CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2999|Reply: 10

Memupuk Minat Sukarela

[Copy link]
Post time 3-1-2007 11:12 PM | Show all posts |Read mode
sherrina baru abis baca buku Chicken Soup For the soul for kids. terpana membaca bahawa di amerika syarikat budaya kerja sukarela ni satu budaya biasa, kanak2 mmg diajar utk turut serta. antaranya buat cookies dan jual kemudian wang jualan didermakan ke badan kebajikan, jual lemonade dan mcm2 lagi. budaya ni takde pula sherrina nampak di Malaysia (kecuali jogathon pi umah ke umah kutip duit tapi la ni tak nampak dah, dah pupus kut).

Budaka sukarela ni budaya bagus tapi nape tak nampak/kuat di kalangan masyarakat Malaysia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 01:22 AM | Show all posts
Budak-budak kat Malaysia awal-awal lagi dah perkenalkan dgn sistem 'bribe'. Nak suruh puasa penuh, kena janji duit raya. Nak buat kerja rumah / suruh pegi kedai kena upah so that anak boleh stop kejap dari tengok tv / main video game.

Lagi satu mak bapak pun selalunya tak bother nak spend masa terangkan betul-betul kat anak tentang apa yang positif bila kita buat sesuatu secara sukarela. Macamana bila berbuat sesuatu secara sukarela kita actually help to make the world a better place (secara tak langsung)...and bagaimana aktiviti macam tu boleh buat kita feel good about ourselves. Tak bother tu satu hal lah kan. Attitude mak bapak (and our community in general) pun sama gak.  Everything is about money. Majoriti masyarakat Malaysia sekarang kalau tak da ganjaran jgn haraplah org nak tolong. Busuk-busuk pun at least ppl expect makan free bila ada aktiviti sukarela... betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 03:31 PM | Show all posts
Yup...for whatever reason, masyarakat kita sekarang ni hidup dalam dunia yang penuh materialistik.  Semua benda yang kita buat kita nampak ganjaran dari segi ekonomi saja...Social obligations dan responsibilities letak kat number berapa pun entahlah.  Budaya-budaya gini semua sepatutnya collaboration antara masyarakat, ibu bapa dan sekolah.  Dalam konteks masyarakat kita boleh mulakan kat kawasan perumahan contohnya..resident association selalu buat kerja-kerja sukarela, sekolah pulak melalui aktiviti-aktiviti ko-k, ibu bapa tak yah cakaplah..memang sepatutnya jadi idola no 1 anak-anak.  Kena selalu expose anak-anak tentang wujudnya golongan-golongan yang kurang bernasib baik berbanding kita.  Kekadang budak-budak ni tak sedar wujudnya golongan-golongan yang perlu bantuan.  

Kak fie and hubby pernah bawak anak-anak ke kawasan kampung jumpa dengan satu keluarga susah yang perlu bantuan.  Biar anak-anak tengok sendiri realitri kehidupan masyarakat kita yang tak semuanya hidup senang lenang diorang terkejut jugak.  Sejak tu tiap-tiap tahun duit raya mesti ada bahagian yang diorang nak dermakan....walaupun tak banyak mana.  I think its good untuk kewujudkan awareness tu.  Kalau perlu volunteers kat skeolah untuk apa-apa program cepat je nak involve.  Jadi benda tu tak susah pun nak instill dalam diri anak-anak.  

Tentang kutip derma rumah ke rumah tu kak fie pun perasan dah pupus.  Tapi melihatkan keadaan dunia sekarang yang menggila ni tambah dengan pekerja-pekerja asing , I dont think many parents yang nak anak pergi dari rumah ke rumah for safety reasons.  Jadi kita kutip derma cara lain...buat jualan ke, garage sale, dinner dsbnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 11:47 PM | Show all posts
sedih juga sebab budaya yg diangkat tinggi oleh Islam ini tidak dipraktikkan oleh penganutnya. Sherrina tgk bangsa lain gemar juga involve dengan charity. Yg sherrina nampak sekelompok org aje yg organize charity, handle charity house. Nak dapatkan participation, volunteers, donaters mmg payah.

