CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29537|Reply: 206

suami ku ada kekasih gelap seorang lelaki !

[Copy link]
Post time 10-12-2007 06:42 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum.

lama benar saya tidak menjengok forum cari sejak kahwin penghujung tahun lepas.
banyak benar perubahan di sini.

saya teringin sekali meminta pandangan dan sesiapa sahaja yang sudi menyumbang
pendapat untuk panduan dan kekuatan diri saya.

setelah hampir setahun mengecapi kebahagiaan, saya baru mendapat tahu bahawa
suami saya mempunyai kekasih lain yang selama ini dia mengatakan bahawa orang tu
adalah kawan baiknya. dan jangan terkejut bahawa kekasih suami ku bukan seorang wanita tetapi lelaki.


suatu hari ,
saya terserempak kemesraan mereka berdua di suatu tempat. hati siapa tidak tersentak melihat
suami mengucupi orang lain malah dengan seorang lelaki. saya tidak pernah menjangka sama sekali
suami saya menyimpan orang lain sebab suami saya seorang suami yang baik, jaga sembahyang, lahir
daripada keturunan yang sangat baik malah hubungan kami selama hampir setahun amat bahagia.

sebenarnya saya kenal kawan baik suamiku itu. dia memang seorang lelaki tetapi dia
memiliki raut wajah yang comel dan cantik seperti wanita. dia bukan seorang mak nyah,
jauh sekali. malah sepengetahuan saya, lelaki itu adalah bekas roomate dia sewaktu
masih bujang dulu, serta pernah pergi ke rumah sewa saya dulu untuk berhari raya.

sekarang hati saya sangat tertekan dan saya dah berbincang & berterus terang dengan suami ku
apa yang telah terjadi & sejauh mana hubungan mereka.
kenapa benda ni berlaku ke atas saya ?
saya tidak mempunyai ruang untuk meluahkan kepada keluarga kerana saya malu & saya tak nak
mereka mengetahui perilaku suami saya.
suami saya kata lelaki tu sangat baik & dia mengaku bahawa lelaki tu yang pertama hadir dalam
hidupnya, sekarang dah masuk 7 tahun hubungan mereka tanpa pengetahuan sesiapa pun !
remuk hati saya mendengar tapi sekurang kurangnya dia berterus terang dan memang
itulah sikap dia, tidak suka menipu.

saya keliru kerana perwatakan dia tidak seperti yang disangka. saya sangat menyayangi dia dan dia
jugak menyayangi saya sepenuhnya. tapi kenapa benda ni berlaku ke atas saya ? saya tidak boleh
terima hakikat.



[ Last edited by  cTcTuCnaCni at 12-12-2007 02:38 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2007 06:49 PM | Show all posts
ish...kalu kekasih laki ko tu ppuan, nak aje aku suruh kau refer kat thread2 yg ada. ramai akak2 & makcik2 yg bagi komen/pendapat berapi2.

tapi beb laki lu suka lelaki la pulok...isk

aku rasa first thing first...renew and strengthen your relationship with God, hanya dgn pertolonganNYA kau boleh kuat & ko kena igt yg Tuhan tak bagi test yg kau tak mampu tahan. then kau kena la diskas dgn laki kau and both of you have to come to an agreement ke apa ke on your relationship...

selamat berjaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 06:58 PM | Show all posts

Reply #1 cTcTuCnaCni's post

saya amat simpati atas ape yg menimpa awk... kalau sy sendiri, sy tak tau laa dpt mengharunginye atau tak... mungkin dia khawin pun sebab nak tutup kegiatan dia.

pernah terjadi kepada saudara sy, di mana suaminye gay, n tak pernah sentuh pun dia sepanjang beberape tahun berkahwin. n akak tu makan hati sampai jadi kurus sbb takde org tau. tapi family asyik dok tanye bile nak dpt cucu, n last2 terbuka juga cerita tu...

pakcik sy belasah cukup2 husband dia, n suruh dia ceraikan anak dia... sbb dia tau anak dia sepatutnya menjalani kehidupan yg lebih baik dan sempurna...

