CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14770|Reply: 57

Perbezaan mazhab dalam Islam bawa rahmat

[Copy link]
Post time 19-9-2006 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Perbezaan mazhab dalam Islam bawa rahmat

Allah berfirman, Jika Tuhanmu mengkehendaki pastilah Dia menjadikan semua manusia itu sebagai umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. (Hud: 118). Dan Allah juga berfirman, Dan tiadalah Kami menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya, dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (an-Nahl: 64).

Ayat-ayat di atas membuktikan bahawa Islam membenarkan perselisihan namun ia perlu dikawal selia berlandaskan sumber utama hukum Islam iaitu al-Quran dan al-Sunah.

Hal ini seterusnya membawa kepada fenomena mazhab di kalangan Ahli Sunah Wal Jamaah yang banyak diwarnai oleh mazhab Abu Hanifah, Malek, al-Syafie dan Ahmad bin Hanbal.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual pensyarah Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Anzaruddin Ahmad bagi menjelaskan persoalan mazhab ini.

Apakah maksud mazhab dan bilakah ia mula wujud?

ANZARUDDIN: Perkataan mazhab berasal daripada bahasa Arab. Dari segi bahasa ia bermakna tempat pergi atau tempat ambilan. Dalam istilah fikah pula ia bermaksud pandangan-pandangan yang terhasil daripada pendekatan atau metodologi yang diguna pakai oleh para ulama iaitu imam-imam mazhab dalam mengambil hukum daripada al-Quran dan Sunah Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya bibit pertumbuhan mazhab telah bermula sejak zaman para sahabat lagi. Telah wujud apa yang boleh dinamakan sebagai mazhab Abdullah Ibnu Umar, mazhab Aisyah, mazhab Abdullah Ibnu Abbas dan seumpamanya. Seterusnya sejak awal abad ke-2 hingga pertengahan abad ke-4 Hijrah atau bersamaan dengan awal abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-10 Masihi pula muncul 13 ulama mujtahidin yang mana koleksi ijtihad mereka telah dibukukan oleh para pengikut masing-masing.

Para ulama tersebut ialah al-Hasan al-Basri (di Basrah), Abu Hanifah dan Sufyan al-Tsauri (di Kufah), Sufyan bin Uyainah (Makkah), Malik bin Anas (Madinah), al-Syafie dan al-Laits bin Saad (Mesir), al-Awza慽e (Syam), Ishaq bin Rahuwaih (Naisabur), serta Ahmad bin Hanbal, Daud al-Zahiri, Abu Tsaur dan Ibnu Jarir al-Tabari (Baghdad).

Walau bagaimanapun, kebanyakan mazhab itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah kerana para pengikutnya telah pupus. Apa yang masih kekal hanyalah mazhab empat seperti mana yang kita kenali sekarang.

Fenomena mazhab yang wujud pada zaman para sahabat secara umumnya membawa kepada munculnya dua madrasah utama iaitu az-Zawahir yang menafsir nas-nas al-Quran dan al-hadis secara literal atau harfiah, dan al-Maqasid yang banyak menafsirkan nas-nas dengan terlebih dahulu melihat kepada keseluruhan roh syariat Islam serta tujuan asal sesuatu nas itu diturunkan.

Contohnya, sejurus perang Ahzab atau perang Khandak, Rasulullah s.a.w. memerintahkan sebahagian para sahabat ke perkampungan Bani Quraizhah untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianatan semasa peperangan. Sebelum bertolak Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia solat asar melainkan di Bani Quraizhah. Para sahabat dari madrasah az-Zawahir menafsir hadis itu secara literal sehingga menyebabkan mereka melewatkan solat asar sehinggalah mereka tiba di perkampungan Bani Quraizhah walaupun telah masuk waktu maghrib.

Para sahabat dari madrasah al-Maqasid melakukan solat asar ketika di perjalanan kerana berpandangan bahawa tujuan Rasulullah s.a.w. berkata begitu ialah supaya para sahabat bersegera ke sana.

Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah, Baginda tidak menyalahkan mana-mana golongan. Inilah antara bukti bahawa Rasulullah s.a.w. sangat meraikan perbezaan pendapat di kalangan para sahabat malah Baginda membiarkan mereka beramal mengikut ijtihad masing-masing.


Perkara bagaimana yang dibolehkan bercanggah pendapat dalam Islam sehingga mewujudkan mazhab?

Hanya dalam hal furu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 11:12 AM | Show all posts
MENGAPA BOLEH TIMBUL MAZHAB DALAM ISLAM?

Sama ada mazhab yang hak mahupun yang batil. Mazhab yang hak (ASWJ)  hanya ada 11 mazhab,tapi yang terkenal hanya ada 4 sebab kitabnya masih ada hingga kini. Fahaman  yang sesat ada 72. Mazhab Auzai, Hasan Basri dan lain lain tidak diamalkan lagi sebab  ilmunya sudah habis, mungkin ilmunya telah dibakar sewaktu orang Monggol melanggar Kota Baghdad. Mazhab yang hak saja yang dibincangkan dan diceritakan dalam kuliah ini.

Mengapa timbul mazhab dalam Islam, padahal Islam itu satu sahaja daripada Allah dan disampaikan kepada Rasulullah dengan melalui Quran dan Hadis.

Kenapa timbul?  Sedangkan semuanya dari sumber rujukan yang satu, iaitu Al Quran dan Hadis. Semuanya rujuk kepada Rasul, jadi sepatutnya tak timbul mazhab.
Pada zaman sahabat r.a. tidak ada mazhab, mengapa?
Umumnya orang sangat yakin dengan para sahabat, seolah-olah lihat Rasul.
Tapi zaman tabiin, atau tabiut tabiin, orang bergantung dengan ilmu sahaja sebab sahabat dah tak ada.Kalau ada masalah, lepas Al Quran dan Hadis, mereka ijtihad. Hanya bersandar kepada ilmu yang dalam Al Quran dan Hadis. Generasi ke 3 ke 4 baru ada mazhab.

