dia berlari beriringan sang kuda putih di tepi pantai yang cukup tenang de ngan lagu Time After Time yang pernah dipopularkan Cyndi Lauper.

Namun benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa arah aliran fesyen Tiara mula berubah apabila terbabit dalam penerbitan filem Puteri Gunung Ledang (PGL)? Isteri usahawan berjaya Datuk Seri Effendi Norwawi ini dikatakan lebih berani mengenakan gaya yang dikelaskan sebagai berani atau daring.

揊esyen yang saya pakai seperti pada majlis pelancaran PGL mahupun festival antarabangsa adalah sebagai satu refleksi terhadap genre filem yang saya bintangi itu. Namun saya juga suka mix & match seperti gaun petang yang elegent dipadankan dengan sehelai songket cantik seperti yang saya pakai di Venice,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2005 09:32 AM | Show all posts
Rosyam selayaknya terima anugerah MBR



SEBAGAI anak didik sutradara veteran Panshah, pria hebat filem Melayu ini tidak pernah lari dari landasan asalnya iaitu berjuang sebagai anak seni dengan setulus hati.

Kehadirannya jelas menyambung aura pelakon berkarektor seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Nordin Ahmad, Eman Manan dan Nasir Bilan Khan.

Kemunculan beliau boleh dianggap sebagai hadiah untuk dunia filem Melayu yang sentiasa mencari hero lelaki sejati. Beliau adalah Rosyam Nor.

Semakin berisi semakin tunduk, walaupun namanya sudah gah, sikap angkuh atau sombong tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya itu.

Setimpal dengan kerja kuatnya selama ini, anak jati Kuala Lumpur ini akhirnya diiktiraf sebagai pelakon lelaki tempatan yang paling banyak menerima anugerah lantas mendapat pengiktirafan pertama daripada Malaysia Book of Records (MBR), minggu lalu.

Peralihan dalam profesionalisme Rosyam jelas terus matang mengikut masa. Kemampuan bakat beliau sentiasa berbekas di hati penonton layar putih dan TV.

揝aya akui pada awalnya saya agak kurang selesa dengan pengiktirafan secara terbuka seperti ini. Maklumlah, banyak pihak suka bercakap walau setulus mana nawaitu kita.

揂papun bersandarkan rasa tanggungjawab dalam usaha merangsang barisan pelakon pelapis untuk meneruskan perjuangan ini, saya terima anugerah ini dengan hati terbuka.

揝aya percaya dalam apa-apa jua pekerjaan, ia perlu didasari dengan rasa jujur,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2005 11:36 AM | Show all posts
Zainal memang selayaknya jadi Mentor
Oleh Roslen Fadzil



AGAK susah untuk melihat penyanyi lelaki solo di Malaysia yang dapat bertahan lama dalam salasilah dunia hiburan. Jika ada pun, jumlahnya boleh dihitung dengan jari kerana ramai berlalu pergi dan menyepi diri. Namun badi itu tidak tempias kepada yang seorang ini kerana baru minggu lalu beliau meraih satu lagi kejayaan manis apabila berjaya menggilap seorang bakat muda menerusi Mentor.

Sebut saja nama Pija, orang sudah tahu sifunya adalah Zainalabidin. Malah ingatan peminat terhadap Zainal tidak pernah luntur kerana menerusi Akademi Fantasia 3 (AF3), seorang pelajar, Fuad berjaya membawakan lagu Puteri dengan berkesan sekali.

Bukan itu saja, lagu Zainal ketika bersama Headwind seperti Hanya Di Radio, Segalanya Mungkin, Memori Luka dan Suraya terus menjadi pilihan DJ untuk diputarkan. Lebih membanggakan, Zainal satu-satunya artis Malaysia yang diberi peluang menyanyikan lagu untuk album soundtrack filem animasi Hollywood, Tarzan (versi Melayu), karya Phil Collins.

Itulah antara kehebatan Zainal yang sememangnya layak menjadi Mentor dan diiktiraf karyawan seni Malaysia.

Mengimbau memori Zainal melalui ruangan Persona kali ini, beliau sememangnya mempunyai kelebihan kerana mengasah bakat sebagai penyanyi lounge dan kelab malam. Itulah medan ujian awal Zainal sewaktu bersama Headwind malah mereka sudah merantau ke banyak negara Asia untuk membuat persembahan dan seterusnya merakamkan album dengan PolyGram.

