CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4406|Reply: 69

Ulang tahun jacville.com_ satu penilaian

[Copy link]
Post time 13-10-2006 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Dipetik dari http://jacsville.proboards28.com ... p;thread=1143470002

sebagai seorang yang perihatin dengan nasib JAC yang seumpama telur dihujung tanduk dalam industri hiburan disertakan artikel ini untuk tatapan umum

Pada 26hb March yang lalu, saya dan rakan-rakan hadir untuk menyambut ulang tahun fan club Jaclyn Victor yang pertama iaitu jacsville.com bertempat di salah sebuah bistro di Mutiara Damansara. Majlis di jadual bermula pada pukul 5.00 petang waktu pendaftaran dengan bayaran masuk RM 15 seorang [sangat berpatutan dengan hidangan buffet]. Perancangan awal kami untuk hadir bermula 2 bulan lebih awal memandangkan ini adalah kali pertama kami melibatkan diri dengan komuniti jacsville.com. Namun keadaan cuaca tidak mengizinkan kami hadir tepat pada masanya [keadaan hujan amat lebat di shah alam dan cheras ] namun setelah hujan reda kira kira pada pukul 6.00 petang kami hadirkan diri juga walaupun pada perkiraan saya mungkin kami ?erlalu? lewat dan tidak akan dapat masuk, tapi kami nekad untuk menerima risiko itu > . Pukul 6.47pm kami tiba untuk pendaftaran, selepas membuat pembayaran kami masuk bersama satu kejutan yang amat memeranjatkan! kurang 200 peminat atau bersamaan 11% sahaja peminat Jaclyn yg mendaftar di laman web jacsville.com yang hadir.
Keadaan nampak lenggang, tapi di selamatkan oleh juruacara majlis yang membuatkan keadaan agak hangar bingar. Susunan acara majlis sebelum menunggu kehadiran Jaclyn menghiburkan peminatnya, adalah soal jawab mengenai pengetahuan tentang lawan web jacsville.com dan tentang Jaclyn victor. Mereka yang mendapat menjawab dengan tepat akan diberi hadiah berupa CD yg di taja oleh SONY BMG. Acara di teruskan dengan hidangan makan malam ala buffet. Hidangan mee goreng [keras macam getah.. tersenyum saya melihat Jaclyn victor makan sambil mengerut dahi ], nasi goreng cina [yang ini sedap juga] dan ayam goreng serta agar-agar sebagai pencuci mulut.
ketika kami menjamu selera, kami di hidangkan dengan klip-klip perjalanan seni karier Jaclyn victor dari Malaysian idol hingga ke acara penganugerahan trofi pengiktirafan peminat dan juri melalui pertandingan-pertandingan yang disertainya dari dalam dan luar Negara. Dan ketika inilah Jaclyn Victor muncul bersama keluarganya. Jaclyn kelihatan ?gak simple? tapi menarik. Beliau kelihatan terharu melihat peminatnya yang sudi hadir pada petang itu untuk menyaksikan beliau membuat persembahan dan memberikan sokongan pada beliau atau mungkin dalam hatinya ?k eleh? banyak ni jer yang datang?? ;D .Sebelum Jac membuat persembahan, kami di hiburkan dengan persembahan Rap hip hop dari kumpulan [tak ingat nama nya ;) ] dan juga persembahan tarian dari rakan-rakan sekolej juruacara [persembahannya agak menhiburkan]. Acara diteruskan dengan cabutan bertuah. Pemenang akan menerima CD Jac limited edition ?ream?, Jam tangan [beg bungkusnya saja yang berjenama jam, dalamnya pen beradio,, huhu penajanya EN Tan berjaya menipu pemenang ??? ] dan hadiah utamanya ialah barangan peribadi kepunyaan Jac sendiri [macam gelang.. tak perasan pula]. Tak lupa surat penganugerahan Jac kepada ahli Komuniti jacsville.com yang bertungkus lumus menjayakan program pada petang tersebut. Untuk peminat, Jac tak lupa memberikan cenderamata berupa gambar beliau yang dibingkai cantik. Di berikan sendiri kepada setiap peminatnya.
Kemuncak malam itu, tentulah persembahan Jac untuk menghiburkan peminatnya. Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu ?hen I fall in love? [versi slow..lemah.. macam tak ada suara :-[ ], ?ecause of you? [wow! tak dapat disangkal.. Jac memang penyanyi kelas dunia apabila menyampaikan lagu ini, lebih baik dari Kelly Clarkson], ?e belongs together? [huhu.. penonton bersorak apabila Jac berjaya menyanyi lagu ini dengan sangat baik malah ada yang ala-ala ?enyembah? ;D ], lagu keempat ? will survive? [lagu nie ok.. tapi kecoh apabila sekumpulan ?enari profesional? milik juruacara mengerumuni Jac.. sehingga kami di belakang tertanya-tanya.. mana pergi Jac? > ], lagu seterusnya lagu gemilang?lagu ni beliau berduet bersama peminatnya.. bagus sangat budak lelaki tu nyanyi ] persembahan berakhir?...
TIDAK! juruacara dan kami tertipu apabila jac dengan rela hati untuk terus menghiburkan kami dengan lagu popularnya ?i bawah pohon asmara? [peminat terperangkap dengan soalan Jac..?iapa lebih sedap.. my versioan..or siti version?? jawapan? he he he? pentas sekali lagi penuh dengan ?enari profesional? >;p] , jac turut menyampaikan lagu yang pernah dinyanyikan ketika di pertandingan Malaysian idol iaitu ?f I ain? got you?.
Selesai membuat persembahan.. jac di beri hadiah oleh komuniti dan peminat [yang saya nampak bunga dan baju kot warna biru.. cantiknya?. Jac kembali ke tempat ?has? untuk beliau dan keluarganya bagi meneruskan sesi bersama peminat menangkap gambar dan tandatangan. kami beredar dari majlis selepas beratur dan bertemu Jac untuk sesi tersebut. Mungkin anda yang hadir dapat membuat kesimpulan tentang hari ?ersejarah? tersebut?. sebelum saya membuat kesimpulan ?edas? saya ??? ;p