Akan diterangkan secara ringkas, mengapa terjadi mazhab, bagaimana boleh terjadinya berlainan pendapat, sedangkan semua rujuk Al-Quran dan Hadis, yang tak ada hanya Rasulullah, sahabat dan tabiin. Jadi mereka hanya bersandar dengan ilmu, tanpa bersandar kepada peribadi Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin. Jadi mereka di zaman itu terpaksalah berijtihad, dengan kaedah ilmu alat yang ada.

Apa maksud ilmu alat?
Ilmu untuk melahirkan ilmu, untuk memahami Al Quran dan Hadis. Contohnya ilmu nahu, saraf, bahasa Arab ,sastra Arab, ilmu mantik atau lojik, ilmu usul fiqah,usuluddin. Semuanya contoh-contoh itu adalah ilmu alat.

Cara berijtihad ialah dengan merujuk kepada Al-Quran sedangkan huraikan Al-Quran sudah tak sama berdasarkan ilmu alat tadi. Antara sebab yang menjadikan ulama waktu itu berbeza pendapat ialah:

1. Ada ayat yang di "nasih dan mansuh" yakni membatalkan hukum. Dalam hal ini ulama berbeza pendapat mengenainya

2. Ada ulama penerimaan ayat nasih mansuh tidak sama, jadi tentu dalam berijtihad akan berbeza hasilnya.

3. Terdapat cara memahami ayat al Quran secara lahir saja. Misalnya mazhab Daud Zohiri. Ada ulama mentafsir ayat Al Quran dengan maksud yang tersirat.

4. Memberi makna dan terjemahan ayat Quran berbeza antara ulama. Contoh: Imam syafie menerangkan maksud "sentuh kulit lelaki dan wanita ajnabi membatalkan wudhu." Tapi mazhab Hanafi, menyatakan "sentuh dengan bernafsu".

5. Kemampuan mentafsir antara ulama tak serupa. Contoh bagaimana umat Islam menjadi militan, misalnya berdasarkan hadis yang maksudnya "saya diperintahkan membunuh manusia kecuali yang sudah bersyahadat." Tapi terdapat ayat atau hadis yang memansuhkan hadis tersebut.

6. Kadang-kadang hadis memansuhkan ayat, atau ayat memansuhkan hadis. Jadi kena faham keseluruhan. Ini kesannya mazhab berbeza. Al Quran tempat rujukan utama, kemudian rujukan kedua kepada Hadis. Hadis dibukukan selepas 300 tahun. Tidak semua Hadis sampai kepada ulama-ulama tersebut, jadi sumbernya sudah berbeza. Kalau ulama tidak dapat Hadis mengenai sesuatu hukum, tentu ijtihadnya tanpa merujuk Hadis.

7. Penerimaan Hadis tak sama antara ulama, jadi ijtihad berbeza. Setengah ulama tak guna Hadis lemah, ada pula ulama yang guna Hadis lemah. Sebahagian ulama berfahaman bahawa Hadis ada yang bersifat nasih mansuh, sebahagiannya lain pula ada yang tidak terima Hadis nasih mansuh, jadi cara mengeluarkan hukum berbeza.
Hasilnya timbullah perbezaan pendapat dan bermazhab kesan daripada cara fahamkan Hadis berbeza, dan ini mempengaruhi fatwa mereka yang tentunya berbeza rumusan fatwanya.

8. Walau pun umumnya ulama bijak, tapi darjat kebijakkannya tak sama, jadi fatwanya pun turut tak sama.

Justeru untuk jangka panjang, hal ini ada kesan negatif kepada umat Islam. Oleh kerana umumnya manusia jahil, fanatik pula, kesannya ialah manusia sering bergaduh. Walaupun  fatwa itu dibuat untuk menyelamatkan umat, tapi kerana umumnya manusia itu jahil dan fanatik, akibatnya umat Islam berpecah.


Itulah serba ringkas mengenai ilmu berkenaan mengapa terjadinya mazhab.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 11:36 AM | Show all posts
Tajuk pasal Mazhab ni saya pernah buka. Ade dlm ruangan M&M.


http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=236039&extra=page%3D3
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 02:32 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 19-9-2006 10:06 AM
Perbezaan mazhab dalam Islam bawa rahmat

Allah berfirman, Jika Tuhanmu mengkehendaki pastilah Dia menjadikan semua manusia itu sebagai umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. ...

Aku dah baca thread ni dalam suratkhabar
Yang diceritakannya hanya dalam ruang lingkup fahaman sunnah iaitu perbezaan 4 imam tu sedangkan yang berlaku ialah perbezaan yang sangat besar dan bukan lagi melibatkan furuq sahaja. Maka timbul lah fahaman sunnah , syiah , wahabi , muktazilah , qadariah , jabariah , anti hadis dan banyak lagi fahaman yang timbul walaupun nabi muhammad saw sendiri tak pernah mengajar atau menyuruh umat islam mencipta fahaman-fahaman begini .

Perbezaan antara fahaman-fahaman diatas sangat besar sampai kadang-kadang kita lihat percanggahan antara mereka bila berdebat macam masing-masing mewakili agama lain . Tak percaya cuba tengok perbincangan dalam board ini:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by Izidut at 22-9-2006 02:32 AM

Aku dah baca thread ni dalam suratkhabar
Yang diceritakannya hanya dalam ruang lingkup fahaman sunnah iaitu perbezaan 4 imam tu sedangkan yang berlaku ialah perbezaan yang sangat besar dan bukan ...



