CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2493|Reply: 12

TAZKIRAH RAMADHAN

[Copy link]
Post time 2-9-2008 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Saya mengalu-alukan sebarang article rencana yg bercorak KEISLAMAN dlm kita memenuhi kehendak bulan ramadhan dimana kita digalakkan melipatgandakan amalan kita tidak kira dari segi pembacaan AL-QURAN sehingga buku2 yg melibatkan keagamaan.

Semoga apa yg dipaparkan dpt dimanafaat secara bersama oleh kita di bulan yg penuh berkat ini

Wasalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2008 11:21 AM | Show all posts
KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2008 11:22 AM | Show all posts
Adab berpuasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: 揂pabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2008 11:25 AM | Show all posts
Puasa, tarawih himpun pahala, hapus dosa


MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan. Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur.
MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.

Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.

Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.

Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.

Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna 憈erlalu panas
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2008 11:39 AM | Show all posts
good job TK. kalo ade kang aku tepek sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2008 08:45 AM | Show all posts
Ketahahan Jiwa Ibadat Puasa

BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

Menguatkan Jiwa


Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : 揗aka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2008 10:50 AM | Show all posts
Do'a  Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan.
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 10:50 AM | Show all posts
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."     

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2008 10:53 AM | Show all posts
KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 10:54 AM | Show all posts
MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria?

Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: 揗ereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.?
(Surah Al-Maidah:42)

Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 11:00 AM | Show all posts
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
      Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
      
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
      Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa       kedua ibubapanya.
      
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
      Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu           agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan           dosa-dosa mereka.
      
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
      Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala           yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
      
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
      Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan                   sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
      
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
      Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang           bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang           yang mengerjakan tarawih malam itu.
      
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
      Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang                   musuhnya Fir抋un dan Hamman.
     
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
      Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang                   dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
      
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
      Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi           Muhammad s.a.w.
      
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
      Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
      
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
      Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
      
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
      Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
      
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
      Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan           keburukan.
      
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
      Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak       akan menyesatkan mereka.
      
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
      Semua malaikat yang memikul 慉rasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya           Allah mengampunkannya.
      
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
      Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan               dimasukkan ke dalam syurga.
      
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
      Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
      
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
      Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan               dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
     
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
      Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
     
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
      Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang       soleh.
      
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhsatu
      Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari               cahaya.
      
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhdua
      Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari               tersebut.
      
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhtiga
      Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
      
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhempat
      Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang                mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
      
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhlima
      Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
      
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhenam
      Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang                   mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
      
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhtujuh
      Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
      
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhlapan
      Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
      
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhsembilan
      Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
      
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
      Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir       dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan         yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang             bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w.     yang bernama Al-Kautsar.

[ Last edited by  ctaz at 5-9-2008 11:08 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 11:58 AM | Show all posts
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam...


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

sumber: email
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 09:43 AM | Show all posts
QIYAM RAMADHAN...

RASULULLAH s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa melakukan qiyam Ramadan, sedangkan dia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka dia akan diampunkan dosanya yang telah lalu." (Hadis Sahih Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)



RASULULLAH s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa melakukan qiyam Ramadan, sedangkan dia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka dia akan diampunkan dosanya yang telah lalu." (Hadis Sahih Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Qiyam Ramadan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah menghayati setiap malam pada bulan Ramadan dengan ibadat sunat, terutama solat sunat Tarawih.

Solat sunat Tarawih adalah solat sunat yang dikhususkan hanya pada Ramadan sebagai buah tangan yang sangat bermakna kepada umat Islam untuk merebut pahala berganda kerana ia tidak boleh dilakukan pada bulan lain, selain Ramadan.

Perkataan 'tarawih' ialah kata jamak daripada perkataan 'tarwihah' yang bermakna berhenti rehat kerana orang yang mengerjakan solat Tarawih akan berhenti sebentar pada setiap kali mereka selesai mengerjakan empat rakaat dengan dua salam.

Solat Tarawih sunat hukumnya untuk ditunaikan lelaki dan perempuan dan ia boleh dilakukan di rumah dengan seorang diri atau berjemaah, tetapi lebih afdal dikerjakan berjemaah di masjid atau di surau.

Mengenai solat Tarawih ada hadis daripada Aisyah r.a., katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w, pada suatu malam (dalam bulan Ramadan) ketika jauh malam keluar lalu solat di masjid, diikuti beberapa orang lelaki sebagai makmum.

Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersolat bersama Baginda.

Keesokannya terhebah peristiwa itu diperkatakan orang lalu bertambah ramai orang hadir di masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w keluar ke masjid lalu solat, diikuti oleh jemaah.