[ Last edited by  mamak_kg_kastam at 13-10-2006 03:58 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2006 03:52 PM | Show all posts
1. ?. Pukul 6.47pm kami tiba untuk pendaftaran, selepas membuat pembayaran kami masuk bersama satu kejutan yang amat memeranjatkan! kurang 200 peminat atau bersamaan 11% sahaja peminat Jaclyn yg mendaftar di laman web jacsville.com yang hadir.?

Saya berharap pihak komuniti melihat keadaan ini sesuatu yang ?erius?.. jatuh bangun seseorang artis adalah di tangan peminatnya! Situasi jelas amat jauh berbeza ketika ?how case? Jaclyn Victor di the Passion Bukit Bintang ketika pelancaran album ?emilang?. Kita tidak mahu melihat bakat Jac hanya di iktiraf di tangan juri professional tetapi di tangan peminat seni tanah air! Tak mustahil kalau usaha berterusan menambah bilangan ahli peminat Jac akan membawa tahun 2007 ?ac artis Paling Popular?!!

2. ?idangan mee goreng [keras macam getah.. tersenyum saya melihat Jaclyn victor makan sambil mengerut dahi ] ?

Yang ini macam mana nak komen ek? Harap lain kali perkara sebegini tidak terjadi, malu lah kat Jac dan keluarganya.

3. ?cara diteruskan dengan cabutan bertuah. Pemenang akan menerima CD Jac limited edition ?ream?, Jam tangan [beg bungkusnya saja yang berjenama jam, dalamnya pen beradio,, huhu penajanya EN Tan berjaya menipu pemenang] ?

