CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5135|Reply: 34

PEMIKIRAN UMAT ISLAM MASA KINI

[Copy link]
Post time 1-10-2006 02:48 PM | Show all posts |Read mode
PEMIKIRAN UMAT ISLAM MASA KINI



Perbualan umat Islam hari ini jika bertemu, perbualan mereka bersifat peribadi, skop perbualannya sangat sempit dan terbatas sekali sekitar makan, minum, pakaian, tempat tinggal, gaji, isteri.Sedangkan Tuhan, bangsa, agama, negara, perjuangan, Akhirat jarang diperbualkan setiap hari. Jika bertemu di sekitar itulah perbualannya: "Anda kerja apa? Berapa gaji anda? Tempat tinggal di mana? Sudah kahwinkah? Berapa orang anak?"

Kalau tidak bercerita tentang tadi bercerita tentang tempat kerja: "Bos aku  itu asyik menyinga aja! Apa sahaja aku buat serba tidak kena, pening kepala aku dibuatnya!

Kalau belum kahwin cerita fasal kahwin :"Susahlah hendak kahwin sekarang ini, belanja hantaran mahallah! Orang macam aku ini siapalah hendak, jawatan kecil gaji kecil, perempuan sekarang mata duitan! Orang macam engkau mudahlah kahwin, ramai perempuan yang hendak, engkau yang susah hendak pilih!Jawatan engkau besar, gaji engkau besar, mana perempuan yang tidak hendak!Cuma engkau sahaja yang belum mahu kahwin."

Sekitar yang disebutkan tadilah rata-rata perbualan umat Islam bila bertemu.Jika ada orang menceritakan Tuhan, agama, bangsa, perjuangan, ramai yang tercengang-cengang. Mereka rasa pelik, mereka tidak tahu hendak ikut  sama membualkannya, mereka rasa asing.

Pemikiran manusia sungguh sudah rosak dan puncanya adalah kerana nafsu mendesak-desak apa yang dia hendak dan kehendak nafsu juga tidak ada batas dan sempadannya. Kehendak nafsu menggunakan fikiran yang sudah rosak sedangkan fikiran pada otak orang yang cerdik di dalam diri manusia. Dengan kekuatan fikiran kehendak nafsu amat lajunya.Fikiran yang sudah rosak hanya memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama. Belajar tinggi macam mana sekali pun tetap memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks dan nama. Perjuangan manusia setakat itu sahaja, sejauh mana pun mereka mengembara matlamatnya itulah jua. Ke mana pun mereka belajar dengan tujuan apa yang telah dinyata, soal negara, bangsa bukan urusan mereka itu adalah urusan pemimpin negara atau orang politik sahaja.Soal Tuhan, soal agama lebih-lebih lagi tidak ada di dalam kamus hidup mereka.

Fikiran semacam ini telah menjangkit kepada umat Islam juga. Rata-rata umat Islam berfikiran makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, seks dan nama.Umat Islam memandang agama, bangsa, negara perkara kecil sahaja, agama kepunyaan ulama, bangsa dan negara ini urusan pemimpin negara. Ia bukan persoalan orang biasa atau urusan rakyat jelata. Oleh itu bagaimanakah agama hendak kuat, bangsa hendak dihormati,negara hendak berdaulat. Ia bukan merupakan tanggungjawab bersama, bukan kepunyaan bersama, hanya untuk orang tertentu sahaja.

Kalau begitulah, murah sangat kehidupan ini. Hidup kerana makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama, kemudian mati selepas itu mereka anggap habis cerita.Mereka lupa selepas mati ada Syurga dan Neraka.Kalau hidup sepertimana yang kita cerita jawapannya kebanyakan manusia terjun ke Neraka. Ke Syurga mungkin setiap satu juta seorang sahaja. Sungguh tertipu kebanyakan manusia menilai kehidupan ini di dunia.Kehidupan di dunia sungguh dipandang murah sahaja, seolah-olah Tuhan jadikan dunia dan manusia untuk seronok-seronok semata-mata, kemudian mati habis cerita, selepas mati tidak ada kehidupan lagi. Kehidupan itu hanya semata-mata di dunia sahaja. Kerana itulah kebanyakan manusia hidup di dunia macam orang berkelah sahaja berhibur, berseronok, bergembira, bersukar ria. Begitulah kalau fikiran manusia sudah rosak.

