CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11007|Reply: 69

Rasulullah saw telah mentafsir Keseluruhan Kandungan Al Quran

[Copy link]
Post time 31-10-2006 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saja aje nak timbulkan persoalan ini... Setakat ini I bukan ada hujah pun...

Adakah Nabi saw tlh mentafsirkan keseluruhan kandungan al Quran atau hanya sebahagian drp kandungan al Quran sebelum kewafatan baginda?

Sesiapa yg berminat boleh la beri buah fikiran masing2.  Nanti I cari la apa2 idea yg berkaitan.

Wallahua'lam

[ Last edited by  fleurzsa at 6-11-2006 09:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 31-10-2006 08:00 PM
Salam,

Saja aje nak timbulkan persoalan ini... Setakat ini I bukan ada hujah pun...

Adakah Nabi saw tlh mentafsirkan keseluruhan kandungan al Quran atau hanya sebahagian drp kandungan al Qura ...


Salam untuk semua............
Sebelum kita melungsur tanpa sempat brake, Al-Quraan lengkap anzalnya dalam berapa tahun?  Bakinya berapa tahun sebelum baginda wafat?  Mungkin pedoman ini dapat memberi gambaran lebih jelas dari segi susur galur mengenai topik ini berbanding masa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:26 AM | Show all posts
salam

BAB YG BERAT
DAN SANGAT BERAT
gamaknya jauh sangat kita dr ISI topik niiii
jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh betul

tapi kalau nak SELAMI
cuba cubalah PERHATIKAN, KAJIKAN, TELITIKAN, dan FIKIRKAN
susunan dan aturan kehidupan NABI dr AWAL sampai ke AKHIR
dan secara TERUS TERANG
dan dr bicara org kampung yg bodo ni
telah NABI TAFSIRKAN KESELURUHANNYA
tetapi HANYA UNTUK DIRINYA SENDIRI
(gamaknya lagu tu lah kotttttttttt)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

fazilogic This user has been deleted
Post time 1-11-2006 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 31-10-2006 08:00 PM
Salam,
Adakah Nabi saw tlh mentafsirkan keseluruhan kandungan al Quran atau hanya sebahagian drp kandungan al Quran?

Firman Allah:
3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat. Itulah ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat. Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan pertikaian, dan menginginkan interpretasinya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.

Pada kefahaman saya jawapannya ada di dalam Ayat di atas.  Kefahaman saya ini disokong dengan dapatan-dapatan Saintifik dan Arkeologi pasca Nabi Muhammad yang menjelaskan maksud Al Quran.  Teknologi Sains & Arkeologi yang tidak wujud dalam era Nabi Muhammad menjadikannya mustahil untuk mentafsirkan sesetengah Ayat Mutasyaabihat pada masa material itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 31-10-2006 08:00 PM
Salam,

Saja aje nak timbulkan persoalan ini... Setakat ini I bukan ada hujah pun...

Adakah Nabi saw tlh mentafsirkan keseluruhan kandungan al Quran atau hanya sebahagian drp kandungan al Qura ...


Satu persoalan yang baik dan memerlukan renungan secara fakta dan logika.
Jika al-quran itu diturunkan secara pengertian zahirnya saja maka apa perlu lagi hendak ditafsirkan tapi jika ada ayat-ayatnya yang membawa pengertian yang lain maka sewajarnya Rasulullah saaw mengajarkannya kepada orang-orang tertentu untuk menafsirkannya mengikut pengertian sebenarnya.
Persoalannya siapakah orang-orang ini yang mempunyai hak dan autoriti untuk menterjemahkan keseluruhan maksud al-quran itu sendiri??? Apakah wajar kitab suci al-quran itu ditafsirkan oleh manusia-manusia biasa yang tidak terlepas dari noda dan dosa nafsu dan tidak pula rapat hubungannya dengan Rasulullah saaw? Justeru untuk menterjemahkan keseluruhan maksud al-quran itu maka perlulah ada manusia yang suci dan disucikan oleh Allah swt agar segala maksud kata-kata Allah swt itu dapat disampaikan dengan pengertiannya yang sebenar. Mereka itulah ahlul-bait as yang ketinggian ilmu mereka pun tak sesiapa boleh tandingi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by fazilogic at 1-11-2006 12:04 PM
Firman Allah:
3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat. Itulah ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat. Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan pertikaian, dan menginginkan interpretasinya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.
Pada kefahaman saya jawapannya ada di dalam Ayat di atas.  Kefahaman saya ini disokong dengan dapatan-dapatan Saintifik dan Arkeologi pasca Nabi Muhammad yang menjelaskan maksud Al Quran.  Teknologi Sains & Arkeologi yang tidak wujud dalam era Nabi Muhammad menjadikannya mustahil untuk mentafsirkan sesetengah Ayat Mutasyaabihat pada masa material itu.



