CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42519|Reply: 289

100 Soalan Untuk Golongan ASWJ

[Copy link]
viper This user has been deleted
Post time 22-12-2005 12:40 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Telah hampir kurang lebih 1500 tahun, kami sentiasa dihujani pelbagai soalan daripada golongan ASWJ. Jadi viper rasa adil sekiranya kami diberi peluang untuk bertanya kepada golongan ASWJ tentang mereka pula. Diharap ASWJ dapat memberikan jawapan2 yang bernas berdasarkan soalan2 yang diajukan. jangan off topic.

Thread ini bukan untuk tujuan perdebatan semata-mata. ia lebih kepada pembuktian bahawa kami, pengikut     Ahlul Bayt berpegang pada kebenaran dan bukan taksub membuta-tuli. Oleh itu, silalah jawab soalan2 yang akan diajukan kelak sekiranya anda benar.....dan tolonglah jangan berdalih atau berhujah kosong...

Semoga kebenaran akan terungkap pada yang menginginkan kebenaran..

(soalan1)

Telah menjadi fitrah bahawa setiap sesuatu itu dikenali dengan nama tertentu malah ilmu yang pertama diajarkan pada Nabi Adam as oleh Allah swt adalah Nama setiap sesuatu.  Anda juga menggunakan nama2 seperti Ahlul Sunnah Wal Jama'ah, Sunni atau Ahlul Sunnah. Tunjukkan di dalam surah mana, ayat berapa yang ada tertulis atau disebutkan nama2 tersebut?

p/s soalan kedua hanya akan di keluarkan apabila soalan pertama terjawab
wahai penyokong Perampas Tanah Fadak dan rakan2, anda juga dijemput untuk menjawab

[ Last edited by viper at 22-12-2005 12:47 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

giler This user has been deleted
Post time 22-12-2005 01:24 AM | Show all posts

100 soalan!!!!!

salam,
semoga Allah meredhai anda viper, kerana berani memperjuangkan yang HAK.

Silakanlah saudara dari ASWJ jawablah........
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 10:10 AM | Show all posts
nampaknya sdr berdua berkobar2 nak berhujah dgn ASWJ. tapi saya cadangkan kepada netters sunni tak payah jawablah. kalau tak jawab insya Allah polemik ni akan berhenti.

walau bagaimanapun ini forum bebas. saya sekadar memberikan cadangan. jgn pula sdr dua org marah kat saya pula. saya memang tak akan campur dlm hal ini kalau ada netters sunni yg sudi menjawab 100 soalan emas sdr nanti.

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 11:41 AM | Show all posts
salam
hmmm...banyak soalan tu... cuma betul kata ustaz nahzalus, perkara ni akan berlarutan panjang. Cuma bill cadangkan satu perkara, pertikaian sunni SYiah di forum ini sebenarnya telah lama reda, dan tanpa disedari sunni syiah telah boleh berkumpul dalam suasana aman. Namun memang sesekali akan ada perkara2 panas dalam bab ikhtilaf ini. Namun sesuai dengan nama boardnya, kita mampu membincangkannya dengan baik. Hanya setelah kehadiran Serihartatie yang muncul bukan dengan cara ilmiah dan bukan juga dengan cara terhormat, barulah forum ini kembali bergolak dan perpecahan kembali membelah. (Jelas ini bukan perbuatan seorang berilmu dan berniat jujur?)

Cadangan bill ialah biarkan thread ini dibuka tetapi dengan cara begini: setiapkali Serihartatie dan orang2 yang menyerang syiah mengeluarkan sebuah isu, maka viper boleh keluarkan satu soalan. Jangan membalas melainkan hanya setelah diserang.

Lebih baik kita fokus kepada seorang (cont:serihartatie) daripada elibatkan saudara2 Sunni kita yang lain, yang jelas tidak mahu isu begini berpanjangan.

Hanya cadangan.

wassalam
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
 Author| Post time 22-12-2005 03:06 PM | Show all posts
Salam,

Pandangan bill dan Ustaz saya hormati. Bukan untuk memanjangkan perbincangan Sunni-Syiah. kalau ada nak jawab, boleh jawab. Kalau takde pun takpe. Pastinya concentration viper adalah Penyokong Perampas Tanah Fadak.