Di skolah ada budaya Hari Kantin dimana parent donates food, things. pastu children buka booth, menjual dan hasil kutipan masuk ke tabung skolah. Tapi diterapkan pula budaya kumpulan kutipan paling tinggi mendapat certain hadiah. Mereka aim hadiah, spirit membantu tanpa balasan tu tidak wujud. Maknanya, setiap bantuan mesti ada balasan jika tidak ia takkan dihulurkan.

sherrina rasa parent elok sesekali bawa anak2 join charity programs di umah anak yatim misalnya and let them feel keseronokkan buat volunteering. Balasan material takde tapi pahala ada.....cuma ia tak nampak. sebab tu ramai tak teruja  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 12:31 AM | Show all posts
teringat ada member ms matrik dulu...dia ckp nak amik medic..i tanya dia mcm ner leh minat ek..dia kata dah slalu cuti skolah dia volunteer kat spital tolong2 apa yg ptt..skang dah berjaya jdk doctor agaknyer..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 08:21 AM | Show all posts
Pernah dengar tak International Baccalaureate Programme?  IB ni sistem pendidikan yang asalnya dari switzerland tapi banyak sekolah worldwide yang adopt system ni.  Kat Malaysia pun ada.  Under system ni, tiap-tiap student kena kutip credit untuk ko-k aktiviti yang dipanggil CAS which stands for Creativity, Action, Service.  Depa kena buat aktiviti-aktivity yang ada ketiga-tiga category ni untuk lulus program tu disamping kena dapat good academic results.. Kalau tak cukup credit maka tak pass lah.

Walaupun pelajar buat untuk dapatkan credits (bukan ganjaran material)  tapi sedikit sebanyak bila selalu dah buat benda tu dah sebati dengan diri.  Dah wujud awareness untuk saling menbantu sesama manusia. Itu yang penting. Tak kiralah datang dari family kaya ke, anak tan sri ke, anak orang marhain ke semua kena buat voluntary work.      kerja sukarela masuk dalam category service...so depa kena come up with pelbagai aktivities throughout the studies yang depa organise sendiri untuk bagi service/voluntary work pada pelbagai pertubuhan dan golongan.

Its a very good programme.  Bukan suruh budak study saja untuk lulus tapi kena jadi a well rounded person.

Ini webpage IB   www.ibo.org

[ Last edited by  KakFie at 5-1-2007 08:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2007 09:40 PM | Show all posts
kak fie,
tak silap saya kolej ada buat. kolej mara banting kot sbb adik ex-boss saya kene buat keje sukarela sebanyak beratus jam ntah dalam sepanjang pengajian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 5-1-2007 09:40 PM
kak fie,
tak silap saya kolej ada buat. kolej mara banting kot sbb adik ex-boss saya kene buat keje sukarela sebanyak beratus jam ntah dalam sepanjang pengajian.


yup sherrina ...kat kolej MARA Banting (dah 16 tahun dijalankan)  dan Kolej MARA Seremban (baru start first batch), tapi cuma untuk diploma (pre uni) program.  Untuk primary dan secondary level belum ada lagi kat malaysia kalau tak silap.  Ada jugak  kat ISKL.

Kak fie ada baca a couple of months ago, british govt nak review  British education system dan  nak ganti dengan  program yang  lebih  kurang IB program ni yang lebih holistic.  Tak tahulah apa perkembangan terbaru sekarang ni kat sana.

[ Last edited by  KakFie at 6-1-2007 11:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2007 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 6-1-2007 01:53 PM


yup sherrina ...kat kolej MARA Banting (dah 16 tahun dijalankan)  dan Kolej MARA Seremban (baru start first batch), tapi cuma untuk diploma (pre uni) program.  Untuk primary dan secondary lev ...

ic...sistem educatin kita takmo buat review gak ker?rsnyer kitenyer byk bsed n brits punyer kan?that's why manyak test..test..exam...yg herannya sana ada gak diubah mana yg perlu..yg kita cuma ubah silibus shj..
ptt ler...pbsm/red cross asal dr swiss ek?florence nightingale pun swiss gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 6-1-2007 01:57 PM

ic...sistem educatin kita takmo buat review gak ker?rsnyer kitenyer byk bsed n brits punyer kan?that's why manyak test..test..exam...yg herannya sana ada gak diubah mana yg perlu..yg kita cuma  ...


kan bebaru ni menteri kata nak review tapi belum announce lagi...eh ke dah annnounced ek?
kan? exam..exam...exam...sampai tepu otak...kesian budak-budak dan mak bapak budak jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 09:43 PM | Show all posts
up ..up..up and away

cemana nak mulakan aktiviti camni ..but i like to read and eat chicken soup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.137640 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list