CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8134|Reply: 32

OKU dan kesedaran KITA

[Copy link]
Post time 4-2-2006 09:51 PM | Show all posts |Read mode
They are all children and they  all have unique needs.

     First, because children with special needs are children, they have needs shared by all children which include physical needs for shelter, rest, and nourishment and psychological needs to be nurtured, safe, and accepted.

    Second, children with developmentl delays and disabilities have needs that are not shared by
     all other children.

                                           ( Wolery, strain & bailey  2001 )


Sejauh manakah anda menyedari kewujudan insan-insan yg berlainan keupayaan (OKU) dan bagaimanakah pandangan anda terhadap mereka?  Bagi kes2 yg severe, adakah berbaloi mereka dilatih dan diserapkan semula dalam masyarakat atau mereka ini diinstitusikan sahaja lantaran dunia kebendaan dan hubungan kekerabatan dan kekeluargaan kian merenggang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2006 10:08 PM | Show all posts
wajar tak terminate pregnancy misal kalo doktor specialist kasik tau kalo lahir dia ni kaki tangan takdok..kodong since birth gitu? misal ada genetic problem..defective ke apa ke?

zaman dulu takdok scan scan seme tu kan cigu? lahir2 jek kalo cacat habis laa couple tu kene kutuk satu kampung memacam..ada lerr memana silap pot pet seme tu..biasa la oang dulu..makan cuk ubi jek mana nak sihat otak hiihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 10:52 PM | Show all posts

Reply #2 ajinomotonosuga's post

sara mmg ada ambil kursus ini sbg elektif, lantaran sara terlibat dgn aktiviti kolej yg menghantar kami ke rumah2 kanak2 spastik atau cacat pendengaran/penglihatan sbg petugas sukarela. melihat mereka di sana, tersentuh hati, dan dalam diam, mensyukuri nikmatNya yg manjadikan sara 'normal' mengikut standard dan norma masyarakat.

Tetapi, berkenaan dgn pertanyaan onyang, setakat yg sara ketahui, ibu bapa yg bakal memperoleh anak 'OKU' ini akan diberi kaunseling agar emosi mereka stabil dan dpt menerima kehadiran anak OKU (selepas mereka membuat keputusan utk meneruskan kandungan). bahkan sesi kaunseling akan diteruskan selepas kelahiran, sehingga mereka benar2 dpt menerima anak OKU mereka spt mana mereka dpt menerima anak2 'normal' mrk.

selain akibat kekurangan zat makanan, pengaruh persekitaran, terdedah kpd keracunan, faktor genetik memainkan peranan penting mengakibatkan sebarang keabnormalan kpd fetus dan bayi.  faktor umur ibu juga menyumbang kpd punca ini (terutama dlm kes2 sindrom down dan sindrom edward)

yg lebih menyedihkan sara, sara ada berhadapan dgn kanak2 autisme. wajah kanak2 ini nampak 'normal' sgt comel, bermata bulat jernih dan nampak pintar, namun anak ini akan berubah laku dlm sekelip mata, pendiam, suka menyendiri, amat takut dgn suasana hingar bingar dan yg sara tak tahan, dia boleh menghantukkan kepalanya ke dinding berulang2 kali hingga berdarah lantaran deria sakitnya kurang. (autisme kurang daya rasa sakit)

manakala yg lambat pertuturan, diajar oleh speech therapist. sgt susah utk mengeluarkan bunyi dan membentuk konsonan atau vokal.. lagi payah utk menyebut diftong. :cry: :cry: :cry:

jika ditanya, adakah sara sedar akan kewujudan mereka?  YA.. sgt sedar dan insaf... bahkan menghargai saat2 'normal' yg Allah kurniakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 10:54 PM | Show all posts
wajar atau tidak pengguguran dilakukan pada saat kandungan disahkan oleh doktor???
sara tak mampu menjawabnya.. dan sara tak dapat membayangkan nya
jika terjadi kpd sara, insyaallah, sara akan benarkannya membesar dlm rahim sara, dan dilahirkan. namun segalanya mesti dgn persetujuan pasangan sara, krn sara mungkin sgt memerlukan sokongannya.

siapalah sara utk menolak pemberian dan ujianNya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 10:58 PM | Show all posts

dyslexia.....

ALBERT EINSTEIN


Tidak bercakap sehingga usia 4 tahun
Tidak boleh membaca sehingga usia 7 tahun
Gurunya berpendapat beliau tidak mempunyai masa depan langsung


Early blooming is no guarantee of later flowering. Late blooming does not rule out eminence in adulthood.

                                                (Feldman, 1982)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 11:10 PM | Show all posts
from the net...

