CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14789|Reply: 102

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia

[Copy link]
Post time 20-5-2006 06:11 PM | Show all posts |Read mode
sekadar menyampaikan

diambil dari link  http://palestinkini.info/modules ... article&sid=975

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.


Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.


Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2006 06:21 PM | Show all posts
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.


Komen:

Kalangan kita masih ramai yg tidak menyedari indah & besarnya nilai ukhuwwah dalam Islam... akibat dari propaganda dan perang minda dari musuh Islam...

daripada kumpul kekayaan untuk keluarga sampai 7 keturunan ada baiknya kita insafi nasib saudara kita yang lebih memerlukan...


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 08:24 PM | Show all posts
MENGAPA MUSUH DIJADIKAN SANDARAN
20/05/2006
(www.rufaqadaily.com)


Utusan Malaysia 19 Mei 2006 Muka Hadapan - Malaysia Bantu Palestin Ekoran pembekuan kewangan Barat kerana tidak iktiraf kerajaan Hamas

Terpampang besar di hadapan akhbar utama tanah air tentang hasrat PM Malaysia untuk membantu rakyat Palestin dalam mengurangkan penderitaan yang mereka alami akibat pembekuan kewangan daripada AS, Israel dan Kesatuan Eropah terhadap kerajaan Hamas yang menerajui kerajaan pilihan rakyat Palestin sendiri. Menurut Pak Lah, Malaysia akan membantu sedaya mungkin rakyat Palestin dan berharap agar Barat mengubah pendirian terhadap kerajaan Hamas. Satu mesej simpati buat rakyat Palestin daripada pemimpin Malaysia, dan kita pun simpati sama terhadap apa yang telah berlaku di sana.

Namun satu persoalan timbul ekoran tindakan Barat menghentikan bantuan kewangan kepada kerajaan Palestin, wakil-wakil yang dilantik oleh Hamas telah menjelajah ke seluruh dunia Islam menagih simpati agar diberi bantuan bagi mereka, demi survival perjuangan yang mereka tegakkan menggambarkan kepada kita apakah selama ini penggantungan mereka lebih kepada musuh yang mereka tentang iaitu Israel yang disokong oleh AS dan Eropah.

Sungguh tidak masuk akal, perjuangan menentang musuh nombor wahid, dalam masa yang sama menerima subsidi daripada mereka. Dan bilamana musuh tidak bantu, makin memuncak kebencian mereka terhadap musuh.

Keadaan bertambah buruk lagi dengan berlakunya perebutan kuasa antara 2 kumpulan iaitu Fatah dan juga Hamas sehingga memungkinkan timbulnya konflik perang saudara yang akan memudahkan kerja Yahudi hendak membereskan bangsa Palestin daripada mukabumi sendiri tanpa perlu bersusah payah. Kita pun pening, satu pihak mendakwa mereka berjuang atas jalan jihad Islam yang sebenar, begitu juga pihak yang satu lagi, tetapi dalam pada itu perebutan kuasa antara mereka semakin sengit dan tampak seperti tiada akan titik pertemuan persefahaman sesama mereka atas nama saudara seIslam.

Perbuatan dan agenda mereka ini sangat meragukan, apakah benar-benar mereka mahu menegakkan fisabilillah, ataupun menggunakan nama jihad fisabilillah atas tujuan politik dan kepentingan mereka. Sebab pembuktian atas tindakan yang telah mereka lakukan selama ini menggambarkan kepada kita bahawa mereka  mirip kepada gerakan-gerakan militan seperti pemberontak kontra di Amerika Selatan, gerakan IRA di Ireland, Tamil Tiger di Sri Lanka, Tentera Merah Jepun di Jepun, Pemberontak Pulo di Selatan Thailand dan lain-lain gerakan militan di seluruh dunia ini yang perjuangan mereka hanya bermotifkan kuasa dan rasa tidak puas hati.