Begitulah nasib agama, bangsa dan negara di seluruh dunia Islam sungguh malang dan menyedihkan. Bilakah agaknya umat Islam bertanggungjawab, berjiwa besar dan bercita-cita besar serta berpandangan jauh.

Kepada yang ada cita-cita dan juga sedang berjuang untuk Tuhan dan agama Islam, mari kita lihat pula mengapa perjuangan kebenaran seperti yang dibawa oleh para rasul banyak rintangannya.Ujian demi ujian berbagai bentuk sering mendatang, ujiannya pula besar-besar dan mencabar,yang kecilnya hanya sampingan. Sudahlah berhadapan dengan ujian demi ujian mendapat kemenangan pula setelah perjuangan terlalu panjang. Padahal rasul adalah kekasih Tuhan, mengapa  pula disusah-susahkan.Kejadian ini ada banyak hikmahnya kebanyakan orang tidak boleh faham.

Di antara hikmahnya, bahawa kebenaran itu mahal nilainya,keselamatan dunia Akhirat yang berkekalan. Di Akhirat nikmat yang hendak diberikan nilainya tidak ada tandingannya kesusahan di dunia ini terlalu kecil kalau dibandingkan.

Hikmah yang berikutnya agar para-para pejuang sentiasa berpaut dengan Tuhan.Berpaut dengan Tuhan, itulah sifat hamba yang patut dikekalkan.

Hikmah yang lain supaya pejuang-pejuang yang datang tidak boleh kepura-puraan kalau tidak ada ujian banyak orang yang tidak ikhlas datang mengambil peluang. Ujian yang berat itulah menjadikan orang yang ikhlas kerana Allah sahaja yang berjuang.

Hikmah seterusnya agar anggota perjuangan hanya orang pilihan Tuhan. Setelah ada orang pilihan Tuhan itulah dia orang Tuhan sekalipun sedikit, barulah mereka diberi kemenangan. Setelah ditapis melalui ujian tinggal sedikit baru mendapat kejayaan. Setelah tinggal sedikit dapat kemenangan baru terasa kuasa dan kebesaran Tuhan. Dunia akan terkejut golongan yang sedikit diberi kemenangan, tentulah di belakangnya adalah Tuhan. Tuhan hendak memberi kemenangan menunggu pejuang-pejuang yang bertaqwa sekalipun sedikit orangnya. Ini adalah pengajaran buat umat Islam  yang berjuang sepanjang zaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2006 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by tasbih_online at 1-10-2006 02:48 PM
PEMIKIRAN UMAT ISLAM MASA KINI



Perbualan umat Islam hari ini jika bertemu, perbualan mereka bersifat peribadi, skop perbualannya sangat sempit dan terbatas sekali sekitar makan, minum, pakai ...

too long to read.
would you summarize it for me?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 1-10-2006 02:50 PM

too long to read.
would you summarize it for me?


Tu kena baca sendiri..:ah:

Kalau buat summarize takut tertinggal point2 penting pulak. Isunya formula mengatasi masalah manusia..

Mencintai Tuhan Dan Berkasih sayang sesama manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by tasbih_online at 1-10-2006 02:53 PM


Tu kena baca sendiri..:ah:

Kalau buat summarize takut tertinggal point2 penting pulak. Isunya formula mengatasi masalah manusia..

Mencintai Tuhan Dan Berkasih sayang sesama manusia.


