CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6415|Reply: 25

Rasuah Bola Sepak- Ada lagi tu Kat Malaysia

[Copy link]
Post time 26-4-2008 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Sori la kalau benang ni dah ada.....aku tertarik dengan isu ni pasalnya bar2 ni kita digemparkan dengan isu

rasuah yang datang balik kat malaysia ni...dah lama dah sejak dulu yang mana ada player dari mana ntah

kena buang daerah pasal mengatur kan perlawanan......

Pada aku diorang ni ada jugak yang nak buat macam ni...dahla league kat malaysia ni tak femes...player pun  kurang dikenali....main antarabangsa hancuss.....masih lagi nak buat duit cara haram ni....

so kawan2.....apa komen korang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2008 04:51 PM | Show all posts
Polis nafi pemainnya disoal siasat BPR

KUALA LUMPUR - Jurulatih bola sepak Polis, K. Thaiyananthan menafikan ada pemainnya yang telah dipanggil memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau pihak berkuasa polis berhubung gejala mengatur keputusan perlawanan seperti laporan media, kelmarin.

Katanya, semua pemainnya masih menjalani latihan seperti biasa dan akan dibawa ke Stadium Bandaraya untuk menentang Pulau Pinang dalam perlawanan kedua terakhir mereka bagi Liga Super musim 2007-2008, malam ini.

"Siapa pun boleh mengesyaki macam-macam tetapi tanpa bukti kukuh, bagaimana kami mahu mengadu kepada BPR. Setahu saya, Polis belum membuat sebarang laporan atau aduan pemain jual perlawanan seperti pasukan Sarawak itu.

"Kami pun tidak menghadapi masalah gaji pemain lewat dibayar tetapi memang berlaku prestasi mereka yang tidak konsisten dan keputusan kami yang agak buruk dalam setiap perlawanan, itu sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dia mengulas mengenai laporan akhbar, semalam bahawa enam pemain Sarawak kini disiasat berikutan aduan persatuan negeri itu yang mengesyaki berlakunya gejala rasuah bola sepak sehingga mereka menduduki tangga tercorot liga manakala sembilan pemain Polis menghadap BPR.

Bagaimanapun, Thaiyananthan menolak tanggapan bahawa sembilan pemain yang didakwa dalam laporan akhbar itu yang berprestasi sebegitu sehingga mereka kini berada di ambang penyingkiran ke Liga Perdana musim depan setelah baru menyertai Liga Super.

Menurutnya, ketiadaan penyerang import yang berbisa selepas kehilangan Hillary Echesa dari Kenya yang dibelenggu kecederaan selepas pusingan pertama liga menentang Selangor, banyak menjejaskan prestasi pasukannya.

"Dua lagi pemain import, Ahmad Latif Khamaruddin (Singapura) dan Budi Su**ono (Indonesia) pula tidak begitu menonjol dan hanya kedatangan Nizaruddin Yusof dapat memperbaiki sedikit kelemahan serangan kami," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Gifari Wari pula hanya mengetahui laporan pemainnya dipanggil BPR menerusi akhbar dan tiada siapa pun daripada pihak berkuasa yang memaklumkannya secara terus.

"Saya memang tidak tahu-menahu apa-apa tentang laporan itu," katanya.

-amik kat utusan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 05:51 PM | Show all posts
isu lama
citer baru
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 06:16 PM | Show all posts
mmg ada pon isu rasuah nie...sbb bookie2 bola kembali mengganas kat malaysia slps skian lama menyepi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 06:42 PM | Show all posts
malaysia oh malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 07:27 PM | Show all posts
xske bola.. xske rasuah.. ske mamam.. heheeheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2008 09:06 PM | Show all posts
Jawatankuasa bekerjasama dengan BPR, polis siasat pemain bola rasuah

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menubuhkan jawatankuasa khas untuk bekerjasama dengan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR), menyiasat serta membanteras gejala rasuah dalam sukan bola sepak hingga ke akar umbi dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Pada masa sama, FAM turut mengarahkan jawatankuasa eksekutifnya bermesyuarat pada 17 Mei ini bagi membincangkan sama ada kejohanan Piala Malaysia musim ini dan kejohanan Piala Antara Benua bulan depan, perlu ditangguhkan.



Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan itu perlu bagi membolehkan semua pihak menumpukan kepada usaha membanteras rasuah bola sepak di negara ini demi memastikan martabat sukan itu terus terpelihara di mata peminat, penaja dan kerajaan.

"Jawatankuasa khas yang akan dianggotai maksimum lima ahli bebas itu juga diarah supaya segera mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan dan jurulatih pasukan untuk mendapatkan maklumat mendalam mengenai gejala itu.

"FAM memandang serius isu rasuah bola sepak dan siasatan yang kini dilakukan serta sedih dengan hakikat ia mungkin masih berlaku walaupun selepas tindakan tegas membersihkan sukan ini daripada gejala itu dibuat pada 1994.

"Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Agung FAM itu berjanji memberi kerjasama penuh kepada BPR dan polis bagi menyiasat isu itu serta mengambil tindakan tegas kepada mereka yang didapati bersalah," katanya dalam sidang media khas di Pejabat FAM, di sini semalam.

Semalam, akhbar melaporkan lima pemain skuad bola sepak Sarawak di siasat dan seorang bekas pemain kebangsaan ditahan BPR kerana dipercayai terbabit mengatur keputusan perlawanan membabitkan pasukan negeri itu dalam Liga Super yang kini berlangsung.

Persatuan Bola Sepak Polis pula dilaporkan memanggil sembilan pemainnya Rabu lalu untuk memberi keterangan berikutan persembahan buruk pasukan itu yang juga dikaitkan dengan gejala mengatur keputusan perlawanan.

Pengarah BPR Sarawak, Mohamad Yusoff Akope, dilaporkan berkata pihaknya sudah mengambil keterangan dua pemain skuad Sarawak kelmarin, manakala empat lagi turut dipanggil semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang bekas pemain kebangsaan yang menyarung jersi Sarawak sejak 1992 sehingga 2007 dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching semalam untuk mendapatkan perintah tahanan reman kerana disyaki menjadi dalang mengatur keputusan perlawanan membabitkan skuad negeri itu.

Majistret Tengku Sharizam Tuan Lah membenarkan permohonan yang dibuat Pegawai Pendakwa BPR, Katherine Nais, untuk mendapatkan perintah reman empat hari hingga Isnin ini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, pula semalam mengarahkan semua Pengarah BPR negeri memulakan siasatan bagi mengenal pasti jika ada pemain pasukan bola sepak negeri masing-masing yang terbabit dengan kegiatan mengatur keputusan perlawanan.

Katanya, tindakan segera semua Pengarah BPR negeri itu perlu untuk mengelak isu yang melanda skuad bola sepak Sarawak menular ke seluruh negara kerana ia boleh menjejaskan imej industri sukan berkenaan di negara ini.

"Berdasarkan apa yang berlaku di Sarawak, semua Pengarah BPR negeri boleh menggerakkan pegawai mereka untuk memulakan siasatan dan tidak perlu lagi tunggu arahan rasmi mengenainya," katanya ketika dihubungi.

Shukri juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan itu supaya segera tampil untuk membantu BPR membantu siasatan, bagi membolehkannya segera dibanteras sebelum keadaan menjadi semakin buruk.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemain akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat kerana BPR mahu memastikan kertas siasatan yang dibuat mengenai kes itu lengkap dan disertai bukti kukuh.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan bertindak tegas terhadap sesiapa saja yang didapati terbabit dalam gejala rasuah atau mengatur keputusan perlawanan dalam sukan bola sepak di negara ini.

Beliau yang menyokong tindakan BPR dan polis menyiasat kes berkenaan berkata, pihaknya sedia bekerjasama bagi memastikan tidak ada pemain atau bookie yang terbabit dengan kesalahan itu terlepas daripada undang-undang.

"Itu adalah hak BPR dan saya menyokong apa saja usaha mereka bagi membersihkan persatuan, pemain atau sesiapa saja. Bukan saja pemain yang perlu disiasat, malah jika perlu jurulatih dan pengurusan juga harus disiasat," katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan di Melaka, semalam.

Ismail Sabri berkata, siasatan menyeluruh yang dibuat BPR dan polis terhadap kes terbabit juga penting bagi membolehkan pihaknya mengenal pasti punca sebenar penurunan mutu bola sepak di negara ini serta membantu usaha memulihkannya dirancang pada masa depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2008 09:06 PM | Show all posts
apa nak jadik la malaysia ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 09:42 AM | Show all posts
semoga kebenaran menang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 04:14 PM | Show all posts

Reply #9 moist's post

makan la duit haramm... satu keturunan ko hidup x berkat.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 05:30 PM | Show all posts
abis la bola malaysia camni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 05:45 PM | Show all posts

Reply #11 syazwan89's post

menuju kehancuran....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 09:36 AM | Show all posts
Tsunami Rasuah Bola Sepak Negara Jadi Pengajaran Untuk Semua, Kata Kelly


KOTA KINABALU, 27 April (Bernama)-- Kemunculan semula gejala rasuah dalam arena bola sepak negara mengejutkan banyak pihak terutama para peminat sukan itu yang ingin melihat negara kembali mengecapi era kegemilangan pada awal 1980-an.

Rata-rata mereka mengharapkan sukan bola sepak bebas daripada rasuah untuk selama-lamanya selepas berlalu peristiwa "hitam" dalam lembaran sejarah bola sepak negara antara tahun 1994 dan 1995, yang menyaksikan hampir 100 orang ditangkap dan ada antaranya dihukum buang negeri selepas didapati terlibat dengan rasuah.

"Saya masih ingat sewaktu saya menjadi jurulatih bola sepak Sabah pada tahun 1995, beberapa pemain handalan Sabah ditahan dan dibuang daerah kerana terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan," kata bekas jurulatih Sabah Kelly Tham kepada Bernama, di sini Ahad.