Maka kebetulan pula di bumi Palestin, diduduki oleh Yahudi hasil tipu muslihat mereka terhadap rakyat Palestin diera 50 dan 60an dahulu, di mana asalnya rakyat Palestin menjadi tuan di tanahair mereka, tapi kini mereka ibarat pengemis jalanan yang tidak punya apa-apa di atas tanah tempat tinggal mereka,  isu yang mereka perjuangkan adalah membebaskan tanahair mereka daripada Yahudi, dan sentimen agama digunakan demi meraih simpati masyarakat Islam dalam perjuangan mereka. Mungkin kenyataan ini akan menyinggung banyak pihak terutama mereka yang tidak memahami situasi sebenar, tetapi apabila kita kaji secara mendalam perjalanan jihad mereka, nescaya kita juga akan merasa tertipu dengan apa yang mereka perjuangkan. Kenyataan ini bukan bertujuan untuk menyokong Yahudi yang menjadi musuh Islam, tetapi sekadar membetulkan persepsi terhadap konsep dan falsafah jihad yang sebenar yang diajarkan Tuhan kepada kita bermodelkan kepada Rasul junjungan.

Umum harus mengetahui bahawa falsafah jihad yang dianjurkan Islam bukanlah bermatlamatkan pertumpahan darah dan saling berbunuhan kecuali di dalam hal-hal dielakkan lagi maka ianya diharuskan, seperti musuh yang benar-benar telah menceroboh kedaulatan negara untuk merosakkan umat Islam menggunakan kekerasan fizikal seperti persenjataan dan sebagainya.

Namun musuh Islam tidak lagi sebagaimana musuh Islam terdahulu. Mereka kini lebih halus dan merancang dengan teliti dalam menggunakan pelbagai cara untuk menghancurkan umat Islam tanpa perlu susah-susah menumpahkan darah. Cuma apabila kekuatan mereka sudah dirasakan oleh mereka sudah maksima, maka barulah kekerasan secara fizikal digunakan ke atas umat Islam. Kerana mereka telah mengkaji sejarah kekuatan umat Islam dan mereka kaji bagaimana hendak melemahkan mereka. Mereka tahu kekuatan umat Islam terletak pada kekuatan dalaman mereka atau kekuatan roh mereka. Kekuatan roh umat Islam adalah kekuatan taqwa atau hubungan dengan Tuhan yang kuat sebagai syarat untuk mendapat bantuan Tuhan dalam apa jua hal. Maka mereka datangkan berbagai-bagai cara untuk melemahkan kekuatan roh umat Islam iaitu dengan merancang agar umat Islam lemah hubungan mereka dengan Tuhan seperti menjerumuskan mereka ke dalam perkara-perkara dosa, cinta dunia, ism-ism ciptaan seperti demokrasi, sosialis, kapitalis, hedoinisme dan sebagainya hingga melupakan sistem ciptaan Tuhan, mencipta dasar divide and rule dalam memecahkan perpaduan Islam sejagat, menanamkan rasa cinta kepada bangsa, pendidikan sekular dan berbagai-bagai perkara lagi sehingga hilang jati diri pada umat Islam.

Apabila umat Islam sudah hilang jati diri akibat termakan perancangan musuh, maka mudahlah musuh bertindak sesuka hati mereka, dan apa yang berlaku pada umat Islam Palestin adalah manifestasi daripada kejayaan perancangan musuh Islam. Termasuklah juga Bosnia, Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara umat Islam yang sekiranya belum dijajah sekalipun, mereka sudah pun menjadi talibarut musuh Islam atau setidak-tidaknya mereka sudah menerima pakai sistem yang dicipta oleh musuh dalam urusan harian mereka malah menganggap ianya baik untuk umat Islam.

Maka seharusnya satu post mortem serius perlu dilakukan oleh umat Islam secara keseluruhan akan segala kesilapan yang besar yang telah dilakukan. Segala perlakuan musuh terhadap umat Islam perlu dilihat daripada perspektif kenapa Tuhan biarkan umat Islam dihina sehingga sedemikian rupa tanpa sebarang pembelaan dan juga bantuan. Ini yang perlu kita muhasabah sungguh-sungguh agar integriti serta kewibawaan umat terbina semula atas faktor bantuan Tuhan.