While never officially diagnosed as having autism, a number of historical figures are highly suspected of having it. Newton, Nietzsche, Einstein, Turing and Wittgenstein are seminal thinkers who all exhibited autistic-like traits. In the arts, Jane Austen, Beethoven, Mozart and van Gogh also likely had autism. And today, prominent figures such as Bob Dylan, Woody Allen, Keanu Reeves, Al Gore and, of course, the poster-boy for high-functioning autistics, Bill Gates, are all suspected of having autism.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2006 11:12 PM | Show all posts
aku baca kisah ibu di vietnam..ada bunuh diri pesal depa sendiri tekejut anak dilahirkan cam 'mutant'..ni seme angkara perang us - vietnam dulu. ciannn budak2..depa tak mintak pun lahir cenggitu but kalo oang larik tenguk depa pun..kita faham..so camno cigu?

negara kaya raya cam western ok ler...but kene negara miskin cam aprika sana nun..even eastern europe..aku penah baca kanak2 OKU di russia di bior mati jek..tido atas taik sendiri seme2..ciann depa..

elok cigu saran suh bawak budak MAWI tu ke tempat ko pi tu ..ok?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 11:13 PM | Show all posts
komposer Jerman yg terkenal Beethoven pula mula beransur pekak bila berumur 28 tahun...yg ni tak le lahir terus pekak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2006 11:20 PM | Show all posts

Reply #7 ajinomotonosuga's post

onyang.. usah global sgt pemikiran tuh...
cukup2 le kat negara kita,
sbb setahu sara, negara kita nih masih kurang 'mesra' OKU
bangunan dibina ikut kehendak org normal... OKU nak disuruh berdikari tetapi persekitaran mengOKU kan mereka.
jadi kesedaran dalam kalangan masyarakat masih kurang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 11:22 PM | Show all posts

Reply #6 seribulan's post

setahu sara, kanak2 autisme sgt kreatif
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 03:00 PM | Show all posts
tak payahler nak tunggu mesra OKU....aku yg ngandong perot terboyot2 nie pong, ader satu aritue aku naik lrt, tempat sumer full, aku sengaja berdiri dkt depan satu jantan nie yg duduk dekat tpt "HANYA UTK ORANG CACAT, WANITA MENGANDUNG, ORANG BUTA DLL"  lebe kurang cenggituler ayat dier...

tp jantan nie duduk buat tatau. aku pulak sajer jek memboyot2kan lagik perot aku ke hadapan. naseb baik tak kena muker dier. kalau kena muker dier bagos jugak...ahahahah

alah, bukannyer aku nak duduk sgt pongg, sbb aku masih gagah lagik utk berdiri...tp tengoklah budi bahasa mereka mcm mana.

last2 kawan aku yg mulut lancang sket cakap..."cik abang, tak kesian ker kawan sayer nie ngandong terboyot2...awak bawak buah keras 2 bijik tak sampai setengah kilo..kasiklah dier duduk"

kalau OKU yg lain tue....hai kesian kat depa...harap2 hati manusia lain masih ada simpati pada mereka......:pray:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 03:54 PM | Show all posts
Sebenarnya masyarakat kita juga yang melabel mereka sebagai Orang Kurang Upaya (OKU)... "Kurang Upaya" boleh dilihat dari banyak perspektif sebenarnya......... mentaliti masyarakat kita sejak dulu lagi yang menganggap kalau 'cacat' itu dianggap satu kekurangan atau liabiliti seterusnya mendiskriminasikan diaorang... padahal ramai dari mereka mempunyai kepakaran, ilmu dan pemikiran yang boleh disumbangkan kepada kemajuan bangsa dan negara....cuma akhir2 ini masyarakat mula nampak dan prihatin potensi mereka.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 04:20 PM | Show all posts
tina^^ wrote.
last2 kawan aku yg mulut lancang sket cakap..."cik abang, tak kesian ker kawan sayer nie ngandong terboyot2...awak bawak buah keras 2 bijik tak sampai setengah kilo..kasiklah dier duduk"


Teringat aku kisah di Subang Medical Centre kerana marahkan 2 lelaki yang langsung tak peka terhadap ibu2 yang mengandung. Aku herdik mereka " Look buffalos! Why don't you give up your seats and let the poor ladies sit down".nf:nf:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2006 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 7-2-2006 03:54 PM
Sebenarnya masyarakat kita juga yang melabel mereka sebagai Orang Kurang Upaya (OKU)... "Kurang Upaya" boleh dilihat dari banyak perspektif sebenarnya......... mentaliti masyarakat kita s ...