Ya Haq

p/s Yang mana baik akan viper ikut. Terma kasih ustaz kerna beri pendapat dan juga sdr bill.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 06:23 PM | Show all posts
salam

Sekiranya sudah tekad, teruskanlah saudaraku Viper. Semoga Allah merahmatimu. Seandainya selepas ini akan ada orang2 yang menyerang Syiah, maka keluarkanlah soalan2 dari 100 soalan itu yang perlu mereka jawab sebelum mereka lantang dan galak menyerang Syiah. (dan meninggalkan jawapan tak berjawab)
  
we are right behind you
Reply

Use magic Report

Follow Us
giler This user has been deleted
Post time 23-12-2005 12:16 AM | Show all posts
salam,

jgn bimbang kami sentiasa menyokong anda dengan sepenuhnye........
demi cinta.........
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
 Author| Post time 23-12-2005 12:59 AM | Show all posts
Salam wahai pendukung2 kebenaran, penyuluh jiwa2...  

Hayli Mutashaccerom... Tamos Migiram..

Be Salamati..

ya haq
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

simplelife This user has been deleted
Post time 24-12-2005 12:29 PM | Show all posts
Kenyataan pihak JAKIM ini diharap dapat menghuraikan persoalan viper:

SEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan ini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wa'I-Jama'ah itu sendiri dan punca-puncanya. Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu 'jamaah' dan 'firqah' dengan pluralnya 'firaq'. Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu:

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan'.

Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawa mereka yang dikatakan 'umatku' itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahan yang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan 'aqidah, bukan dimaksudkan dalam bidang furu' dan 'amaliyat.

Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda salla'Llabu 'alaihi wa sallam bersabda

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?'. Jawab Baginda 'Jama'ah'.

Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah 'jama'ah'.
Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id 3 bahawa isnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai.

Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhu bahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah'.

Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah 'al-Jama'ah'. Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalah sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik
adalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat).

Kepentingan berpegang kepada jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu, katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, 'Mereka itu kaum dari bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita'. Lalu Hudhaifah bertanya, 'Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?'. Jawab Baginda: 'Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu'.

Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka.

Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yang menyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahan daripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda:

Maksudnya: 'Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu'.

Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal kitabnya itu.

Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru radiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:

Maksudnya: 'Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).

Mereka bertanya Baginda, 'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'.

Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan ('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-jama'ah'.

bersambung.....
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 24-12-2005 12:31 PM | Show all posts
sambungan.........

'Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya daripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu banyak isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itu daripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda', Jabir, Abu Sa'id al-Khudri, Ubay bin'Ka'ab, 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As, Abu Umamah dan Wathilah bin al-Asqa'dan yang lain daripada mereka itu.

Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' alRashidin radiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat, yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan.

Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaum Qadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini

Selain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaan kaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkan kecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri, ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) berkenaan dengan kecelaan kaum Qadariyah,Murji'ah dan Khawarij.

Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirian yang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju dalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu' tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslim ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandangan mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu'fiqh. Pada pendapat mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Keduanya mereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu' ada satu golongan yang benar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itu tidak membawa kepada kesesatan.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutan tentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat itu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa'd dan al-Wa'id, bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayah dan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau bab Ru'yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta'dil dan taj'wiz, atau satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya, daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli's-Sunnah Wa ' I-Jama'ah bersepakat. Yang tidak bersepakat dengan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah ialah golongan Ahlu'I-Ahwa'ad-Dallah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang terdiri daripada Qadariyah,Khawarij, Rawafid, Najjariyah, Jahmiyah, Mujassimah dan Mushabbihah, dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat. Ringkasnya, mengikut beliau bahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan golongan-golongan yang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di dalamnya mereka yang berikhtilaf dalam bidang furu' fiqhiyyah bahkan dalam bidang usulu'd-din.

Hadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi, 14 riwayat dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh, satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) '. Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih.

Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: 'Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda '(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku'. Hadith gharib.

Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W., maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki 'Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selam ' at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?' Lalu Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: 'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu'. Hadith hasan sahih.

Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan para Khulafa' a]-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.

bersambung.....
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 24-12-2005 12:32 PM | Show all posts
bersambung....

Hadith yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah 17,juga nwayat dari 'Irbad bin Sariyah radiya'Llahu 'anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda selepas daripada Baginda memberi nasibat yang cukup berkesan pada hati, katanya:

Maksudnya: 'Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengadaadakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan'.