Mazhab yang empat itu masih dalam fahaman ASWJ. Ia adalah mazhab fekah berdasarkan ijtihad ulamak2 mujtahid. Ini yang dikatakan, perselisihan membawa rahmat sebab oleh RSAW. Ia bukan berkaitan perkara USUL, ia hanya perbezaan dalam perkara FURUK.

Fahaman2 seperti Syiah, Wahabi, Muktazilah, dll lagi yg dikatakan kini sudah ada 700 lebih cabang fahaman yg terhasil dari pokoknya , adalah fahaman yang berbeza dari segi USUL AQIDAH.

Ia tidak membawa RAHMAT tetapi membawa kepada kemusnahan KEMURNIAN Islam yg dibawa oleh RSAW.

Hanya satu golongan sahaja yang selamat, iaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah, itupun ramai yang tak faham apa sebenarnya fahaman ASWJ ini, jadi satu ISU besar lain pula. Inilah argument yg selalu digunakan oleh fahaman2 lain utk menggoyahkan masyarkat umum terhadap  fahaman ASWJ ini.

Semua fahaman2 yg ada sekrg ini mendakwa merekalah yg sebenar2 mengikut akidah RSAW dan salafussoleh.

HErmm.....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 04:07 PM | Show all posts
salam.

perbezaan mazhab bawa rahmat?

bagi ana ini satu penipuan yg nyata...tidak ada rahmat bahkan kerana mazhablah ummat islam saling bermusuhan bahkan kafir-mengkafir.

cerita wujudnya mazhab macam ni jika mengikut sejarah:

kita semua tahu zaman nabi dan sahabat tidak ada mazhab. selepas nabi wafat pun tidak ada mazhab sehingga zaman imam jafar shodiq. ana ringkaskan..semua ulama pada masa itu belajar dgn imam jafar ra termasuk imam mazhab 4. dan apabila mereka ni habis belajar maka depa semua balik ke kampung masing2. apabila ditanya oleh masyarakat kampung hal2 yg berkaitan dgn hukum fiqih islam, maka apa yg mereka tahu tidak menjadi masalah tetapi jika berlaku hal2 yg amat berat dan memerlukan fatwa sesuatu hukum dgn segera, tambahan pula mereka ni sudah tiada tempat nak rujuk..sebab kedudukan mereka dgn imam jafar ra jauh. maka mereka akan keluarkan ijtihad mereka sendiri mengikut apa yg mereka faham dari guru mereka iaitu imam jafar.

ringkaskan lagi...dan apabila murid2 syafie, maliki, hanafi, hanbali dll berkumpul pada satu2 masa terutama musim haji, maka mereka akan bercakap mengenai guru2 mereka dan hukum fiqih yg dibelajar dari guru masing2. maka disinilah terdapat perbezaan hukum fiqih dan masing2 mempertahankan fiqih guru merekalah yg tepat dan betul. maka berlakulah pertengkaran macam dlm forum ni yg mengklaim guru merekalah yg paling betul.

sejarah ada bukti bahwa pengikut imam 4 ni saling mengkafirkan satu sama lain malah berbalah kerana telah dikuasai oleh sikap fanatik dan taksub. sama mcm laa ni kalau ade orang kata guru kita ajar benda tak betul, kita mesti marah. jadi kerajaan masa tu terpaksa membuat benteng dan membahagikan daerah mengikut kelompok. jika ada dari golongan syafie yg masuk dlm daerah golongan hanafi, maka pengikut hanafi akan menyerang mereka dgn pedang. sikap begini biasa bagi org arab yg jahil, mereka lebih suka menyelesaikan masalah dgn pedang.

apabila kelompok fiqih ni makin byk, dan apabila terlalu byk maka akan wujud permusuhan yg sgt besar, maka kerajaan pada masa itu hanya mengambil kelompok yg terbanyak iaitu kelompok syafie, hanafi, maliki dan hanbali dan melarang kelompok lain dari menyebar dan menubuhkan mazhab mereka. apabila kerajaan dah istihar macm tu, maka pengikut ni tadi menubuhkan MAZHAB masing2 seperti yg ada pada hari ini. imam mazhab 4 tidak menubuhkan mazhab tetapi pengikutnya yg fanatik menubuhkan mazhab secara tidak rasmi sama keadaannya mcm hari ini. dan apabila mazhab sudah ada dan pengikut mazhab masing makin ramai, kerajaan istihar pulak bahwa hanya fiqih mazhab 4 ni saja yg kita boleh belajar dan sebarkan. yg lain semua haram. kerajaan masa tu bukan melihat fiqih siapa yg benar dan mengikut quran dan sunnah tetapi hanya untuk menyelamatkan keadaan ummat islam pada masa tu.

sebab tu mazhab aswj tersebar keseluruh pelusuk dunia walhal byk fiqih aswj yg bertentangan dgn quran dan sunnah. jadi kita pada hari ini tak payah lah nak mempertahankan aqidah aswj bermati-matian, kalu ada yg bertentangan dgn rasulullah saw, baik kita tinggalkan dan jgn ambil risiko. ana lihat diforum ni ramai yg ingin jadi jaguh mempertahankan aqidah aswj tetapi dia sendiri pun tak faham apa yg ingin dipertahankan!!

semua percaya imam mahdi, akhir zaman semua mazhab akan terhapus..abis tu yg tinggal apa? kalau kita dah terhapus kita nak pertahakan apa? sejarah ditulis oleh mereka yg menang yakni pemerintah. maka negara yg dikuasai oleh aswj akan menulis apa shj bagi membenarkan mazhab mereka walaupun kita semua tahu amalan yg kita buat hari ni byk yg bertentangan dgn sunnah nabi tapi bak kata pepatah "hati manusia ni lebih keras dari batu". dan bermcm-mcm dalil yg digunakan utk membenarkan perbuatan mereka walhal ianya tidak ada pada zaman rasulullah saw.