sebab itu sara ikut langkah USM..... Orang Kelainan Upaya
nampak lebih mesra
lagipun mungkin fizikal mereka kurang namun mereka ada keistimewaan yg tersendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2006 09:13 PM | Show all posts
Akak pun tak setuju dengan title OKU itself.  Kalau boleh biarlah kita tak perlu brand diorang dengan apa-apa pun.  Di Malaysia ni kemudahan awam masih tidak "friendly" untuk kegunaan mereka.  Ini mendesak mereka untuk tidak bercampur dengan orang lain.  Contohnya kaki lima jalan yang semuanya bertebing/bertangga  tentu agak sukar bagi orang yang berkerusi roda untuk bergerak.  Kalau kita tengok di luar negara kaki lima jalan memang di"design" untuk memudahkan mereka bergerak bebas tanpa bantuan.  Begitu jugak dengan traffic light.  Di luar negara traffic light  ada isyarat bunyi (untuk pedestrian) bila lampu bertukar warna.  Jadi orang buta senang nak melintas jalan.  Di Malaysia masih di takuk lama, kemudahan tidak disediakan.  Sebab itulah mereka makin dihimpit dengan perasaan merendah diri.  Seolah masyarakat tidak menerima kehadiran mereka.  Kawan akak, seorang civil engineer, menurut dia bila isu kemudahan untuk mereka dibangkitkan untuk disediakan, ada pihak berwajib bercakap soal "kos" yang tinggi untuk menyediakan semua tu.  Kesian sungguh...

Apa pun memang ramai "Orang Kelainan Upaya" (pinjam term sara) yang lebih berjaya dari mereka yang menganggap diri mereka sempurna.  Jadi campur tolak darab bahagi...we are all equal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2006 09:37 PM | Show all posts
OKU yg berdikari dan tidak menyusahkan orang lain, alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka dapat menguruskan diri sendiri.

masih ada sebilangan OKU yg menghadapi masalah yg severe.  biasanya mereka akan diinstitusikan oleh ahli keluarga dan tersisih drpd keluarga dan masyarakat.  mungkin apabila diinstitusikan, minda mereka makin lemah dan tidak dieksplorasi seoptimumnya.  minda yg tidak diguna pakai akhirnya akan 'berkarat' dan menjadi bertambah severe.  mereka sebenarnya patut diasuh utk menjaga diri sendiri, melainkan kelainan keupayaan mereka itu amat memerlukan sokongan mesin (mcm kes cerebral palsy atau spina bifida... tak pasti betul ke ejaan)
bagi yg tuli, sara rasa UKM sudah berjaya dlm koklea implant, dan mereka yg bisu kerana pekak ini akan berpotensi utk diterapi oleh speech terapi, belajar bercakap sesudah menggunakan implant koklea ini.

sesungguhnya, dengan kemajuan teknologi terkini, kita dapat membantu mengatasi masalah OKU yg berhadapan dgn dunia sempit mereka lantaran persekitaran yg tidak kondusif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2006 03:05 AM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 7-2-2006 03:00 PM
tak payahler nak tunggu mesra OKU....aku yg ngandong perot terboyot2 nie pong, ader satu aritue aku naik lrt, tempat sumer full, aku sengaja berdiri dkt depan satu jantan nie yg duduk dekat tpt &qu ...



mamat tu cuma buleh baca jawi jek kut tina..cam abe aji..baca jawi jek
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 03:25 AM | Show all posts
kalau pakai term Orang Kelainan Upaya..i think tersasar tujuan, sebab nantik superman kluangman cicakman pun under this category padahal depa seme superfriends geng2 birdman batman and bancuhsimen

term Orang Kurang Upaya as disabled person tu i think dah ok. Bila sebut disabled person so terpancar kita tahu then leh tanya kurang apanya, pendengaran? pengerakan? penglihatan? etc

kalo tanya apa lain upayanya? susah lak kang

budak kecik umur 2 taun pun buleh disebut Orang Kelainan Upaya but dia kalo normal anggota seme2..bukan disabled person..so bayo duit tambang tau adik ooo nak naik pree yer kang cigu babab:kant:

pebetuikan minda jek..kalo tenguk oang tua tua misalnya so minda kesedaran kita terbuka..aa ciann pakcik makcik tu terkial kial nak itu ini aa pih tolong

aku salu gak tolong pompuan naik or turun kalo depa bawak pram dengan anak kecik lain duk ngok ngek ..actually cuma membiasakan diri ..so lelama  jadik automatik..tak payah nak suruh sesapa or nak anggap pe pe..biasakan diri dengan kesedaran tu. but oang mesia seme mende civic depa tak biasakan i know..naik bas pun yang tua muda pak haji mak nenek berhimpit himpit tolak menolak..tuu kat bus stand klang kl..aku salu tungggu jekk..dah abis depa selesai tolak2 baru naik..last sekali naik, tak biasa lah ..malu tu automatik wujud nak tolak2 cenggitu. btui depa ajor idup di kota tokleh malu banggg..kalo malu sendiri susah..kene sama kasor tokleh kasik muka..but i tak tau lah seme tuh..u ppl lebih maklum.

