CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46266|Reply: 283

PENGHARAMAN DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA

 Close [Copy link]
Post time 16-4-2006 09:43 AM | Show all posts |Read mode
PENGHARAMAN  DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA


Bismilahirahmanirahim


Semenjak jemaah diharamkan iaitu Al Arqam,
Dan aku ditangkap,
Kemudian aku ditahan dibawah akta ISA,
sepuluh tahun lamanya,
Sepuluh tahun itu terlalu lama mengikut biasa,
Mungkin Engkau Tuhan menghukum aku
Kerana dosa-dosa aku,
Terutama dosa 杁osa dimasa muda aku,
Dimasa itu mana ada jemaah mendidik aku,
Aku redha Tuhan dengan hukuman-Mu,
Kalau itulah penghapus dosa- dosaku,
Kemudian aku dibebaskan,
Banyak perkara Engkau mengajar aku,
Banyak didikan yang aku dapat dari peristiwa itu,
Terima kasih Tuhan,
rupanya didikan Engkau di dalam negatif banyak yang positif,
Banyak rahsia yang tersirat dapat aku suratkan,
Banyak rahsia yang tersembunyi yang dapat aku gali,
Banyak hikmah yang terpendam timbul
Kepermukaan air, fikiranku,
Aku ingin ceritakan kepda pengikutku,
Dan anak- anakku untuk dikongsi bersamaku,
Supaya mereka tahu apa yang aku tahu,
Aku ditangkap, di ISA kan hingga aku tinggal seorang diri,
Dalam masa ISA, aku berjuang,
Penuh hikmah dari-Mu,
Dan diwaktu itu aku dapat membaca diriku,
Apakan aku pemimpin yang Engkau janjikan,
Atau pemimpin kehendakku sendiri,
Kalau aku tidak dijanjikan,
Aku tetap berjuang kerana perjuangan itu wajib bagiku,
Begitulah ketentuan dari-Mu,
Kalau perjuangan ku ikhlas, aku diberi pahala,
Dan kalau aku tidak dijanjikan,
Selepas itu perjuangan ku terus mati dan tak akan hidup lagi,
Tetapi perjuangan ku hidup semula setelah mati
Lebih hebat dari dahulu,
Sedangkan mengikut logik akal mustahil perjuanganku hidup lagi
Disini baru aku faham bahawa aku pemimpin yang dijanjikan oleh-Mu,
Itu satu nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku
Yang tidak pernah aku pinta dari-Mu,
Janji itu disebut oleh lidah Nabi di akhir zaman
Macam perjuang Rasul zaman dahulu,
Itu menunjukkan janji-Mu mahal sekali,
Apabila jemaahku Engkau hancurkan melalui tangan kerajaan,
Rupanya Engkau hendak menapis perjuanganku supaya lebih murni,
Engkau hendak buang pejuang-pejuang yang ambil paluang untuk kepentingan diri,
Dan juga Engkau hendak menapis
Pejuang-pejuang yang tak sanggup menerima ujian dari-Mu
Juga menapis musuh dalam selimut
Yang aku tidak tahu tetapi Engkau tahu,
Supaya tinggal pengikut-pengikut bersamaku yang ikhlas sekali,
Agar perjuanganku dapat bantuan-Mu,
Semenjak aku ditangkap,
Engkau ditakdirkan aku,
Tidak boleh bercakap,
Banyak rahsia-rahsia Engkau yang tersirat dapat disurat:
Yang pertama:
Aku terlepas dari tangkapan yang kedua kali,
Kalau berlaku tangkapan kali kedua sungguh bahaya sekali,
Aku akan disimpan di Kamunting,
Sudah tidak boleh bertemu dengan pengikut-pengikutku lagi,
Tentulah perjuanagan ku mati,
Tetapi Engkau tidak jadikan begitu sebab faktur janji,
Terima kasih Tuhanku,
Ini satu nikmat lagi dari-Mu yang tersembunyi,
Yang kedua:
Musuhku memang curiga dengan aku,
Terutamanya Yahudi yang sudah bercium bau,
Bahawa kebangkitan islam di akhir zaman
Diperjuangkan olehku sebelum Imam Mahdi,
Sebab itu mereka Engkau tipu
Engkau jadikan aku tidak boleh bercakap atau membisu atau bisu,
Jadi kata- kata aku yang berbisa selama ini,
Musuh aku tidak curiga lagi dengan percakapanku,
Mereka gembira sekali
Musuh senang hati,
Ini meringankan aku dari pada tekanan musuh-musuhku,
tetapi mereka Engkau tipu,
Dengan isteriku Ummu Jah, faham bahasaku
Setiap kali aku bercakap dia menterjemah dan menghuraikan bahasaku,
Jadi, percakapanku terus berperanan,
Lebih tajam daripada dahulu,
Jadi musuh terus tertipu,