Selepas bergerak secara solo hujung 1980-an, Zainal menyertai Roslan Aziz Productions (RAP) dan di situlah dia dibimbing bekas sifunya, Roslan Aziz yang berjaya membentuk imej serta hala tuju genre muziknya. Hasilnya, lahirlah album keramat Hijau yang mencetuskan satu revolusi hebat dalam senario muzik tanah air.

Lagu-lagu seperti Manis, Ikhlas Tapi Jauh, Insaf, Senang-Senang, Telaga dan Hijau sendiri menjadi siulan semua pendengar pelbagai kaum yang menggemari irama fusion dan world music. Malah siapa pula yang boleh lupa lagu duetnya bersama Tan Sri SM Salim, Satu yang pernah meraih gelaran Lagu Terbaik pada AIM 1994.

Pelbagai konsert besar sudah dijayakan Zainal hinggalah diberi peluang membuat konsert jelajah di Jepun selama sebulan selepas muncul dengan album Hijau.

Hari ini, aura Zainal belum pudar dan kejayaan beliau seharusnya menjadi contoh, bukan saja kepada Pija malah kepada sesiapa saja yang mengejar impian menjadi artis terkenal. Melihat kejayaan Zainal selama ini, tidak terkejut kalau satu hari nanti dia bakal menjulang trofi khas menerusi Anugerah Era, ABP-BH mahupun AIM.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2005 11:43 AM | Show all posts
Transformasi gaya rambut Anuar
Oleh Suzan Ahmad



"MEMANG betul, ada orang kata, rambut panjang membuatkan saya nampak feminin, seperti seorang wanita. Tapi sebagai seorang manusia, lebih baik saya puaskan hati sendiri sebelum memenuhi permintaan dan kehendak orang lain,
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 12:04 PM | Show all posts

Reply #15 Syd's post

ohhhhh dari paper bipop ni...
banyak lagi rase yer magazine n akhbar yg ade citer pasal ni
ingat tak pancaindera dulu ada tulis pasal artis dari kecil sampai la besar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2005 12:09 PM | Show all posts
saya hanya terbuka minda nak simpan citer2 ni
skrg nih jerk

yang pancaindera tuh..baca jerk
tapi tak buat inisiatif apa punng

rugi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 10:02 PM | Show all posts
best lak baca pasal diorg nie... thanks syd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2005 11:55 AM | Show all posts
Rahimah antara penghibur hebat
Oleh Suzan Ahmad





MASIH ingat lagi saat-saat ketika anak kelahiran Singapura ini mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan dengan LP terakhirnya, Hati Yang Rapuh. November 1989 menjadi garis penamat kepada 24 tahun usia beliau menceburkan diri dalam dunia seni nyanyian. Gempar juga ketika dia mengumumkan pengunduran secara rasmi dari dunia showbiz, maklum dia antara penghibur Melayu paling hebat dan menjadi idola ramai peminatnya ketika itu.

Mungkin benar kata orang, lebih baik mengundur tatkala nama masih di atas berbanding sebaliknya. Baik dari segi perwatakan, penampilan, gaya dan aura Rahimah Rahim ketika beraksi di pentas tetap tersendiri dalam kelasnya.

Selepas bergelar Hajah, hati Rahimah lebih terbuka untuk menjalani hidup yang lebih tenang dan mendamaikan. Namun, sejauh manapun kaki melangkah, selebriti ampuh sepertinya tetap menjadi buruan lensa kamera.

Begitupun, tidak salah rasanya jika Bintang Popular mengimbas kembali persona penyanyi yang juga pelakon yang masih cukup dikagumi hingga kini.

Biar masih berhingus ketika itu, penulis mengakui cukup menyanjungi aura penyanyi ini terutama selepas lagu hit seperti Gadis dan Bunga, Masihkah Ada Cinta, Doa dan tidak lupa lagu yang wajib dimainkan setiap tahun, Selamat Berhari Raya.

Kelincahannya di pentas memang sukar untuk dinafikan, bagaimana dinamiknya Rahimah beraksi begitu jugalah dengan sepupunya, Ogy Ahmad Daud.

Akibat populariti dan ke trampilannya itu juga, dia pernah digosipkan dengan kerabat diraja sebelum meng akhiri zaman bujang de ngan bintang bola sepak ter kenal, Mohamad Noh Hussein pada Disember 1977. Namun perkahwinan itu tidak berkekalan dan akhirnya mereka berpisah. Kini anak kepada Seniwati Mariam Tahi Lalat, kakak Seniwati Saadiah itu bahagia de ngan melayari rumah tangga dengan Juraimi Taib sejak 1994.