Telah dinyatakan tadi bahawa, musuh merosakkan umat Islam dengan menggunakan isme yang dijadikan pedoman oleh umat Islam. Isme inilah yang dijadikan satu sistem yang merupakan cara hidup umat Islam akhir zaman ini. Maka atas faktor itulah umat Islam wajib kembali kepada sistem Islam. Sistem Islam itulah yang sewajibnya menjadi pengganti kepada sistem musuh yang sudah lama dipakai oleh umat Islam. Itulah dia dengan meletakkan kalimah Allah itu agar ia menjadi tinggi pada setiap hal segenap hal dan pada setiap sudut.

Sebagai contoh sistem ekonomi kapitalis, diganti dengan sistem ekonomi Islam yang berteraskan kepada khidmat, adil dan menghiburkan manusia.

Pendidikan sekular yang memisahkan dunia ini dengan Tuhannya digantikan dengan sistem pendidikan Rasulullah yang menanamkan benih kenalkan Tuhan diperingkat sebelum bernikah lagi, dan diteruskan proses tersebut sehingga lahir satu generasi yang benar-benar kenal Tuhan serta takut dan cintakanNya.

Dalam sistem kebudayaan pula, maka wajib digantikan dengan sistem kebudayaan Islam yang menghiburkan tetapi hiburan untuk mengembalikan manusia kepada Tuhan seperti nasyid, pantomen, deklamasi sajak, teater dan berbagai lagi dengan isi dan natijah hanya untuk mengingatkan dan menyuburkan kembali rasa berTuhan dan rasa kehambaan.

Dalam bidang media pula, wajib ada penyampaian berita-berita yang boleh mendidik dan mencetak minda umat Islam agar mengembalikan nilai-nilai positif seperti berkasih-sayang, perpaduan, mengembalikan semangat umat Islam bagi sungguh-sungguh menyuburkan sifat-sifat mahmudah ( sifat positif ) serta mengekang sifat-sifat mazmumah ( sifat negatif ) yang menjadi punca utama kepada kelemahan umat Islam dan bagi menangkis serangan musuh dalam propaganda mereka untuk merosakkan umat Islam.

Pokoknya kesemua ini akan terbina apabila dalam diri umat Islam itu sudah terbina hubungan dengan Tuhan melalui proses pembersihan jiwa dengan jalan taubat dan penebusan dosa serta meletakkan orang-orang Tuhan pada tempat yang sepatutnya sehingga menjadi faktor jatuhnya pandangan Tuhan pada kita.

Dan seperkara lagi, apabila disebut jihad dan perjuangan, Islam mengajar kita, dalam perjuangan ini tidak boleh sembrono dan melulu sekalipun pejuang kebenaran. Perjuangan ini harus berpandukan kepada situasi dan era mana dia berjuang. Dalam ertikata lain perjuangan itu harus berpandukan kepada jadual yang Tuhan telah berikan. Jadual Tuhan di sini bermaksud, apakah perjuangan kita berada di awal kurun, ataupun berada di pertengahan atau hujung kurun. Ini faktor yang tidak terfikir oleh umat Islam hatta ulama sekalipun.

Maka amat wajar sekiranya kita tak tahu method perjuangan yang perlu diambil mengikut era dan masa tersebut, maka harus merujuk kepada orang yang tahu. Sekiranya berada di awal kurun, maka itulah orang yang bertaraf Mujaddid, sekiranya tidak berada di awal kurun, maka itulah dia orang yang bertaraf Ghauz.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 08:25 PM | Show all posts
Sebab itu, sekiranya perjuangan tidak bertepatan dengan jadual, meskipun ianya pejuang kebenaran, nescaya perjuangan itu akan menemui kegagalan. Panduan ini amat penting umpama kompas kepada pelayar di lautan yang luas. Hala tuju perjuangan itu mengikut era amatlah penting sebagai faktor keberhasilan perjuangan itu disamping syarat utama iaitu taqwa dipenuhi.