Boleh diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat dadpada hadith terdahulu, laitu ikhtilafah shadidan mengganti ikhtilafan kathiran. Yang ditekankan dalam hadith ini ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. dan para Khulafa' al-Rashidin. Berkenaan dengan konsep Khulafa' alRashidin, dikatakan oleh pentahkiknya bahawasanya ada kaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan Khulafa'al-Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi termasuk mereka yang menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri daripada para pemimpin Muslimin (min a'immat'ul-Islam). Kata beliau lagi: Mereka itu adalah para khalifah bagi Rasulullah S.A.W. yang menegakkan al-haqq dan menghidupkan agama dan memimpin manusia kepada perjalanan yang benar. Penafsiran demikian ini nampaknya dibenarkan oleb sebuah hadith yang menyebutkan para khulafa' sebagai mereka yang menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W.

Maksudnya: 'Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku. Baginda ditanya: Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?. Mereka yang menghidupkan Sunnahku............... (Hadith riwayat dari al-Hassan)

Selain dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah 19 juga riwayat daripada al-'lrbad bin Sariyah radiya'Llabu 'anhu bahawa Baginda bersabda bila diminta tambahkan wasiatnya:

Maksudnya: 'Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang benderang ('yang putih' (al-baida') yang bennaksud millah dan hujjah yang nyata yang tidak ada kekeliruan lagi di dalamnya); Malaninya adalah seperti siangnya. Tidak menjadi terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan dirinya. Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan melihat perselisihan yang banyak (ikhtilafan kathiran); maka hendaklah kamu berpegang kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah Khulafa'al-Rashidin yang dikurniakan hidayat (oleh Allah). Hendaklah kamu berpegang kepadanya dengan gigi geraham kamu. Dan hendaklah kamu taat (kepada para pemimpin kamu) walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu) seorang hamba bangsa Habshi. Sesungguhnya seseorang Mu'min itu adalah seperti unta yang dicucuk hidungnya (iaitu ada tali penuntunnya pada hidungnya), ke mana ia dibawa, ia mengikut (iaitu orang Mu'min yang tidak takabbur dan merendah diri itu mengikut peraturan Syara'di mana ia dibawa'.

Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan Khulafa'al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu pedalanannya. Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajamya yang dituntut oleh Syara'.

Selepas meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan ummat dan golongan yang selamat serta tuntutan supaya orang mu'min itu mengikuti Sunnah Nabi S.A.W., Sunnah Khulafa'al-Rashidin, dan pedalanan para Sahabat, Allah meredhai mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan dengan nas-nas ini.

Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh itu jelas mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di kalangan para ulama' kita yang mu'tabar. Tentang perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana yang didapati dalam al-Quran yang kerap menyebut tentang AhlilKitab yang terdiri dari al-Yahud wan-Nasara. Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan perpecahan ini tersebutjuga al-Yahud wan-Nasara. Kalimat-kalimat yang digunakan bagi menyebut 'golongan' itu ialah antaranya 'firqah' jamak 'firaq', 'millah', tapi tidak disebut jamaknya;

yang tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya. Orang yang terseleweng daripadanya adalah Orang Yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik Yang dengan sengaja mernbinasakan dirinya. Istilah ini menarik hati kita oleh kerana ianya memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas aiaran dan Pegangan yang nonnative, yang menjadi penentu,
atau neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya' 20 Itulah ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benamya. Neraca inilah yang menentukan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang sistem keilmuannya dihuraikan kemudiannya.

Reproduced from a booklet published by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM)
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 24-12-2005 12:33 PM | Show all posts
Oleh kerana panjang lagi artikel ini, maka saya sertakan linknya di sini : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=468
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2005 05:41 PM | Show all posts

jawapan dan soalan kpd syi'ah

tulisan viper
Salam,

Telah hampir kurang lebih 1500 tahun, kami sentiasa dihujani pelbagai soalan daripada golongan ASWJ. Jadi viper rasa adil sekiranya kami diberi peluang untuk bertanya kepada golongan ASWJ tentang mereka pula. Diharap ASWJ dapat memberikan jawapan2 yang bernas berdasarkan soalan2 yang diajukan. jangan off topic.