Umat islam di malaysia asyik ingat projek ekonomi tanpa dikaitkan dengan Kecintaan Pada Tuhan. Sebab itu kalau berjaya suka menyombong dan kalau gagal terlalu frust.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 06:27 PM | Show all posts
nope... need to differ... komunikasi dan kandungan komunikasi bergantung kepada senario dan konteks. jika di kedai kopi dan selepas waktu bekerja setelah seharian bekerja, masyarakat kebiasaanya lebih gemar bercakap atau berbual mengenai perkara yang berlaku didalam persekitarannya yang bersifat ringan dan kosong (perbualan sosial). takan la kat kedai kopi nak bercakap mengeai perkara-perkara yang melibatkan hal-hal berat. tempat dan konteks harus di ambil kira.

pandangan masyarakat kita lebih gemar untuk bercakap mengenai isu-isu remeh-temeh itu merupakan hipothesis mentah yang tidak berdasarkan kepada kajian yang menyuruh. aku rasa itu lebih kepada pandangan general secara luaran saja.

manusia kebiasaanya cuma berkomunikasi mengenai perkara-perkara yang berkaitan mengikut keperluan semasa dan suasana. pemikiran dan lapang pengalaman dan pengetahuan manusia akan diselaraskan mengkiut persekitaran itu. jika bertemu kawan-kawan sekelas atau setempat kerja, perkara berkaitan persekitaran mereka yang akan mereka bualkan. ini merupakan satu kaedah berkomunikasi mengikut lapang pengetahuan dan pengalaman kumpulan perbualan. dan kandungan perbualan lazimnya berkisar pada kehidupan seharian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 06:32 PM | Show all posts
CINTA DUNIA


Lawan zuhud ialah cinta dunia. Yakni orang yang hatinya terpaut dengan dunia atau mencintai dunia. Sama ada dia boleh memiliki dunia atau tidak, sedikit atau banyak, maka ternafilah sifat zuhudnya. Antara dunia itu ialah harta, yakni yang berupa wang, emas, intan berlian, rumah, kenderaan, tanah, kebun dan lain-lain lagi. Atau pangkat seperti jawatan raja, perdana menteri, menteri, pengarah, pegawai tadbir, kerani, mufti, kadhi dan lain-lain lagi. Dunia ini sifatnya mempesonakan macam gadis cantik yang menggamit-gamit. Siapa yang terpandang semua akan jatuh hati. Jadi siapa saja yang memandang atau memiliki gadis cantik ini tidak lepas dari tertarik atau tergoda padanya. Begitulah juga dengan orang yang cinta dunia. Sudah pasti dunia itu akan mempesonakannya. Orang ini tidak akan dapat lepas lari dari ditipu daya olehnya.

Allah nyatakan hal ini di dalam firman-Nya:

Maksudnya: 揇an kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2006 06:34 PM | Show all posts
AKIBAT CINTA DUNIA

Cinta dunia ini boleh mengakibatkan beberapa hal.
Di antaranya ialah:

1. Dia sentiasa bertungkus-lumus memburu dunia sehingga tidak pernah memperhitungkan halal atau haram.

2. Hatinya sentiasa bimbang atau tidak tenang kalau-kalau dia tidak mendapat dunia yang diburunya itu.

3. Dia jadi manusia yang inferiority complex atau hina diri dengan manusia yang berada bilamana dunia itu tidak dapat dimilikinya.

4. Kalau dia memiliki dunia itu, bimbang pula kalau-kalau hilang atau berkurangan daripada tangannya. Bimbang dibinasakan oleh bencana alam atau dicuri oleh manusia dan sebagainya.

5. Kalau dia lihat ada orang lain dapat lebih darinya, dia akan susah hati. Dia akan berusaha mencari lagi untuk mengatasi orang itu dengan apa cara pun, selain merasa hasad dengki terhadap orang itu.

6. Dia jadi orang yang berangan-angan untuk sentiasa menokok tambah lagi dunia yang telah sedia ada dan fikiran serta usaha-usahanya sentiasa ke arah itu.

7. Dia akan jadi orang yang tamak dan rakus.

8. Kalau dia memiliki dunia, dia akan jadi manusia yang sombong dan boleh jadi kejam.

9. Walaupun niatnya untuk mencari kebahagiaan atau ketenangan tetapi badan, hati dan fikiran tidak kenal rehat, tidak ada ketenangan dan kebahagiaan lagi.

10. Ia tidak akan tunaikan kewajipan dengan dunia yang dimilikinya. Umpamanya, jika dia dapat pangkat atau jawatan dia akan jadikan itu semua untuk kepentingan diri peribadinya lebih daripada Allah SWT dan dari berbakti kepada masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 06:34 PM | Show all posts
11. Kalau dia orang yang berharta, ia tidak akan keluarkan zakat yang menjadi kewajipannya. Apatah lagi kewajipan yang aradhi dan untuk bersedekah.