Sejarah telah menceritakan kepada kita, Ikhwanul Muslimin meskipun mirip perjuangan mereka di bawah pimpinan as-syahid Hassan Al-Banna, berteraskan baiki diri, namun kerana mereka bukan di awal kurun, perjuangan mereka setakat menghidupkan bara api Islam sahaja daripada padam.

Era kini adalah di awal kurun. Kita tidak boleh guna uslub musuh Islam hendak bangunkan jihad yang sebenar. Ianya mesti berpandukan kepada uslub yang dibawa oleh orang Tuhan bertaraf Mujaddid.

Lebih-lebih lagi sekarang adalah kurun yang ke 15 di mana Rasul telah mengisyaratkan kepada kita bahawa Islam akan kembali gemilang di bawah pimpinan Imamul Ummah dan di dahului oleh Putera Bani Tamim. Pastilah bilamana disebut awal kurun, sekarang ialah awal kurun. Kalau menurut isyarat hadith Rasul, orang ini telah pun berada di kalangan kita dengan membawa satu tajdid (pembaharuan) di dalam pengamalan Islam. Dan seperkara lagi perjuangan yang dibawanya pastilah bersifat global bagai menangani masalah umat manusia amnya, umat Islam khususnya secara global kerana kerosakan yang telah dilakukan musuh juga bersifat global.

Jadi soal bagaimana hendak membebaskan umat Islam Palestin daripada penjajahan Yahudi perlulah mengikut method orang Tuhan ini dan tidak meniru cara musuh dalam bertindak kerana ia umpama mengukuhkan jerutan jerat yang dipasang musuh kepada mereka.

Haruslah diterima hakikat bahawa, perjuangan yang silih berganti oleh rakyat Palestin terhadap membebaskan tanahair mereka daripada Yahudi tampak makin membawa mereka kepada penghinaan yang lebih hebat daripada sebelum sehinggakan untuk survival mereka pun bergantung kepada musuh yang mereka tentang.

Inilah penghinaan namanya, dan pastilah formula yang mereka guna telah tersasar daripada formula yang sepatutnya. Inilah yang harus diperbetulkan melalui sekarang kerana sekiranya tidak, tunggu masa dan saat sahaja tindakan yang lebih kejam oleh Yahudi ke atas mereka tanpa mampu berbuat apa-apa

Wallahua`lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 12:22 AM | Show all posts
Originally posted by CD-RW at 20-5-2006 06:11 PM
sekadar menyampaikan

diambil dari link  http://palestinkini.info/modules ... article&sid=975

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.


Wahai Dr Khalil al-Haya, bila pula saudara dapat lesen untuk bercakap dgn Tuhan?  Walaupun saudara menang dalam pilihanraya tempoh hari, ini adalah keputusan yg dibuat olehi manusia.  Tuhan buat silap ke itu hari masih Fatah menang?  Takkan berubah2 pilihan Tuhan?  Fatah itu hari pun boleh cakap, depa Tuhan yg pilih, mana satu betul ni?

Anda menyatakan Allah memilih kamu untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kamu untuk menentang musuh Allah.  Allah mana ada musuh, apa perlu musuh pada Tuhan?  manusia yg bermusuh dgn Tuhan.

Jauh sekali Tuhan memerlukan pertolongan dari kamu untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kamu.  Lemah sangat ke Tuhan yg kamu percayai ni, sampai kena minta bantuan kalu nak cabut nyawa org Yahudi yg kamu sgt2 benci tu.  Belajar le hargai sikit jiwa, nyawa, harta, anak-anak kamu tu, kerana itu adalah antara anugerah2 dari Tuhan.

Ucapan  La Ilaha Ila Allah bermaksud kamu percaya kepada Tuhan yg Satu, dan Yahudi pun percaya kpd konsep yg sama.    Jangan la pulak kamu kata Tuhan anda tidak sama dengan Tuhan Yahudi.  Tuhan mana ada bangsa, wahai Dr Khalil.