kalau negara syiah pulak lain cite, mereka pun ade sejarah mereka sendiri dan ternyata lain dari aswj. mcm yg ana cakap tadi..sejarah ditulis oleh org yg berkuasa shj. jadi baik sunni atau syiah tak payahlah nak pertahankan fiqih masing2 nak dgn sombong diri mengaku terkecuali dari 72 golongan. mana kita tahu golongan kita yg betul? syurga dan neraka hak mutlak allaw swt, tidak ada mazhab pun yg boleh mengaku dialah Alfirqoh Annajiah (golongan masuk syurga) sebab tidak ada hadis dari rasulullah saw yg menyebut perkataan mazhab atau golongan tertentu. apa yg nabi sebut adalah: "mereka yg mengikuti ahlulbaitku". dan hadis sunni pula " "Mereka adalah golongan yang mengikuti apa-apa yang aku kerjakan bersama sahabatku." ikut sahabat atau ahlulbait sama aje asalkan hati kita ni terbuka utk menerima kebenaran.

kalau anda tanya apakah mazhab ana, ana berkata ana tidak ada mazhab sebab ulama salaf pun tak bermazhab. yg bermazhab ni adalah golongan yg fanatik shj. rujukan shj pada mazhab dan bukan jadi pengikut yg taksub dan fanatik. memang tepat apa yg nabi kata tentang hadis tsaqalain iaitu quran dan itrahku. sebab tu kita kena ikut fiqih ahlulbait baru selamat, ni dok ikut membabi buta..pasal tu sesat. nak guna fiqih imam 4 tak salah pasal mereka pun berguru dari ahlulbait, tetapi mana yg bertentangan jgn ikut. syafie sendiri pun mengaku fiqihnya yg pertama diajar kepada anak muridnya byk silap dan buat fiqih baru. tapi kita ni tak kira, ambil semua pastu hukum amalan mazhab lain sebagai sesat. macam ni ke nak jadi ahli syurga?

syafie kena bunuh pasal org tuduh dia syiah, samalah zaman laa ni pun, apabila kita mengikut fiqih ahlulbait terus dituduh syiah malah ada yg tak segan2 berkata: "fiqih imam 4 ni ada jaminan masuk syurga..jgn cari lain, mai kita pakat masuk aswj".

yg lain2 tu terserah pada anda, tepuk dada tanya selera. wallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2006 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by yahya at 22-9-2006 04:07 PM
salam.

perbezaan mazhab bawa rahmat?

bagi ana ini satu penipuan yg nyata...tidak ada rahmat bahkan kerana mazhablah ummat islam saling bermusuhan bahkan kafir-mengkafir.

cerita wujudnya ma ...


nampaknya sdra yahya keterlaluan dlm menuduh ASWJ hingga pukul rata menyatakan sebab MAZHAB yg berbeza dlm ASWJ, pengikut ASWJ sampai berkelahi dan sesat menyesatkan antara satu sama lain....

Sy rasa ini dakwaan ini hanya berlaku  ke atas golongan yg tidak faham antara perkara FURUK yg boleh diijtihad dengan perkara USUL yg semua harus ikut secara total.

Tidak ada penganut ASWJ yg faham perbezaan antara MAZHAB itu akan berkelakuan seperti apa yg sdra yahya katakan itu kerana ia hanya berkaitan dengan perkara FURUK yg dibenar mengikut IJTIHAD mazhab yg difikirkan sesuai.

Ulamak2 silam di Malaysia memandang jauh ke depan permasalahan yg akan berlaku JIKA tidak ditetapkan satu MAZHAB yg dikira sesuai dgn sosiobudaya org Islam di Malaysia ini, lalu mereka menetapkan AMZHAB SHAFIE sbg MZHAB FEKAH ikutan di malaysia. MEreka telah bertindak dgn BIJAK kerana mereka sudah MENYEDARI di akhir zaman seperti ini, akan BERLAKU FITNAH ke atas MAZHAB2 ASWJ ini. Sy ulang, ..... FITNAH keatas MAZHAB2 ASWJ ini.

Di waktu sekrg ketika Imam Mahdi belum muncul lagi, memang org awam yg TIDAK ADA ILMU untuk BERIJTIHAD perlu mengikut MAZHAB agar mereka TERPIMPIN dengan guru MURSYID seperti IMAM2 MAZHAB yg empat itu. IMAM MAZHAB 4 ini adalah guru mursyid dan IJTIHAD mereka diterimapakai kerana mereka adalah MUJTAHID.

Jika sdra yahya tidak mahu bermAZHAB dan sudah bertaraf mujtahid, persilakanlah tidak berMAZHAB,

tetapi bagi kami yg tidak layak berijtihad ini biarkan kami dengan MAZHAB yg kami pegang kerana kami FAHAM dan YAKIN dengan PEGANGAN kami bukan TAKLID BUTA tanpa ILMU.