Tak kisah apa jua hadiahnya itu adalah tanda pemberian dari seseorang kepada seseorang yang lain. Murah atau tidak bukan menjadi persoalan tetapi biar JUJUR. Mungkin kesilapan ini tidak di sengajakan oleh juru acara, tetapi cuba bayangkan jika ada peminat Jac yang membuka hadiah tersebut malam itu.. kan haru jadinya!

4. Juruacara pada petang itu hanya seorang. Beliau menjalankan tanggungjawab dengan baik. Memang cukup meriah, tetapi berbahasa inggeris sepanjang acara diadakan. Bagaimana ini boleh menarik kaum melayu untuk untuk menyertai acara ini pada masa akan datang [pub, lounge dan disko bukan masalah UTAMA]. Umum mngetahui, kuasa membeli industri hiburan majoritinya adalah di tangan bangsa melayu, amat GEMBIRA dan TERHARU, saya berbangsa melayu meminati penyanyi berbakat seperti JAC. Bukan berniat perkauman, TIDAK sama sekali..!! Saya rasa JAC adalah medium paling TEPAT untuk integrasi kaum. Objectif saya untuk melihat komunitui ini ?eMalaysiakan Peminat Jaclyn Victor? pada masa akan datang dan bukan terhad kepada sesetengah kaum seperti mana berlakunya kepada beberapa artis terkenal tanah air seperti MAWI atau SITI.

5. Majlis seperti ini berpotensi menarik lebih ramai peminat tanah air untuk mendekati dan mengenal artis seperti JAC jika publisiti diberikan dengan lebih meluas dengan kehadiran pihak akhbar [wartawan hiburan misalnya]. Mujur malam itu wartawan tidak hadir.. kalau tidak.. agak memalukan dengan jumlah kehadiran peminat yang sangat menyedihkan!

6. Menguruskan majlis atau acara seperti ini memerlukan komitmen semua pihak. Bukan sekadar asal JADI atau setakat ?oleh lah? sahaja. Saya melihat komuniti yang terlibat melepaskan tanggungjawab semata mata kepada juruacara untuk menguruskan majlis. Seharusnya ada komunikasi yang jelas di antara mereka yang menguruskan peminat, artis yang hadir dan juga ?emerhati? seperti insiden yang berlaku apa bila penari ?rofesional? milik juruacara malam ?engganggu? persembahan JAC itu, supaya aturcara berjalan dengan lebih lancar lagi.

7. UNTUK JAC

a] hanya 2 lagu yang di nyanyikan dari album ?emilang?. Apa dah jadi? malah versi lagi when I fall in love malam itu ala-ala Kevin American Idol kurang mendapat perhatian saya yang meminati versi Malaysia Idol nyanyian Jac.
b] Komunikasi Jac bersama peminat lebih kepada kawan pada perkiraan saya. Jelas Jac terlalu ?ersantai?. Dari pemakaian yang terlalu ?imple? hingga kepada pertuturan. Namun satu yang saya amat kagum, Jac berusaha bertutur dalam semua bahasa di MALAYSIA yang mana juruacara majlis tak mampu lakukan!
c] I Love You Jac
d] We Love You

he he he he?.

8. Saya bukan peminat fanatic JAC. Tapi saya mampu menangis melihatnya dari dekat. Saya harap komuniti tidak melahirkan peminat yang hanya menyokong apa sahaja yang di lakukankan JAC. Kita tidak mahu sokong yang membawa rebah! Fikirkan untuk kebaikan bersama.. Fikirkan untuk masa depan ?emilang? JAC. Saya mengkritik bukan bermaksud saya benci komuniti ini atau saya lebih bagus untuk komuniti ini, tetapi apa yang terbaik untuk kita dan Jac sendiri memperbaiki kelemahan diri kita masing masing. Masih banyak ruang kelemahan yang perlu di perbaiki. Usia setahun Jacsville.com bukan alas an untuk menutup kelemahan komuniti. Tapi berusaha untuk memperbaikinya. Sekian.