jadi sy rase awk patut fikirkan yg terbaik utk awk, bukan utk family or utk jiran or utk org2 yg dtg kenduri khawin or sedara-mara... sbb yg tanggung tu semua awk, n bukan org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 07:00 PM | Show all posts

Reply #1 cTcTuCnaCni's post

erm.. mcm2 ek.. cinta nih mmg le buta.. haish.. tp kan bg aku kalo bende2 camnih ko jgn sekali sekali bgtau family or sape2 yg dekat ngn dia sb mmg akan jatuhkan maruah die.. katakan die nk berubah, tp pendangan sinis org nih seumur hidup..

bak kata mala0n.. discuss le lagik.. die tkle terus buat ko camnih.. nk jeles salah, tk jeles pon salah.. kalo aku jd ko pon aku tk sure nak behave cemana..

sb ko dh ternampak, ko mmg dh wajib la bg nasihat.. tp nasihat cara paling berhemah la.. and kalo aku la kan.. soalan yg aku bkal tanya adalah.. sanggup ak tggal "kwn" dia tuh demi ko..

base on jwpan die nnti la ko buat keputusan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 07:01 PM | Show all posts
...korang kena diskus hati ke hati....
so aku harap ko pertimbangkan buruk baik sebelum ko ambik apa2 keputusan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 07:02 PM | Show all posts

Reply #2 mala0n's post

terima kasih malaon.

tiap kali solat & berdoa, saya tidak mampu menahan perasaan. saya teringin benar untuk meluahkan dan saya teringat forum ini satu satunya yang boleh saya salurkan.
bukan niat untuk mengaibkan suami, tapi saya ingin sangat jikalau ada yang senasib dengan saya memberi pandangan dan kekuatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2007 07:07 PM | Show all posts

Reply #3 sari_apot's post

suami saya menentang keras bahawa dia gay. saya cukup risau sejauh mana hubungan mereka ? adakah pernah melakukan hubungan ? itu belum lagi saya tanya kerana cukup lah sekarang saya masih tak boleh terima hakikat atas apa yang terjadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 07:11 PM | Show all posts

Reply #4 ekong65's post

tepat sekali ekong.

pandangan sinis orang seumur hidup akan kedengaran. sebab itu lah saya tidak meluahkan kepada mana mana famili/orang terdekat.

ya Allah, berat sungguh dugaan ini. saya tak akan dpt lupakan suami aku. ya Allah.
aku sangat menyayanginya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2007 07:21 PM | Show all posts

Reply #7 cTcTuCnaCni's post

ko kata dia gay.. mmg lah di menentang keras.. kerana dia bukan gay.. dia biseksual.. dua dua pun boleh jalan..

dia dah tak layak menjadi suami ko.. kerana dia bukan lelaki yg menjaga maruah diri di hadapan Tuhannya.

p.s aku kalau bab lelaki ada affair dgn perempuan ni.. boleh lah ampun lagi.. tapi bab dgn jantan gak..  panas cair taik tinge membacanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 08:17 PM | Show all posts

Reply #9 otomantaro's post

awak baca boleh cair telinga, saya yang menghadapinya lemah badan dibuatnya. suami saya ngaku dia bukan biseksual sebab dia langsung tak pernah suka dekat lelaki. cuma yang seorang ni sahaja yang special katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 08:37 PM | Show all posts

Reply #10 cTcTuCnaCni's post

saya bersimpati kat u...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 08:48 PM | Show all posts
serius me simpati.... kesiannya...................
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 09:04 PM | Show all posts
tersentak aku membaca masaalah ko..

banyak2 bertenang dan minta petunjuk dari Nya

aku berpendapat somi ko ni memang betul syg/cintakan kwn baik nya ni

kalau tak masakan setelah bertahun2 maseh berhubung

aku rasa ko mesti tanyakan dia dimanakah tempat kau dlm hidupnya

dan kau harus tabah utk menghadapai segala kemungkinan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 09:15 PM | Show all posts
turut bersimpati membaca masalah saudari...berat mata memandang tentu berat lagi bahu yg menggalas & hati yg merasa.