kesedaran cuma dari observation..harian. camna kita treat manusia lain..itu nanti akan dijadikan contoh oleh yang muda muda..percayalah saya. Saya belajor cenggini. amik yang molek je lah so toksah salah menyalahkan , mulakan sendiri bior sapa pun kata...even pakcik saya sendiri ejek saya kerna suke tolong mak wat keje rumah hihihi.

i think mende suruh2 tu tak sihat..cam kes tina tu kalo disuruh tu tak sihat..tak blajar apa pun..kalo nak lebih molek misal oang lain nampak..dia ler kasik tempat duduk tu kat tina , takyah perli sindir or jeling just kasik ikhlas. So kalo mamat tu nampak baru leh timbul kesedaran so inshaallah dia boleh belajor buat cam tu sok2..cam ni saya belajar. Saya salu kasik seat kat warga tua, dah biasakan. Kat western pun budak2 muda depa ada kepala batu tak kasik oang tua duduk or oang bunting duduk seme tuh ..adaaaaa.

Cara camna civic tu di teladani di didik penting..kalo suruh2 denda2 seme ni tak mujarab. view sayalah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 08:57 AM | Show all posts
Ajinomoto,

Good point tentang term OKU tu.  Tapi soal branding dan syntax ni sampai bila pun tak selesai kan?  Yang penting kita sedar tentang wujudnya mereka yang tidak sempurna dari segi fizikal tapi mempunyai perasaan dan pemikiran yang sama dengan yang sempurna fizikalnya.

Kalau kita nak tanamkan awareness pada orang yang berumur memang agak payah.  Kata orang melentur buluh tu biarlah dari rebungnya.  Dengan ni sistem persekolahan, media dan ibu bapa memainkan peranan yang penting.  Di sekolah perlu ada slot khas untuk semua pelajar tak kira sekolah bandar ke, kampung ke, anak orang kaya ke anak orang miskin ke semua kena sedar.  Bukan saja kena cerita tentang golong OKU ini tapi kena bagi semua experience bagaimana mereka menjalani kehidupan.  Buat lawatan ke institusi saja tak cukup tapi kena jugak berinteraksi dan beraktiviti dengan diorang. Buat perlawanan persahabatan contohnya.  Akak pernah terlibat dengan perlawanan persahabatan netball dengan sekolah OKU pendengaran dan bisu.  Walaupun dalam keadaan bertanding tapi terasa amannya dunia ni sebab kurang hiruk pikuk seperti selalu.

Pada peringkat early primary dah kena biasakan diorang bergaul dengan OKU.
Biar murid experience bagaimana rasanya bila ada hearing disability - buat aktiviti yang fun tapi mencetuskan kesedaran.
-Biar murid experience bagaimana "melihat" dengan tangan seperti orang buta
-Experience bagaimana bergerak menggunakan kerusi roda
Dan sebagainya.
-Tentang learning disabilities pun kena cerita jugak ie. dyslexia, autism, adhd etc.

Tiap-tiap tahun/peringkat persekolahan  kita dedahkan dengan aktiviti dan  bergaul dengan golongan kurang upaya yang berbeza.  Jadikan dia satu on going process dan akhirnya boleh dijadikan habit untuk turut sama membantu dan menerima mereka sebagai part of the society.  Bila kesedaran ini timbul barulah tidak ada orang "tua" yang menimbulkan soal kos untuk menyediakan prasarana yang mesra OKU.

Ibu bapa pun memainkan peranan penting.  Jadikan model yang baik untuk anak-anak.  Libatkan diri dan anak2 dengan golongan OKU.  Belikan buku cerita yang berkaitan dengan golongan ini untuk dibaca.

Bagi akak ini semua social obligation.  Kita tak akan faham kalau kita tidak mengalaminya.  Ada ketikanya kita perlu put ourselves in their shoes barulah kita faham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2006 09:36 AM | Show all posts

Reply #19 KakFie's post

walaupun mereka tak berhiruk pikuk dgn mulut.. tapi mereka akan 'berhiruk pikuk' ngan tangan :lol
suatu bahasa yg masih sara tak dapat kuasai... :kant:
kiranya, OKU jugak le sara nih dlm menguasai bhs isyarat :lol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196256 Replies : 4543
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30367 Replies : 182
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.102708 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list