Sudahlah sebarkan fitnah kepada scholar2 IMAM MAZHAB 4 itu, jika tidak mahu dan tidak yakin sebab lebih percaya pd IJTIHAD sendiri (persoalaannya LAYAK KE BERIJTIHAD), maka dok ler diam2 pinjam kata abu_syafiq tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 08:51 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 22-9-2006 06:00 PM


nampaknya sdra yahya keterlaluan dlm menuduh ASWJ hingga pukul rata menyatakan sebab MAZHAB yg berbeza dlm ASWJ, pengikut ASWJ sampai berkelahi dan sesat menyesatkan antara satu sama lain....
...


ana rasa tak keterlaluan, ini fakta walau ramai yg tak mahu terima. belajar sejarah dalam2 baru anda akan ketemu benda ni. skrg ni mazhab aswj baru je nak bersatu. di madinah diadakan pertemuan 4 mazhab dlm setahun membincangkan soal yg berkaitan mazhab masing2 tapi ini skrg.

dulu memang kafir-mengkafir antara mazhab (prerang mazhab) pada zaman abasiyyah dan muawiyyah. ini bukan soal furu atau usul tapi SEJARAH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2006 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 22-9-2006 06:00 PM


Sudahlah sebarkan fitnah kepada scholar2 IMAM MAZHAB 4 itu, jika tidak mahu dan tidak yakin sebab lebih percaya pd IJTIHAD sendiri (persoalaannya LAYAK KE BERIJTIHAD)
...


cuba quote skit tang mane ana buat fitnah kat imam mazhab 4 tu, ana dah kate imam mazhab 4 tak salah dan mereka tak pernah tubuhkan mazhab. ana rasa mantiq ana sudah jelas cuma mantiq anda shj yg kabur dan tak faham cerita ana tu.

memang ana tak perlu bermazhab, cuma buat rujukan sjh pada kitab2 mereka sebab kita dah terlalu jauh dari rasulullah. cuba baca betul2 apa ana tulis kat atas tu. ulama salaf ahlulbait pun takde mazhab, mungkin anda tak tahu sejarah ni.

ana bukan mujtahid, bahkan semua forumer kat sini tak layak nak jadi mujtahid. kalau pilih tak mahu bermazhab kena jadi mujtahid dulu ke? tapi kalau ade ulama yg dah sampai level mujtahid depa setuju dgn cerita ana ni. kalau tak caya copy&print cite ana tu pastu p tanya ulama mujtahid betul atau salah!! sebab tu ulama mujtahid takde yg kata aswj inilah sebenarnya golongan yg paling selamat(ahli syurga). apa yg mereka fatwakan adalah golongan yg mengikut quran dan sunnah adalah kelompok yg selamat tak kira apa mazhab.

salah ke ikut fiqih imam jafar? sebelum imam 4 ni lahir, ummah ikut fiqih mane agaknya ye? tapi apabila imam 4 ni wujud maka pengikut mereka yg dikenal sebagai aswj walhal imam 4 sendiri pun tak pernah buat nama ni hatta mazhab sekalipun, maka pengikutnya meninggalkan fiqih ahlulbait dan ikut fiqih imam mazhab 4. kalau nak ikut fiqih mazhab 4 tak apa, tapi jgn nak meyombong diri dgn berkata 'golongan inilah yg terselamat...' dan mazhab lain semuanya ke neraka? berapa byk ulama aswj yg keluar fatwa mengatakan aswj adalah golongan yg disebut oleh rasulullah sebagai golongan syurga? malah ade yg berani buat hadis palsu kononnya nabi mengatakan "....ahlul sunnah waljamaah" adalah kelompok yg terselamat dari neraka.

ulama hadralmaut yg ana kenal di darul mustafa pun setuju dgn ana sebab mereka belajar sejarah. cuma kalau kita yakin dgn apa yg kita anuti teruskanlah..sebab lubang kubur kita ni lain2. sebab tu tidak ada ulama di hadralmaut yg kata mazhab lain kafir dan sesat dan pertahankan mazhab sunni dgn taklik buta. sebab mazhab sunnni pun ade yg bertentangan dgn quran dan fiqih imam jafar.

memang imam mahdi belum muncul, sebab tu kita kena bergantung pada keturunan beliau dlm bab beragama ni. adakah alasan imam mahdi belum muncul maka kita bebas untuk memilih mazhab? rasulullah dah tetapkan bahwa umat islam tidak ada KEBEBASAN utk memilih mazhab melainkan apa yg telah ditetapkan oleh allah dan rasul-Nya. nabi dah tetapkan bagi ummatnya berpegang pada fikih itrahnya, sebab itu imam mazhab 4 belajar dgn imam jafar pasal depa ikut kata nabi. cuma kita ni aje pukul rata, yg salah pun kita amalkan, solat terawih 8 pun p buat 20..dah terlebih pandai agaknya. nabi pun tak buat 20. abu bakar pun tak buat 20. imam mazhab 4 pun tak buat 20. imam jafar pun tak buat 20. tapi kita buat 20. boleh pilih pulak tu nak buat 8 ke atau 20. kita ni ikut sape? pastu keluar beribu dalil kosong untuk menghalalkan perbuatan bidaah ni. kalau syiah dgn wahabi buat bidaah heboh satu kampung tapi kalau aswj buat bidaah ade plak dalil dan 1000 alasan. dan dalil tersebut dipaksa ikut, kalau tak ikut sesat. subhanallah.

setiap negara islam mesti berpegang pada salah satu mazhab sebab nak jaga kemaslahatan ummat. tapi kita tak dipaksa ikut 100% fikih mazhab tersebut. mazhab hanya panduan bukan tiket nak pergi ke syurga.

makin byk kita belajar sejarah ni makin bingung dan makin terserlahkan yg hak dan bathil.

nasihat utk anda kalau nak kenal islam mesti belajar sejarah tu dulu. takat ni dulu, ana nak fly blk tempat kerja..jumpa lagi kalau panjang umur. buat kaum syiah kalau nak berdebat soal mazhab dgn sunni, anda mula dgn sejarah...mesti jatuh tergolek punya. kaum sunni pulak kalau nak berdebat soal mazhab dgn syiah....anda mula dgn hadis...mesti jatuh tergolek. akhirnya dua2 jatuh tergolek..hi..hi.