12. Ia tidak akan tunaikan kewajipan yang aradhi (mendatang). Contoh, orang yang susah tidak dibantunya. Kalau negaranya menghadapi perang, bencana atau kesusahan, dia tidak akan memberi bantuan.

13. Akan timbul pecah belah dan hilang kasih sayang dan persaudaraan kerana sombong dengan dunia dan kepentingan diri sendiri.

14. Manusia akan membencinya. Apatah lagi Allah. Sebab itu sebuah Hadis Rasulullah SAW menyeru: Maksudnya: 揌endaklah kamu zuhud dengan apa yang ada di dunia nescaya kamu akan dicintai Allah. Hendaklah kamu berzuhud dari apa yang ada pada manusia nescaya kamu akan dicintai oleh manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by ashna at 1-10-2006 02:50 PM

too long to read.
would you summarize it for me?



Dia cuma nak beritahu orang awam sekarang ni tak betul dan ada orang tuhan yang boleh membimbing...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 09:38 AM | Show all posts
akhirat pun mahu jugak, donia pun mahu jugak! Amin...........
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by tasbih_online at 1-10-2006 02:48 PM
PEMIKIRAN UMAT ISLAM MASA KINI



Perbualan umat Islam hari ini jika bertemu, perbualan mereka bersifat peribadi, skop perbualannya sangat sempit dan terbatas sekali sekitar makan, minum, pakai ...


Salamun Alaikum,

Saya faham apa yang tuan bentangkan dalam topik ini mengikut tahap pemikiran saya yang ALLAH berikan,  InsyaALLAH. Walaupun ada yang hanya memandang ringan namun tentunya ada yang mengambil sirius bentangan tuan ini, lumrah...... Dan saya tertarik dengan perenggan akhir yang tuan nukilkan.  Sebab itulah saya sentiasa memegang pada perkataan ini, dari takut murka masyarakat, baikku takut murka ALLAH.  Kerana murka masyarakat belum tentu murka ALLAH, namun murka ALLAH nerakalah selama-lamanya kita dihumban, Na'uzubillah.....

Walaupun kuantiti yang sirius untuk memikirkan Sirrotolmustaqeem amat sedikit pada masa ini(awam yang lain lebih selesa untuk menerima pandangan lampau, i.e: tunggu disuap, walaupun ada yang tidak bepadanan dengan kitaran masa dan maslahah semasa dan ada yang terang-terang bercanggah dengan perintah ALLAH dan diserapterima begitu sahaja. Namun ALLAH telahpun berfirman bahawa diakhir-akhir ini bila manusia sudah kembali menerima AL-Quran sepenuhnya, akan berbondong-bondonglah mereka kembali kejalan IMAN yang ALLAH maksudkan dalam firman-firmannya(didalam Al-Quran).  Yakinlah kita bahawa akan tiba masa itu......
ALLAHUULALIMULHAKIM

[ Last edited by  ayyohpeen at 11-10-2006 12:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 10:21 AM | Show all posts
Assalamualaikum sdra.sdri seislam,

Demi menunaikan fardhu ain dan seruan sdr. Tasbih online, Media internet inilah satu ruang yang mesti mereka-mereka cintakan Islam masuk dan sertai. Lebih ramai popular webpage tu lebih baik. Tak kisah ianya web berlatarbelakang rock, black metal dll ruang. Berdakwah dengan hikmah dalam web tersebut dan bimbinglah mereka. Insyaallah amalan kamu akan diberkati. Apatah lagi internet adalah satu media yang paling ramai penggunanya adalah remaja-remaja yang seperti sdr. Tasbih online `Jika ada orang menceritakan Tuhan, agama, bangsa, perjuangan, ramai yang tercengang-cengang. Mereka rasa pelik, mereka tidak tahu hendak ikut  sama membualkannya, mereka rasa asing' .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by Notwongjowo at 2-10-2006 10:21 AM
Assalamualaikum sdra.sdri seislam,

Demi menunaikan fardhu ain dan seruan sdr. Tasbih online, Media internet inilah satu ruang yang mesti mereka-mereka cintakan Islam masuk dan sertai. Lebih rama ...