Terutama bekas- bekas Al-Arqam yang memusuhiku,
Aku tidak boleh bercakap,
Ada rahsia lagi yang tersendiri,
Banyak orang tidak tahu sekalipun pengikut-pengikutku,
Kalau tak aku beritahu
Mulut aku terkunci, susah hendak makan,
Ada rahsia lain yang tersembunyi ,
Kalau aku tak beritahu tidak ada yang tahu,
Didalam ajaran Islam,
makanan banyak itu menyuburkan nafsu,
Nafsu subur, membutakan hati,
Mematikan fikiran, susah dapat ilmu,
Tetapi selama ini ,
Disiplin 朚u tidak aku patuhi,
Maka Engkau memaksa aku, mendisiplin dengan sendiri
Tidak boleh makan yang keras- keras,
Memakan yang lembut- lembut sahaja,
Itupun tidak boleh banyak,
Kerana sakit mulutku,
Setelah Tuhan mendisiplinkan ku,
Tidak mampu makan banyak,
Hanya sekadar untuk mempertahankan kestabilan diri,
Baru aku sedar,
Makan sedikit itu menajamkan jiwaku dan fikiranku,
Mudah aku dapat ilmu tanpa aku mempelajari,
Selepas itu memcurah- curah engkau bagi aku ilmu,
Mungkin ilham mengikut istilah islam
Lebih dari zaman Arqam dahulu,
Sebab itulah orang mendengar kuliahku,
Walaupun selalu, tidak jemu-jemu,
Hendak lagi, selepas mendengar hendak lagi,
Mereka sentiasa menunggu-nunggu buah fikiran ku,
Ini anugerah dari-Mu buat ku,
Terima kasih Tuhanku kerana aku diberi ilmu,
Tanpa aku sekolah tinggi,
Selepas aku dibebaskan,
Kaulah dahulu kerajaan ISA kan aku,
Tapi sekarang Engkau ISA kan aku,
Dengan Engkau sakitkan aku,
Ada lagi hikmah yang tersembunyi,
Untuk faedah ku dan perjuangan ku,
Untuk menipu lagi musuh-musuh ku
Terutama bekas- bekas pengikut yang benci dengan aku,
Selepas aku bebas, terus Engkau sakitkan aku,
Aku tidak boleh berhadapan dengan masyarakat secara langung,
Musuh-musuh aku sekali lagi gembira,
Mereka menganggap matilah perjuangan ku,
Mereka kurang membuat serangan ,
Mereka kurang curiga dengan ku,
Tetapi minda-mindaku yang  difahami oleh isteriku Ummu Jah,
Dapat aku sampaikan kepada pengikut-pengikut ku
Dan masyarakat yang perlu,
Sekali lagi musuh-musuhku tertipu,
Seperti Fahrul Md juoi,
Hashim Ahmad, Md. Salim ,Sobri dan lain-lain,
Sekarang perjuangan ku bertambah laju,
Siapa yang menyekat perjuanganku,
Ibarat air bah yang memusnah,
Sekarang perjuangan ku tidak boleh dibendung lagi,
Dia terus laju,
Menuju ke distinasi yang di janji,
Semua ini berlaku adalah ketentuan-Mu, wahai Tuhanku,
Terhadap musuhku dan penentang-penentangku,
Tidak lama lagi musuh dan penentang penentangku
Akan tergigit jari,
Geramnya makan diri sendiri
Perjuangan ku lain dari yang lain
Unik sekali,
Macam perjuangan para Rasul zaman dahulu,
Disangka hendak mati,
Disangka kalah akhirnya menang,
Tanda-tanda kemenangan buat perjuangan ku sudah dihadapan mata,
Yang dahulu banyak penentang,
Atau orang yang tidak peduli dan perjuanganku
Telah menyokongku
Termasuk setengah-setengah penguasa di negeri-negeri
dan negara-negara antara bangsa,
Betullah perjuanganku di janjikan
Mengikut lidah Nabi,
Bahkan setengah-setengah penentang-penentangku terutama bekas pengikutku
Mereka makin tersisih
Dan dipinggirkan oleh perbuatan mereka sendiri
Mereka memfitnah dan memburuk-burukanku,
Sikap mereka itu memakan diri mereka sendiri,
Orang ramai makin tidak peduli,
Hendak membuat jemaah hingga ke hari ini belum terjadi
Terutama Abdul Halim dan Hashim Ahmad,
Yang mempunyai cita-cita besar hendak membuat jemaah sendiri
Tetapi pengikut-pengikut kedua-duanya dengan aku  mengabungkan diri,
Mereka semakin lari menyebelahiku,
Abdul Halim dan Hashim Ahmad makin tidak peduli
Disatu masa kedua-duanya tinggal seorang diri,
Kedua-duanya berfikir
Kepimpinan  Islam itu boleh dilobi 杔obi,
Atau boleh mengangkat diri,
Kedua-duanya bernafsu besar,
Kemampuan kecil, akhirnya memakan diri
Hingga ke hari ini
Terkial 杒ial hendak menjadi pemimpin
Tapi orang tak sudi.
   



