CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2326|Reply: 1

RapidKL lancar Perkhidmatan Bas Fajar

[Copy link]
Post time 13-9-2008 09:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) akan memperkenalkan perkhidmatan bas baru yang dikenali sebagai 'Perkhidmatan Bas Fajar' mulai Isnin ini.

Sesuai dengan namanya, perkhidmatan bas yang dilaksanakan secara percubaan itu akan bermula seawal pukul 5.10 pagi di beberapa laluan tertentu.

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata, perkhidmatan bas khas itu adalah untuk memberi kemudahan kepada penumpang yang ingin memulakan perjalanan awal bagi mengelakkan kesesakan.

"Perkhidmatan ini akan dijalankan secara percubaan untuk mengenal pasti permintaan. Sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan, RapidKL akan mengekalkan perkhidmatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pengguna boleh menghubungi RapidKL di talian 03-76256999 atau layari laman web www.rapidkl.com.my untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau memberikan maklum balas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2008 11:25 AM | Show all posts
dier stat perkenalkn kt area mn?shah alam ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060678 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list