Thread ini bukan untuk tujuan perdebatan semata-mata. ia lebih kepada pembuktian bahawa kami, pengikut     Ahlul Bayt berpegang pada kebenaran dan bukan taksub membuta-tuli. Oleh itu, silalah jawab soalan2 yang akan diajukan kelak sekiranya anda benar.....dan tolonglah jangan berdalih atau berhujah kosong...

Semoga kebenaran akan terungkap pada yang menginginkan kebenaran..

(soalan1)

Telah menjadi fitrah bahawa setiap sesuatu itu dikenali dengan nama tertentu malah ilmu yang pertama diajarkan pada Nabi Adam as oleh Allah swt adalah Nama setiap sesuatu.  Anda juga menggunakan nama2 seperti Ahlul Sunnah Wal Jama'ah, Sunni atau Ahlul Sunnah. Tunjukkan di dalam surah mana, ayat berapa yang ada tertulis atau disebutkan nama2 tersebut?

salam kepada mereka yg mengikut petunjuk..
panjang lebar nampaknya jawapan yg diberikan oleh simplelife....tahniah dan terima kasih

kat sini rasanya nak tambah sikit....
isyarat dlm hadis dr nabi s.a.w. tlhpun ada walaupun nama ahlussunnah wal jamaah diberikan oleh ulamak aswj kemudian berdasarkan kpd hadis2 tersebut spt "'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'".
dan nama yg tersebut dlm quran kpd org beriman adalah mukmin atau muslim....
tapi bila keluar golongan2 sesat spt syiah, khawarij, muktazilah, golongan2 anti hadis dan sahabat dll golongan maka aswj menamakan diri mereka dgn nama ahlussunnahwal jamaah sebagai tanda pembelaan terhadap assunnah(hadis nabi s.a.w.) dan sahabat2r.a.

sebenarnya bukan aswj yg memulakan serangan tapi kalau melihat sejarah syi'ahlah yg memulakan serangan..buktinya ialah kita lihat dlm sejarah setelah sahabat2 nabi s.a.w. terutamanya sahabat agung khulafa'rasyidin diserang yg bermula pd zaman sayyidina osman menantu kpd nabi s.a.w. (yg diberikan dua org anaknya kpd beliau) sehingga terbunuh syahid sayyidina osman barulah pihak sahabat r.a. yg merupakan tokoh aswj menyerang golongan syiah yg bencikan sahabat sebagai mempertahankan diri..
dan kalau kita lihat di m'sia sendiri pun dulu tiada org yg menyerang syiah dan kita pun malas nak layan golongan ini tapi bila mrk dtg mrk serang tokoh2 kita barulah kita menyerang mrk sebagai mempetahankan diri...tapi takkan bertahan saja mestilah serang jugak barulah adil.....

baiklah kalau syiah ada 100 soalan kpd ahlussunnah maka kami mempunyai 5000 soalan kpd mereka...
disebabkan soalan terlalu banyak maka kami terpaksa mengemukakan 2 soalan sekaligus...

soalan 1
didlm kitab2 syiah imam2 mrk berbangga dgn nama rafidhah sp contohnya:
didlm safinatul bihar karangan syeikh abbas al-qummi jilid 1 ms 531: bilamana abu basir menyebutkan nama rafidhah kpd muhammad al-baqir (imam kelima syiah) maka mohd. al-baqir berkata itulah nama yg allah kurniakan kpd kamu (syiah)
begitu juga imam jaafar assadiq menjawab bila abu basir menyebutkan nama rafidhah kepada beliau; bahawa aku telah menamakan demikian kepada kita dan mengurniakan nama demikian kepada golongan kita. al kafi karangan al kulaini jilid 8 ms, 34.
dan byk lg dlm kitab2 syiah yg lain

itu kalau kita lihat kpd kitab2 syiah imam2 menamakan syiah dgn nama rafidhah..
kalau kita lihat kpd hadis rasulullah s.a.w. baginda bersabda:
"nanti akan muncul diakhir zaman golongan yg digelarkan rafidhah mereka menolak islam tapi mendakwa islam perangilah mereka kerana sebenarnya golongan musyrikun."
(riwayat abu ya'la, at-tabrani, al-bazzar)

kalau kalian berbangga sebagaimana imam2 kamu berbangga maka kalian adalah golongan musyrikin tapi kalau kalian menafikan nama tersebut dari kalian maka bermakna kalian bukan pengikut imam2 maksum...yg mana satu pilihan kalian????