Katanya beliau menjangka penahanan itu sudah cukup menjadi pengajaran kepada semua pemain bola sepak, namun jangkaan itu jelas meleset sama sekali apabila ia kembali menghantui pasukan-pasukan bola sepak tempatan.

Sabtu, Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan bahawa lima pemain Sarawak kini disiasat pihak berkuasa manakala sembilan pemain Polis dipanggil memberikan keterangan.

Berikutan itu, Khairy berkata FAM tidak menolak kemungkinan menggantung kesemua pertandingan tempatan seperti Piala Malaysia musim ini mahupun kejohanan antarabangsa anjurannya (Piala Antara Benua) Mei ini, jika gejala rasuah dan mengatur keputusan perlawanan didapati mencapai tahap yang terburuk.

Kelly menyifatkan gejala rasuah yang terbaru sebagai tsunami bola sepak negara, di mana sama seperti kejadian tsunami, beliau tidak menjangka kegiatan mengatur perlawanan berulang lagi selepas 13 tahun menyepi.

"Saya melihat ini sebagai satu tamparan hebat kepada dunia bola sepak profesional di Malaysia. Kita belum lagi pulih selepas kejadian rasuah dahulu," tambahnya.

Beliau seterusnya menyuarakan sokongan penuh terhadap cadangan FAM untuk menubuhkan Jawatankuasa khas bagi menyiasat gejala rasuah dalam sukan bola sepak negara, dan menurutnya jawatankuasa itu akan dapat memastikan masalah rasuah dapat dibanteras sepenuhnya, sekaligus mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap liga profesional negara.

Kelly berkata pada awal 80an, skuad Malaysia sering menewaskan pasukan Jepun dan Korea Selatan dalam perlawanan peringkat antarabangsa "tetapi sekarang pasukan bola sepak Jepun dan Korea sudah lima kali ganda lebih baik daripada skuad negara dan mereka juga pernah beraksi dalam pentas piala dunia".

"Negara-negara lain di Asia yang setara dengan pasukan Malaysia suatu ketika dulu kini jauh meninggalkan kita dalam sukan bola sepak. Pemain kita tidak profesional meskipun bermain dalam arena bola sepak profesional.

Bagaimanapun beliau berkata kesalahan tidak seharusnya ditunding kepada pemain seratus peratus, kerana menurutnya mereka yang bertindak sebagai orang tengah atau "bookie" juga patut diambil tindakan tegas dan dibawa ke muka pengadilan, kerana "kalau bookie tidak ada, mungkin gejala rasuah tidak berlaku lagi".

"Ini bermakna semua pihak termasuk pemain, pegawai persatuan dan orang ramai perlu bekerjasama menangani masalah ini. Tidak ada jalan pintas tetapi kalau ada kemahuan mesti ada jalan untuk menanganinya," katanya.

Beliau seterusnya mencadangkan supaya FAM menetapkan peraturan supaya semua persatuan bola sepak membayar gaji penuh setiap bulan bagi mengurangkan peluang "bookie" mempengaruhi pemain menerima "wang kopi" untuk mengatur perlawanan.

Kelly berkata FAM juga perlu memperhebatkan program pembangunan bola sepak peringkat akar umbi supaya lebih ramai pemain berbakat yang boleh diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya juga berpendapat bahawa subjek etika sukan bola sepak perlu diajar di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat kolej atau unversiti bagi memastikan pelajar terutama yang meminati sukan bola sepak sedar tentang keperluan integriti yang kukuh demi pembangunan sukan bola sepak negara.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 09:38 AM | Show all posts
aku rasa kesan daripada pergolakan dalaman persatuan bola sepak tempatan la...ada yang tak dapat gaji...

jadi player amik jalan mudah la tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 11:06 AM | Show all posts
saya rasa baik kita

1 -> tutup liga m'sia terus pastu

2 -> pastu kita tubuh satu tim m'sia

3 -> pastu kita join liga s (macam dulu kan s'pura hantar tim masuk liga m)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 01:18 PM | Show all posts

Reply #15 mesinbasuh's post

hhehehe.......tula...singapore punya la kecik..kita ni dahla besar...

punyala banyak team kat malaysia....satu hapa pun tak bagus....

diorang ni dah la tak besar..orang pun tak ramai...tapi boleh perform bagus...pelik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 10:15 AM | Show all posts
harap FAM tak batal Intercontinental Cup ngan Piala Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:35 AM | Show all posts
Klu ade pn mgkn remote cases.

I believe these bookies / sharkies only interested in those big clubs. I mean, foreign. They are willing to place bets thousand ringgit in each game.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:10 AM | Show all posts
double post

[ Last edited by  RedDevils at 29-4-2008 11:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:12 AM | Show all posts
Kepimpinan melalui tauladan.
Jedi Master kencing berdiri, Padawan kencing berlari lah.
Sapa suruh ambik Jedi Master yg hampeh..in fact tak sampai ke tahap Younglins pun.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.170117 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list