[ Last edited by  yahya at 22-9-2006 10:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 12:46 AM | Show all posts
aku rasa jenama islam (aswj, syiah etc.) tu bukan penjamin masuk syurga.
kalau clear hanya aswj yg terjamin masuk syurga, sudah tentu ada disebut dlm hadith atau al-quran...
Reply

Use magic Report

bob This user has been deleted
Post time 23-9-2006 08:21 PM | Show all posts
no mazhab in islam. mazhab adalah ciptaan manusia selepas matinya imam-imam ini, sekiranya mereka tahu, mereka pun akan menangis kerana telah menyebabkan perpecahan dalam islam dan mundur islam hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 12:41 AM | Show all posts
Originally posted by yahya at 22-9-2006 09:00 PM


cuba quote skit tang mane ana buat fitnah kat imam mazhab 4 tu, ana dah kate imam mazhab 4 tak salah dan mereka tak pernah tubuhkan mazhab. ana rasa mantiq ana sudah jelas cuma mantiq anda shj  ...

Sudahlah sebarkan fitnah kepada scholar2 IMAM MAZHAB 4 itu, jika tidak mahu dan tidak yakin sebab lebih percaya pd IJTIHAD sendiri (persoalaannya LAYAK KE BERIJTIHAD), maka dok ler diam2 pinjam kata abu_syafiq tu....


pak yahya,

hang yg tk faham ler..scholar2 imam mazhab 4 itu sy maksudkan sarjana-sarjana@pelajar2@  @pengikut2 imam MAZHAB 4 bukan imam MAZHAB 4 itu sendiri...selalu kalau ditulis dalm BI, itulah maksudnya SCHOLAR tu...tk tau ler pak yahya faham lagu mana...

cubalah baca bebeno sikit..jgn terus melenting eh....

jadi MANTIQ sape yg salah ni..tak yah cakap mantiq, dari segi makna bahasapun dah kantoi...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 01:41 AM | Show all posts
pertamanya selamat berpuasa...

hmm...kalau yg dimaksudkan anda ulama2 imam mazhab 4 maka samalah juga persoalaan saya pada soalan yg lepas. cuba quote sikit kat mane yang dikatakan fitnah tu....???

dan ulama2 imam mazhab 4 dari zaman mane yang dimaksudkan oleh anda?? zaman imam 12 atau zaman skrg? dan tuduhan anda bahwa ana membawa fitnah pada ulama aswj...fitnah yg mcm mane??
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by yahya at 24-9-2006 01:41 AM
pertamanya selamat berpuasa...

hmm...kalau yg dimaksudkan anda ulama2 imam mazhab 4 maka samalah juga persoalaan saya pada soalan yg lepas. cuba quote sikit kat mane yang dikatakan fitnah tu.... ...


dan apabila murid2 syafie, maliki, hanafi, hanbali dll berkumpul pada satu2 masa terutama musim haji, maka mereka akan bercakap mengenai guru2 mereka dan hukum fiqih yg dibelajar dari guru masing2. maka disinilah terdapat perbezaan hukum fiqih dan masing2 mempertahankan fiqih guru merekalah yg tepat dan betul. maka berlakulah pertengkaran macam dlm forum ni yg mengklaim guru merekalah yg paling betul.


scholar2 imam MAZHAB 4 ini tentu masing2 orang yg berilmu dan tinggi akhlaknya, mereka tidak akan melakukan perkara yang sedemikian, hanya cerita SEJARAH yg sengaja diada-adakan utk tujuan memburukkan dan mendatangkan fitnah kepada scholar2 Imam Mazhab 4 sahaja yang menyatakan sedemikian. JIka itu SANDARAN pak Yahya, hentikanlah, itu bagai cerita penglipurlara yg tidak berasa kepada FAKTA nyata, hanya cerita sekadar cerita.

Tetapi jika pakyahya maksudkan murid2 imam mazhab 4 itu sebagai yg bertaraf org awam, kalau dipanggil scholarpun, hanya scholar yg sudah ROSAK dgn sistem pengajian caturan YAHUDI,  dan berada di zaman ini, di zaman yg fitnahnya bagai semut hitam yg berjalan di malam hari, maka saya terima kebenaran itu sebab saya meilhat dengan mata kepala sendiri.

[ Last edited by  serihartatie at 24-9-2006 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 11:03 AM | Show all posts
Pak yahya,
sebab itu saya katakan bila org menyebut ASWJ, ASWj yang bagaimana mereka maksudkan dan fahamkan...sebab ASWJ di mata masyarakat sekarang inipun sudah ada macam2 versi yang mereka faham....

ASWJ yg sy maksudkan adalah pegangan RSAW dan salafussoleh, letaklah apa nama fahamannya jika itu yg menjadi kemusykilan pakyahya tetapi sy menyebut dan menggunakan istilah ASWJ sebagai merujuk kepada fahaman RSAW dan dikuti salafussoleh (ahlulbait dan sahabat2 RSAW).

Sy kira masalah kita adalah kita merujuk istilah ASWJ dengan makna dan kefahaman yg berbeza.

Bagi sy apa nama fahamnpun, jika ia selari dengan fahaman USUL AQIDAH yg dipegang oleh RSAW dan diikuti salafussoleh, maka ia adalah pegangan yg BETUL dan TEPAT. Faham ker maksud sy?

Tetapi dalam hal FURUK, kita semua perlu berlapang dada dan menghormati pegangan masing2 yg berbeza kerana itu adalah fitrah manusia, kerana itu dkatakan PERSELISIHAN DI ANTARA UMATKU MEMBAWA RAHMAT, kerana RSAW tahu islam akan berkembang dengan luas, dan meliputi pelbagai sosio budaya, tentu sahaja dalam hal yg dibernarkan BERIJTIHAD boleh dilakukan agar sesuai dgn masyarakat setempat itu.