Apakah anda bermaksud mengatakan bahawa 'orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan' itu sebagai golongan teknokrat dan perlu membuat semula tafsiran al-quran itu??? Mungkin agaknya anda merasakan bahawa golongan teknokrat sekarang ini lebih tinggi ilmu mereka berbanding golongan di zaman nabi dulu sehingga perlu dibuat tafsiran semula sebagaimana yang disarankan oleh Mahathir dulu kan?

Bagaimana kalau anda kaitkan ayat ini dengan ahlul-bait as pula yang ketinggian ilmu mereka tiada siapa yang boleh tandingi?? Bukankah Rasulullah saaw pernah menyatakan bahawa...."Ana madinatul ilmi wa Aliyun babuha".????


[ Last edited by  Gravedigger at 3-11-2006 12:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Bee_Doc This user has been deleted
Post time 3-11-2006 02:59 PM | Show all posts
Salam untuk semua,

Pada pandangan saya Nabi saw telah menjelaskan semua kandungan Al-Quran termasuklah didalamnya bagaimana berinteraksi atau berhadapan dengan ayat-ayat mutasyabihat.

Didalam Al-Quran dinyatakan seperti berikut ;

Kami tidak mengutus kamu sebagai pengawas bagi mereka. Kewajibanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah). (42:48)

Sesungguhnya Kami mudahkan Al Qur'an itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran. (44:58)

ia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas. (26:193-195)

Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, (41:3)

padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan terperinci? (6:114)

Dari ayat-ayat ini saya faham bahawa Nabi telah menyempurnakan tugasnya sebelum baginda wafat iaitu menyampaikan Al-Quran sejelas-jelasnya untuk kaum yang percaya dan mengetahui.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. (5:3)

Dan petikan dari khutbah terakhir Nabi saw

[i]揥ahai manusia, tidak ada nabi atau rasul yang akan datang sesudahku dan tidak ada agama baru yang akan lahir. Karena itu, wahai manusia, berpikirlah dengan baik dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu. Aku tinggalkan dua hal: Al Quran dan Sunnah/ahlulbait,; dan jika kamu ikuti keduanya kamu tidak akan pernah tersesat.擺/i]

Dan Nabi saw dalam menyampaikan risalahnya telah mengajar kita mengenai ayat-ayat mutasyabihat sebagaimana ayat Al-Quran yang fazilogic bawakan (yang ni dalam english cut n pate tafsiran Parwez)

Allah has sent down this Book to you, O Rasool! which includes verses of two kinds. The first kind consists of those verses which have definite meaning and constitute the foundation of Allah抯 Laws. The second kind are figurative and explain abstract realities metaphorically. Those who tend to deviate from Allah抯 Path, take the figurative verses in their literal sense thereby causing discord by interpreting these verses in their own way. Allah only knows the essence of the realities which these verses represent. Those who make a right approach to knowledge believe in the realities but can also form an idea of what they are and can perceive their significance. These are the people who are gifted with insight (3:6-7)

Ayat ini ada kaitan dengan penjelasan surah 74:31

"All this destruction is brought about by Our designated forces.  As far as their number is concerned, this is mentioned just as a parable.  People who do not believe Quran take these parables as reality, attach literal meanings to the eschatological descriptions, raise objections and become confused.  But those who comprehend the Quran in depth can understand the real intent of these parables and their conviction would be further strengthened
The fact of the matter is that such parables do not create any doubt or anxiety in the minds of people who have a deeper knowledge of Quran, or those who are still in the initial stages of Iman.  However those who are perplexed or openly claim that the Quran is not the Divine Writ, without hesitation raise objections about what Allah the Almighty actually means by giving such parables"


"Accordingly a person who develops a distorted vision and with his deeds adopts the wrong course, then in conformance with the Law of Mukafat, he will never see the right path.  However the one who wants to go on the right course will receive guidance for it.  The fact is that only Allah has the knowledge of how the Divine Forces work in the universe and how these actively fulfill His destined programme.  These matters have been explained allegorically so that people can ponder them; and so that the Divine Laws do not go out of their sight."       

Allahualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by Bee_Doc at 3-11-2006 02:59 PM
Salam untuk semua,

Pada pandangan saya Nabi saw telah menjelaskan semua kandungan Al-Quran termasuklah didalamnya bagaimana berinteraksi atau berhadapan dengan ayat-ayat mutasyabihat.

Didalam ...


Persoalannya bukan hanya tertumpu pada ayat-ayat mutasyabihat saja tapi pada seluruh kandungan al-quran itu sendiri. Siapakah yang mempunyai hak dan autoriti untuk membuat penafsirannya? Jika anda mengatakan bahawa cukup al-quran itu sendiri memberikan tafsirannya maka siapakah yang anda rasakan layak untuk bercakap mengenainya??
Jika dalam mazhab ASWJ dan Syiah ada kitab tafsiran mereka sendiri maka boleh anda cadangkan kitab-kitab tafsir selain daripada yang ditulis oleh ulama-ulama mazhab tersebut?
Adakah Kassim Ahmad ataupun cukup sekadar membaca terjemahan al-quran (Bacaan) oleh GAH dan sesiapa saja boleh membuat tafsiran mereka sendiri???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2006 04:31 PM | Show all posts
Firman Allah swt

Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.
[Al Nahl: 44]

Kita tak dpt nafikan Nabi saw adalah pentafsir (mufassir) al-Quran yang pertama dalam perkembangan ilmu tafsir.

Kalo kita semak semula tafsiran yang dilakukan Nabi s.a.w. tidak meliputi keseluruhan isi kandungan al-Quran. Ia lebih terbatas kepada ayat yang tidak dapat difahami oleh sahabat Nabi s.a.w. pada masa tersebut ataupun terhadap ayat yang sememangnya memerlukan penjelasan khusus daripada Nabi s.a.w.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, yang digunakan para sahabat Nabi saw.  Oleh itu, kebanyakan ayat al-Quran dapat difahami oleh para sahabat melalui pengetahuan bahasa Arab yang mereka miliki.

Pada masa yang sama juga masih terdapat banyak ayat al-Quran yang tidak dapat difahami melalui bahasa Arab semata2.

Utk memahami kandungan al-Quran secara terperinci dan betul, pengetahuan berhubung cabang ilmu al-Quran diperlukan, antaranya ilmu Asbab al-Nuzul, ilmu Gharib al-Quran dsb.

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

jubahkuhitam This user has been deleted
Post time 3-11-2006 09:37 PM | Show all posts
salam...quran adalah satu qalam dari ALLAH yg maha tinggi yg diturunkan pada manusia melalui perantaraan rasul yg mulia.suci dan sempurna sebagai utusanNya.nabi muhammad saw yg sempurna akan sifat dari segala segi zahir maupun batin dan dari segi akal nahupun nafsu  ditugaskan utk menyampai,menterjemah dan menafsirkan pada ummatnya.'tiada ia berkata menurut hawa nafsu nya. dan beliau adalah suri teladan yg baik'.keseluruhan isi quran telah ditafsirkan dgn baik oleh rasul baik ayat mukammat atau mutasyabihat-'tiada yg ketahui tafsirnya kecuali Allah ,rasul dan uil amri antara kamu'.selepas ketiadaan rasul,tugas tersebut terletak kpd manusia yg paling alim antara ummat iaitu ahlul bait beliau.kita sbagai ummat tidak mempunyai autoriti utk menafsir mengkaji tanpa merujuk  kpd mereka kerana mereka adalah yg paling alim dan terpilih.posisi rasulullah dan ahlul bait nye ibarat  berada di tengah2.sesiapa yg tertinggal harus pergi mendapatkan nya manakala sesiapa yg terkedepan harus kembali pada mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:31 PM | Show all posts
Salam..........
Saya juga berpendapat tugas Rasulullah SAW telah sempurna.  Telah lengkap selengkap-lengkapnya dalam menyampaikan Al-Quraan kepada umat.  Sekadar melihat.......kenapa ALLAH  berfirman seperti ini:

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. (5:3)

Dan selepas ayat ini tatkala beberapa ketika, maka ALLAH mewafatkan baginda SAW.  Pada mata saya, saya melihat Nabi Muhammad telahpun smepurna menjalnkan tugas, kerana ALLAH MAHA HALUS PERHITUNGANNYA.  Dan pada penglihatan saya janganlah kita seret baginda(yang telah wafat) dalam persoalan sebegini kerana lebih banyak bahaya dan tiada manfaat langsung.  Marilah kita hentikan serta merta, lagi pula apalah sangat otak manusia zaman ini....................setakat tahu cipta komputer sahaja.
Janganlah kita zalimi diri kita dalam hal ini, saya berlepas diri dari bersama-sama anda dalam topik ini.
Ya ALLAH Ampunkan dosa kami sekiranya kami terlanjur........
Astaghfirullahiladzim...........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 3-11-2006 11:31 PM
Salam..........
Saya juga berpendapat tugas Rasulullah SAW telah sempurna.  Telah lengkap selengkap-lengkapnya dalam menyampaikan Al-Quraan kepada umat.  Sekadar melihat.......kenapa ALLAH  berfir ...


I respect ur view...

Actually persoalan di sini bukan mempertikaikan tugas Rasulullah saw. Apa yg I mahu ketengahkan adalah tugas mentafsir yg mungkin masih ada ruang utk umat Islam selepas kewafatan Rasulullah saw.

Actually persoalan ini pernah diwujudkan oleh ulama2 sebelum ini.  Ada yg pro n ada yg kontra. Ia menjadi perbahasan yg tiada kesudahan.

Forum ini hanyalah sebagai landasan utk kita sama2 mencetus minda.... kalo ada salah n silap sesiapa shj boleh tegur.

take care
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 11:25 AM | Show all posts
salam

nampaknya masih KURANG JELAS lagi kottttt
bayangkanlah KEADAAN NABI......
SOLAT HINGGA BENGKAK KAKINYA walaupun......
LEBIH MENGUTAMAKAN SAUDARA/SAHABAT DARI DIRINYA
GELISAH BILA kabut DATANG!!!!!!!!!!!!!!
MENYUSUN DIRI SEMPURNA DGN MASA YG DICIPTAKAN
dan YANG TERAKHIRNYA
UCAPAN: UMATKU, UMATKU, UMATKU........(meremang bulu MENDENGARNYA)

eh eh siapakah yg SANGGUP???????

dan saya pernah ditanya ttg PERINTAH TUHAN:
BERBUAT BAIKLAH KAMU SEBAGAIMANA TUHAN MEMBUAT BAIK KEPADA KAMU.......
gamaknyalah kalau saya ada RM 100,000.00
bagaimanakah yg diKATAkan BAIK SEBAGAIMANA TUHAN BUAT BAIK?????????
(tak mampu........tak mampu.......tak mampu..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-11-2006 08:42 AM


I respect ur view...

Actually persoalan di sini bukan mempertikaikan tugas Rasulullah saw. Apa yg I mahu ketengahkan adalah tugas mentafsir yg mungkin masih ada ruang utk umat Islam selepas  ...


Salam untuk Fluersza dan semua................
Itulah makanya saya menolak untuk mengaitkan Almarhum(bolehkah saya menggunakan?) Nabi kita Muhammad SAW.  Kita dah tahu ia membawa pertikaian.  Jadi hindarilah........