Sayu bila tengok kamu, seawal anak2 kamu baru belajar berjalan dah dimomokkan dalam minda mereka tentang konsep syahid yg kamu percaya sangat2.  Kamu pakaikan insan2 kecil itu dgn pakaian ala rambo, dan ditambah dgn perhiasan lilitan bom kat pinggang mereka, dan kamu tanamkan sikap benci yg tak berkesudahan.

Saya tak keberatan nak derma USD1 setahun kat saudara, tapi make sure benda2 macam ni tak pening kat kepala kita.  Setakat ni, sahabat anda bernama Abu Zuhri cakap dia nak bagi duit tu untuk membantu  rakyat Palestine, tapi itu cakap dia.  Sebelum tu kata nak bagi kat mamat yg dok kat penjara.  Kenapa pulak jadi macam tu?  Yang mana satu ni?  Kat penjara nak kena pakai duit ke?  Setakat nak beli rokok, tak payah le bawak sampai USD804K, siap selit kat bwh baju lagi.  Saudara kamu yg lagi satu tu pulak yg tangkap kawan kamu, bukannya puak Yahudi.  Kalu Yahudi punya kerja, sahih esok dengar berita lagi kat TV berita dunia jam 10.00 ada pejuang berani mati meletupkan diri kat dalam bas ke, kat tepi pasar, kat emporium, etc.    Anak Dr ada ramai lagi dak?  Dah ajar dia orang know-how pasal bom2 ni, kalau belum agak terlambat sikit, kawan kita dari malaysia half way kat Indon dah tamat riwayat.  Tak sempat nak share expertise.

Nanti kita sembang2 lagi ye Dr.

p/s ada cuba minta duit advance kat tuhan kamu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 11:18 AM | Show all posts
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.





Syabas! Memang benar anda telah dipilih oleh Allah untuk membebaskan bumi Palestine sekarang ini. Memang benar tugas suci anda untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman bangsat Yahudi tu. Jalankanlah kewajiban anda itu. Gempur mereka dan kuncu-kuncu mereka biar mampus dan sehingga mereka tersungkur hancur lebur. Jangan anda lalai dan leka sepertimana sebelum ini kumpulan Fatah yang bahalol dan terpedaya tipu muslihat Yahudi itu.
Awas!! Jika kalian tidak menjalankan kewajipan kalian dan jangan lupa allah boleh memilih sesiapa saja untuk melaksanakan kewajipannya sebagaimana Allah telah memilih Saladin dari kaum Kurdish untuk membebaskan Baitulmaqdis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2006 12:00 PM | Show all posts
well Hamas, you killed civilians to achieve your goal. So I won't support you.

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.


about that paragraph, can one really admit that one has been chosen by God?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 12:34 PM | Show all posts
sama samalah kita berdoa untuk semua muslimin dan muslimat di dunia ini.Semuga kita selamat dunia dan akhirat, insyallah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2006 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 22-5-2006 12:00 PM
well Hamas, you killed civilians to achieve your goal. So I won't support you.



about that paragraph, can one really admit that one has been chosen by God?


Why not?? Since they're fighting for their rights, they have to belief in it to achieve their goals. So who do you think chosen by God?? The Jews??
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 22-5-2006 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 22-5-2006 12:00 PM
well Hamas, you killed civilians to achieve your goal. So I won't support you.



about that paragraph, can one really admit that one has been chosen by God?


pastu, israel tak bunuh orabg awam? awak ni pro israel ke? mmg sah pun. bangsa sekejam yahudi pun sokong lagi tak tau la
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 22-5-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 22-5-2006 12:00 PM
well Hamas, you killed civilians to achieve your goal. So I won't support you.



about that paragraph, can one really admit that one has been chosen by God?


ada jugak oang Islam camni. kita sepatutnya membenci yahudi atas kekejaman mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 22-5-2006 02:36 PM


pastu, israel tak bunuh orabg awam? awak ni pro israel ke? mmg sah pun. bangsa sekejam yahudi pun sokong lagi tak tau la


kejam macamana  ??  HAMAS PUN bunuh orang awam .

hamas dengan yahudi ada beza kaa  ??