P/S: ?erima Kasih di atas jemputan ke Majlis Ulang Tahun Jacsville.com yang pertama. Tahniah kerana berjaya menganjurkan sebuah party yang dapat mengeratkan hubungan antara Jac dan peminatnya dan sesama ahli komuniti. Kami akan terus menyokong usaha murni kalian pada masa akan datang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:03 PM | Show all posts
   


inilah sahaja yang hadir pada hari itu,,,, nampak yang mearmaikan hanyalah sedara mara jac sahaja...........

itikganas dan jdf... adakah ko ada dalam gambar itu........

kalau ko ada mesti ko dah sakit perut makan mee getah itu !

[ Last edited by  mamak_kg_kastam at 13-10-2006 04:12 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:04 PM | Show all posts


inilah gambar mee getah yang dimaksudkan itu........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:07 PM | Show all posts


jac melepaskan geramnya kerana melihat kedatangan peminat yang tidak memberansangkan....

tapi jac kena ingat faktoe CARLBERG mungkin mempengaruhi kedatangan peminat jac yang beragama islam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:07 PM | Show all posts


atau faktor jac daniel ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2006 04:09 PM | Show all posts


kelihatan peminat jac seorang kanak-kanak lelaki berbaju oren hanya mampu memerhati jac dari jauh akibat kesesakan yang berlaku ketika jac menandatangani autograph !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:11 PM | Show all posts
jdf bg le pinat atas research bergambar aku ni............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2006 04:14 PM | Show all posts
jac yang kecewa cuba menconteng arang dimukanye dengan marker pen .............

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:21 PM | Show all posts
Tetapi, ada satu dua perkara yg harus di jelaskan.

1. Acara ini adalah acara untuk kelab peminat sahaja dan bukan sebuah acara berkomersial. Jadi belanjawan bagi acara ini di biayai sendiri oleh ahli jawatankuasa serta satu dua penaja & ahli yang murah hati. Sesiapa yg datang ke acara in (termasuk ahli jawatankuasa) telah pun dikenakan yuran masuk untuk membiayai kos "buffet" dan sistem penyiaran yang disediakan oleh bistro Blue Garlic. Yuran yang dikenakan untuk semua yang datang adalah pada kos dan semua kutipan di pintu dibuat oleh bistro tersebut. Pihak penganjur langsung tidak ada apa apa "margin" daripada kutipan tersebut. Di harap semua ahli dan para hadiran akan memahami limitasi dari segi kewangan bagi jawatankuasa untuk menjayakan acara ini.

2. Jawatankuasa telah pun menjemput semua ahli melalui emel serta mempaparkan dgn bersungguh sungguh acara ini di forum-forum yang berkenaan, tapi kami tidak boleh paksa semua ahli untuk datang. Itu terpulang kepada mereka (bah kata pepatah " you can bring the horse to the water but you can't make it drink). Ada juga ahli yg berdaftar untuk datang tetapi tidak menghadari acara itu pada hari tersebut.

3. Semua wartawan dari media yang berkenaan telah pun dijemput, tapi walaupun ada yg membuat perjanjian menghadiri acara ini dari awal, mereka tidak menonjolkan diri pada hari itu. Kos mereka pun dibiayai oleh pihak jawatankuasa. Apakah harus dibuat jika wartawan kami ini suka mungkir janji atau lebih berminat dgn agenda mereka tersendiri. - lor free pun tak datang ... cian nyer

4. Pengatucara telah membuat kesilapan bila memberi hadiah yg merupakan "jam". Hanya 2 buah jam & 4 radio pen yg di sediakan oleh penaja. Kesilapan itu bukan kesalahan pengatucara kerana barangan itu dibungkus dlm "wrapper" jenama jam, dan adalah hadiah yg disediakan oleh seorang ahli yg mempunyai kedai jam. Kesilapan itu amat dikesali dan tiada niat daripada mana mana pihak untuk menipu para hadiran. (honest mistake).......... sedihnya

5. Memang makanan yg disediakan ada yg kurang memuaskan. Perkara ini kami akan megemukakan kepada pihak pengurusan Blue Garlic, dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Semasa kami buat food tasting di bistro itu, semuanya ok tetapi pada malam itu lain ceritanya. Harap maaf.