soalan dua:
mengapa imam2 kalian bukan dr keturunan imam hassan sdgkan imam hassan adalah yg tua drpd imam hussin....sdgkn mengikut aqidah kalian imam2 mestilah yg lebih tua (sulong) dan dari keturunan beliau...
semoga kalian mendapat petunjuk dr yg esa

[ Last edited by sheir'ali at 24-12-2005 05:45 PM ]
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
 Author| Post time 24-12-2005 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 24-12-2005 05:41 PM
tulisan viper
Salam,

Telah hampir kurang lebih 1500 tahun, kami sentiasa dihujani pelbagai soalan daripada golongan ASWJ. Jadi viper rasa adil sekiranya kami diberi peluang untuk bertanya ...

Salam kepada anda,

Dua soalan yang anda ajukan itu sangat bagus. namun soalan viper masih tidak terjawab. viper datangkan lagi sekali:

Telah menjadi fitrah bahawa setiap sesuatu itu dikenali dengan nama tertentu malah ilmu yang pertama diajarkan pada Nabi Adam as oleh Allah swt adalah Nama setiap sesuatu.  Anda juga menggunakan nama2 seperti Ahlul Sunnah Wal Jama'ah, Sunni atau Ahlul Sunnah. Tunjukkan di dalam surah mana, ayat berapa yang ada tertulis atau disebutkan nama2 tersebut?

Anda tidak menjawab soalan itu. Pada simplelife, adakah anda tidak faham pada soalan yang diajukan viper?? Sila jawab dengan jujur, ada atau tidak nama2 itu disebutkan di dalam Al-Quran. Sekiranya ada, ayat berapa dan surah apa? Jika tiada, jawablah tiada...
p/s : viper akan jawab apabila kalian menjawab soalan pertama tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 09:53 AM | Show all posts
[quote]

soal nama yg jelas terdapat dlm al-quran atau tidak itu tidak penting....smemangnya nama ahlussunnah dgn jelas dlm quran mmglh tiada tapi yg penting ialah mengikut jalan yg dikehendaki al-quran.......krn tidak semestinya nama yg terdapat dlm quran adalah baik spt nama fira'un, abu lahab, haman,qarun dll...... yg penting mengikut kehendak quran

sila jawab pertanyaan yg tlh diajukan dan copynya sekali lg....
salam kepada mereka yg mengikut petunjuk..
panjang lebar nampaknya jawapan yg diberikan oleh simplelife....tahniah dan terima kasih

kat sini rasanya nak tambah sikit....
isyarat dlm hadis dr nabi s.a.w. tlhpun ada walaupun nama ahlussunnah wal jamaah diberikan oleh ulamak aswj kemudian berdasarkan kpd hadis2 tersebut spt "'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'".
dan nama yg tersebut dlm quran kpd org beriman adalah mukmin atau muslim....
tapi bila keluar golongan2 sesat spt syiah, khawarij, muktazilah, golongan2 anti hadis dan sahabat dll golongan maka aswj menamakan diri mereka dgn nama ahlussunnahwal jamaah sebagai tanda pembelaan terhadap assunnah(hadis nabi s.a.w.) dan sahabat2r.a.

sebenarnya bukan aswj yg memulakan serangan tapi kalau melihat sejarah syi'ahlah yg memulakan serangan..buktinya ialah kita lihat dlm sejarah setelah sahabat2 nabi s.a.w. terutamanya sahabat agung khulafa'rasyidin diserang yg bermula pd zaman sayyidina osman menantu kpd nabi s.a.w. (yg diberikan dua org anaknya kpd beliau) sehingga terbunuh syahid sayyidina osman barulah pihak sahabat r.a. yg merupakan tokoh aswj menyerang golongan syiah yg bencikan sahabat sebagai mempertahankan diri..
dan kalau kita lihat di m'sia sendiri pun dulu tiada org yg menyerang syiah dan kita pun malas nak layan golongan ini tapi bila mrk dtg mrk serang tokoh2 kita barulah kita menyerang mrk sebagai mempetahankan diri...tapi takkan bertahan saja mestilah serang jugak barulah adil.....

baiklah kalau syiah ada 100 soalan kpd ahlussunnah maka kami mempunyai 5000 soalan kpd mereka...
disebabkan soalan terlalu banyak maka kami terpaksa mengemukakan 2 soalan sekaligus...