-  tapi hamas nie syiah betol kaa ??
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 08:01 PM | Show all posts
apalah sgt kalo aku hulur RM1...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 08:10 AM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 5/21/06 10:36 PM


pastu, israel tak bunuh orabg awam? awak ni pro israel ke? mmg sah pun. bangsa sekejam yahudi pun sokong lagi tak tau la


I don't remember Rasulullah teaches us that if other people does something wrong, we should do the same thing too. Two wrongs don't make a right, unless emotion dictates whatever we're doing, which I dont believe is the right way to handle any situation.

I'm not backing the Zionist. Read my post. I'm saying it's not right to kill civilians, no matter who does that for whatever reason. So since the topic is Hamas' request for Malaysians support, so I talked about them.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 08:13 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 5/21/06 08:45 PM


Why not?? Since they're fighting for their rights, they have to belief in it to achieve their goals. So who do you think chosen by God?? The Jews??


I donno. That's why I asked.

It's like, can I say that Allah has chosen me to receive an award from my school for my design? To me that sounds condescending. I would say that Allah has given me the rahmat or something like that that helps me do well in my design and eventually win the award.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 22-5-2006 01:36 PM


pastu, israel tak bunuh orabg awam? awak ni pro israel ke? mmg sah pun. bangsa sekejam yahudi pun sokong lagi tak tau la

Org2  kristian pun  membunuh ramai  org2  islam   ketika perang salib, mengapa Sultan Salahuddin  tak melakukan benda  yg  sama :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2006 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 21-5-2006 12:22 AM


Ucapan  La Ilaha Ila Allah bermaksud kamu percaya kepada Tuhan yg Satu, dan Yahudi pun percaya kpd konsep yg sama.    Jangan la pulak kamu kata Tuhan anda tidak sama dengan Tuhan Yahudi.  Tuhan mana ada bangsa, wahai Dr Khalil. ...




Memang tiada beza kepercayaan kita dgn yahudi. Kita percaya pd Allah, yahudi dan kristian juga percaya pd Allah, bahkan lebih dekat lg iblis pun percaya pd Allah dgn yakin.

Bangsa arab quraish jahiliah pd zaman nabi pun percaya dan sembah Allah. Mereka tawaf keliling Kaabah dgn menyebut 揕abbaikallah hummalabbaik厰
Abu Jahal ketika perang Badar sewaktu berada di depan kaabah dia berdoa dgn doa
揂llahummaa, ahlik muhammad! : Ya Allah..hapuskanlah Muhammad !
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 21-5-2006 12:22 AM


Sayu bila tengok kamu, seawal anak2 kamu baru belajar berjalan dah dimomokkan dalam minda mereka tentang konsep syahid yg kamu percaya sangat2.  Kamu pakaikan insan2 kecil itu dgn pakaian ala rambo, dan ditambah dgn perhiasan lilitan bom kat pinggang mereka, dan kamu tanamkan sikap benci yg tak berkesudahan. ...



Saya nak tanya anda, sesuai tak di palestin skg yg  di sana setiap hari org zionis membunuh org palestin, rumah mereka di bom sana sini.... tapi bapa2 di palestin di sana menasihati anak2 mereka
揳nak ku..jihad kita sekrg adlah jihad menentang hawa nafsu..dan pergi menuntut ilmu...kita masih belum lg diwajibkan jihad perang..jangan melawan bila rumah kita dirampas, jangan m抌enci tentera2 zionis yg membunuh saudara2 kita
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 10:25 AM | Show all posts

Kita skrg ini di kelilingi oleh media2 慸ajjal
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 21-5-2006 12:22 AM


Anak Dr ada ramai lagi dak?  Dah ajar dia orang know-how pasal bom2 ni, kalau belum agak terlambat sikit, kawan kita dari malaysia half way kat Indon dah tamat riwayat.  Tak sempat nak share expertise....