6. Semua ahli jawatankuasa telah pun melangsungkan tugas mereka dgn baik dan mengikut apa yg di tugaskan kepada mereka, dan bukan seperti dikatakan GB yg semua tanggungjawab jatuh kpd pengatucara sahaja. Itu memang tidak benar dan GB kurang perhatin dgn apa tugas tugas yg disediakan utk semua ahli jawatankuasa. Komitmen dari semua ahli JK 110% disyorkan oleh saya sebagai Presiden kelab ini.

7. Penari-penari yg menari mengelilingi Jac semasa dia menyanyikan lagu "I will survive" bukannya penari profesional bahkan hanya amatur. Mereka mengelilingi dan menari beramai bersama Jac atas JEMPUTAN Jac sendiri dan bukan kecoh dan menggangu persembahannya seperti yg dikatakan oleh GB. Jac buat begitu sepaya semua hadiran akan lebih meriah kerana acara ini adalah sebuah "party" dan bukan "show", dimana semua ahli boleh lebih rapat dengan idola mereka.

8. Tidak boleh menyalahkan Jac berkomunikasi lebih dengan "kawan" kerana hampai semua ahli di acara itu telah menjadi lebih daripada peminatnya dan Jac menghargai semua mereka itu. GB pun akan menjadi "kawan" jika dia meluangkan lebih masa di forum dan aktiviti aktiviti Jacsville dan tidak akan merasa "left out" lagi pada acara acara yg akan datang................. hihihiihihii bukan kawan sedara mara jac la...................

9. Pengatucara memang fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia tetapi tidak bertutur dlm dwi bahasa kerana hampir semua ahli yg datang adalah KL urbanites pada hari itu. Ini bukan kesalahan yg besar. Adakalanya Pak Lah pun bertutur dlm Bahasa Inggeris terpulang pada situasi di depannya. Tetapi perhatian akan diberikan kepada penggunaan Bahasa Malaysia dlm acara acara yg akan datang.

Harap isi-isu yg telah pun ditimbulkan di jawab dengan sempurna.

Kami menghargai semua kritikan dan akan berusaha untuk menyempurnakan apa apa kekurangan kelab ini "as we go along". Seperti yg pernah saya katakan dari dahulu "nobody is getting a salary for doing this job", so diharap bagi mereka yg bertugas sedikit penghargaan juga dan lebih "leeway". The Jacsville AJK is a really super bunch of committed, responsible & hardworking ppl who given their all to Jacsville regardless of whatever shortcomings they may have. If everyone of them was working in my company, I will have the best run company in Malaysia. And that is no mean boast.

Cheers all.

Jacsville President
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:22 PM | Show all posts
yeah.................... jdf bgle pinat.....

ko asyik potong je... tambah la pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:23 PM | Show all posts
................. satu penilaian jujur daripada mamak_kg_kastam
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 08:12 PM | Show all posts
best best. .. . :clap: :clap: . . ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 09:48 PM | Show all posts

Reply #11 mamak_kg_kastam's post

jdf tengah penat tu......

nak pinat sgt, nah amik pinat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 11:06 PM | Show all posts


Mamak memang sewel...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 11:40 PM | Show all posts

Reply #14 Raindancer's post

. . .. .. mati laa aku pasni gelak jer.. .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2006 11:50 PM | Show all posts

Reply #14 Raindancer's post

gelap btol pinat tu...
pandai ko pilih pinat gelap tu yg seakan2 sama ngan warna kulit mamak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 11:55 PM | Show all posts

Reply #17 fairytale's post

. .. .  aku dah mati. . .
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 12:05 AM | Show all posts

Reply #18 adik_nazgul's post

mati?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 12:11 AM | Show all posts

Reply #17 fairytale's post

wakakka :setuju:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.308331 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list