Menyentuh soal gaya dandanan rambut, paling tidak dapat dilupakan ialah ketika Rahimah berambut pendek dengan ekor yang diwarnakan.

Gaya itu menjadi kegilaan ramai bukan saja golongan dewasa tetapi juga kanak-kanak.

Pendek kata, hingga kini pun, gaya Rahimah masih tidak kalah.

Biar bertudung litup namun trendy tetap trendy. Itulah, Rahimah Rahim kebanggaan Allahyarham Haji Abdul Rahim - bekas Nat King Cole Singapura.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2005 12:55 PM | Show all posts
Dari isteri curang kepada permaisuri Sultan Melaka...
Oleh Suzan Ahmad | Foto Koleksi NSTP





DARI seorang isteri yang pernah menjamu suami dengan 'nasi kangkang', tomboy yang membenci lelaki hinggalah kepada wanita bangsawan yang bersemayam di sisi Sultan Melaka, demikianlah versatilenya bakat yang ada pada dirinya sebagai anak wayang.

Kali terakhir dia beraksi adalah menerusi filem mega bajet, Puteri Gunung Ledang (PGL), lebih dua tahun lalu. Selepas itu, dia yang berbadan dua ketika itu, memencilkan diri buat seketika dan kembali aktif semula awal Ramadan ini dalam kerja-kerja amal.

Itulah aktres kacukan Melayu-Inggeris, Sofia Jane Hisham. Dan menarik juga diceritakan, nama Sofia itu sebenarnya dipilih orang tuanya kerana mereka cukup meminati kehebatan aktres Itali terkenal, Sophia Loren!

Masing lagi terbayang-bayang lagaknya sebagai Zaleha dalam Perempuan Isteri dan ....? yang berjalan melenggang lenggok dengan payung bunganya di tengah kampung setinggan.

Juga jelingan hampanya yang tetap jelita sebagai Tun Teja apabila Sultan Melaka berhajat memperisterikan Gustri Putri Retno Dumilah.

Tidak dinafikan aura pelakon filem Sayang Salmah ini memang hebat dan memukau. Secantik wajahnya, begitulah juga hidupnya lakonan Sofia. Dia selayaknya dimasukkan dalam kelompok primadona Melayu zaman ini.

Terjun ke dunia filem ini menerusi filem Mira Edora, nama Sofia menjadi sebutan hangat gara-gara filem Julie Dahlan, Harry Boy. Kemudian, bekas penghibur The Kit Kat Klub (anak didik Tiara Jacquelina) ini terus me ngasah bakatnya dalam banyak filem menerusi pelbagai karektor.

Mungkin atas dasar jemu dan puas dengan dunia wayang, dia menumpukan perhatian kepada keluarga tercinta malah pernah berhijrah ke Jakarta mengikut suami bertugas.

Kini selepas dikurniakan tiga puteri comel, Arrisa, 9, Khadija, 5, dan Soraya, 2, hidup Sofia dan suami, Meor Azman Datuk Meor Mohd Taib tambah sempurna.

Hari ini, Sofia lebih gemar memenuhi masa untuk aktif dengan kerja amal. Pertubuhan paling bertuah mendapat sokongannya adalah Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia (YSKPM) naungan rakan baiknya Erma Fatima.

Sekalipun pernah menempuh pelbagai dugaan dalam hidup termasuk kehilangan ayah tercinta, baru-baru ini Sofia tetap tabah dan senyuman masih terukir di wajahnya itu.

PROFIL

NAMA: Sofia Jane Hisham

TEMPAT LAHIR: London, England

SUAMI: Meor Azman Meor Mohd Taib

FILEM: Mira Edora, Nadia, Harry Boy,
Interlud, Perempuan, Isteri Dan ...?, Kekasih Awal Dan Akhir, Cinta Kita Suratan Kasih, Jimi Asmara, Sayang Salmah, Puteri Gunung Ledang

ANUGERAH: Bintang Paling Popular ABP-BH 1993
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194972 Replies : 4522
IKAN PALING CANTIK DI DUNIA
zasrfikriIKAN PALING CANTIK DI DUNIA
Views : 12674 Replies : 2
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16443 Replies : 49
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30484 Replies : 162
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10758 Replies : 56
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30157 Replies : 182
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113095 Replies : 486
patung singa
ainacutepatung singa
Views : 3958 Replies : 34
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6887 Replies : 48
Hipokrit zaman sekarang
chaconHipokrit zaman sekarang
Views : 4379 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.082034 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list