Anda pastikah yg bom sana sini tu org Islam ? Jangan main tuduh saja kerja2 bom berani mati ni kerja org Islam dan HAMAS. Perjuangan HAMAS hanya pejuangan mendapatkan kembali hak mereka yg dirampas iaitu tanah air mereka, mereka hanya menentang zionis. Kejadian letupan bom di luar sempadan Palestin tidak ada kena mengena dgn HAMAS.

Anda boleh ulas dan bangkitkan isu pengeboman di Bali, Madrid, London dll...
tapi sebelum itu anda kene ulas dulu tindakan2 binatang spesis zionis ni yg m抌unuh beratus ribu rakyat Palestin, merogol dan mencabul wanita2 palestin, mengebom rumah2 org palestin dan merampas tanah2 mereka dan juga jgn lupa ulas sekali tindakan konco2 zionis yg mengebom jutaan rakyat Iraq dan Afghanistan.
       

Kalau anda menganggap nyawa seorg warga britain yg tebunuh di London tempoh hari lebih bernilai dr nyawa 100 ribu warga Palestin yg dibunuh dgn kejam oleh regim zionis, maka anda bolehlah ulas isu bom di Bali dan London shj, lupakan kematian bejuta-juta org2 Islam yg dibunuh di Afghanistan, Bosnia, Iraq dan Palestin.

Kalau anda menganggap tindakan tentera zionis yg menembak seorang kanak2 Palestin berumur 13 tahun dgn 20 das tembakan belum lg dianggap pengganas dan kejam dan hanya m抋nggap meletupkan diri baru dianggap pengganas dan kejam maka benarlah apa yg anda post di atas...

Islam tak pernah menyokong tindakan bom berani mati dan kalau betullah org Islam yg membuat letupan di London dan lain2 tempat, mereka itu bukan pejuang Islam yg sebenar. Ini kerana mereka tidak mematuhi peraturan peperangan yg ditetapkan oleh Islam. Membunuh orang awam bukan dari ajaran Islam

Islam adalah agama yg bertamadun. Ia adlh agama Allah Tuhan sekelian manusia dan alam ini. Sblm Perjanjian Geneva wujud lagi, Islam 1400 tahun yg lalu telah pun meletakkan berbagai disiplin dan peraturan dlm peperangan. Jika Perjanjian Geneva tidak wujud pun, umat Islam tetap wajib mematuhi peraturan2 perang. Bukan sekadar menjaga nama baik kerajaan, bahkan ia adalah tanggungjawab agama. Hari ini, peperangan di Iraq dan kes tahanan Afghanistan shj, entah berapa banyak dilanggar Perjanjian Geneva. Malangnya, dunia mendiamkan diri kerana Amerika dan Britian adlh kuasa besar.

Islam telah menetap disiplin di medan perang adlh tanggungjawab para pejuang Islam. Peperangan bukan untuk membanyakkan penumpahan darah, sebaliknya untuk membela kebenaran.

Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya dibunuh mereka yg terlibat dgn peperangan. Adapun golongan musuh yg tidak menyertai peperangan, mereka tidak dibunuh selagi mereka tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan bersenjata.

Jadi persoalannya skr jika benar org Islam yang melakukan, mengapakah mereka sudah tidak mampu mengawal diri dgn disiplin Islam ini?!!. Jawapannya  apa yg berlaku ialah tindakan luar kawalan. Ini berlaku apabila emosi menguasai akal. Emosi yg berlebihan dan meluap-luap tanpa kawalan ini datang tidak lain disebabkan mereka sudah lama dizalimi dan ditindas dgn tindakan2 Barat yg sudah melampaui batas, dan tiada siapa lg yg hendak menolong dan membela mereka. Saudara2 Islam di luar sana sudah khayal dan 憁ati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.123529 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list