Nukilan Rasa:
Tuan Guru Ustaz Ashaari bin Muhammad
21.02.2006

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2006 02:16 PM | Show all posts
Maklumat Terkini Perkembangan Minda Bacaan  Rufaqa







fleurzsa: Sorry, edited krn tidak dibenarkan link perniagaan. Thanks.

Tak per... Atas kesudian mempamerkan buku minda Abuya pun, syukran Alhamdulilah...
May Allah bless U...:love::pray:


[ Last edited by  syeikhbelalang at 16-4-2006 11:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2006 03:04 PM | Show all posts
aku suka baca dan simpan puisi dan kuliah syeikh...

tapi kawan aku suka kata kat aku"jangan taksub dengan manusia.."
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2006 05:27 PM | Show all posts
Kan dah ada sub board , nape "sampah" ni bersepah2 lagi :cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2006 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 16-4-2006 05:27 PM
Kan dah ada sub board , nape "sampah" ni bersepah2 lagi :cak:


Nape ' Mak Cik Snake ' tak suka kat Rufaqa?:

Baca ler agar kembang lagik minda .....:pmuka::pmuka:


:pray::siok::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2006 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 16-4-2006 11:30 PM


Nape ' Mak Cik Snake ' tak suka kat Rufaqa?:

Baca ler agar kembang lagik minda .....:pmuka::pmuka:


:pray::siok::pray:

Aku x minat nak citer psl rubbish ni, cuma kalau nak throw rubbish , letak lah ditempatnya, hehe

ps : i wonder why this forum have sub board 4 mazhab n aliran pemikiran , but still yet , many ppl like to throw rubbish everywhere :bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2006 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 16-4-2006 02:16 PM
Maklumat Terkini Perkembangan Minda Bacaan  Rufaqa







fleurzsa: Sorry, edited krn tidak d ...



Salam,

Minta maaf le....kalau setekad dapat buat jemaah,bersepah-sepah di seluruh dunia orang pakat buat jemaah.Mereka mengaku jemaah merekale yang betul dan menetapi ciri-ciri AlQuran.

Pemerintah negara ini bertungkus lumus memakmurkan negara dan membahagiakan rakyat dengan rancangan-rancangan yang tersusun demi untuk mencapai matlamat itu. Mereka-mereka ini mengambil kesempatan daripada suasana aman dinegara ini dan bergerak bertopengkan Islam bagi mendapat sokongan umat Islam lain,atau hendak dipertontonkankan bahawa merekalah berada pada jalan benar,merekalah berada pada perjuangan yang sebenar.