Sampai malam keempat, penuh sesak masjid dengan jemaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh.

Selesai solat, Baginda menghadap orang ramai lalu (memulakan ucapannya dengan memuji Allah Taala dan) mengucap syahadah, kemudian Baginda (menerangkan sebabnya Baginda tidak datang ke masjid untuk mengerjakan solat Tarawih bersama), sabdanya:

"Amma ba'du, sebenarnya tidak terlindung kepada aku mengenai kedudukan kamu (sebagai orang-orang yang taat dan suka berbuat kebajikan), tetapi aku bimbang (solat Tarawih) itu akan difardukan atas kamu, maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya. "

Imam al-Zuhri, seorang perawi hadis ini berkata: "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w sedang perkara (solat Tarawih) itu berkeadaan demikian" (tidak dikerjakan dengan berjemaah). (Hadis Sahih, Riwayat Bukhari)

Sejak itu solat Tarawih tidak dikerjakan berjemaah di masjid tetapi masing-masing mengerjakannya bersendirian, di rumah atau di masjid.

Keadaan ini berterusan sehingga zaman Saidina Umar r.a, baru solat Tarawih dikerjakan berjemaah di masjid menurut seorang imam yang dilantik Umar sendiri seperti yang diterangkan dalam hadis berikut (maksudnya):

Daripada Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: "Pada suatu malam dalam bulan Ramadan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba (kami) dapati orang ramai (di situ) berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang solat seorang diri, ada pula yang solat lalu diikuti beberapa orang.

(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: "Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amat baik."

Kemudian beliau mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab.

Selepas itu, saya mengiringi Saidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka (yang tersebut).

(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: "Amalan ini satu perbuatan bidaah yang baik ..." (Hadis Sahih, Riwayat Bukhari)

Menurut huraian ulama, kalimah 'bidaah yang baik' disebutkan Saidina Umar ialah arahannya mengenai solat Tarawih dengan berjemaah selepas beliau menjadi khalifah.

Ini kerana ia dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan ijmak oleh sahabat Nabi s.a.w yang ada pada zamannya serta diwarisi umat Islam turun-temurun.

Mengenai bilangan rakaat solat Tarawih banyak keterangan berlainan, tetapi menurut yang dipilih dan diamalkan jumhur ulama daripada kalangan mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali ialah 20 rakaat berdasarkan amalan sahabat Nabi dalam zaman Saidina Umar r.a, seperti yang diterangkan dalam hadis berikut, maksudnya:

"Daripada Al-Sa'ib bin Yazid r.a, katanya: Mereka (sahabat Nabi) biasanya mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadan - pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab, sebanyak 20 rakaat..." (Hadis riwayat Baihaqi)

Imam Baihaqi r.a, menyebutkan sebuah hadis lagi diriwayatkan Imam Malik dan Yazid bin Ruman katanya: "Biasanya orang ramai mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadan - pada zaman Saidina Umar r.a., sebanyak 23 rakaat ..." (Hadis Mursal).

Dalam ulasannya, Imam Baihaqi berkata: Kedua-dua hadis yang tersebut (tidak bercanggah), malah boleh disatukan kerana mereka mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat (seperti disebut dalam hadis pertama), kemudian mereka mengerjakan solat Witir tiga rakaat (seperti disebut dalam hadis kedua).

Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat ialah pilihan mazhab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis terbabit.

Dalam mazhab Maliki, pada mulanya solat Tarawih dikerjakan sebanyak 20 rakaat juga, kemudian ditambah 16 rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat witir - yang menjadikan jumlahnya: 39 rakaat.

Tetapi menurut sesetengah ulama, solat Tarawih boleh dikerjakan sebanyak lapan dan 20 rakaat, kerana ada hadis mengenai perkara itu.

Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Tarawih sebanyak lapan rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat witir, manakala sahabat nabi mengerjakannya sebanyak 20 rakaat pada zaman Saidina Umar r.a.

Ada pula segolongan kecil yang terdorong membidaahkan amalan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat yang termaklum, kerana dakwa mereka, hadis yang menjadi dalilnya bukan hadis sahih.

Bagaimanapun, solat Tarawih yang sempurna dan mendapat pahala ialah solat yang dilakukan dengan tenang dan khusyuk, sempurna bacaannya dan sempurna segala-galanya sesuai dengan dasar 'ihsan' iaitu segala amal bakti hendaklah dikerjakan sebaik-baiknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.171039 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list