Tepatlah hadis Nabi yang menyebut, Islam itu agama dagang ( asing).  Lahir  permulaannya dagang dan diakhir zaman pun dagang.

Bertuahlah pada mereka yang diberi taufik wal hidayah dengan menyucikan diri dari kekotoran dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat manusia dari berpaling pada Allah.

Mereka berkorban kesenangan duniawi seperti harta, pangkat dan diri mereka sendiri untuk melihat Islam' bangkit' semula. Juga menyucikan hati dari hasad dengki, tamak haloba dan ego serta rasa bangga pada diri.


:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 03:56 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 2-10-2006 09:54 AM


Salamun Alaikum,

Saya faham apa yang tuan bentangkan dalam topik ini mengikut tahap pemikiran saya yang ALLAH berikan,  InsyaALLAH. Walaupun ada yang hanya memandang ringan namun tentunya ad ...

salaamun qaulam mir robbirrahiim....

salaamun 'ala muusaa wa haaruun...

salaamun 'ala ilyaasiin..

salaamun 'alai kum bima sobartum...

dan beberapa frasa  lagi  'salaam' di dalam al quran seperti di atas merupakan salaam yg di beri Allah ke atas mereka yg tertentu dalam ayat2 yg berkaitan...ia merupakan hak mutlaq Allah yg bersifat pemberi rohmat dah salaam...

so...dari cara salam yg kamu beri tu salah menurut pengajian nahu, usul dan tauhid ( <--kalau  kamu mengetahui)


jadi...perbetulkanlah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:45 AM | Show all posts
Dunia  pun  kita  hendak  ...   akhirat   pun   kita   hendak  ...
Sesungguhnya    dunia   ni   jalan  ke   akhirat   kelak  ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 11:04 AM | Show all posts
pada saya
dunia kita perlu untuk ke akhirat
bukan dunia kita hendak sbb, kalo ikut 'hendak' tulah yg terjadi
pd kebanyakan harini, tak cukup2
so ambik yg mana perlu, yg lebih infaq, InsaAllah negara kita akan
lebih tenteram
fenomena tak suka berdiskusi bab2 agamani memang lumrah sangat sekarangni
bab yg mendapat perhatian semestinyala bab keduniaan
terutamanya bab2 macam mana nak jadi kaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


uuh...pedas2 This user has been deleted
Post time 7-10-2006 07:11 AM | Show all posts
Oh umat islam
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 12:08 AM | Show all posts
aku kadang kadang susah nak faham orang nak berdakwah ni..

kenapa susah susah nak memikir dan memeningkan kepala sendiri kenapa semua orang sekeliling kita susah nak berkomunikasi ngan kita, hal hal yang kira rasa cukup penting?..

aku dulu ada sorang kawan bebel cam gini, ini tak betul itu tak betul..last last dia yang 'sewel' ..nak tahu kenapa? sebab dia sendiri pung keyakinan diri pung tak ada..asyik usrah usrah..cerita politik maksiat politik maksiat..last last dia yang 'mereng'

mana tak mereng...bila tengok minah salleh pakai biikini lalu tepi jalan nampak tetek ngan gay bersepah sepah cium cium ...tercabut sereban dia..dia jadi biol...

:ting:

p/s..yang penting, buat kerja baik,,harap harap bule masok syurga...buat apa nak memikir perkara yang kita pung blurr..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by fatz at 2-10-2006 03:56 PM

salaamun qaulam mir robbirrahiim....

salaamun 'ala muusaa wa haaruun...

salaamun 'ala ilyaasiin..

salaamun 'alai kum bima sobartum...

dan beberapa frasa  lagi  'salaam' di dalam al qu ...


Salaam........
Jadi siapakah orang yang tertentu itu Tuan fatz?

[ Last edited by  ayyohpeen at 12-10-2006 01:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 12:31 AM | Show all posts
Bagaimana pula Salam yang sebetulnya, jika ALLAH memerintahkan memberi Salaam sebegitu. Dan apabila ianya satu perintah, maka ianya WAJIB?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.077705 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list