Pengurusan negara yang dipimpin oleh saorang pemimpin Islam dengan rakyat yang dipimpinnya tidak dikatakan memperjuangkan Islam atau umat Islam yang berada dibawah naungnya tidak dikatakan jemaah Islam.

Rupa-rupanya banyak lagi yang mereka tak tahu tapi tak mahu belajar dari yang tahu atau pun mendengar perkataan-perkataan lalu ambil yang benar.


Cuba lihat Ayat ini:

AlQuran 39:9 Katakanlah:Adakah sama orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan? Hanya yang menerima peringatan ialah orang-orang yang berakal.


AlQuran: 39:17,18 Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu. Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal.


Daripada kedua-dua ayat ini,ketahuilah, ilmu pengetahuan itu  bukanlah dimiliki atau hak sesiapa. Erti kata lain ialah ilmu yang dimiliki oleh sesiapa pun bukanlah muktamad,walaupun serban dan jubahnya kemas,isteri-isterinya banyak,lebam didahi kerana sujud pada Allah SWT,telah mengarang buku berpuluh-puluh,ketua sesuatu jemaah dan sebagainya. Manusia  disuruh sentiasa mendengar perkataan-perkataan dan terus mendengar.

Kata Nabi,kita wajib mengikut perkataan yang benar walaupun perkataan itu keluar dari mulut saorang budak hamba habsyi.


Lihatlah AlQuran dan AlHadis selari sahaja. Dan ditekan lagi bahawa dengan berbuat demikian kita tergolong orang-orang yang ditunjuki Allah  dan yang berakal.


:pray::lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Pancilok This user has been deleted
Post time 17-4-2006 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 17-4-2006 11:21 AM



Salam,

Minta maaf le....kalau setekad dapat buat jemaah,bersepah-sepah di seluruh dunia orang pakat buat jemaah.Mereka mengaku jemaah merekale yang betul dan menetapi ciri-ciri AlQuran.
...


Jemaah ni ada ajak orang buat maksiat ker?
Jemaah ni ada suruh orang buat dosa ker??

Yang kamu orang menentang jemaah ni apekebendernya?? Biar banyak-banyak jemaah macam ni bagus la. Orang Islam juga untung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2006 10:51 PM | Show all posts
Horayyyyyyyyy, thanks mod :clap:   :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 10:56 PM | Show all posts
boleh posting lagi tak?

ada banyak nak tanya nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2006 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by Akak_Siti at 16-4-2006 03:04 PM
aku suka baca dan simpan puisi dan kuliah syeikh...

tapi kawan aku suka kata kat aku"jangan taksub dengan manusia.."


Akak rajin2 lah baca buku Abuya sebab terbukti kejayaan Abuya sekarang ini.
Oh Abuya.:love:
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 18-4-2006 12:31 PM


Akak rajin2 lah baca buku Abuya sebab terbukti kejayaan Abuya sekarang ini.
Oh Abuya.:love:



Salam,


Kejayaan Abuya,pemuda bani tamim tu ke? Pemuda bani tamim yang membawa panji-panji dan menyerahkan kepada Imam Mahdi ke? Masih ke dia membawa panji-panji itu ataupun dah resign macam ajaran kahar yang mengaku telah letak jawatan 'nabi' ?


:lebai::tq::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 02:21 PM | Show all posts
kau org ni memang sakit hati tahap kronik...kesian...

minggu lepas, dalam majlis kursus bersama Abuya, ada seorg pensyarah teologi yg pernah mengajar di San Antoniop dan Selborne, sekrg masih di France, berketurunan Perancis, telah 24 tahun memperjuangkan dakwah di Eropah dan cukup fasih berbahasa Arab, datang berjumpa Abuya setelah diperkenalkan dan diberitahu oleh seorg Syeikh Tarekat dari Syria.

Walaupun pertama kali bertemu Abuya, beliau yg suka dikenali sebg Ummu Alias, menyatakan keyakinan beliau di atas perjuangan Abuya setelah beliau memohon hidayah dan petunjuk dari Allah SWT dan sanggup sekiranya dia meninggalkan segala2nya di Perancis utk bersama2 berjuang di dalam Rufaqa. Beliau cukup terharu dgn pertemua tersebut dan menangis kerana gembira dan terharu dapat berjumpa dengan pemimpin ISlam yang cukup diyakini kebenaran dan kewibawaannya.