Sy kenal seorag keturunan ahlulbait dari Madinah (salasilah beliau memang sohih dari RSAW), seorang penganut tarekat naqsyabandiah, walaupun beliau sudah bertaraf ulamak, tetapi beliau dengan rendah hati menyatakan berpegang dengan MAZHAB SHAFEI kerana beliau merasa belum cukup ilmu dan amat menghormati imam2 mujtahid yg pernah berguru dengan keturunannya yg mulia itu.

Itulah contoh ahlulbait yg tawadhuk dan menggambrkan akhlak RSAW yg mulia itu, memandang wajahnya bagai melihat seakan bayangan RSAW di depan mata. betapalah mereka yg para sahabat yg bertuah bertemu dgn RSAW, bgmana tidak mereka jatuh cinta dgn RSAW kerana akhlak RSAW yg sgt mulia itu.


(masuk sikit bab MAZHAB ahlulbait, beliau bermazhab fekah Shafei dan berfahaman ASWJ, keturunan beliau di Madinah sentiasa di buru dan ditentang oleh sunni Wahabi)

Di akhir zaman, apabila dibangkitkan Imamul Mahdi sebagai khalifah di mukabumi ini, maka semua MAZHAB tersebut akan dimansuhkan kerana dunia dikembalikan kepada pemerintahan khalifah. Sy kira semua yg mengikut fahaman RSAW dan salafussoleh, amat mengharap dapat bertemu dengan Imamul Mahdi dan berjuang bersama-samanya bagi menegakkan ISLAM kali kedua seperti yg disabdakan oleh RSAW. Di kalangan ahlulbait, mereka mewajbkan keyakinan ini dan meletakkan ia sebagai USUL AQIDAH, adalh dikhabarkan bahawa mereka yg akan berjuang bersama Imamul Mahdi ini hanyalah keturunan ahlulbait dan keturunan para sahabat, ini bersangkut dgn DOA2 keturunan mereka yg mulia yg sangat mengharapkan agar keturunan mereka juga BERPERANAN dalam kebangkitan Islam kali kedua. Doakanlah agar kita yg terpilih dari DOA mereka yg mulia itu.

[ Last edited by  serihartatie at 24-9-2006 11:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 24-9-2006 10:40 AM
scholar2 imam MAZHAB 4 ini tentu masing2 orang yg berilmu dan tinggi akhlaknya, mereka tidak akan melakukan perkara yang sedemikian, hanya cerita SEJARAH yg sengaja diada-adakan utk tujuan memburukkan dan mendatangkan fitnah kepada scholar2 Imam Mazhab 4 sahaja yang menyatakan sedemikian. JIka itu SANDARAN pak Yahya, hentikanlah, itu bagai cerita penglipurlara yg tidak berasa kepada FAKTA nyata, hanya cerita sekadar cerita.


baguslah tu...kalau semua cerita org lain yg tak sebulu dgn anda dianggap sebagai cerita penglipurlara, tidak ada gunanya berforum. hanya cerita dari anda sajalah yg dikatakan fakta walau apa yg anda klaim tak pernah diberi rujukan. ana pun boleh anggap cerita anda tidak lebih dari andaian dan dongeng.:pmuka:

ana sebenarnya terkejut jika anda tidak pernah mendengar cerita sejarah mazhab seperti yg ana tulis dan menggaggap itu semua cerita karut? Buya Hamka, Habib Alwee alhaddad, Sayyid Ali, Dr. Abdullah Ishak adalah mereka yg byk menerbitkan buku2 sejarah berkenaan sejarah ummah islam. itu tak termasuk penulis sejarah dari ahli sejarah non-muslim. ahli sejarah yg muallaf pun byk tulis sejarah islam. Persoalannya adakah anda baca buku2 sejarah mereka ini atau anda hanya mengharapkan bahan2 dlm internet?

Kalau nak baca saya fikir buku Dr. Abdullah Ishak bertajuk Islam di India, Nusantara dan China adalah yg baik untuk permulaan anda jika nak tahu sejarah penubuhan mazhab ni.

Sy kenal seorag keturunan ahlulbait dari Madinah (salasilah beliau memang sohih dari RSAW), seorang penganut tarekat naqsyabandiah, walaupun beliau sudah bertaraf ulamak, tetapi beliau dengan rendah hati menyatakan berpegang dengan MAZHAB SHAFEI kerana beliau merasa belum cukup ilmu dan amat menghormati imam2 mujtahid yg pernah berguru dengan keturunannya yg mulia itu.


sape tu..dari keluarga aljoofre ka? mcm mane pulak keturunan ahlulbait yg berfahaman syiah. tariqat alawiyyah dgn tariqat naqsyabandiah sama ke?

Di akhir zaman, apabila dibangkitkan Imamul Mahdi sebagai khalifah di mukabumi ini, maka semua MAZHAB tersebut akan dimansuhkan kerana dunia dikembalikan kepada pemerintahan khalifah. Sy kira semua yg mengikut fahaman RSAW dan salafussoleh, amat mengharap dapat bertemu dengan Imamul Mahdi dan berjuang bersama-samanya bagi menegakkan ISLAM kali kedua seperti yg disabdakan oleh RSAW. Di kalangan ahlulbait, mereka mewajbkan keyakinan ini dan meletakkan ia sebagai USUL AQIDAH, adalh dikhabarkan bahawa mereka yg akan berjuang bersama Imamul Mahdi ini hanyalah keturunan ahlulbait dan keturunan para sahabat, ini bersangkut dgn DOA2 keturunan mereka yg mulia yg sangat mengharapkan agar keturunan mereka juga BERPERANAN dalam kebangkitan Islam kali kedua. Doakanlah agar kita yg terpilih dari DOA mereka yg mulia itu.


kalau sempat jumpa imam mahdi tak apa sebab memang tugas beliau utk membetulkan aqidah ummat rasul saw, anda boleh tanya terus pada beliau mazhab mane hak  betul. persoalannya kalau tak sempat?