ya allah...kau berikan lah semangat serta kekuatan utk saudara seagama ku menghadapi dugaan yg berat ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 09:46 PM | Show all posts
sama macam kes kawan aku dulu, dia kawin sebab nak elak org kata dia gay...
dia buat gak ngan wife dia, ngan kawan laki dia tu pun buat gak...
aku dengar diaorg dah bercerai sekarang sebab laki tu kata nak berubah, tapi akan jadi balik... walau dia dah mencuba...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 10:43 PM | Show all posts
terima kasih kepada yang mendoakan rumahtangga saya.
saya doakan rakan sekalian bahagia.

saya tidak bisa rehat dan tidur sejak kebelakangan. suami saya pun tidak tenang melihat saya begini. suami saya menyayangi saya sepenuh perasaan dan pada masa
yang sama dia menyayangi orang lain yang tidak boleh dia kahwini sampai bila bila.

terlintas di fikiran ingin berjumpa dengan kawan baiknya itu supaya jangan ganggu
rumah tangga orang. saya teringat lagi angka 7 tahun. 7 tahun hubungan mereka, jauh melangkaui tempoh perkahwinan kami. tidak boleh saya bayangkan sejauh mana hubungan mereka, begitu tidak dihidu oleh sesiapa pun.

kenapa harus saya ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2007 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by cTcTuCnaCni at 10-12-2007 06:42 PM
assalamualaikum.

lama benar saya tidak menjengok forum cari sejak kahwin penghujung tahun lepas.
banyak benar perubahan di sini.

saya teringin sekali meminta pandangan dan sesiapa sahaja y ...

CTcTuCnaCni...

pada pendapat mummylah kan... kalau dlm keadaan perkahwinan ini lebih baik dari segi hukum utk membatalkan ikatan perkahwinan
TcTuCnaCni....

Sbb apa yg dia lakukan itu sudah terang menyalahi hikum agama... dan dukhuatiri lebih memburukkan lagi keadaan yg sedia ada...
TcTuCnaCni maaf la jika keterlaluan... tp pernah kan TcTuCnaCni bersama suami? Ada masalah tak? Mungkin jawapan TcTuCnaCni akan melih memberi forummers keadaan sebenar TcTuCnaCni....Dan kami blh cuba bg pandangan yg lebih tepat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 10:52 PM | Show all posts

Reply #17 mummyslove's post

mummyslove,

saya tiada masalah langsung dengan suami dan suami melayan saya dengan baik sekali.

mummyslove,
saya tidak terfikir untuk minta diceraikan sebab saya cukup menyayangi suami saya. keluarga dia sangat baik & dia sungguh baik serta mencukupi apa yang saya hendak dalam hidup.

disebalik kehidupan yang bahagia, rupanya ada benda yang tersembunyi. kini dunia realiti yang duduk kadangkala seperti dalam mimpi. tidak sangka apa yang berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 11:17 PM | Show all posts

Reply #18 cTcTuCnaCni's post

kalau begitu rasanya.. berbincanglah dari hati ke hati dgn suami....
Minta dgn cara berhemah minta dia tglkan perbuatan nya itu.... Tp tegaskan yg dia perlu memilih antara dua ... kekasihnya atau saudari...

Kalau dia benar2 ingin sama membimbing keluarga yg terbina menuju kebahgiaan.. tentu dia akan berusaha bersama...

Mummy harap TcTuCnaCni akan berjaya hendaknya.... Usahalah sehabis daya... selebihnya kita tawakkal..kpd Allah semoga diteguhkan dan ditetapkan hatinya pada rumahtangga yg dibina bersama...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 11:25 PM | Show all posts
Ct.. maksud ct ternampak dorang bercumbu tu macam mana... kissing on the lips ke?

Kalau cam tu, with 7 yrs of relationship, tak mustahil lebih dari tu diorang buat... sabar sungguh ct ni, tapi ct u kena ingat, u bukan nak husband untuk diri u aje.. nanti kalau u ada anak dengan husband u ni.. u nak BAPA kepada anak-anak u.. yg boleh kasi ajaran dan guidance yang betul.. think about the future.. take into consideration jugaklah okay... this is serious matter ni.. tak kiralah ur husband cakap dia bkn gay atau apa sekalipun.. fikir dan buatlah istikharah kalau tak tau nak bertindak cam ne..

kalau me.. of course akan kasi kata dua..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 2.274580 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list