Abuya menasihati beliau utk kembali ke Perancis, dan meneruskan perjuangan beliau di sana. Bersama beliau ialah pelajarnya yg berbangsa Afrika tetapi berkerakyatan Perancis. Pelajar tahun 2 di Selborne, France yg juga menyatakan hatinya bagai ditarik-tarik utk berjumpa Abuya walaupun sebelum ini, dia tidak pernah mengenali Abuya dan perjuangannya.

Ana malas ndak layan sniper and the gang sebb tahu mereka ini cetek common knowledge dan baru ndak keluar kepala dari tempurung kelapa.

cukuplah berita dari masa ke semasa ana sampaikan menunjukkan setakat mana abuya dan rufaqa dihargai oleh masyarakat dunia luar yang tahu menilai antara kaca dan permata.

biarkan sahajalah yg sakit hati dan suka membuat provokasi dengan kerja mereka kerana nanti tk meriahlah thread ni dgn provokasi mereka yg semakin ketara KESUMBANGANNYA sekrg ini...

kita tgk apa respons depa lepas ni..mesti macam2 ler depa ndak buat provokasi lagi..biarlah itu kerja depa, kerja kita ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-4-2006 02:21 PM
kau org ni memang sakit hati tahap kronik...kesian...

minggu lepas, dalam majlis kursus bersama Abuya, ada seorg pensyarah teologi yg pernah mengajar di San Antoniop dan Selborne, sekrg masih di ...



Salam,


Takkanlah kebenaran pembawakan sesaorang itu bergantung atau diukur pada siapa yang bertemu dengan AM. Ini tak adil dan tidak tepat cara penilaian tuu. Sekiranya Amir Kuwait datang bertemu AM secara tak sengaja,habis satu malaysia kamu canang bahawa Amir Kuwait sokong perjuangan AM.


:lebai::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 19-4-2006 04:30 PM



Salam,


Takkanlah kebenaran pembawakan sesaorang itu bergantung atau diukur pada siapa yang bertemu dengan AM. Ini tak adil dan tidak tepat cara penilaian tuu. Sekiranya Amir Kuwait datan ...


anda sendiri yg membuat andaian seperti di atas. ada ana kata ia bukti bahawa AM pembawa kebenaran? Ana bermaksud utk menyatakan bahawa perjuangan AM diketahui diperingkat global utk menjawab dan membuktikan bahawa sikap anda dan yg membenci AM itu dengan menyamakan perjuangan AM sebg perjuangan yg kecil itu salah.

INI STATEMENT ANA dlm POSTING SEBELUM INI :
cukuplah berita dari masa ke semasa ana sampaikan menunjukkan setakat mana abuya dan rufaqa dihargai oleh masyarakat dunia luar yang tahu menilai antara kaca dan permata.


ana tk kisah sgt kalau anda tk mau terima sebab hati anda semakin sakit dari ke sehari.., tapi ana ndak kabarkan dan beri info pada org lain.

byk lagik sebenarnya yg terkini dan menggemparkan tapi ana tapis gak sebb ini utk tujuan UMUM. SBpun guna forum gak cari info, tp ana peduli aper...

[ Last edited by  serihartatie at 19-4-2006 05:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-4-2006 05:18 PM


anda sendiri yg membuat andaian seperti di atas. ada ana kata ia bukti bahawa AM pembawa kebenaran? Ana bermaksud utk menyatakan bahawa perjuangan AM diketahui diperingkat global utk menjawab d ...



Salam,

Haaa, dulu pun AM dah global,bukan saja global tapi glokal lagi. Mana tak global,dia sendiri yang globalisekan dirinya diluar negeri.Katanya pergi dahwah diluar negeri! Memang betullah pergi dahwah,sambil dahwah sambil melancung keluar negeri.Melancung takut ditangkap pun ada jugak.