Btw, jumpa lagi 2 bulan...smlm tak jadi fly sebabk hari pertama berpuasa rasanya nak bersama keluarga. Selamat Hari Raya diucapkan pada semua forumer dan moderators.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2006 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by yahya at 24-9-2006 03:17 PM


baguslah tu...kalau semua cerita org lain yg tak sebulu dgn anda dianggap sebagai cerita penglipurlara, tidak ada gunanya berforum. hanya cerita dari anda sajalah yg dikatakan fakta walau apa y ...


sy hanya merujuk kata sy tersebut kepada tohmahan anda terhadap scholar imam mazhab 4 bukan cerita-cerita anda dlm thread lain...sy juga bukan mendakwa sy memberi fakta secara ilimiah menurut standard hujah ilmiah dewasa ini, kerana fakta perlu pengukuhan dalil yg lebih daripada itu dari sudut ilmiahnya, dan sy kira cara anda menulis juga bukanlah boleh diiktiraf seperti memberi fakta kerana anda juga menggunakan kaedah yg lebih kurang sama dgn sy sewaktu memberi hujah.

oooo..pasal keturunan ahlulbait di Madinah tu..sy kena perbetulkan sedikit...beliau bertarekat syazaliah bukan naqsyabandiah, maaf, ...

Namanya Sheikh Mahmood Abdul Rauf Al Husaini, pembantu kanan Syeikh Abd Nasser al Hasani iaitu Syeikh tarekat Asy Syazaliah di Madinah Munawwarah. Kedua-dua mereka ini mempunyai susrgalur yg sohih sebagai ahlulbait. keturunan RSAW yg mulia yg masih tinggal di Madinah semenjak zaman berzaman walaupun kehidupan mereka dihambat oleh sunni Wahabi setiap generasi demi generasi. Pada merekalah masih tersimpan ilmu2 Allah yg murni seperti yg dibawa oleh RSAW, dan dihati mereka terbuka segala ilmu2 hikmah yang kasyaf itu.

Yg menarik sy mendengar bahwa jika ada yg mahu melihat bgmana rupa Saidina ALi KWJ, lihatlah wajah Syeikh Abd Nasser al Hasani, kerana beliau mempunyai byk persamaan dengan wajah S.Ali KWJ.

Seri wajah keturunan ahlulbait yg terpelihara ini memang berlainan dengan wajah org awam. Itu pengamatan sy kerana bila kita melihat mereka, kita seakan melihat dengan hati dan terasa kerinduan kepada RSAW membara di dalam jiwa. Satu perasaan yg sukar utk digambarkan dgn kata2, begitu juga perasaannya apabila kita diketemukan dengan guru mursyid. Cuma herannya bgmana Wahabi, tidak dapat merasai semua ini sehingga menunjukkan penentangan yg dahsyat ke atas keturunan ahlulbait ini???

------------------------------

sape tu..dari keluarga aljoofre ka? mcm mane pulak keturunan ahlulbait yg berfahaman syiah. tariqat alawiyyah dgn tariqat naqsyabandiah sama ke?


Jika tidak silap sy, keturunan ahlulbait di Iran sewaktu berlaku revolusi Iran di mana Ayatullah Khomeini mula berkuasa, ada di antara mereka yg berhijrah ke tempat lain, termasuklah keturunan ahlulbait yg bertarekat naqsyabandiah ini. Mereka bukan Syiah tetapi ASWJ.

Sy kira tarekat naqsyabandiah berbeza dengan tarekat alawiyin.

itu saja yg dpt sy kongsi..sy sebenarnya tertarik juga dengan info sdra mengenai kajian sdra mengenai fahaman  keturunan ahlulbait ini. Elok sdra fokuskan kepad iktikad AQIDAH mereka daripada memfokuskan kepada MAZHAB fekah mereka, dan cara paling berkesan utk membezakan bgmana menentukan ketulenan ahlulbait mereka itu.
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 25-9-2006 06:31 AM | Show all posts
Berlambaklah keturunan ahli bait kat madinah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 25-9-2006 12:26 AM

Jika tidak silap sy, keturunan ahlulbait di Iran sewaktu berlaku revolusi Iran di mana Ayatullah Khomeini mula berkuasa, ada di antara mereka yg berhijrah ke tempat lain, termasuklah keturunan ahlulbait yg bertarekat naqsyabandiah ini. Mereka bukan Syiah tetapi ASWJ.


Hehehe...jika tidak silap saya, ini bukti dari ceramah Abuya semasa dihalau keluar dari Iran dulu ker??
Jika tidak silap saya, ramai juga yang lari mengikuti Abuya hidup mewah di country heights. Jika tidak silap saya lagi kan sampai dah jadi menantu abuya pun ada kan. Jika tidak silap saya.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 25-9-2006 12:14 PM


Hehehe...jika tidak silap saya, ini bukti dari ceramah Abuya semasa dihalau keluar dari Iran dulu ker??
Jika tidak silap saya, ramai juga yang lari mengikuti Abuya hidup mewah di country heigh ...



cuba laa bagi input berinfo sikit...

sy bagi statemant cam tu sebab sy terbaca INFOnya dalam Internet, sy ni cukup berhati2 dgn info dari internet, jika fakta tk cukup meyakinkan atau sy dah tk berapa igt lagi faktanya, sy rasa lebih selamat sy tulis JIKA TIDAK SILAP SY, itu lebih jujur dari tulis seperti org dah pasti wpun diri sendiri belum pasti sepenuhnya.

[ Last edited by  serihartatie at 26-9-2006 08:11 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.677869 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list