Pada saya tugas memahami Al-Quraanlah yang paling penting kerana rata-rata ramai yang tahu membaca Al-Quraan dalam huruf Arab Quraish, namun berapa keratkah yang mengambil berat untuk memahami intipatinya dan amatlah malang dalam era siber ini kita tidak berani menggunakan potensi aqal dalam bergerak kearah membaca Kalamullah secara HAQ hanya kerana dogma oleh mereka yang terdahulu.  Pada saya mereka yang terdahulu tidak pernah langsung terfikir bahwa teknologi sekarang ini boleh sebegitu canggih, sehinggakan setiap maklumat(dan hendaklah bersabar serta teliti mengenai sesuatu maklumat itu) dapat dicapai dengan hanya memetik papan kekunci dan pada saya larangan untuk memikirkan ayat-ayat ALLAH ini merupakan larangan yang invalid dan zalim kerana mereka yang melarang itu pada zaman mereka hanya melihat dari konteks ilmu yang terhad.  Diharap larangan mereka itu bukanlah ada niat buruk pada masa itu, tetapi kerana keterbatasan ilmu mereka untuk menta'wil mengenai perubahan teknologi pada zaman ini berbanding dengan zaman mereka, atau mungkin terlalu banyak peristiwa hitam yang berlaku semasa mereka melalui zaman-zaman mereka lalu mematikan keputusan yang memberi implikasi yang amat negatif.

Sekian untuk yang ini dahulu.............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 11:22 PM | Show all posts
Salam untuk Fluersza dan semua..........
Baru saya ulang memerhati
dan ini yang anda quotekan:
Actually persoalan di sini bukan mempertikaikan tugas Rasulullah saw. Apa yg I mahu ketengahkan adalah tugas mentafsir yg mungkin masih ada ruang utk umat Islam selepas kewafatan Rasulullah saw.


Jadi supaya kekeliruan dapat di jernihkan mohon anda sebagai pembuka topik dengan kadar segera demi ALLAH dan Rasul-RasulNya mengubah atau menukar tajuk kepada tajuk yang lebih sesuai.

Mohn kema'afan dari Fluersza, saya amat menghormati anda!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2006 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 4-11-2006 11:22 PM
Salam untuk Fluersza dan semua..........
Baru saya ulang memerhati
dan ini yang anda quotekan:
Jadi supaya kekeliruan dapat di jernihkan mohon anda sebagai pembuka topik dengan kadar segera  ...


Hmmm nak buat tajuk apa ek?

I rasa tajuk tu dah okay... tapi ye lah, boleh meminbulkan kekeliruan n fitnah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2006 11:01 AM | Show all posts
salam

banyak AKAL banyaklah cabangnya
manusia memerhati berpandukan APA YG DITETAPKAN TUHAN PADANYA
walaupun janggal dan lain dr MATA MANUSIA yg lain
jadi kenalah GUNAKAN KEBIJAKSANAAN
kepada sesiapa yg mahu MENJAWAB
dan menyelongkar APA YANG DITURUNKAN

tajuk ni sebenarnya tiada MASALAH punnnnnn
kalau ada TAJUK: SIAPA CIPTA TUHAN
pun bagi saya tiada masalah
yang jadi masalah ialah
MANUSIA SENDIRI YANG MENIMBULKAN MASALAH!!!!!!!

MANUSIA???????
ORANG YANG BERIMAN....................
Reply

Use magic Report

fazilogic This user has been deleted
Post time 6-11-2006 04:45 PM | Show all posts
GraveDigger Wrote: Apakah anda bermaksud mengatakan bahawa 'orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan' itu sebagai golongan teknokrat dan perlu membuat semula tafsiran al-quran itu??? Mungkin agaknya anda merasakan bahawa golongan teknokrat sekarang ini lebih tinggi ilmu mereka berbanding golongan di zaman nabi dulu sehingga perlu dibuat tafsiran semula sebagaimana yang disarankan oleh Mahathir dulu kan?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya itulah yang saya maksudkan dalam konteks Ayat-ayat Mutasyabihat, tapi tidak dalam Ayat-ayat Muhkamat.  Dalam sebahagian Ayat-ayat Muhkamat, pentafsirannya mungkin berbeza dan perlu ditafsirkan semula mengikut konteks semasa untuk memahaminya.

Berbalik kepada Ayat-ayat Mutasyabihat, terdapat Ayat-ayat yang mustahil dapat dijelaskan oleh Nabi Muhammad kepada masyarakat umum ketika itu.  Contohnya, pendetailan mengenai embriologi.  Tiada mikroskop di zaman Nabi Muhammad untuk dia memberikan tafsiran yang jelas.