Satu lagi,perlu diingatkan iaitu orang-orang yang terasa diri mereka ini baik,a'lim suka sangat mendakwa orang lain dengan bermacam-macam perkataan saperti yang kamu kata....sakit le...songsang le.............. Perkataan-perkataan seperti itu tidak harus keluar dari mulut orang yang mengaku beriman kepada Allah. Kamu kata begitu seolah-olah kamulah yang benar dan yakin dengan apa yang kamu faham. Kamu tahu tak bahawa penganut-penganut agama lain pun yakin yang mereka berada pada jalan yang benar.Bukan itu saja,mereka jugak yakin yang mereka akan pergi keSyurga. Apa yang kamu dapat katakan?


:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2006 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 20-4-2006 10:04 AM



Salam,

Haaa, dulu pun AM dah global,bukan saja global tapi glokal lagi. Mana tak global,dia sendiri yang globalisekan dirinya diluar negeri.Katanya pergi dahwah diluar negeri! Memang betul ...


baik hang baca post hang sendiri sebelum tuduh org pandai mengata hang...bila ana kata hang songsang dan sakit?...ana kat secara general ajer pasal hujah SUMBANG, yg hang terasa apasal?..laaaa....

hang pi baca balik apa hang punya fitnah tu sebelum marah kat org lain yg menyatakan perkara yg BENAR dan mempertahankan diri dari diFITNAH..itu tgjwab supaya org lain tidak dipesong oleh FITNAH dan cerita SUMBANG yg disebarkan oleh pelbagai pihak. Membiarkan sesama muslim difitnah dan ditipu dengan cerita fitnah adalah satu TINDAKAN yg tidak diredhai Allah SWT..apatah lagi kepada yg membawa fitnah dan menyebarkan cerita berdasarkan kebencian yg membabi buta...itu satu penyakit jiwa yg kronik....bahaya jika berjangkit kepada org lain...

Kamu kata begitu seolah-olah kamulah yang benar dan yakin dengan apa yang kamu faham. Kamu tahu tak bahawa penganut-penganut agama lain pun yakin yang mereka berada pada jalan yang benar.Bukan itu saja,mereka jugak yakin yang mereka akan pergi keSyurga. Apa yang kamu dapat katakan?


tengok atas tu pi check balik apa yg ana pernah kata..ada ana kata cam tu?..itu sangkaan hang semata-mata dan fitnah hang terhadap ana...

[ Last edited by  serihartatie at 20-4-2006 11:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 12:26 PM | Show all posts
Salam,


ana tk kisah sgt kalau anda tk mau terima sebab hati anda semakin sakit dari ke sehari.., tapi ana ndak kabarkan dan beri info pada org lain.



Cuba kamu baca dan fahamkan kamu punya tulisan tuu....apa pulak cakap secara general. Kalau tak kisah,okeylah tuu.....tetapi kenapa bagi sebabnya............... Bukankah percakapan itu menafi perkataan orang lain disebabkan hatinya semakin sakit dari ke hari.


Apa kamu dapat katakan pasal ini?


:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 12:28 PM | Show all posts
Salam,


ana tk kisah sgt kalau anda tk mau terima sebab hati anda semakin sakit dari ke sehari.., tapi ana ndak kabarkan dan beri info pada org lain.



Cuba kamu baca dan fahamkan kamu punya tulisan tuu....apa pulak cakap secara general. Kalau tak kisah,okeylah tuu.....tetapi kenapa bagi sebabnya............... Bukankah percakapan itu bermakna  menafikan  perkataan orang lain disebabkan hatinya semakin sakit dari ke hari.


Apa kamu dapat katakan pasal ini?


:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 05:23 PM | Show all posts
laaa...apa le si sniper ni mengaruk dan mengarut nih..kesian tgk..

ok ler maleh ndak layan hang ..baik cerita berita terkini Rufaqa...

Antara ahli panel program bedah buku PENDIDIKAN rapat DENGAN ROHANIAH Manusia hasil penulisan Ustaz Ashaari Muhammad adalah Profesor Selamat Hashim dari UTM, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial UTM Skudai.

Beliau merupakan Ahli Majlis Fatwa Negeri Johor.

Beliau juga antara ahli akademik yg diminta utk menandatangani fatwa KESESATAN ARQAM pada tahun 1994 dahulu tetapi beliau MENOLAK utk menandatanganinya atas dasar ilmu dan keyakinan.

Program tersebut telah diadakan di Johor Bahru (Hotel Hyat )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.083037 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list