soalan 1
didlm kitab2 syiah imam2 mrk berbangga dgn nama rafidhah sp contohnya:
didlm safinatul bihar karangan syeikh abbas al-qummi jilid 1 ms 531: bilamana abu basir menyebutkan nama rafidhah kpd muhammad al-baqir (imam kelima syiah) maka mohd. al-baqir berkata itulah nama yg allah kurniakan kpd kamu (syiah)
begitu juga imam jaafar assadiq menjawab bila abu basir menyebutkan nama rafidhah kepada beliau; bahawa aku telah menamakan demikian kepada kita dan mengurniakan nama demikian kepada golongan kita. al kafi karangan al kulaini jilid 8 ms, 34.
dan byk lg dlm kitab2 syiah yg lain

itu kalau kita lihat kpd kitab2 syiah imam2 menamakan syiah dgn nama rafidhah..
kalau kita lihat kpd hadis rasulullah s.a.w. baginda bersabda:
"nanti akan muncul diakhir zaman golongan yg digelarkan rafidhah mereka menolak islam tapi mendakwa islam perangilah mereka kerana sebenarnya golongan musyrikun."
(riwayat abu ya'la, at-tabrani, al-bazzar)

kalau kalian berbangga sebagaimana imam2 kamu berbangga maka kalian adalah golongan musyrikin tapi kalau kalian menafikan nama tersebut dari kalian maka bermakna kalian bukan pengikut imam2 maksum...yg mana satu pilihan kalian????

soalan dua:
mengapa imam2 kalian bukan dr keturunan imam hassan sdgkan imam hassan adalah yg tua drpd imam hussin....sdgkn mengikut aqidah kalian imam2 mestilah yg lebih tua (sulong) dan dari keturunan beliau...
semoga kalian mendapat petunjuk dr yg esa

[ Last edited by sheir'ali at 24-12-2005 05:45 PM ]

[ Last edited by sheir'ali at 25-12-2005 09:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 10:46 AM | Show all posts
sheir'ali
soal nama yg jelas terdapat dlm al-quran atau tidak itu tidak penting....smemangnya nama ahlussunnah dgn jelas dlm quran mmglh tiada tapi yg penting ialah mengikut jalan yg dikehendaki al-quran.......krn tidak semestinya nama yg terdapat dlm quran adalah baik spt nama fira'un, abu lahab, haman,qarun dll...... yg penting mengikut kehendak quran

isyarat dlm hadis dr nabi s.a.w. tlhpun ada walaupun nama ahlussunnah wal jamaah diberikan oleh ulamak aswj kemudian berdasarkan kpd hadis2 tersebut spt "'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'".
dan nama yg tersebut dlm quran kpd org beriman adalah mukmin atau muslim....
tapi bila keluar golongan2 sesat spt syiah, khawarij, muktazilah, golongan2 anti hadis dan sahabat dll golongan maka aswj menamakan diri mereka dgn nama ahlussunnahwal jamaah sebagai tanda pembelaan terhadap assunnah(hadis nabi s.a.w.) dan sahabat2r.a.

salam
Macamana boleh di kaitkan di antara : hadis 揚erjalanan hidupku dan para sahabatku
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 25-12-2005 10:49 AM | Show all posts
Viper

Telah menjadi fitrah bahawa setiap sesuatu itu dikenali dengan nama tertentu malah ilmu yang pertama diajarkan pada Nabi Adam as oleh Allah swt adalah Nama setiap sesuatu.  Anda juga menggunakan nama2 seperti Ahlul Sunnah Wal Jama'ah, Sunni atau Ahlul Sunnah. Tunjukkan di dalam surah mana, ayat berapa yang ada tertulis atau disebutkan nama2 tersebut?

al-Quran adalah petunjuk kebenaran
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 25-12-2005 09:06 PM | Show all posts
Bukankah lebih baik golongan Sunnah dan Syiah bersatu menentang golongan "anti-hadis"?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 09:12 PM | Show all posts
ya betul tu belut heh heh
Reply

Use magic Report

giler This user has been deleted
Post time 26-12-2005 02:31 AM | Show all posts
salam

.........sheir....sheir......lain yg viper tanya ...lain yg anda jawab.....
bertindak mengikut arahan......menjawab mengikut soalan.....
hehehehe

menentang anti hadis ana sokong 100%
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.075658 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list