Manakala dalam konteks pentafsiran, kita harus bebaskan diri kita daripada terikat kepada pentafsiran yang berasaskan hadis-hadis Bukhari et al.  Salah satu hadis Bukhari et al menyatakan bahawa matahari terbit di sebelah barat, sedangkan di dalam Al Quran ianya menyebut di sebelah timur.  Ini hanya dapat dibuktikan oleh dapatan sains yang pengetahuannya tidak terdapat di zaman Nabi Muhammad.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by fazilogic at 6-11-2006 04:45 PM
GraveDigger Wrote: Apakah anda bermaksud mengatakan bahawa 'orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan' itu sebagai golongan teknokrat dan perlu membuat semula tafsiran al-quran itu??? Mungkin aga ...


SALAM untuk semua....................


agaknya anda merasakan bahawa golongan teknokrat sekarang ini lebih tinggi ilmu mereka berbanding golongan di zaman nabi dulu sehingga perlu dibuat tafsiran semula


Ya itulah yang saya maksudkan dalam konteks Ayat-ayat Mutasyabihat, tapi tidak dalam Ayat-ayat Muhkamat.  Dalam sebahagian Ayat-ayat Muhkamat, pentafsirannya mungkin berbeza dan perlu ditafsirkan semula mengikut konteks semasa untuk memahaminya.


Saya bersetuju dengan Fazilogic, kerana evolusi pemikiran(bukan evolusi otak) meruntun kita untuk melihat semula terjemahan dulu, kerana secara oto tafsir akan mengekori........

Ambil contoh mudah iaitu unta sebagai tunggangan untuk terjemahan dahulu yang di terjemahkan semula sebagai kenderaan


Manakala dalam konteks pentafsiran, kita harus bebaskan diri kita daripada terikat kepada pentafsiran yang berasaskan hadis-hadis Bukhari et al.  Salah satu hadis Bukhari et al menyatakan bahawa matahari terbit di sebelah barat, sedangkan di dalam Al Quran ianya menyebut di sebelah timur.  Ini hanya dapat dibuktikan oleh dapatan sains yang pengetahuannya tidak terdapat di zaman Nabi Muhammad.


Anda! Fazilogic, anda akan berhadapan dengan bala tentera yang akan mempertahankan Bukhari!  Walau apapun saya sehingga setakat ini bersetuju dengan anda bahwa kita tidak perlu terikat kepada penafsiran yang lama.  Aqal yang dianugerahkan kepada umat akhir zaman adalah satu anugerah yang teramat-amat bernilai, Namun yang melihat dan menilai potensi aqal sambil merujuk kepada Al-Quraan siapa?  Tetapi sayang yang mengambil manfaat diatas dinamisme Al-Quraan adalah yang tertutup hati mereka dari cahaya Iman! Lalu mereka menjadi peneraju kepada ilmu yang sepatutnya kitalah yang menerajuinya.Lalu jadilah ketidakseimbangan terhadap kemajuan pesat peradapan, kerana nilai penting, iaitu Iman tidak bercahaya dihati mereka, teknologi sains memperlihatkan keburukan sedang mengatasi kebaikan, sistem ekonomi juga menjadi begitu. LAGI sekali saya katakan disini kerana kita yng mahu begini.  Bila sebut terjemahan perlu kontemporari, tafsiran perlu kontemporari, ramailah yang marah, tetapi apa sebenarnya yang mereka marahkan?

Dan saya lihat kecenderungan kearah itu sebenarnya baru hendak bermula dan sedang berkembang...............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by fazilogic at 6-11-2006 04:45 PM
Ya itulah yang saya maksudkan dalam konteks Ayat-ayat Mutasyabihat, tapi tidak dalam Ayat-ayat Muhkamat.  Dalam sebahagian Ayat-ayat Muhkamat, pentafsirannya mungkin berbeza dan perlu ditafsirkan semula mengikut konteks semasa untuk memahaminya.


Saya setuju dengan anda dan justeru perlulah ada seorang Imam yang masih hidup untuk mentafsirkan semula mengikut konteks semasa. Imam tersebut juga perlulah seorang yang boleh dipercayai dan terbukti telah diuji dengan keimanan dan keilmuannya yang tinggi. Dalam hal ini maka imam tersebut bolehlah menjadi tempat rujukan dan sandaran bagi manusia-manusia yang tidak berkemampuan untuk sampai ke taraf Imam tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.086353 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list